DIPUKAU OLEH RUANG KEDIAMAN SENDIRI

Payah adakala untuk kita ungkapkan kepuasan memandang. Apatah lagi dengan karya hias yang begitu subjektif. Benda yang tidak bernyawa namun cukup hebat menggoda pandang. Apa pun di bawah sedar timbul rasa senang dan puas bila menatap sesebuah karya terutamanya pada dinding utama di ruang tamu kediaman. Umpama tempat bersemayam sang ratu , sofa tiga tempat duduk yang dihias indah pada sekitarnya.

DIPUKAU OLEH RUANG KEDIAMAN SENDIRI
Keseimbangan hiasan meja sisi kiri dan kanan, lampu meja gah, permaidani, dan deretan kusyen kecil megah umpama barang kemas yang menyerlahkan keindahan ruang utama tersebut. Itu belum lagi warna pilihan feature wall di belakangnya dan aksesori dinding yang pelbagai ibarat mahkota. Kata orang, inilah ruang atau kawasan yang penting bagi kita hias secantik mungkin. Ini kerana sejurus langkah kaki ke dalam kediaman, pandangan mata akan segera mendarat pada rekaan elegan set sofa tiga tempat duduk sebagai kerusi utama bersama segala hiasan dan feature wall di belakangnya. Dari sini juga tetamu sudah boleh membuat asumsi, orang jenis bagaimanakah kamu, karakternya….

IKLAN

DIPUKAU OLEH RUANG KEDIAMAN SENDIRI

IKLAN

Ibarat mengadap ratu, kita selalunya cukup cerewet dalam menghias kawasan ini. Ia secara tidak langsung memberi maksud tersurat akan personaliti kita sebagai tuan rumah. Ada yang memilih tema mewah denan susunan serba seimbang. Ada yang lebih suka memberontak dengan memilih gaya bebas dan padanan kreatif. Malah jangan terkejut jika ada yang menempatkan segala macam jenis bingkai gambar atau sekeping dua sahaja itu pun cukup di bahagian sisi dinding. Minimalism….Jangan lupa jambangan bunga hidup sebagai penyeri suasana.

IKLAN

DIPUKAU OLEH RUANG KEDIAMAN SENDIRI
Apa pun pilihan anda, komposisi ini antara perabot aksesori lantai dan dinding perlu ada satu kesinambungan yang harmoni. Satu ragam padanan yang saling melengkapi , dan memberi identiti pada ruang. Bukanlah bermakna segalanya perlu mahal sampai menjerut leher harganya tetapi padanan pintar ini juga memberi anda satu kepuasan. Perlu diingat kita pun perlu menukar kusyen, langsir aksesori sekali sekala sekitar enam bulan sekali misalnya. Jadi pastikan anda membuat perancangan rapi terutama dari aspek kemasan dinding. Adakah mahu dicat atau disempurnakan dengan kertas dinding. Apa pun pilihan anda jangan sampai ruang yang ada tidak boleh keluar masuk kerana terlalu sesak. Simple-simple je di IMPIANA.

DIPUKAU OLEH RUANG KEDIAMAN SENDIRI

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI