Memang terdapat banyak tombol atau pemegang pintu di pasaran. Pelbagai jenama dan berbeza-beza harganya. Rupanya, bukan rekaan dan jenama yang menjadi keutamaan ketika memilih. Doktor Perubatan Rehabilitasi Kamarul Ariffin Nor Sadan punya penjelasan rekaan pemegang pintu yang macam mana sesuai digunakan
Jika kalian ada niat nak tukar pintu bilik/rumah, saya sebagai doktor perubatan rehabilitasi fizikal, sarankan tukar kepada tuil pintu yang gunakan pemegang (handle) bukan tombol pintu (knob).
Kenapa saya sarankan tuil jenis pemegang bukan tombol pintu?
Tuil pemegang boleh dipulas menggunakan kekuatan lengan, maka ia lebih mudah berbanding tombol yang menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Makanya ia lebih mesra kepada warga emas yang mempunyai masalah sendi (arthritis).
Ia mudah digunakan oleh kanak-kanak kerana membolehkan mereka gunakan kedua-dua belah tangan dan berat badan untuk memulas tuil itu. Kanak-kanak sukar untuk memegang tombol dan tidak mempunyai kekuatan memulasnya.
Di bilik air atau tandas, tuil pemegang lebih sesuai kerana tangan yang basah menyebabkan tombo menjadi licin untuk dipulas. Merujuk kepada perkara sebelum ini, ia pasti menyebabkan lebih kesukaran kepada kanak-kanak dan warga emas.
Jika kita membawa barang dengan kedua-dua belah tangan, tuil jenis pemegang boleh dipulas dan ditarik menggunakan siku. Guna kaki pun boleh. Bermakna ia juga boleh digunakan oleh OKU yang ketiadaan jari atau sebahagian tangan.
Ini agak jarang dan ekstrim, tapi dalam keadaan genting di mana kita perlu mengekang orang memulas tuil pintu dan masuk ke dalam bilik, tuil jenis pemegang lebih mudah untuk disendal dengan perabot lain seperti kerusi.
Selain tuil pintu, rekaan pili air juga mempunyai konsep yang hampir sama. Pili air jenis tuil pemegang lebih kelebihan berbanding jenis tombol atau jenis kepala silang “+”. Tuil pemegang lebih mesra kanak-kanak, warga emas, dan OKU.
Salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang. InsyaAllah, anak-anak kita akan selesa , ibubapa kita pun akan selesa.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jika lihat tumbuhan pokok pada gambar yang tertera, sudah pasti anda mengenali dengan pokok daunan yang bernama Pandan ini. Boleh kata hampir di setiap rumah ada yang menanamnya di halaman rumah.
Umum mengetahui, selain kegunaannya sebagai penambah aroma atau perisa kepada makanan, minuman dan penggunaannya yang lain, pokok daun Pandan ini terkandung banyak khasiat kepada kesihatan tubuh badan.
Bukan sekadar itu sahaja, pokok daun Pandan ini juga mempunyai lebih 10 khasiat kebaikan kepada tubuh badan mengikut petua orang kampung antaranya:
Menurunkan darah tinggi
Caranya, rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira kira setengah gelas sahaja kemudian minum air rebusan tersebut.
Mengubati lemah saraf
Ambil 3 helai daun pandan lalu dicuci sehingga bersih kemudian dipotong. Selepas itu, rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 2 gelas saja. Setelah air rebusan suam, minum ramuan tersebut dua kali sehari pada setiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.
Mengatasi lemah syahwat
Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf, daun pandan juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat kaum lelaki. Ambil sehiris halia, sekeping kulit kayu manis, beberapa biji halba serta tiga helai daun pandan yang telah dicuci bersih dan potong kecil-kecil. Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas. Minum ramuan tersebut dua kali sehari pada setiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.
Menurunkan bacaan gula
Ambil akar yang terjuntai beberapa batang, kemudia cuci sehingga bersih lalu rebus dan buat ramuan air itu sebagai minuman segelas pada setiap pagi dan petang.
Sebagai Pembersih Wanita
Rebus daun pandan bersama daun inai, daun sirih, buah manjakani dan sikit garam. Setelah air rebusan menjadi suam, lalu boleh dijadikan sebagai pembersih wanita.
Merawat gaot
Ambil tujuh helai daun rebus dari air lima gelas hingga jadi dua gelas, setelah suam bolehlah minum. Segelas pagi dan segelas petang, amat disarankan untuk buat setiap hari.
Menghilangkan bau badan
Kisarkan daun pandan dengan buah limau kastri, kemudian gosok dan sental ramuan yang telah dikisar pada badan seperti ketiak. Akhir sekali, gunakan sabun pencuci badan dan bilas dengan air bersih.
Matikan kuman dalam darah
Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh badan lebih sihat.
Menurunkan kolesterol
Selain menurunkan tekanan darah tinggi, dengab mengamalkan minum air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh badan.
Mengatasi sembelit
Air rebusan daripada daun pandan dan minum airnya dipercayai juga boieh mengatasi masalah sembelit.
Melembutkan daging
Jarang-jarang kita dengar dengan menggunakan daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging. Tetapi mengikut petua orang kampung, ia dipercayai berkesan untuk melembutkan daging yang liat dalam masakan.
Menaikkan selera makan
Mengikut petua orang kampun, dipercayai dengan meminum sehari 2 gelas air rebusan daun pandan dapat menaikkan lagi selera makan anda.
Makanan tidak cepat basi
Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada cepat basi.
Merawat rambut
Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Kemudian basuh kepala dengan syampu dan bilas dengan air sehingga bersih.
Melicinkan kulit
Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan buah pisang.
Merawat resdung, jarawat dan jeragat pada wajah
Blander daun bersama buah limau.. kemudian sapu pada muka. Setelah itu dibilas bersih.. boleh juga bahan ini dicampur dengan bedak sejuk.. tampal tebal tebal bila dah kering gosok gosok dengan sapu tangan dan kemudian dibilas dengan air suam.
Sebagai pewangi
Ikat atau potong daun pandan kecil-kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah sebagai pewangi dan penghalau lipas semulajadi.
Merawat masalah susah tidur
Ambil daun pandan, kemudian jemurkan ia di bawah sinar matahari sehingga kering. Lalu, digunting kecil-kecil dan dimasukkan ke dalam sarung bantal.
Perasa dan warna asli
Kisarkan daun pandan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan sebagai cecair perasa dan pewarna asli makanan atau minuman.
Buang angin dalam badan
Rebus 3 helai daun bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu, biarkan air rebusan menjadi suam lalu diminum.
Mengecutkan rahim
Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari selepas bersalin.
Sumber: Facebook Kedah Gazette
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Inspirasi rumah ini dari dua orang Arkitek iaitu Arkitek Kenny dan Arkitek Sin yang bekerja di London. Mereka merancang rumah keluarga.
Sepanjang karier mereka, mereka masing-masing bekerja untuk Arup Associates dan PRP Architects. Karya-karya mereka sering memberi penekanan pada volume dan ekspresi spaecial, yang tercermin dalam rumah Meru yang seperti gudang ini.
Ketika projek pertama mereka ini bermula, ia perlukan usaha besar untuk mendapatkan kontraktor membuat perincian seperti yang diharapkan. Perjalanan pergi dan balik bukanlah penyelesaian yang ideal. Setelah tinggal di UK selama 15 tahun, kedua-duanya tinggal di Malaysia, pembinaannya dilakukan pada tahun 2013 dan siap pada tahun 2017.
Rumah ini telah dirancang dengan menggunakan reka bentuk pasif dengan pendekatan tenaga yang efisien. Orientasi bangunan, arah angin yang berlaku dengan corak musim monsun tropika sedang dipertimbangkan. Penangkap angin digunakan untuk menyejukkan bahagian dalam rumah, dikombinasikan dengan dua halaman cukup sempurna, sebagai strategi pengalih udaraan dan pergerakan haba panas secara keseluruhan.
DCIM100MEDIADJI_0062.JPG
Udara panas ditarik ke atas kerana kecerunan suhu, dibantu oleh angin yang mengalir melewati penangkap, mewujudkan kesan timbunan melalui permainan volumetrik. Aliran udara yang lebih besar ditingkatkan dengan louver ventilasi silang pada pelbagai tahap ketinggian. Beranda, balkoni dan sirip menegak yang tersembunyi merupakan elemen penting dalam reka bentuk pasif.
Beranda terletak di sekitar kawasan rumah. Ia membentuk elemen penyaring rumah dari terik matahari, serta ribut hujan tropika. Keluarga dapat menghargai kebun mereka dan menikmati kehidupan luar di mana mungkin. Terdapat sistem tadahan air hujan di lokasi di mana air hujan dikumpulkan dan disimpan di dalam tangki konkrit bawah tanah, sehingga air tetap sejuk di bawah tanah. Walaupun tidak biasa di Malaysia, dinding rongga bata berganda digunakan untuk semua dinding luaran. Dinding rongga membantu mengurangkan pendedahan kenaikan haba yang berlebihan serta menjaga keselesaan iklim dalaman.
Kredit:
Architects: A3 PROJECTS
Photographs: Lawrence Choo, Michael Khong
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ada di kalangan anda yang menggunakan periuk ‘non-stick’ atau anti lekat di rumah? Bagi yang ada, sudah pasti anda berasa khuatir periuk kesayangan anda tercalar ketika dicuci selepas ia digunakan. Betul tak?
Seperti umum mengetahui, periuk dan kuali ‘non-stick’ sememangnya memudahkan dan menjimatkan masa kerja memasak di dapur. Tetatpi tahukah anda, periuk yang mempunyai fungsi kelebihan anti lekat ini memerlukan penjagaan rapi?
Untuk pengetahuan anda, untuk mencuci periuk dan kuali ‘non-stick’ ini tidak boleh menggunakan berus pencuci sembarangan. Ini kerana, ia akan membuatkan permukaan periuk dan kuali mudah tercalar.
Maka oleh itu, anda disarankan untuk mencuci periuk dan kuali ‘non-stick’ anda dengan menggunakan span pencuci khas jenama Scotch Brite Scrub Dots ini.
Bukan sahaja memudahkan kerja mencuci anda, malah dengan penggunaan span pencuci khas ini akan melindungi permukaan periuk dan kuali ‘non-stick’ daripada sebarang kesan calar.
Selain itu, penggunaan span pencuci khas keluaran jenama Scotch Brite ini berkesan dan mampu membasmi kuman serta membersihkan kekotoran degil pada periuk anti lekat anda dengan sangat mudah.
Sekiranya anda mahu mendapatkan span pencuci khas ini, anda boleh membelinya dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. Klik di sini.
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.