Seorang Pereka Pentas Makeover Kediaman PPR. Kediaman jenis PPR ini mendapat nafas baru pada PKP yang lalu. Pemilik rumah ini meminta seorang Pereka pentas mengubah suai rumahnya, yang saat itu Along Hazirini ini tiada sebarang pekerjaan untuk menghias pentas. Ini membuatkan Along Hazirin ini mengambil masa terluangnya untuk makeover PPR ini.
Setiap sudut dalam rumah ini diubah rupa dan susun aturnya. Perabot lama yang sudah lusuh dan usang diganti dengan yang lebih sesuai untuk ruang tamu yang berkeluasan 20 x 10 kaki yang ini. Menurut Along Hazirin ruang dapur juga akan di makeover dengan wajah yang lebih segar dan selesa. Bilik air juga tidak ketinggalan untuk mendapat sentuhan dan nafas baru.
Video yang dikongsikan beliau ini adalah semata-mata untuk berkongsi ilmu dengan followers yang suka nak makeover rumah sendiri. Semua orang boleh buat jika ada kehendak dan kemahuan. Makeover bukan lah satu perkara yang mudah untuk kita buat sendiri kalau tiada perancang yang rapi sebelum memulakan sesuatu.
Ads
Jika dilihat di dalam video yang di kongsikan oleh Along Hazirin ini beliau, membuat lakaran sepenuhnya untuk setiapa ruang yang ingin di ubah suainya. Jom kita lihat hasil kediaman PPR ini.
Bila melangkah masuk ke sesebuah rumah, bahagian pertama yang akan dilihat pastinya latar dinding. Oleh itu, dinding adalah bahagian yang perlu dititikberatkan ketika menata rias ruang kerana mampu memberi impak menarik berdasarkan konsep ingin diketengahkan.
Dinding rumah anda kosong dan tiada idea untuk menghiasnya? Terdapat berbagai cara yang boleh anda lakukan untuk mengisi kekosongan itu. Berikut adalah beberapa cara mudah yang boleh anda jadikan ilham untuk menata rias dinding ruang rumah yang kosong.
SUSUNAN FOTO PERIBADI
Jika anda mempunyai banyak koleksi gambar, bolehlah memasangnya di dinding mengikut susunan bingkai yang seragam. Gantung dengan kemas di bahagian dinding yang kosong. Anda juga boleh memilih untuk menyusunnya di dinding sepanjang tangga rumah. Secara tidak langsung ruang kosong kelihatan menarik dan berseri. Selain itu, ia juga membantu mencerahkan ruang jika anda menggunakan bingkai gambar berwarna putih.
PELEKAT DINDING
Bagi rumah yang menggunakan konsep moden minimalis tidak ada salahnya jika anda memberikan sedikit sentuhan aksen di bahagian dinding kosong. Anda boleh menjadi lebih kreatif dengan menggunakan pelekat dinding atau wall sticker yang bermotifkan sederhana seterusnya ciptakan sebuah suasana baharu bersama tema yang ingin anda tonjolkan.
OBJEK BERBINGKAI
Pernahkah anda melihat objek-objek yang unik diletakkan di dalam bingkai dan diletakkan di dinding? Umpamanya selendang sutera atau busana tradisional lama dibingkaikan menjadi perhiasan dinding. Idea ini sangat menarik kerana dapat menambahkan elemen-elemen tekstur di dalam ruang kediaman sekaligus menampilkan pemandangan yang unik dan artistik.
CERMIN
Rumah sederhana luas kalau mendapat olahan yang sesuai mampu menyerlahkan keindahan ruang tersebut. Idea yang diolah pada ruang dinding kosong dapat menonjolkan impak lebih luas jika anda menempatkan cermin bersaiz besar. Selain membantu menampakkan ruang lebih luas, cermin juga menjadi salah satu barangan hiasan pada dinding yang polos.
RAK
Jadikan koleksi buku mahupun cerpen kesayangan anda sebagai sebahagian daripada perhiasan dinding polos. Buatkan rak terbuka di dinding bagi menempatkan koleksi-koleksi buku dan novel. Namun, jangan terlalu banyak bagi mengelakkan raka menampung beban berlebihan dan berisiko untuk roboh. Susun koleksi yang anda gemar baca sahaja dan boleh diulang baca. Rak juga mampu mencipta dimensi dan fleksibiliti bagi apa jua yang ingin anda pamerkan.
BARANGAN TERPAKAI
Perhatikan sekitar rumah anda, masih adakah lagi barangan-barangan lama yang sudah tidak mahu digunakan. Pun begitu biarlah ia masih elok. Sedikit modifikasi pada barangan terpakai ini mampu menjadi hiasan dinding yang menarik sekaligus menjimatkan wang selain murah dan mudah dilakukan.
BLOK WARNA
Aplikasi blok warna pada dinding kosong contohnya di bilik kamar. Sesuaikan warna dengan nuansa yang anda inginkan. Contohnya ialah warna coklat muda dan gelap sangat serasi untuk bilik tidur sekaligus menghasilkan suasana yang cukup tenang dan romantik.
AKSESORI BERTEKSTUR
Adakalanya ia merupakan penyelesaian yang terbaik untuk dinding kosong. Antara aksesori bertekstur ialah dulang rotan atau bakul yang boleh menjadi hiasan dinding yang menarik jika kena pada caranya.
KERTAS DINDING
Jika anda seorang penggemar kertas dinding teruskan kreativiti dalam mencipta keindahan rumah. Kertas dinding sebenarnya mampu menambahkan elemen drama pada dinding di samping menyerlahkan personaliti pemiliknya. Tidak perlu memilih kertas dinding yang mahal-mahal terutama untuk sebuah ruang terhad. Apa yang penting idea yang dipamerkan melalui kreativiti anda.
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan selebriti popular tanah air, Nurul Jannah Binti Muner atau lebih mesra disapa Janna Nick. Sebelum ini, anak kelahiran asal Sungai Petani, Kedah ini telah mendapat perhatian ramai selepas dikhabarkan telah berjaya memiliki sebuah rumah idamannya sekitar bulan September yang lalu.
Penerima Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke-34 ini berkongsi khabar berita gembira itu bersama orang ramai menerusi beberapa entri di akaun laman media sosial miliknya.
Selain menjadi perhatian dan perbualan hangat di kalangan orang ramai, sikap yang ditonjolkan oleh Janna dengan membuat persediaan awal membeli sebuah rumah sebelum mencecah usia 30 tahun mendapat pujian.
Keperibadian yang ditonjolkan oleh Janna ini bukan sahaja hanya meraih perhatian malah telah menjadi contoh teladan yang baik kepada orang ramai khususnya golongan anak muda.
Bak kata orang, sedikit sebanyak dengan semangat yang ditonjolkan oleh Janna ini boleh dijadikan sebagai satu sumber inspirasi dan pemangkin semangat. Betul tak?
Jadi, kami di IMPIANA ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Janna. Semoga terus sukses dalam kerjaya yang diceburinya pada masa akan datang.
Bilik tidur bukan hanya digunakan sebagai tempat untuk kita berehat dan tidur. Ruang ini juga merupakan sebuah kawasan yang bersifat peribadi dan penuh privasi. Ia boleh menjadi tempat untuk bermeditasi, menenangkan fikiran dan juga sebagai pusat mencari ilham.
Jadi, adalah menjadi satu kemestian untuk mempunyai sebuah bilik tidur yang nyaman dan selesa bagi menjamin kualiti hidup yang baik.
Dan ia bermula dengan pemilihan konsep yang sesuai mengikut minat dan personaliti pemilik. Dengan mendekorasi ruang ini, anda akan dapat menghidupkan dan mendorong suasana yang tepat dengan mood yang ingin diketengahkan.
Disini IMPIANA kongsikan 4 konsep yang sesuai dijadikan tema buat kamar tidur yang selesa dan menyamankan.
MINIMALIS
SCANDINAVIAN
KONTEMPORARI
INDUSTRIAL
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.