Guna bahan dapur ini untuk polish perabot kayu dengan mudah. Perabot memang mudah melekat habuk nak-nak yang dah lama tak dibersihkan. Perkara ini biasanya berlaku kepada perabot kayu.
Jika tidak dibersihkan, habuk-habuk itu akan terus melekat dan menyebabkan permukaan perabot menjadi kusam dan kedam. Permukaan yang licin dan berkilat pon boleh jadi kusam disebabkan oleh habuk yang melekat lama.
Kebiasaan untuk mengilatkan semula perabot kayu adalah dengan menggunakan polish atau sapukan lagi sekali kemasan cat kilat. Sebeanrnya, ada cara lebih mudah, cepat dan jimat iaitu dengan menggunakan 2 bahan dapur sahaja.
Bahan-bahan:
1.5 cawan minyak kelapa (sebagai pilihan anda boleh guna minyak zaitun)
1 cawan perahan jus lemon
Cara-cara:
1. Campurkan kedua-dua bahan dan kacau rata.
2. Celupkan kain atau tuala bersih kedalam campuran. Tak perlu terlalu basah tapi anda perlu pastikan minyak dan jus lemon dicelup sama rata kerana minyak dan jus tidak akan sebati.
3. Lap kain yang telah dibasahkan tadi pada permukaan perabot.
Ads
4. Jika terdapat kotoran degil, lakukan sentalan lembut untuk elak permukaan kayu tercalar
5. Gunakan kain atau tuala kering dan bersih untuk lap keseluruhan perabot selepas di sapu sebatian lemon dan minyak tadi.
DIY accent wall warna biru laut, terus berubah aura ruang tamu kediaman. Dinding rumah yang kosong akan nampak berseri apabila diberikan sedikit sentuhan magis oleh pemilik kediaman sendiri.
Mungkin anda masih belum ada idea untuk menghias dinding rumah anda? Jom kita cuba DIY accent wall yang bertemakan warna Ocean Blue atau biru laut. Memang terus dinding jadi titik tumpu pandangan mata.
Jenis kayu: Kayu siling atau kayu spin
Keluasan dinding: 7 meter persegi
Panjang kayu: Depend on kedai ( yang kami punya 8 kaki)
Dimension kayu: 1 inci ataupun setengah Inci
Mana nak beli kayu: Kedai Hardware
Pembelian perkakasan digunakan: MR DIY
Total kos: RM210
Jenis cat: un Majestic Matte (statement Blue)
Code cat: 4863
Undercoat: Jotun Plus
2. Proses lakaran dimulakan.
3.Proses melekatkan kayu pada dinding.
4. Wood filling! Proses ini ambil masa 3 hari juga. Setiap jarak, lubang kayu, bekas paku semua kena fill. Itu belum kira lagi jarak antara dinding dan kayu yang tak rapat. Semua itu perlu diambil kira.
5. Proses sanding lepas sudah wood filling. Yang ini pun mencabar. Sebab lepas sudah sanding, tiba-tiba baru perasan masih ada lagi lubang dan gap.
6. Proses UNDERCOAT sedang dilakukan.
Tip:
1) Beli undercoat yang boleh guna untuk kayu dan dinding.
2) Beli berus dengan saiz yang berbeza. Sebab celah-celah kayu itu semua tak lepas kalau guna berus besar.
7. Ini adalah ketika proses mengecat.
8. Selesai layer pertama mengecat.
Tip: Jangan terus double code cat. Tunggu kering dan tunggu semua tidak rataan tu muncul. Ni gambar selepas 1 hari. So nampak tak undercoat cat asal tu timbul. Memang tak rata tapi bersabar sekejap. Lepas 2 3 hari kita cat semula.
9. Ini hasil selepas satu jam doublecoat cat. Siap juga akhirnya DIY accent wall yang dilakukan ini.
Pokok hiasan lebat berbunga, siram setiap hari dengan baja DIY campuran tiga bahan. Kalau ada pokok-pokok bunga di halaman rumah pasti nampak berseri. Namun adakalanya pokok-pokok hiasan yang ditanam tidak mengeluarkan bunga. Hanya banyak daun sahaja.
Sudah berbagai jenis baja digunakan, hasilnya tetap mengecewakan. Baja adalah bahan yang mengandungi unsur pemakanan tumbuhan yang dibekalkan secara langsung kepada tanah bagi pertumbuhan tanaman. Maka sebab itulah baja yang sesuai mampu menjadikan pokok-pokok hiasan hidup subur dan mengeluarkan bunga dengan banyak.
Selain daripada menggunakan baja kimia, baja galian/mineral dan baja organik sintetik, anda juga boleh menggunakan baja yang dibuat sendiri. Bahan-bahan yang digunakan pula lebih kepada bahan semula jadi.
Melalui satu hantaran dilaman Facebook yang dikongsikan oleh Nurul Shima melalui grup Berkebun Tepi Rumah, berikut dikongsikan cara membuat sendiri baja bagi menggalakkan pertumbuhan pokok bunga. Bahan yang digunakan pun tidak banyak dan kosnya juga tidak mahal.
BAHAN:
1 botol Yakult
2 biji telur ayam
Botol air mineral (500 ml)
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1.Campurkan semua bahan. Kacau rata hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam botol air mineral 500 ml.
3. Peram selama tiga hari paling minimum. Lebih lama diperam lebih baik.
4. Apabila hendak digunakan, goncang terlebih dahulu bahan-bahan yang telah diperam dalam botol air mineral tadi biar semua bahan jadi sebati.
5. Tuangkan ke dalam baldi yang diisikan dengan dua liter air.
6. Siram pada batang pokok sahaja.
Hasilnya dapat dilihat dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas pokok-pokok bunga disiram dengan baja ini. Putik-putik bunga akan keluar dan pokok bunga akan berbunga dengan lebat.
Rak tv untuk bilik sempit, rumah pangsapuri, modal hanya RM2000. Tinggal di pangsapuri dengan keluasan terhad tidak seharusnya menjadi halangan untuk menghias kediaman mengikut cita rasa anda. Asalkan ada kemahuan dan sedikit kreativiti, keluasan kediaman yang terhad boleh tampak luas serta selesa untuk didiami.
Keseimbangan dan keharmonian amat penting dalam menghias pangsapuri. Perabot, kemasan, dan aksesori hiasan harus seiring dengan skema dekorasi yang anda pilih. Oleh kerana keluasan yang terhad, pilih konsep dekorasi yang tidak memerlukan banyak perabot.
Melalui satu hantaran dilaman Facebook, Azma Affandi telah berkongsi tip menghias kediaman pangsapuri miliknya. Dengan keluasan 850 kaki persegi, beliau perlu bijak memilih perabot dan susun atur yang sesuai agar keluasan rumah yang terhad tidak kelihatan terlalu padat.
Fokus utama dekorasi Azma ialah di bahagian ruang bilik tidur utama. Dengan keluasan bilik 10 𝚡 12 kaki persegi, beliau perlu bijak memilih perabot yang sesuai serta menyesuaikan dengan bajet yang beliau ada.
“Saya berhajat untuk membeli rak televisyen yang sudah siap untuk bilik tidur utama. Masalah timbul apabila lebar bahagian dalam cabinet semuanya melebihi satu kaki. Jika saya tetap juga memilih rak tersebut maka ruang bilik akan bertambah sempit,” jelasnya.
Menurut Azma, puas juga beliau memikirkan bagaimana untuk mencantikkan bilik tidurnya. Beliau tetap juga mahukan rak televisyen ada di dalam bilik. Tidak terburu-buru membuat keputusan, beliau mencari info terlebih dahulu sebelum membuat pilihan.
“Saya berusaha untuk mendapatkan rak televisyen yang sesuai untuk bilik tidur utama. Saya lakar, ukur dan tempah sendiri rak televsiyen mengikut keluasan dan kesesuaian bilik yang sempit,” kata wanita ini lagi.
Bagi merealisasikan impian untuk memiliki rak televisyen di bahagian ruang bilik utama, Azma telah menempah rak tersebut dengan seorang tukang kayu. Mujur juga tukang kayu tersebut faham dengan hasil lakaran yang dibuat oleh Azma.
“Alhamdulillah selepas memberitahu dan menunjukkan hasil lakaran yang saya buat kepada tukang kayu, beliau sanggup membuatkan rak televisyen tersebut mengikut keluasan terhad bilik.
“Dengan kos lebih RM2000 termasuk kos tambang lori kerana lokasi yang jauh, akhirnya saya dapat memiliki rak televisyen seperti yang diinginkan. Memang menjadikan kebiasaan perabot yang ditempah harganya lebih mahal berbanding perabot yang sudah siap,” katanya.
Walaupun terpaksa mengeluarkan kos yang sedikit tinggi untuk mendapatkan rak televisyen impian di bilik tidur utamanya, Azma tidak kisah. Beliau amat berpuas hati dengan hasil reka ciptanya sendiri.
Ada banyak cara untuk kita menghias deko rumah yang kecil tanpa perlu mengeluarkan belanja yang banyak. pilihannya terletak di tangan anda. Paling penting, biar sedap mata memandang setiap kali pulang selepas penat bekerja. Apabila rumah tersusun cantik, hati kita pun tenang dan senang.
Tugas mendekorasi rumah memang mencabar, apatah lagi jika ruang kediaman terhad. Pada masa sama, kita pula teringin letak pelbagai jenis perabot dan perhiasan idaman.
Bagaimana caranya supaya rumah yang sempit nampak luas?
Berikut dikongsikan tip menghias kediaman yang terhad keluasannya:
*Suai padan perabot yang anda ada. Elak menambah perabot.
*Perabot, kemasan, dan aksesori hiasan harus seimbang dan harmoni.
*Pilih warna putih atau krim untuk memberikan kesan ruang yang lebih luas.
*Pilih perabot yang tahan lama dan berpatutan harganya. Banyak barang atau perhiasan murah tetapi kelihatan mahal dan mewah.
*Gunakan cermin hiasan pada dinding untuk memberikan kesan ruang yang nampak lebih luas.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.