Sebagian besar cat mengandungi bahan kimia bahaya yang menguap di udara. Bahan ini dapat memberi kesan yang buruk pada kesihatan manusia seperti pening kepala dan mual-mual. Walaupun teknologi terkini sudah mewujudkan cat jenis odourless, masih ada lagi saki baki bau cat yang menjengkelkan. Jadi di sini IMPIANA mahu kongsikan campuran bahan semulajadi yang dapat menghilangkan bau cat dengan cepat dan berkesan. Selamat mencuba!
1. AIR & GARAM
Tinggalkan bekas campuran air garam dalam ruangan yang baru dicat dan biarkan selama beberapa jam, bau cat akan perlahan-lahan hilang.
2. JERUK & LEMON
Tinggalkan jeruk dalam bekas terbuka dan hirisan lemon di dalam ruang yang berbau cat, bau cat akan berkurang sedikit demi sedikit.
Ads
3. NENAS
Buah ini mampu menyerap aroma cat. Letakkan sejumlah nenas dalam ruangan dan bau cat akan berkurang dan menghasilkan bau segar.
Ads
4. SERBUK KOPI & VANILA
Campurkan serbuk kopi dan vanila ke dalam satu mangkuk, letakkan mangkuk tersebut di sudut-sudut ruang yang baru dicaat dan serbuk tersebut akan perlahan-lahan menyerap bau cat tersebut.
5. AIR CUKA
Sifat cuka yang masam akan meneutralkan bau cat. Caranya adalah dengan menuangkan cuka secukupnya ke dalam sebuah mangkuk, dan letakkan mangkuk tersebut ditengah ruangan yang baru dicat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Selain daripada struktur penting untuk pembinaan kolan atau air terjun, tanaman air juga perlu bagi menyerlahkan water feature tersebut. Terdapat banyak kebaikan tumbuhan akuatik beroksigen (oxygenated), tanaman berlumpur (bog plants), tanaman air pinggiran (marginal plants) dan tanaman terapung (floating plant) ini.
Jenis tanaman ini telah terbukti berfungsi secara biologi untuk mengimbangi ekosistem kolam. Bagaimanapun, kebanyakan tanaman akuatik ini tidak menghasilkan bunga lalu menjadikan taman kurang menyerlah.
Jadi kali ini, IMPIANA akan senaraikan beberapa pilihan tanaman air pinggiran berbunga yang dapat membantu mengimbangi ekosistem sedia ada disamping menceriakan air terjun di halaman anda.
1. CANNA GLAUCA Canna glauca menghasilkan bunga berbentuk rama-rama rona kuning dan kebiruan dengan sedikit palitan warna putih pada daunnya. Begitu juga spesies Canna yang lain, Canna glauca turut memerlukan cahaya matahari sepenuhnya. Cuma kelebihan Canna spesies ini adalah keupayaannya untuk hidup di dalam air. Daunnya yang lebar dapat dijadikan perlindungan buat ikan peliharaan di dalam kolam serta warna bunganya yang menarik menjadikan persekitaran taman lebih indah.
2. PONTEDERIA CORDATA
3. EICHHORNIA CRASSIPES
4.THALIA DEALBATA
antara tanaman air pinggiran berbunga yang boleh hidup di dalam air. Penggunaan container adalah digalakkan ketika penanaman invasiveThali dealbata kerana ia dapat mengelakkan akarnya mengganggu liner kolam.
5.LOBELIA CARDINALIS
Warna merah bunga Lobelia cardinalis dapat mengurangkan warna hijau senada pada taman air serta melembutkan struktur air terjun. Uniknya tanaman ini selain warna merah menyala bunga yang mencetuskan kelainan pada taman air, ia juga dapat menyingkirkan nitrogen, ammonia, nitrat dan mineral lain yang boleh menggalakkan pertumbuhan alga pada kolam melalui sistem biologi yang terdapat pada akarnya. Tanaman ini amat diperlukan untuk mengekalkan ekosistem pada taman air supaya rantaian ekologi di dalam kolam tidak terganggu serta menghasilkan pemandangan semula jadi di taman anda.
6. BACOPPA MONNIERI
Bagi melembutkan suasana taman air yang sedikit meriah dengan warna-warna terang bunga, kehadiran Bacopa monnieri dengan bunga halus berwarna putih menjadikannya lebih sejuk mata memandang. Bacopa monnieri ini mempunyai dedaun lebat berwarna hijau pekat memudahkan anda mengadunkannya bersama tanaman air yang lain. Berbeza dengan Canna, Pontederia dan Thalia yang bersaiz tinggi, Bacopa akan menjalar dan merimbun mengikut platform yang menanggungnya.
Secara keseluruhannya, kehadiran tanaman airyang berbunga dikawasan halaman merupakan suatu elemen yang sangat baik dari segi visual dan penggunaannya. Selain mewujudkan pemandangan dramatik ia juga memainkan peranan penting membantu memberikan keseimbangan kepada ekosistem landskap.
SUMBER GAMBAR : HASIL CARIAN GOOGLE
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kanak-kanak dan sifat ingin tahu yang tinggi memang tidak dapat dipisahkan. Tetapi awas! Tanpa pengawasan yang rapi, mereka mungkin terdedah pada bahaya yang kita sendiri tidak sedar.
Siapa yang sangka, kadang-kala laman rumah juga boleh menjadi ‘medan ancaman’ untuk kanak-kanak jika mereka dibiarkan sendiri. Bahaya yang paling dekat termasuklah tumbuh-tumbuhan yang ditanam di sekitar kawasan tersebut. Ibu bapa mungkin mengandaikan pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menjadi tanaman hiasan tidak membawa kemudaratan kepada anak-anak.
Tetapi sejauh mana pengetahuan ibu bapa mengenai pokok yang ‘berbisa’ dan berisiko besar membahayakan si manja anda?
Berikut adalah beberapa senarai tumbuh-tumbuhan yang perlu ibu bapa kenal pasti;
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dewasa ini, banyak kita lihat pemilik kediaman yang melakukan sendiri ubahsuai pada kediaman. Ia bukan sahaja menjimatkan, tetapi proses ubahsuai juga akan menjadi lebih mudah dan singkat, memandangkan tuan rumah sudah tentunya tahu apa yang dimahukan.
Seperti pasangan Puan Laila Salleh dan suami yang hanya membelanjakan lebih kurang RM500 sahaja untuk makeover 3 buah bilik air di kediaman mereka. Kos ini termasuklah dengan harga barang yang Puan Laila gunakan untuk mencantikkan semula lantai tandas yang hambar/Jom kit aikuti perkongsiannya.
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...