HARUMAN ITU MEMBAWA DEBAR DI DADA

Haruman asli bunga-bungaan indah bukan sahaja memberi rasa puas di dada. Tetapi satu nilai elegan pada ruang. Ruang yang adakala ringkas, nyaris kosong tetapi dibuai bau yang menggoda lagi membawa debar seperti haruman melor sememangnya menukar perspektif kita. Dekorasi yang hanya jamuan mata akan lebih enak dipandang dengan aroma yang bersesuaian.

HARUMAN ITU MEMBAWA DEBAR DI DADAHARUMAN ITU MEMBAWA DEBAR DI DADA

IKLAN

Ramai di kalangan kita yang masih memandang sepi akan kepentingan bunga-bungaan segar di kediaman. Bukanlah bermakna setiap hari perlu dihias dengan bunga mewah haruman yang menusuk kalbu. Tetapi jika ada hari-hari tertentu , hari kebesaran, hari jadi, ulang tahun perkahwinan, hari kemerdekaan atau apa sahaja hari yang membawa makna kepada anda, tidak salah jika kita semarakkan ruang kediaman dengan haruman bunga sebagai sambutan penuh makna.

HARUMAN ITU MEMBAWA DEBAR DI DADA

IKLAN

Jika kita memilih gaya eklektik Asia, perabot tradisi, gunakanlah haruman melor, atau yang lebih kontemporari  bunga-bungaan tropika yang banyak berwarna –warni.  Alasan anda? Tidak tahu menggubah bunga? Jangan risau, kini pereka atau penggubah unga  telah banyak mengorak langkah dalam memberi estetika dengan cara begitu mudah, ‘clean’ dan semua boleh melakukannya.  Gaya baru dalam menikmati haruman kembang dan estetikanya digubah dengan begitu unik tidak ubah seperti sebuah arca.

HARUMAN ITU MEMBAWA DEBAR DI DADA

IKLAN

Kini minimalism dan elemen bentuk, aliran tenaga banyak disuntik dalam gubahan. Malah yang menarik adalah terdapat juga pasu yang pelbagai bentuk dan saiz yang menawarkan ruang atau bekas bagi pereka berkreativiti. Bukan sahaja kelopaknya boleh kita nikmati malah batang daun dan segala elemennya digubah sama sebagai satu karya seni. Jom kita berlatih. Tidak perlu bunga-bungaan mewah, yang biasa-biasa juga boleh kita gubah dengan inspirasi yang ada. Dunia kecil anda juga mampu diberikan keindahan dengan gubahan bunga-bungaan kecil dalam sebuah landskap di pari-pari kecil. Simple-simple sahaja di IMPIANA!

HARUMAN ITU MEMBAWA DEBAR DI DADA

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI