Pinggan mangkuk dengan corak berwarna warni dan terang memang cukup menarik. Namun berhati hati, kerana ia mungkin tidak selamat untuk kegunaan harian.
Bahan yang mengandungi plumbum telah lama digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan produk seramik yang bercorak dan berwarna warni.
Antara ciri ciri pinggan mangkuk yang mungkin mengandungi plumbum termasuklah :
– Pinggan yang dibuat secara tradisional dengan tanah liat
– Pinggan dengan corak yang dilukis dan menarik
– Permukaan pinggan yang tidak rata, anda dapat rasa corak yang dilukis dengan tangan
– Pengilang yang tidak diketahui (bukan jenama yang diketahui)
– Pinggan dengan pelbagai bentuk
Pinggan yang selamat adalah :
Pinggan berwarna putih tanpa corak
Corak pinggan di bawah atau luar pinggan
Sebaik baiknya, elakkan mengguna pinggan seperti ini, tetapi jika anda masih ingin menggunakannya :
– Elakkan meletakkan makanan panas – Jangan panaskan atau masuk ke dalam ketuhar, microwave – Jangan simpan makanan terlalu lama – Jangan letak makanan berasid seperti tomato, limau, teh, kopi dan jus buah – Elakkan basuh dengan sabun, menyental permukaan pinggan dengan dawai kerana ia akan merosakkan permukaan dan menyebabkan bahan plumbum lebih mudah bocor – Jangan hidangkan untuk kanak kanak dan warga hamil
Rose atau mawar antara tanaman berbunga yang diminati ramai. Tanaman ini bukanlah dari jenis yang memerlukan penjagaan yang rapi walaupun ia banyak tumbuh di negara-negara beriklim sejuk. Diluar negara terutamanya Eropah. pokok rose diolah menjadi topiari memberi bentuk unik kepada tanaman berbunga ini. Yang lebih menarik, kaedah penghasilan rose topiari ini dapat menjamin hasil bunga yang lebih lebat. Berikut teknik cantuman mata tunas untuk menghasilkan topiari rose
Dapur basah belakang rumah konsep ‘dapur terbuka’ hasil air tangan suami dan anak. Kalau ada tanah lebih di belakang atau di tepi rumah, boleh tambah buat dapur basah. Ruang dapur basah ini sesuai sangat untuk memasak makanan yang berminyak dan yang mengeluarkan bau yang kuat.
Meskipun memiliki ruang dapur kering namun Naimah Md Ludin cukup berpuas hati dengan dapur basah yang dimilikinya. Apatahlagi dapur basah itu adalah hasil kreativiti suami dan anaknya.
“Kemas dapur basahdan kawasan belakang rumah sambil belai-belai pokok bunga dan pokok sayur. Ulam-ulam untuk makan harian. Konsep dapur terbuka (open kitchen). Hampir keseluruhan ruang DIY adalah hasil sentuhan suami dan anak. ”
Jom kita ‘cuci mata’ tengok dapur basah milik Naimah Md Ludin
Dapur, antara bahagian paling kritikal didalam kediaman untuk ruang simpanan yang mencukupi. Bahan dan barang tersusun rapi bukanlah hanya bagi tujuan kelihatan cantik dan kemas, malah ia lebih kepada kebersihan.
Untuk memastikan ruang tersedia digunakan sepenuhnya, Zilly Ekieyda Full menggunakan rak dinding plastik dari kedai RM 2.10 untuk menyusun barang pada pintu kabinet dapur sebagai ruang simpanan tambahan
Haritu pergi ECO… Jumpa bekas putih nie…beli terus 12pcs (mase tu memang tinggal 12pcs je color putih) yang lain ade lah color hijau & purple…bila balik rumah duk pikir nak buat ape ye beli banyak-banyak.
Nak lekat kat toilet, kat toilet daj ade da lebih kurang bekas cmnie…pastu pikir punyer pikir dapat idea lekat kat pintu cabinet.
Bila suami bukak cabinet tengok, dia kata dah macam bukak PETI AIS, TAPI die kate OK lah tersusun senang nak amik barang nanti.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Terpesona melihat dekorasi dan reka bentuk rumah yang berusia lebih daripada 100 tahun yang dikongsikan oleh pemilik kediaman ini. Jauh merantau di negara kanggaru, jiwa melayu rumah kampung tetap di dalam sanubari.