
Lebih 24 ekor burung kakak tua Yellow-crested yang diancam kepupusan berjaya diselamatkan oleh pihak polis Indonesia dari menjadi mangsa penyeludupuan. Paling menyedihkan, burung kak tua tersebut disumbat ke dalam botol air miniral 500ml yang telah dikosongkan untuk mengaburi pihak kastam yang melakukan pemeriksaan di Tanjung Perak Surabaya, Indonesia.
Walaupun kejadian telah berlaku pada 5 May 2015, ia kurang di hebahkan dan proses penyeludupan sehingga kini masih berjalan. Menurut International Union Conservation Of Nature and Natura Resources, burung kakak tua Yellow-crested disenaraikan sebagai spesies terancam sejak 2017.
Kadar tangkapan juga semakin banyak dengan perluasan kawasan termasuklah Rawa Aopa Watumohai National Park, Buton dan Pulau Kadatua. Jumlah penyeludupan semakin meningkat dan tetap diteruskan disebabkan oleh permintaan tinggi di negara-negara Eropah. Setiap ekor burung kak tua boleh dijual pada harga £650
Dalam proses penyeludupan, disahkan 40% burung kakak tua akan mati akibat sifat tidak keperimanusiaan penyeludup yang menyeksa haiwan tersebut ketika dalam perjalanan. Ini bermakna, dalam 1,000 ekor yang diseludup 400 ekor akan mati.
Secara tidak langsung, Jumlah kuwujudan burang kakak tua Yellow-crested menjadi turun secara mendadak di tambah dengan masalah pengondolan hutan secara berleluasa. Tambahan, menurut banci lebih 10,000 spesies kaktua termasuk Lories ditangkap di Utara Halmahera, Indonesia setiap tahun untuk tujuan penyeludupan.
Mengecilkan lagi populasi disebabkan oleh kadar pembiakkanya yang sangat perlahan dimana ia berupaya bertelur sekali dalam tempoh setahun. Tidak seperti jenis burung yang lain 3 kali musim. Bagi setiap musim mengawan, burung kakak tua hanya mampu menghasilkan 2 biji telur maksimum.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Sambut Krismas & Tahun Baru Dengan Sentuhan Bright Skies

Sambutan Krismas dan tahun baru 2022 akan lebih bermakna dari tahun sebelumnya. Warna pilihan 2022 yang lebih menyerlah dan menyinar. “Buang yang keruh, ambil yang jernih” mungkin merupakan perumpaan yang menyatukan rakyat Malaysia apabila berkaitan dengan tahun 2021.
Bagi kebanyakan daripada kita, 2021 adalah tahun untuk “tunggu dan lihat” dalam kita menilai semula apa yang paling bermakna buat diri kita: keluarga, rakan-rakan, kediaman dan dunia di sekeliling kita. Namun, ganjaran terbaik datang kepada mereka yang sabar, dan dalam situasi ini, satu-satunya cara untuk mara ke hadapan adalah dengan memandang ke atas.
Ya, ke atas. Pepatah yang mengatakan apabila anda jatuh (ini tidak bermakna kami mengatakan ia benar-benar terjadi kepada anda), satu-satunya jalan yang tinggal adalah untuk memandang ke atas. Walaupun tidak ramai yang mengalami kejatuhan, kita bersama-sama berharap untuk mara ke hadapan dan memandang ke atas, ke langit yang cerah dan tahun baru yang jauh lebih menggembirakan.
Oleh itu, dengan kedatangan Krismas dan Tahun Baru, tiada cara yang lebih baik berbanding memulakannya dengan menghias untuk mengekspresi diri dan mencipta semula ruang peribadi anda. Inilah masanya untuk menghias semula dan memberi sentuhan baharu kepada kediaman anda. Sama ada anda merancang skim warna yang penuh dengan warna merah, hijau dan emas, atau sesuatu yang sesuai sepanjang zaman, kami mempunyai beberapa cadangan untuk mengubah ruang kediaman anda agar dapat bertahan seiring dengan peredaran masa, dan diilhamkan daripada Warna Terbaik 2022 AkzoNobel – Bright SkiesTM dan serta pelengkapnya.
Ruang Tamu
Ruang tamu yang menjadi tumpuan utama dalam sesebuah kediaman adalah tempat di mana semua orang meluangkan paling banyak masa. Sama ada bersama keluarga dan rakan-rakan atau menikmati secawan kopi pada waktu petang – ruang tamu adalah ruang pertama yang menetapkan mood dan suasana kerana ia merupakan titik tumpuan di rumah anda semasa musim perayaan.
Perayaan
Warna merah lembut AkzoNobel Santa Rosa (10YR 37/143) membantu anda mencetuskan suasana perayaan yang menetapkan mood di ruang semua orang berkumpul dan berinteraksi antara satu sama lain. Dengan musim perayaan yang bakal tiba, perhiasan tambahan seperti pokok Krismas di ruang tamu pastinya akan memeriahkan lagi suasana perayaan.
Moden
Krismas tidak bermakna semuanya perlu berwarna merah. Warna hijau adalah satu lagi warna yang menjadi pilihan semasa Krismas. Melambangkan perkembangan dan pembaharuan, warna hijau boleh dikaitkan dengan merapatkan hubungan yang biasanya terjalin di ruang tamu. Warna Creme Brulee (00YY 26/220) dan Pale Clover (30GY 41/173) pula memastikan ruang tamu anda kekal menawan sepanjang masa, sesuai untuk setiap luangan masa bersama yang tersayang.
Ruang Makan
Apabila menghias ruang makan, warna yang terang sesuai sekali untuk digunakan. Ruang makan juga merupakan ruang untuk berinteraksi dan berbual sambil menikmati hidangan, dan oleh itu, ia juga perlu diberi perhatian sewajarnya. Anda boleh memilih warna yang lembut dan menambah hiasan perayaan atau mencuba tema hiasan tradisional Krismas dengan warna merah yang lebih berani.
Perayaan
Menyerikan ruang makan dengan warna dapat menambah kemeriahan sesuai dengan suasana perayaan. Sedikit sentuhan seperti warna merah di sekeliling tingkap dapat menaikkan seri, menambah keriangan di ruang yang pastinya dipenuhi kegembiraan. Warna yang dipaparkan pada set ini ialah Rich Blush (29YR 27/355).
Moden
Mencari warna yang kelihatan menarik sepanjang masa? Cuba beige! Warna yang dipaparkan pada set ruang ini ialah Brave Beige (00YY 63/067), warna pilihan untuk mereka yang mahukan sentuhan inventif dan memberi inspirasi. Latar cerah yang disuai padan dengan pelbagai blok warna tidak akan kelihatan lapuk dek zaman.
Bilik Tidur
Bilik tidur adalah tempat anda bangun pada waktu pagi dan seharusnya cerah dan ceria untuk memulakan hari dengan baik. Ruang tamu, ruang makan dan dapur sering dihias semasa waktu perayaan, namun bilik tidur biasanya tidak diberi perhatian apabila menata hias ruang untuk memberi nafas baharu.
Perayaan
Buat bilik tidur kelihatan segar dan luas dengan tona hijau lembut Khaki Mists (30YY 17/209) dan biru kelabu, Brooding Storm (87BG 27/077) pada dinding dan perkakasan kayu di bahagian bawah, dan gunakan Blueberry Mash (14BB 55/113) di bahagian atas. Ini akan membawa tumpuan ke bahagian atas, memberi ilusi ruang yang lebih tinggi. Warna-warna ini merupakan tona sejuk yang dapat menambah keselesaan di dalam bilik.
Moden
Set ruang ini diinspirasi daripada tona sejuk seperti Grey Jeans (45GY 55/052) dan Blueberry Mash (14BB 55/113) yang dapat menaikkan seri dan membuat bilik tidur kelihatan segar. Warna hijau menyerupai daun dari pokok Krismas dan warna biru pula diilhamkan daripada langit yang cerah di pagi Krismas.
Tidak kiralah yang mana satu skim warna menjadi pilihan anda, matlamat utama kami adalah untuk memberi inspirasi kepada anda untuk mentransformasi dan memberi nafas baharu kepada kediaman anda. Dengan kedatangan tahun 2022, inilah masanya untuk mencipta gaya terkini yang lebih segar di rumah anda bagi meraikan tahun baru.
Untuk lebih banyak idea kreatif dan mengetahui lebih lanjut tentang palet warna dan menerokai lebih banyak warna dari Dulux, sila layari www.dulux.com.my atau https://www.akzonobel.com/en/about-us/initiatives/color-of-the-year-2022.
KLIK DI SINI untuk pembelig Tamuan 5L ICI DULUX Inspire Interior Smooth Sheen Finish Paint Cat Dinding Dalam Rumah Bilik dan Ruang Tamu.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Samanea Bawa Kelebihan Daya Saing Dengan Pilihan Jenama Kelengkapan Rumah Terpelbagai Ke Malaysia

Kumpulan Samanea yang Berpangkalan di Singapura Pilih Malaysia untuk
Ceburi Pasaran Antarabangsa
Kuala Lumpur, 1 Julai 2019 – Samanea Malaysia, anak syarikat Kumpulan Samanea yang
berpangkalan di Singapura, telah melancarkan secara rasmi gedung Home Living Centre
(Pusat Kelengkapan Rumah) antarabangsa sulungnya di Glo Damansara Mall, Kuala Lumpur. Menempatkan lebih 50 jenama tempatan dan antarabangsa, Samanea Malaysia bakal membawakan lebih banyak pilihan dan idea serba baharu kepada pengguna yang ingin memberi nafas baharu atau mengubah sama sekali rias kediaman, pejabat dan juga ruang komersial mereka.
“Ruang dalaman yang direka hias dengan teliti mencerminkan personaliti tersendiri dan mampu mengubah emosi si penghuni. Generasi masa hari ini yang mempunyai gaya tersendiri dan berorientasikan matlamat kini boleh menghiasi ruang bilik, pejabat atau kediaman mereka berasaskan idea tersendiri dengan pelancaran rasmi Samanea Malaysia di Glo Damansara,” kata Pengarah Samanea Malaysia, Shaun Chong di majlis pembukaan.
Samanea Malaysia menduduki kawasan seluas 180,000 kaki persegi, dengan 100 unit kedai meliputi empat tingkat pusat beli-belah, dari aras bawah sehingga aras tiga. Dengan pelaburan kira-kira RM20 juta dalam Pusat Kelengkapan Rumah ini, Samanea Malaysia memberi penekanan kepada jenama yang memang mengutamakan kualiti dan keupayaan menawarkan konsep produk unik untuk memberikan sentuhan reka bentuk yang berbeza kepada pelanggan.
“Di Samanea Malaysia, pengunjung boleh mengambil ilham daripada idea yang diketengahkan oleh jenama-jenama kami, yang sentiasa diperbaharui dari masa ke masa. Kami faham cabaran yang dihadapi oleh pengguna terutamanya dalam usaha mencari barangan berkualiti pada harga yang berpatutan. Kemudahan yang disediakan oleh pusat sehenti bagi kelengkapan dan kehidupan rumah menjadikan proses ini lebih lancar dan menarik,” kata Chong.
Salah satu ciri kelebihan penting Samanea Malaysia ialah LSDD yang didayakan oleh Lazada, gedung pengalaman Dalam Talian ke Luar Talian (O2O), yang terletak di tingkat tiga pusat belibelah, yang memaparkan produk kelengkapan kediaman dan perabot rumah. Gedung pengalaman O2O membantu pengguna membuat pembelian maklum dengan membolehkan mereka mencuba dan melihat sendiri keadaan fizikal produk yang dipaparkan di platform dalam talian Lazada. Kerjasama strategik ini menjadikan Samanea Malaysia sebagai salah sebuah pusat kelengkapan pertama untuk menggabungkan yang terbaik antara dua dunia; iaitu gedung Dalian Talian ke Luar Talian (O2O) dan juga kedai fizikal biasa.
“Kami telah mencapai kadar penghunian kukuh sebanyak 50 peratus daripada 100 unit
keseluruhan buat masa ini. Kami menjangka akan mencapai kadar penghunian 90 peratus
menjelang akhir tahun ini. Tambahan lagi, kami bakal memulakan kerja fasa dua gedung
pengalaman LSDD yang didayakan oleh Lazada, dengan matlamat menawarkan pilihan lebih luas kepada pengguna. Gedung pengalaman LSDD yang didayakan oleh Lazada menjadi penyelesaian e-dagang sehenti yang membantu menggalakkan pertumbuhan perniagaan kecil dengan menyokong jualan rentas sempadan. Kumpulan penyewa seterusnya sedang menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian dan kedai mereka boleh dikunjungi pengguna dalam tempoh beberapa bulan akan datang,” kata Chong.
Antara rangkaian jenama yang boleh dilihat, disentuh dan dicuba sendiri oleh pengguna
termasuk POET, jenama perabot konsep Denmark; DeRUCCI, pakar kelengkapan katil mewah dan ergonomi; HUIDA, jenama peralatan kebersihan dan jubin bilik air; dan Timeless Design. Jenama tempatan kegemaran, Fella Design, Urban Edge, TAMU, SweetDream, ENGLANDER, Atrium dan DeCasa Marble juga antara jenama lain yang diketengahkan.
Pembukaan rasmi Samanea Malaysia dihadiri oleh Presiden Kumpulan Samanea, En. KC
Zhang, dan Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO Glomac Berhad, Yang Berbahagia Datuk
Seri F.D. Iskandar.
Mengenai Samanea Malaysia
Samanea Malaysia ialah gedung antarabangsa pertama yang dilancarkan Kumpulan Samanea. Tumpuan Samanea Malaysia adalah terhadap produk kelengkapan rumah, yang memaparkan jenama tempatan & antarabangsa. Terletak di dalam Glo Damansara, Samanea Malaysia meliputi empat (4) tingkat: Aras G, Aras 1, Aras 2 dan Aras 3. Samanea Malaysia menempatkan 100-unit kedai/jenama menarik dan ruang seluas 180,000 kaki persegi (tidak termasuk ruang pejalan kaki) untuk diterokai oleh pengguna dan pembeli profesional.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rumah Banglo Yang Dikatakan ‘Berhantu’, Akhirnya Telah Berjaya Dilelong Dengan Harga RM4.4 Juta!

Bagi anda yang menetap di sekitar kawasan perumahan Jalan Bukit Gasing, Petaling Jaya sudah pasti mengetahui dengan kewujudan sebuah rumah banglo besar yang sudah lama tidak berpenghuni terletak di atas bukit kawasan perumahan tersebut.
Pelbagai spekulasi cerita dari orang ramai mengenai rumah banglo tersebut sehingga ada yang mendakwa rumah tersebut ‘berhantu’ dan sangat menyeramkan.
Bukan itu sahaja, ada juga segelintir yang mengatakan rumah banglo yang tertera tulisan SG pada pintu pagar utama kediaman tersebut sering berlaku pelbagai kejadian mistik yang menakutkan.
Kini, akhirnya rumah banglo tersebut difahamkan telah berjaya dijual dengan harga lelongan sebanyak RM4,400,000 pada Selasa.
Meski kediaman tampak besar sehingga ada yang beranggapan ia sebagai sebuah rumah banglo, tetapi sebenarnya kediaman ini jenis rumah 2 tingkat berkembar.
Dengan nilai harga lelongan yang dijual, kediaman ini boleh dikatakan sebagai sangat murah dengan nilainya. Kerana lokasi kediaman ini strategik dan sangat berdekatan dengan pusat bandar Kuala Lumpur.
Sejauh mana kebenaran cerita mengenai kediaman ini yang dikatakan ‘berhantu’ dan sering berlakunya pelbagai kejadian mistik, sehingga kini belum diketahui kebenarannya dan masih menjadi misteri kan?
Sumber: Facebook Muhammad Ishaq
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Sudah Bosan Dengan Tempat Peranginan Yang Biasa? Apa Kata Cuba Resort Tasik Kebun Di Serendah, Sangat Menarik!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI