Paduan warna hijau dan putih selalu menjadi igaun kepada pemilik kediaman yang mempunyai anak kecil yang dalam fasa membesar, tetapi itu tidak menghalang seorang pencinta warna segar hijau daripada mendekor rumahnya dengan simple tetapi menarik.
Beliau ialah Pn Nazziatul Nahira, dia mendiami rumah jenis apartment berkeluasan 1004 kaki persegi serta mempunyai dua orang cahaya mata. Dia berpendapat bahawa tema warna putih sebegini akan membuatkan rumahnya nampak lebih luas serta warna hijau akan membuatkan dia berasa tenang serta sedap mata memandang terutamanya selepas pulang dari bekerja.
Apabila ditanya tentang penjagaan dekorasi yang telah disiapkan, dia menyatakan bahawa dia akan sentiasa menyimpan lebihan cat di rumah untuk menutup semula karya seni anaknya yang sentiasa menjadikan dinding rumah sebagai kanvas seni dan pada masa yang sama segala hiasan dalam rumah ini tidak menggunakan belanja yang besar kerana mereka sudah memutuskan untuk tidak berbuat demikian berikutan anaknya yang masih lagi dalam fasa membesar.
“Segala susun atur dekor ini kami lakukan secara berperingkat bermula daripada dapur hinggalah ke ruang tamu kerana bekerja sepenuh masa sebagai kakitangan kerajaan”ujarnya yang turut menanam beberapa tumbuhan hijau di dalam rumah untuk memastikan tema hijau ini kekal lama serta tetamu tidak menganggap tema ini hanya hidup melalui cat, tetapi hidup disebabkan tumbuhan hijau yang segar.
SEBELUM
SELEPAS
Penulis berharap para pembaca tidak terkejut melihat kompilasi paparan gambar dibawah ini, kerana penulis susun daripada proses sebelum dan selepas proses dekor dijalankan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Luar Flat Dalam Kondo, Sentuhan Rustik Industrial Ubah Kediaman 35 Tahun
Siapa sangka kediaman nampak usang dan hambar yang berusia 35 tahun ini mempunyai hiasan dalaman yang indah serba lengkap.
Malah, kediaman jenis apartment yang terletak di Petaling Jaya ini juga ditatarias dengan konsep rustik industrial yang cantik dan menyenangkan jiwa.
Sentuhan Rustik Industrial Ubah Rumah 35 Tahun Ini
Rekabentuk teliti dan sarat dengan elemen industrial dengan penggunaan bahan yang sengaja dibiar raw dapat dilihat pada segenap ruang kediaman berusia lebih 30 tahun ini.
Untuk info, pemilik rumah ini telah menggunakan khidmat dari firma rekabentuk hiasan dalaman professional, Icon Factory yang membuktikan bahawa kediaman lama juga boleh tampil menarik jika diberi treatment yang betul.
DAPUR (SEBELUM)
DAPUR (SELEPAS)
BILIK TIDUR
RUANG BEKERJA
Untuk info, sentuhan Rustik Industrial merujuk kepada gaya hiasan dalaman yang menggabungkan elemen-elemen raw material yang sering kali dikaitkan dengan penggunaan bahan-bahan seperti kayu, logam, dan batu bersama dengan reka bentuk yang sederhana namun fungsional yang sering dilihat dalam tetapan industri atau kilang.
Di bawah ini adalah beberapa ciri utama dari gaya Sentuhan Rustik Industrial:
- Raw Material
Gaya ini sering mempamerkan bahan-bahan seperti kayu yang tidak digilap atau dengan sedikit penamat, logam yang sengaja dibiarkan dengan penampilan yang tidak sempurna atau “industrial”, serta penggunaan batu yang kasar. - Perabot dan Hiasan
Perabot biasanya terbuat dari kayu solid atau logam dengan reka bentuk yang simple dan fungsional. Penggunaan lampu gantung dari logam, lampu meja dengan asas logam, dan rak buku terbuka yang menyerupai scaffolding juga merupakan ciri gaya ini. - Palet Warna
Palet warna dalam gaya Sentuhan Rustik Industrial biasanya neutral dan alami. Warna kelabu, putih, hitam, dan kadang kala dipadankan dengan warna kayu yang hangat untuk menambah kelembutan. - Tekstur
Tekstur adalah aspek penting dalam gaya ini. Gabungan tekstur kasar dengan permukaan yang lebih halus mencipta kedalaman visual dan rasa yang unik dalam ruang. - Pencahayaan
Pencahayaan biasanya adalah kombinasi antara fungsi dan estetika. Lampu-lampu dengan design industri, seperti lampu gantung dari besi atau tembaga, dan lampu dinding dengan pipa yang terdedah adalah pilihan yang sesuai dengan tema ini. - Ruang Terbuka
Gaya Rustik Industrial sering kali mengutamakan ruang terbuka dengan sedikit pemisahan antara ruangan untuk mencipta kesan seperti dalam sebuah loft atau gudang. - Aksen Vintage atau Antik
Menambahkan aksesori vintage atau antik dapat menambahkan gaya Rustik Industrial. Barang-barang seperti jam dinding besar gaya vintage, tanda-tanda lama, dan barang-barang yang ditemukan yang mempunyai nilai estetika industri sering digunakan sebagai hiasan.
Semoga info ini bermanfaat kepada semua!
Artikel Menarik: Rupanya Ramai Tak Tahu Tandas Dalam Bilik Tidur Tidak Patuh Syariah
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tip Ringkas Di Dapur Bulan Ramadan
Bila bulan puasa ni kalut nak siapkan perkakas nak masak dekat dapur, kadang-kadang tak cukup kaki tangan dibuatnya. Impiana nak kongsikan sikit tip mudah untuk semua pembaca.
1 – Rancang untuk seminggu, kalau ada ikan atau ayam, siang dan bersihkan dulu. Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Asingkan dalam plastik bersih. Kalau rajin, anda boleh labelkan plastik beg tadi untuk dimasak pada hari apa. Setiap plastik isi secukupnya ikan atau ayam untuk anda masak pada hari itu. Biasanya bulan puasa menu yang simple lebih menyelerakan.
2 – Kupas bawang putih, bawang merah, bawang besar dan kisar secara berasingan. Kisar juga cili kering (kalau suka). Simpan dalam bekas kedap udara dan masukkan ke dalam peti sejuk. Tak perlulah kisar terlalu banyak, kalau lama sangat pun rasa dia nanti tak sedap. Anda agak-agak lah untuk masak 3 – 4 hari macam tu.
3 – Pes masakan segera juga perlu ada, terutama untuk dimasak waktu sahur. Pes ini anda boleh beli atau boleh buat sendiri dan bekukan. Sebagai contoh, macam asam pedas. Anda boleh buat rencah2 asam pedas dan tumis seperti anda buat sambal tumis. Masak dengan api kecil hingga naik minyak. Kemudian sejukkan, simpan dalam botol dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila nak guna, anda tinggal didihkan air, cedok pes tadi dan masukkan. Tambah asam jawa, masukkan ikan, daun kesom dan sayuran seperti terung, bendi atau tomato. Sesuaikan rasa, dah siap…Begitu juga sambal asas untuk anda masak mi goreng dan sebagainya. Buat banyak2 dan simpan dalam peti sejuk.
4 – Satu lagi yang che mat selalu nampak bonda buat kalau beli sayur seperti kangkung, pucuk manis dan sayur2 berdaun, ialah, sayur2 tadi biar dalam keadaan kering, kering kat sini bukanlah layu, tapi tak basah. Kemudian disiang dan simpan dalam bekas plastik bertututp (guna bekas plastik bulat yang isi kuih baulu, saiz besar). Kemudian simpan dalam peti sejuk. Tahan sampai 3 hari atau lebih, sayur tak lecur pun, masih segar. Ini juga anda boleh pratikkan dalam bulan ramadan untuk mempercepatkan kerja…
5 – Kalau ada lebih2 air minuman yang tak habis pada masa berbuka puasa,..apa kata anda jadikan eskrim Malaysia. Tapi bila dan jadi eskrim, jangan pulak dimakan tengah hari esoknya, kes naya tu. Kalau ada 2-3 jenis air, lagi bess, jadikan eskrim semuanya. Selain air, manisan seperti bubur kacang, bubur pulut hitam juga anda boleh jadikan eskrim Malaysia. Hmmm…sedapnya..
6 – Kalau anda masak menu yang agak susah dan berat seperti rendang atau kari daging. Boleh saja didingin bekukan untuk dimakan pada hari2 mendatang. Yang penting, anda kena biarkan masakan tadi betul2 sejuk. Isikan dalam bekas, tutup rapat dan terus masukkan dalam freezer, seelok2nya kasi label lah, samada rendang atau kari. Bila nak makan, panaskan dalam microwave.
7 – Simpan air rebusan untuk memudahkan kerja anda, manalah tau kalau anda nak bikin mi sup ke atau mi2 yang berkuah. Air rebusan samada air rebusan tulang lembu atau ayam, anda boleh bekukan. Ada orang bekukan dalam bekas untuk membuat ais kiub. Jadi bila nak guna ambil beberapa ketul dan masukkan ke dalam kuah. Masak megi pun boleh masukkan juga untuk rasa lebih ampuh. Kaedah ini boleh anda praktikkan kalau tak suka guna kiub2 ayam atau daging..
8 – Sardine antara makanan segera yang menjadi pilihan untuk bulan puasa terutama masa bersahur. Jangan lupa simpan beberapa tin dalam kabinet dapur anda. Sardine tin saiz sederhana pun dah cukup, tapi ikut bilangan keluarga anda lah. Kalau tak habis pun takpe, boleh dioter jadi sandwich masa berbuka nanti, atau boleh dicampur dalam inti karipap. Selain sardine dalam tin, kalau suka boleh juga simpan stok sotong dalam tin…
9 – Untuk mendapat rupa paras cincau yang cantik, anda boleh parut cincau tadi, guna parut yang saiz lubangnya kasar, jangan yang halus sangat. Kadang2 ada juga yang cincang kasar, yang ni terpulang. Satu lagi, bancuh air cincau bila waktu berbuka dah hampir, kalau anda bancuh awal sangat, nanti rasanya kurang enak. Rasa tak bes. Apa yang anda boleh buat, siapkan air masak, air gula dan ais secukupnya. Ok, bila dalam 6-7 minit nak masuk waktu berbuka, masukkan air, air gula, ais kiub dan cincau. Untuk tau air cincau anda cukup manis, bila anda letak cincau, cincau terapung…Boleh juga campur dalam sirap bandung…
10 – Acar ikan masin juga boleh anda simpan sebagai stok berbuka puasa atau bersahur. Boleh beli (dah ramai jual secara on9), atau mana2 yang rajin tu anda boleh buat sendiri. Buat banyak2, dan simpan dalam botol. Masa menumis, taruk minyak lebih sikit, biar acar tu tenggelam masa anda simpan dalam botol. Nak makan cedok isi saja. Rasanya acar ikan masin dah ok sangat untuk bersahur, tambah telur dadar dan semestinya renjiskan sedikit kicap lemak manis JALEN…ehemm…
Sumber: tiffinbiru.com
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Semulajadi Halau Tikus, Guna Kulit Durian Pun Boleh!
Siapa je yang tidak geli dengan tikus? Haiwan perosak yang kotor dan membiak dengan cepat ini dikatakan boleh mendatangkan pelbagai penyakit merbahaya. Kehadiran tikus dalam sesebuah kediaman dianggap sebagai bala kerana haiwan ini amat sukar untuk dibasmi, memandangkan jangka hayat tikus adalah lebih panjang berbanding mana-mana haiwan perosak yang lain. Jadi tak hairanlah jika anda lihat tikus dirumah makin hari makin banyak dan makin ligat buat onar.
Dan disebabkan itu jugalah kita perlu cari jalan yang lebih efektif untuk menghapuskan terus haiwan menggelikan ini dari kediaman kita. Ada beberapa cara tradisional yang boleh anda lakukan untuk menghalau tikus seperti menggunakan racun tikus dan perangkap tikus. Tetapi tahukah anda, kita juga boleh menggunakan bahan semulajadi untuk membasmi dan mengusir tikus-tikus ini?
Berikut ada beberapa bahan yang boleh anda cuba :
Daun Pandan Daun ini bukan sahaja berkesan menghalau serangga malah anda juga boleh gunakan daun pandan untuk menghalau tikus. Bau wangi daun pandan mengandungi bahan kimia beracun buat haiwan perosak ini. Untuk bau yang lebih kuat menyengat, tumbuk daun pandan separa hancur atau letakkan sahaja pada sarang tikus di kediaman anda.
Serai Wangi
Serai mengandungi zat penyembuhan antiseptik yang mampu menghapus kuman dan bakteria selain dapat menghapuskan bau busuk. Bagi anda yang ingin menghalau tikus, semburkan sahaja serai wangi ke tempat yang disyaki menjadi markas mereka dengan kerap. Lama-lama tikus pun tak tahan dengan dan akan terus keluar dari rumah anda.
Kulit Durian
Selain bau durian yang kuat dan menusuk hidung, kulit berduri Raja Buah ini juga akan membuatkan tikus ‘taubat’ nak masuk ke rumah. Anda hanya perlu letakkan potongan kulit durian di tempat yang selalu terlihat tikus. Letak kulit nya saja ya, isi buah anda boleh makan sepuasnya.
Buah Mengkudu
Sifat nuah noni atau buah mengkudu yang antimikrobia, antibakteria dan anti-inflamasi menjadikannya sesuai untuk bertindak sebagai racun haiwan. Satu kajian telah dibuat dan didapati serangga seperti ulat yang telah termakan daun yang diaplikasikan dengan zat inseptik mengkudu menjadi pucat dan tidak lalu makan. Mengkudu sangat berkesan melemahkan serangga dan haiwan-haiwan perosak seperti tikus.
Minyak Daun Pudina
Bau pudina yang seakan ‘berangin’ dan kuat tidak digemari tikus. Jadi salah satu cara lagi untuk anda cuba adalah dengan menyapukan minyak daun pudina pada kawasan tikus berkeliar.
Kapur Barus
Pecahkan kapur barus kemudian letakkan pada tempat persembunyian tikus. Bila dah habis, tambahkan lagi sehingga akhirnya tikus mati dan terhapus. Tetapi anda perlu lebih cermat dengan penggunaan kapur barus kerana ia bukan sahaja bahaya untuk tikus malah, bahan ini juga bahaya untuk manusia jika terdedah dalam jangka masa yang lama.
Jadi inilah antara bahan semulajadi yang berkesan menghalau dan membasmi tikus dirumah. Selamat mencuba!
Baca juga : Cara halau lipan, atasi masalah tahi cicak
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI