
Cover kali ini agak misteri. Lari dari biasa dan out of box. Tidakan berani menggunakan rona gelap bagi persiapan hari raya merpakan satu eksperimen. Rona seperti kelabu dan putih menjadi pilihan dengan pencahayaan dramatik member kelainan untuk cover majalah IMPIANA. Ia juga memberi satu gaya praktikal bagai mereka yang meminati rona selamat bagi meraikan hari raya di samping menyambut kehadiran ramai pengunjung.
Di samping bermain dengan rona sedondon, teknik pencahayaan dramatik juga menyerlahkan tekstur fabric dan material lain dalam sebuah ruang. Jadi kepelbagaian permukaan dan tekstur dalam diserlahkan dalam sebuah ruang dan mengejutkan pembaca dengan gaya dramatik seumpama ini.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Serikan Kediaman Anda Di Hari Raya Dengan SSF

Viva Shopping Mall, Kuala Lumpur – Menjelang kehadiran Syawal, SSF yakin bahawa persiapan Raya anda tidak akan lengkap tanpa hiasan kediaman yang sempurna. Sempena Aidilfitri kali ini, SSF ingin menjemput semua pelanggan dan masyarakat keseluruhannya untuk menyertai Bengkel Istimewa Raya SSF, pada 19 Mei 2019, 2:00 hingga 4:00 petang di gedung SSF yang terletak di Viva Shopping Mall.
Para pelanggan SSF akan dapat duduk bersama-sama dengan Pengarah Seni Promosi Produk Visual, Danny Lock yang sangat berbakat serta memiliki kepakaran dan pengalaman luas dalam menyerlahkan lagi kesenian serta inspirasi di sebalik hiasan rumah dan gubahan bunga di kesemua gedung SSF. Beliau telah mendedikasikan masanya untuk menunjukkan nilai sesuatu rekaan hiasan dalaman serta kemampuannya sebagai titik tumpuan apabila sanak-saudara berkumpul. Salah satu matlamat SSF ialah membolehkan pelanggan mereka memberi sentuhan peribadi pada kediaman mereka yang pastinya membuatkan para tamu terpesona.
Dengan hanya meletakkan bunga-bungaan sahaja boleh meningkatkan suasana sesebuah bilik secara drastik. Walaupun hanya meletakkan gubahan bunga yang kecil ke dalam pasu, di sudut sesebuah bilik, secara estetiknya akan menyerlahkan lagi keindahan bilik berkenaan. Inilah sebabnya kenapa bunga memainkan peranan penting dalam menghiasi sebarang acara. Oleh itu SSF ingin berkongsi ilmu dengan para pelanggan mereka menerusi penganjuran Bengkel Istimewa Raya SSF kerana ianya amat penting untuk semua pemilik rumah. SSF ingin memberi inspirasi kepada mereka bahawa ia bukan sekadar hobi semata-mata, sebaliknya ia merupakan satu cabang kesenian yang mampu menyerlahkan kreativiti diri.
Menjelang ketibaan Syawal, SSF menganjurkan bengkel berkenaan bagi membantu pelanggannya membuat persiapan Raya. SSF juga akan menganjurkan beberapa siri acara sambutan seperti Raikan Raya Bersama SSF, yang merupakan majlis berbuka puasa mulai 20 Mei hingga 22 Jun 2019 di gedung SSF terpilih dan Bengkel Istimewa Raya SSF pada 26 Mei di The Mines Mall.
Sejarah SSF bermula sebagai penjual barang-barangan membuat pakaian di Kepong dan kemudiannya sebagai pemborong bunga tiruan dan hari ini telah berkembang menjadi salah satu jenama terkenal. Salah satu topik yang akan dibincangkan dalam Bengkel Istimewa Raya ialah rekaan dan gubahan bunga, yang sentiasa dekat di hati SSF .
Mengenai SSF
SSF memiliki 37 rangkaian gedung dengan keluasan ruang runcit melebihi 800,000 kaki persegi dan kini berkembang menjadi salah satu jenama terkenal di seluruh Malaysia. Keunikan SSF terletak pada setiap ruang pameran di gedung-gedung yang memaparkan beraneka idea kreatif berkaitan gaya rekaan hiasan dalaman. Ruang-ruang yang disusun secara rapi membolehkan para pelanggan mengalami sendiri estetika ruang kediaman yang mengagumkan dan akhirnya menjadi sumber inspirasi untuk kediaman mereka sendiri. SSF mempunyai lebih 30,000 produk di 12 bahagian, menawarkan beraneka pilihan barangan hiasan rumah pada harga berpatutan bagi memenuhi wawasan para pelanggan dalam mencipta Rumah Impian mereka sendiri.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Model Kereta Volvo C40, Rekaan Ruang Dalaman Kereta Yang Berkonsepkan ’Scandinavian’

Pernah atau tidak anda terbayangkan sesebuah model kereta yang memiliki konsep dan tema ruang dalaman sama seperti sebuah kediaman rumah? Ya, untuk pengetahuan ia sememangnya ada dan wujud!
Jangan ada yang tidak tahu, syarikat pengeluar kereta jenama antarabangsa, Volvo Car Malaysia kini telah melancarkan sebuah model kereta terbaharu iaitu Volvo C40 Recharge Pure Electric bagi pasaran Malaysia.
Model kereta Volvo C40 Recharge Pure Electric ini merupakan sebuah kenderaan mewah jenis Sport Utility Vehicle (SUV).
Bukan itu sahaja, dengan pelancaran model kereta terbaharu tersebut telah meletakkan ia sebagai sebuah kereta berteknologi kuasa elektrik sepenuhnya yang pertama di bawah jenama pengeluar kereta berkenaan.
Apa yang menarik mengenai Volvo C40 Recharge Pure Electric ini selain reka bentuk luaran kenderaan yang tampak mewah dan moden, ia juga telah menampilkan konsep rekaan ruang dalaman kereta yang bertemakan ‘Scandinavian’.
Jika kita lihat dari rekaan ruang dalaman model kereta Volvo C40 Recharge Pure Electric ini sememangnya tampak sangat kemas dan menarik. Bukan itu sahaja, rekaan konsep yang ditonjolkan membuatkan ruang dalaman kereta ini kelihatan sangat unik dan berbeza dari yang lain.
Ini merupakan satu pembaharuan menarik yang ditampilkan oleh Volvo Car Malaysia selaku pengeluar kereta mewah yang bertaraf antarabangsa.
Volvo C40 Recharge Pure Electric ini ditawarkan pada harga atas jalan RM288,888** dan didatangkan dengan lima pilihan warna menarik iaitu Crystal White, Black Stone, Silver Dawn , Sage Green dan Fjord Blue.
Bagi anda yang berminat, sudah boleh membuat tempahan bermula 14 Disemberdan para pelanggan juga boleh mengunjungi semua pengedar sah Volvo di Malaysia untuk melihat sendiri kenderaan tersebut mulai 15 Disember 2022
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Bertemakan Konsep Scandinavian, Zulin Aziz Hanya Berbelanja Dalam RM50,000 Untuk Dekorasi Dalaman Rumah
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ruang Kamar Tidur Mengikut Kepercayaan ‘Feng Shui’, Ada Pantang Larang Yang Perlu Anda Tahu

Bagi anda yang masih tidak tahu mengenai apakah itu kepercayaan ‘Feng Shui’ yang majoritinya diamalkan oleh masyarakat kaum berbangsa Cina ini, ia adalah sistem undang-undang semula jadi Cina Kuno yang seharusnya mengatur susunan perabot dan hiasan dalaman rumah mengikut aliran tenaga (Chi).
Untuk maklumat anda, definisi untuk perkataan ‘Feng’ ia membawa maksud angin manakala ’Shui’ pula bermaksud air dalam bahasa Cina. Mengikut kepercayaan ‘Feng Shui’ oleh masyakat kaum Cina, ruang kamar tidur adalah antara ruang yang paling penting dan harus diberikan keutamaan berbanding dengan ruang lain yang ada di dalam rumah.
Ini kerana, masyarakat kaum Cina melihat dari sudut rutin kehidupan seharian manusia akan banyak meluangkan dan menghabiskan masa yang lebih di ruang kamar tidur.
Dalam episod Tip Impiana kali ini telah berkongsi beberapa pantang larang di ruang kamar tidur mengikut kepercayaan ‘Feng Shui’. Sebenarnya, ada beberapa pantang larang atau perkara yang tidak boleh anda lakukan di ruang kamar tidur.
Antaranya, kedudukan katil seharusnya berada kedudukan di posisi yang dominan di ruang kamar tidur anda. Selain itu, bagi pemilihan perabot katil pula anda seharusnya menggunakan kepala katil yang direka dengan struktur bentuk yang padat dan tidak berlubang.
Seterusnya pula, keadaan di bawah katil pula haruslah berada dalam keadaan yang sentiasa bersih dan bebas daripada segala habuk atau kekotoran. Bukan itu sahaja, barangan seperti kasut dan beg bagasi antara benda yang tidak sesuai untuk diletakkan di bawah katil.
Ini kerana, mengikut kepercayaan ‘Feng Shui’, jika anda meletakkan barangan seperti ini di bawah katil, ia dipercayai boleh membuatkan anda berasa seperti sentiasa bergerak dan tidak berada di rumah ketika sedang tidur.
Anda juga boleh menonton perkongsian selanjutnya mengenai pantang larang ini dengan menonton pautan video di bawah:
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Jangka Masa Pinjaman Akan Bertambah, Adakah Digalakkan Untuk Membuat Pembiayaan Semula Pinjaman Rumah?
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI