
Kuala Lumpur, 23 Feb. 2017- Kraftangan Malaysia di bawah Kementerian Pelanconggan dan Kebudayaan Malaysia hari ini mengadakan Majlis perasmian Hari Kraf Kebangsaan yang disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Binti Mansor. Upacara telah berlangsung di Panggung Sari Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Buat julung kalinya, Hari Kraf Kebangsaan ke-15 mengetengahkan paduan kerjasama strategik dari dua buah negeri iaitu Perak dan Terengganu dalam usaha mempromosi industri kraf bagi negeri masing-masing selari dengan penganjurun tahun melawat Perak dan Terengganu 2017.
Seramai 400 usahawan kraf terlibat dalam penganjuran Hari Kraf Kebangsaan ke-15 ini. Antaranya termasuk pengusaha industri tekstil, Hasil rimba, seramik, logam, aneka kraf dan untuk meriahkan suasana demonstrasi dari pengusaha-pengusaha. Antara tarikkan terbaru dalam ekspo kali ini adalah melalui 28 penampilan koleksi pakaian Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.
Sepanjang penganjuran yang bermula pada 22 Feb. 2017 sehingga 6 Mac 2017 pelbagai acara telah diaturkan. Ianya termasuklah Jualan kraf, Pameran produk warisan, Kids fun block, persembahan kesenian, Bicara kreatif dan pelbagai lagi.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tahukah Anda Bagaimana Warna Mampu Mempengaruhi Kesihatan Mental

Dalam diam, sudah dua tahun kita berada dalam belenggu pandemik COVID-19. Kini kita sudah ke fasa endemik masih ada yang mengalami masalah kemurungan akan kesan lalu. Tahukah anda warna dalam kehidupan harian kita mampu memberi sedikit sebanyak perubahan dalam kehidupan harian.
IMPIANA kupaskan tentang tip bagaimana warna mampu mempengaruhi kesihatan mental.
Kajian menunjukkan bahawa warna adalah faktor yang penting ketika mempertimbangkan bagaimana persekitaran boleh mempengaruhi kesihatan mental kita. Pada dasarnya, kita perlu memerhatikan bagaimana pelbagai warna boleh mempengaruhi keadaan minda – termasuklah emosi dan tingkah laku kita. Apabila berhadapan dengan pandemik sejagat yang berlarutan ini, perhatian perlu diberikan kepada kesihatan dan kesejahteraan. Ini digambarkan dalam Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG), di mana salah satu fokusnya adalah untuk memastikan kehidupan yang lebih sihat sambil meningkatkan kesejahteraan pada semua peringkat umur (SDG 3) sebagai sebahagian daripada kerangka pembangunan lestarinya.
Kajian warna menunjukkan bahawa biru dan hijau boleh menghasilkan suasana yang menenangkan, jingga dan kuning sebagai perangsang selera, merah dan merah jambu sebagai pembangkit semangat dan tenaga dan ungu untuk meningkatkan kreativiti dan produktivitii. Namun, perasaan setiap orang terhadap warna adalah unik kerana ia biasanya berlandaskan pengalaman peribadi atau budayaii. Memandangkan warna mempunyai impak yang besar pada emosi, perasaan dan tingkah laku, maka ada baiknya kita menyelidik warna-warna yang boleh mempengaruhi kesihatan mental kita secara positif sepanjang tempoh PKP ini.
Dulux, jenama cat hiasan terkemuka dari AkzoNobel, menawarkan lebih daripada 2,000 pilihan warna. Kaleidoskop warna dan rona ini boleh membantu mengubah ruang kediaman untuk memenuhi keperluan peribadi setiap orang. Pelbagai produk juga menawarkan fungsi yang dipertingkatkan, seperti ciri antibakteria dan kalis noda dalam Dulux EasyCleanTM. Apabila disapukan dengan betul, satu lapisan perlindungan akan terbentuk yang menghalang pertumbuhan bakteria dan boleh menangkis noda secara berkesan. Kedua-dua ciri antibakteria dan kalis noda ini sangat berguna dalam kediaman yang mempunyai anak-anak kecil.
Apabila warna menjadi penting
Dalam soal pemilihan warna, memilih rona hijau bumi dan menggandingkannya dengan rona biru boleh memberikan suasana yang santai dan menyegarkan untuk minda dan tubuh. Kita lihat bilik tidur, contohnya. Di sinilah tempat untuk kita tidur dan mencergaskan kembali tubuh. Inilah ruang yang sepatutnya mewujudkan ketenangan untuk memboleh kita mendapat tidur yang lebih berkualiti. Contohnya, bilik tidur yang menggunakan nada warna biru redup yang menenangkan seperti Brooding Storm (87BG 27/077) yang digandingkan dengan warna hijau cerah seperti Grey Jeans (45GY 55/052) boleh mewujudkan suasana yang tenang dan damai untuk badan berehat selain mengurangkan tekanan dan kegelisahan.
Gambar 1: Bilik tidur yang tenang dicat dengan Brooding Storm (87BG 27/077) dan Grey Jeans (45GY 55/052)
Ruang lain di mana ramai daripada kita menghabiskan banyak masa dan tenaga ialah bilik belajar atau pejabat di rumah. Inilah ruang di mana kita biasanya berada pada tahap paling produktif, maka penting untuk menjadikan ruang ini sebagai persekitaran yang merangsang kreativiti. Padanan ungu lembut dan warna-warna pudar atau keputihan seperti Timescape (70YR 50/086) sebagai latar dinding utama dan After the Rain (10YR 73/038) untuk siling adalah paling sesuai dalam mewujudkan persekitaran yang menenangkan dan produktif di mana orang dewasa dan kanak-kanak boleh bekerja dan belajar. Keanggunan warna putih melengkapi ungu lembut dan memberikan ruang ini nilai estetika yang tidak lapuk dek zaman, di samping turut mendorong kreativiti dan produktiviti.
Foto 2: Ruang belajar yang menenangkan dicat dengan Timescape (70YR 50/086) dan After the Rain (10YR 73/038)
Sekarang mari kita beralih ke ruang tamu pula. Ia sepatutnya mempunyai persekitaran yang meriah dan menarik, kerana ruang tamu adalah tempat untuk kita bersosial dan menghabiskan banyak masa bersama. Menggunakan rona tanah seperti Warna Pilihan Tahunan (Colour of the Year) Dulux, Brave Ground (juga dikenali sebagai Wright Stone 10YY 30/106) boleh mewujudkan suasana yang diinginkan.
Gambar 3: Ruang tamu yang terbuka di latari warna Brave Ground atau Wright Stone (10YY 30/106)
“Apapun warna yang anda putuskan, penting untuk diingatkan bahawa warna yang kita pilih sebagai latar dinding memainkan peranan utama dalam mengekalkan kesejahteraan mental kita secara keseluruhan. Dan AkzoNobel berbesar hati membantu para pelanggan mencipta ruang kediaman yang sempurna untuk mereka,” kata Heleen van Gent, Pengarah Kreatif Pusat Aestetika Global AkzoNobel. “Inilah sebabnya AkzoNobel melancarkan Warna Pilihan Tahunan (Colour of the Year) setiap tahun, untuk membolehkan pelanggan mengecat rumah mereka dengan warna yang relevan dan benar-benar menggambarkan suasananya,” tambahnya.
Malah, kajian warna berkenaan selari dengan pendekatan syarikat terhadap kelestarian. Dikenali sebagai ‘People. Planet. Paint.’ ia direka bagi memastikan produk AkzoNobel mempunyai impak yang positif. Ini termasuklah menjaga dan mengutamakan kesihatan serta kesejahteraan manusia di mana sahaja, di samping menyediakan penyelesaian lestari melalui inovasi berterusan. Sementara itu, inisiatif global syarikat ‘Let’s Colour’, telah mengubah dan meningkatkan kehidupan masyarakat selama lebih daripada 10 tahun, menggunakan kuasa cat untuk menjadikan ruang kediaman lebih ceria, sesuai didiami dan menyenangkan.
Untuk mendapat lebih banyak inspirasi warna dan idea kreatif dari Dulux, sila kunjungi https://www.dulux.com.my/en/colour-inspiration.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Wow! Tahukah Anda Bulatan Putrajaya Terbesar Di Asia Tenggara

Siapa yang tidak pernah ke Putrajaya bukan? Masuk sahaja Putrajaya pasti akan melalui bulatan ini. Tapi masih ramai yang tidak tahu bahawa bulatan Putrajaya ini adalah bulatan terbesar di Asia Tenggara.
Pada kebiasaanya roundabout ni memang orang tidak perasan ia adalah sebuah bulatan yang besar.

Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pejabat Terlindung Covid Pertama

Sebagaimana yang kita semua tahu akan dunia kini dilanda musibah virus Covid19 yang masih belum ditemui vaksin. Kebanyakan perniagaan harus meneruskan perniagaan mereka agar ekonomi negara tidak terjejas. Walaubagaimanapun kita harus patuh akan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Kini terdapat pejabat terlindung Covid Pertama di Malaysia.
Sambil syarikat-syarikat perniagaan mengalihkan semula tumpuan operasi daripada kesediaan Covid-19 kepada pemulihan perniagaan, sudah tiba masanya untuk sektor hartanah memikirkan semula bagaimana ruang pejabat komersial boleh diberi nafas baharu dan dibuka semula untuk menjamin kesinambungan dan kesejahteraan di tempat kerja.
Inilah pesanan yang ingin disampaikan oleh KL 33 Properties Sdn Bhd (KL 33 Properties), pemilik Menara KL33 kepada para pemilik, tuan punya dan pengurus bangunan pejabat.
Memandangkan pandemik Covid-19 telah meningkatkan kesedaran tentang hubungan antara persekitaran fizikal dan kesihatan manusia, KL 33 Properties kini merintis jalan untuk melancarkan ruang pejabat ‘Covid Secure’ (Terlindung Covid) pertama di Menara KL33, sebuah bangunan komersial bersepadu yang terletak secara strategik di pusat perniagaan utama Segi Tiga Emas Kuala Lumpur.
Sebagai bangunan pertama seumpamanya di Malaysia, pejabat ‘Covid Secure’ yang dilengkapi sepenuhnya ini telah disusun atur dan dirangka semula secara khusus untuk mematuhi peraturan penjarakan sosial enam kaki bagi mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan para penghuni dan penyewa.
Pengarah Eksekutif KL 33 Properties, Tan Kok Leong, berkata, “Kami gembira untuk melihat lebih ramai orang kembali ke pejabat selepas pembukaan semula pelbagai sektor perniagaan secara beransur-ansur . Walaupun ramai yang tidak sabar-sabar untuk kembali ke pejabat, kita tidak boleh mengabaikan tahap kebimbangan dan ketidakpastian yang masih tinggi dalam kalangan sesetengah penghuni pejabat.
Dengan beralih kepada konsep pejabat ‘Covid Secure’, kami dapat memenuhi keperluan operasi di tempat kerja yang nyata berubah, dan lebih penting lagi, menyediakan persekitaran yang meyakinkan pekerja untuk kembali ke pejabat dengan selamat.”
KL 33 Properties juga telah memperkenalkan Program ‘Sewaan Mudah’ untuk membantu syarikat mengembalikan tenaga kerja ke pejabat dengan selamat, tanpa kos permulaan yang tinggi. Di bawah Program ‘Sewaan Mudah’, syarikat-syarikat boleh melunaskan semua kos langsung yang terlibat dengan pengubahsuaian dan perangkaan semula pejabat secara ansuran sewa bulanan, dengan tempoh sewaan fleksibel, bermula daripada tiga bulan.
“Ekoran penularan pandemik Covid-19, banyak syarikat beroperasi dalam keadaan tertekan, mengimbangi keperluan untuk memulakan perniagaan dengan usaha mewujudkan pengalaman kembali bekerja yang selamat. KL 33 Properties komited untuk memainkan peranan kami meringankan beban penyewa kami. Program ‘Sewaan Mudah’ ini disasarkan kepada syarikat-syarikat yang peka bajet, terutamanya syarikat-syarikat baharu, supaya kakitangan mereka kembali bekerja di dalam pejabat yang terlindung daripada Covid, dan dalam pada itu, menjimatkan tunai agar mampu menghadapi cabaran ekonomi,” kata Tan.
Menurut satu tinjauan dalam talian yang melibatkan penghuni hartanah yang dimiliki dan diuruskan oleh syarikat-syarikat dalam kumpulan KL 33, organisasi yang telah kembali ke pejabat secara selamat menetapkan penjarakkan fizikal, protokol pembersihan dan pengubahsuaian kemudahan sebagai tiga pertimbangan utama mereka.
Bagi mengamalkan kebiasaan baharu dalam operasi di tempat kerja, Menara KL33, sebuah bangunan pejabat Gred A yang mempunyai 25 tingkat, dan telah disesuaikan semula untuk memenuhi keperluan persekitaran pasca Covid-19. Susun atur ruang kerja dan ruang dalaman belum dihuni boleh disesuaikan semula untuk mematuhi cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang mengesyorkan jarak 6-kaki antara setiap orang dalam semua persekitaran tempat kerja, termasuk stesen kerja, bilik mesyuarat dan juga di bilik pantri.
Ciri-ciri inovatif lain termasuk pemeriksaan biometrik dan suhu di ruang menyambut tetamu utama bangunan dan di pintu masuk pejabat masing-masing; aliran lalu lintas satu hala di ruang umum dan semua pintu masuk dan keluar, dan juga kemudahan tanpa sentuhan di bilik air, untuk mengurangkan sentuhan langsung dengan pelbagai permukaan.
Oleh kerana kesedaran yang semakin meningkat tentang pengedaran semula udara yang boleh dirawat untuk mencegah penyebaran pencemar bawaan udara di dalam bangunan, sistem pengaliran udara berpusat di Menara KL33 telah diubah suai untuk menyalurkan udara segar ke persekitaran dalaman, manakala penyewa ada pilihan untuk memasang alat penyahkuman udara menggunakan teknologi sinaran ultraungu untuk mengurangkan mikroorganisma bawaan udara.
Bagi meningkatkan tahap keselamatan dan memudahkan pengesanan hubungan, semua pengunjung ke Menara KL33 perlu mengemukakan butiran hubungan menerusi kod QR yang disediakan apabila memasuki bangunan. Prosedur pembersihan dan sanitasi juga dipertingkatkan untuk memastikan permukaan yang kerap disentuh dibersihkan sebanyak tiga kali sehari, dan proses penyahjangkitan kerap dilakukan di semua kawasan yang kerap dilalui oleh pengguna di dalam bangunan.
Meninjau ke hadapan, KL 33 Properties tetap yakin tentang potensi jangka panjang bagi sektor ruang pejabat. “Permintaan bagi ruang pejabat pasti berubah selepas Covid-19. Kami percaya peningkatan kaedah kerja dari jauh tidak akan menjejaskan permintaan bagi ruang pejabat. Ruang pejabat komersial masih memainkan peranan penting untuk menggalakkan produktiviti dan kerjasama, dan merupakan salah satu faktor penting untuk menarik dan mengekalkan bakat. Malah, sesetengah syarikat mungkin menambah saiz pejabat untuk membawa seluruh tenaga kerja kembali bekerja sambil mematuhi peraturan penjarakan fizikal,” jelas Tan.
“Pandemik Covid-19 telah mencetus anjakan paradigma dari segi reka bentuk dan penggunaan ruang pejabat. KL33 Properties sedang berganding bahu dengan perunding hartanah kami, JLL Property Services Malaysia, untuk membantu penyewa mentafsirkan semula ‘pejabat masa depan’. Dengan mereka semula susun atur, protokol keselamatan dan kesejahteraan di pejabat dan juga pengurusan kemudahan, keseimbangan perlu dicapai antara risiko kesihatan dan produktiviti di tempat kerja. Ini penting untuk memastikan sektor pejabat komersial dapat bertahan dalam jangka panjang,” kata Tan.
Galeri pejabat contoh ‘Covid Secure’ Menara KL33, kini dibuka untuk kunjungan, setiap Isnin hingga Jumaat, dari jam 9:00pg hingga 6:00ptg. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Lim Yen Yeng di Tel: 016-631 7803 atau e-mel: yen@jaya33.com. Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila layari www.kl33.my
#CovidSecureOffice
#KL33
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI