Melangkah masuk ke kediaman yang telah dihuni hampir empat tahun ini, eksperimentasi pelbagai jenis konsep cuba diterapkan pada setiap aspek dekorasinya. Tiada spesifikasi konsep tertentu kerana pemilik lebih selesa menghias kediaman dengan gaya eklektik dan lebih gemar menghias kediamannya mengikut cita rasa sendiri berdasarkan apa yang beliau gemari. Jom kita lihat hasil dekorasi Puan Suzana Ahmad. Segala-galanya dilakukan sendiri tanpa mengupah interior designer.
Konsep kediaman ini lebih bergaya eklektik. Saya tidak ada dan tidak terlalu mengikut konsep tertentu. Jika dilihat, dekorasi kediaman ini lebih kepada mix contemporary, ia memiliki sentuhan daripada kebanyakan negara Asia seperti Indonesia, India, Kemboja, serta sedikit esen oriental. Saya juga suka menerapkan gandingan konsep East and West, luxe and affordable, wood and steel pada setiap aspek dekorasi kediaman ini”.
Dari segi pemilihan perabot pula, meskipun ia tampak unik dan berbeza, namun hakikatnya kebanyakannya hanya dibeli di Malaysia seperti di Bauhaus, Urban Culture, Art Inspired, SSF dan sebagainya. Apa yang penting adalah ketika membeli sesuatu perabot mahupun barang-barang, perlu bijak memilih dan perlu tahu susun atur yang sesuai dan tepat,” jelas Suzana panjang lebar.
Ketika penulis bertanyakan mengenai gaya dan cara beliau dalam menghias dekorasi kediaman kerana beliau nyata mempunyai sentuhan tersendiri, serta bijak bermain dengan susun atur dan pemilihan perabot bagi menghiasi sudut kediaman, pemilik menambah;
Setiap orang mempunyai gaya tersendiri dalam menghias rumah. Bagi saya, saya suka membeli sesuatu mengikut cita rasa dan apa yang saya gemari kemudian baru disesuaikan dengan susun atur dan suai padan mengikut keseluruhan konsep. Berbanding menentukan konsep dari awal. Sebagai contoh, saya membeli meja kopi pada ruang tamu ini terlebih dahulu, kemudian barulah dipadankan dengan sofa, kerusi kayu dan elemen-elemen lain bagi melengkapkan ruang ini,” jelas Suzana yang memiliki bakat semula jadi dalam menghias dan turut menjadi pengatur hiasan dalaman secara separuh masa.
TRANSFORMASI RUANG PATIO
Selain itu, keistimewaan kediaman ini apabila ruang santai yang menempatkan bench dan lantai parquet menjadi ruang kegemaran seisi keluarga mahupun tetamu yang datang berkunjung. Ruang ini pada asalnya merupakan ruang patio namun pengubahsuaian dilakukan bagi memberi lebih keluasan pada ruang tamu utama serta memaksimumkan pencahayaan dengan penambahan tingkap kaca yang besar dan luas. Bukan itu sahaja, kolam air sengaja dibina sebagai water feature bagi menghasilkan elemen bunyi jatuhan air untuk wadah halwa telinga manakala kehadiran dedaunan hijau pula cukup menyejukkan pandangan tatkala berada di ruang ini, sekali gus mencetuskan suasana bagaikan berada di resort peranginan. Transformasi ruang ini nyata berbaloi apabila ia berjaya menambah keluasan dan mencipta suasana yang diimpikan.
Ads
DOMINASI LUKISAN, BINGKAI GAMBAR DAN ARCA
Ketika memerhatikan jenis hiasan yang ada pada kediaman ini, pemilik nyata berjiwa seni, menghargai karya seni yang penuh nilai artistik. Justifikasi ringkas, apabila hasil kerja seni seperti bingkai lukisan, bingkai gambar dan hiasan arca jelas mendominasi dekorasi pada kediaman ini. Kebanyakannya dipamerkan pada dinding serta sudut-sudut tertentu seperti laluan tangga, ruang menonton televisyen, ruang tamu, dapur mahupun hiasan arca sebagai feature wall di bilik tidur utama.
Ads
Kini, setelah hampir empat tahun kediaman ini dihuni, pemilik ternyata puas dengan dekorasi yang diserlahkan dengan cita rasa sendiri. Apa yang pasti pemilik sememangnya memiliki sentuhan unik dan tersendiri dalam mengekspresikan kreativiti serta menentukan dekorasi kediaman untuk keselesaan keluarga.
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Apabila dapur semakin meningkat ‘usia’, pasti ada perubahan yang ingin dilakukan supaya tidak berasa bosan menggunakannya. Cuba pemasangan wallpaper jenis kalis air yang dikongsikan oleh Aimi Ismail di bawah ini. Ceritanya melalui FB group ‘Kelab Kaki Deko’, dia ingin mengambil ‘mood’ baru dalam dapurnya yang sudah berusia 9 tahun ini. Bertemakan warna hitam dan putih, ia bersaiz sederhana sahaja kerana terdapat bilik solat berkeluasan 10 kaki x 10 kaki di bahagian tepi.
deko-dapur-sebelumwallpaper
Segulung berukuran dalam 6 meter panjang dan 60 cm lebar. Berharga dalam RM 12 dari Mr. DIY, sebanyak 2 gulung digunakan. Lebihannya disambung pemasangannya di dapur basah.
wallpaper
Materialnya. Boleh dilap sekiranya kotor.
HASIL PEMASANGAN WALLPAPER DALAM DAPUR TEMA HITAM PUTIH
Apa kelebihan dan kekurangan permukaan quartz stone yang ramai tak tahu. Masa kini terlalu banyak kemasan untuk permukaan kabinet dapur. Sampai rambang mata dibuatnya. Harga pun boleh tahan mahal juga kadang-kadang bajet nak buat kabinet dapur selalu lari bila masuk rumah. Siapa pernah alami masalah maca ni boleh share dengan Min pengalaman anda memilih kemasan dapur anda.
Hari ini IMPIANA nak bawa anda pelajari tentang kelebihan dan kekurangan kemasan Quartz Stone ini.
Quartz Stone adalah produk batu yang mengandungi 95% Quartz dan mineral lain, dibentuk menjadi kepingan dan terikat dengan resin.
KELEBIHAN
Quartz mempunyai ketebalan 15-18mm serta terdapat dalam pelbagai warna dan corak yang menarik. Quartz juga nampak mewah dan memberikan tuan rumah perasaan batu semula jadi. Penampilan Quartz yang cukup kontemporari menjadikannya pilihan reka bentuk dapur moden.
1. Mudah untuk dijaga
2. Boleh custom made dalam pelbagai saiz
3. Senang dibersihkan
4. Quartz stone juga boleh digunakan dibahagian dinding dapur sebagai ‘back splash’
5. Tidak mudah retak atau pecah
KEBURUKAN
Tuan rumah perlu berhati-hati ketika meletakkan periuk dan kuali yang sangat panas terus di atas table top. Ini boleh meninggalkan kesan di atas permukaan table top. Sebagai langkah berjaga-jaga, periuk atau kuali yang panas hendaklah dilapik jika hendak letak diatas pemukaan Quartz Stone.
Antara kelemahan lain:
1. Mahal
2. Tidak mempunyai rupa semula jadi seperti batu
3. Tidak mampu tahan suhu yang terlalu tinggi
4. Mempunyai rongga halus yang boleh menyerap air dan kotoran dalam jangka masa yang lama.
5. Mudah berubah warna, terutamanya jika pendedahan berterusan terhadap cahaya matahari
Jadi bolehlah buat perbandingan dan ikut kemampuan serta keperluan dapur kita, kemasan mana yang bersesuaian dengan konsep dan juga poket pemilik. ‘Tepuk dada tanya poket’.
Siapa sangka inilah hasil sentuhan idea kreativiti pereka hiasan dalaman mampu mengubah keseluruhan kediaman jenis apartment yang usang ini menjadi lebih berkarakter, cantik, selesa.
Pasti ramai yang tertanya berapa anggaran kos keseluruhan untuk renovasi serta dekorasi ini kediaman ini.
+ Ruang Tamu
+Bilik Tidur
+Dapur
+Bilik Air
Di sini AL Decodesign kongsikan kepada anda kos bagi projek apartment ini.(pada waktu itu)
Loose Furniture & Deco item: +-rm18k ( sofa, meja kopi, katil, bingkai gambar dan sebagainya) Built in furniture : +-rm18k (kitchen cabinet & wardrobe setiap bilik) Renovation : +-rm30k (termasuk toilet, plaster ceiling, flooring, lighting)
*harga dan workmanship renovation bergantung kepada kontraktor masing-masing.
Walaubagaimanapun, harga yang dinyatakan ini bergantung kepada saiz sesebuah rumah dan bajet pelanggan.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.