Dulu kita terpaksa menempah gubahan bunga kerana agak payah untuk mendapat bentuk gubahan yang cantik dan benar-benar tersusun rapi. Kini terma ‘tersusun rapi’ itu telah berbeza dari yang dahulu. Memang kini segala bunga, daun dan batangnya disusun rapi bagi memberi satu karya gubahan yang kemas, ringkas tetapi mempunyai seni hias yang cantik.
Selalunya bunga berbatang lembut dan liat akan disusun liuk lentuk dalam pasu baik bulat, bujur mahu pun balang bulat. Ia mudah dilentur dan tidak perlu dihias berlebihan kerana batang dan bunganya sudah nampak cantk dan membentuk 1 karya seni bentuk dan pergerakan. Manakala bagi bunga berbatang keras selalunya diikat rapi dan diselitkan bunga-bungaan berwarna terang sebagai satu ilham moden yang kemas. Ada juga yang lebih senang menggunakan daun-daun hiasan sebagai pelengkap gaya.
Ads
Ads
Ayuh kita berlatih sedikit demi sedikit kerana menyusunnya juga bukan payah dan kompleks sebagaimana gubahan klasik dulu. Paling tidak idea kreatif mampu menjadi si pencuri pandang. Bukan sahaja boleh menambah pendapatan, bahkan dijadikan penyeri ruang, sudut, majlis dan pemberian terindah buat yang tersayang, gubahan kembang puisi syahdu. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Trik Hilangkan Kesan Lekukan Perabot Pada Karpet Dengan Kiub Ais, Memang Menjadi! Menjadi kebiasaan pemilik kediaman suka meletakkan hamparan karpet pada bahagian ruang tamu, bilik tidur atau ruang tertentu. Ia membuatkan ruang kediaman nampak lebih elegan dan cantik, menaikkkan lagi seri dekorasi rumah.
Karpet juga sering dijadikan alas untuk perabot seperti almari atau sofa. Namun demikian, apabila dialihkan perabot tersebut, boleh nampak dengan jelas kesan dan bekas kaki perabot. Lekukan pada karpet mahupun hujung karpet yang bergulung rupanya boleh diatasi dengan trik menggunakan ketulan ais.
Caranya memang mudah, malah kesan lekukan boleh hilang serta merta.
Caranya:
1. Alihkan perabot yang nak dialih tempatnya.
2. Letakkan satu kiub ais pada tanda dan tunggu hingga ais mencair.
3. Selepas kiub itu cair. Ambil sudu dan gosokkan pada lekukan itu. Hanya beberapa minit saja terus hilang kesan lekukan.
Begini pula untuk ratakan hujung karpet yang bergulung.
Selamat Mencuba! Mudah kan.
IMPIANA : Lepas ni tak perlu risau dah, guna saja kiub ais untuk hilangkan tanda lekukan dan ratakan hujung karpet yang bergulung.
Cat dinding pada bahagian luar rumah ternyata lebih cepat mengalami kerosakkan. Ianya seperti warna menjadi pudar dan rekahan cat terkupas kerana terdedah dengan panas matahari dan air hujan. Malah, perubahan iklim yang tidak menentu juga menyebabkan dinding luar rumah anda ditumbuhi oleh kulat kerana suhu yang basah dan lembab.
Oleh kerana itu, dinding luar rumah anda perlu dirawat dan di cat mengunakan cara yang betul.
1. Bersihkan Dinding yang Hendak Dicat
Sebelum memulakan proses mengecat, anda perlu pastikan dinding dalam keadaan bersih dan tidak ada kotoran atau debu tebal yang melekat. Jika tidak dibersihkan, kotoran yang terdapat pada dinding dapat membuat cat mengelupas dan tertanggal apabila ia kering.
Jika dinding anda dipenuhi dengan lumut, anda tembak sahaja air paip dengan semburan yang maksima sehingga lumut-lumut itu tertanggal.
2. Pilih Cat Khas Untuk Outdoor
Cat khas untuk outdoor biasanya sudah diformulasikan untuk mengecat dinding bahagian luar sehingga lebih kuat dan tahan lama untuk melindungi dinding dari perubahan iklim. Salah satu ciri cat dinding luar rumah biasanya mencantumkan keunggulannya seperti weather proof atau weather resistance.
Selain itu, kandungan cat ini juga boleh mencegah timbulnya lumut dan kulat akibat rembesan air hujan. Cat dinding yang baik biasanya akan bertahan tanpa kerosakan dan mengelupas selama hampir empat tahun.
3. Sesuaikan Cat dengan Jenis Dinding
Cat yang biasa digunakan untuk dinding tembok biasa tentu akan berbeza dengan cat yang dipakai untuk dinding kayu atau batu alam. Cat tembok biasanya memiliki tekstur lebih tebal dibandingkan cat dinding batu atau kayu agar lapisan simen di bawahnya tidak terlihat.
4. Pilih Warna Cerah
Pemilihan warna juga penting. Warna cerah disarankan kerana memiliki pigmen lebih sedikit dibandingkan cat warna gelap sehingga risiko untuk pudar lebih sedikit dibandingkan bila anda menggunakan warna pekat. Beberapa warna yang disarankan adalah kuning, hijau muda atau warna putih.
5. Mengecat Dinding di Saat Cuaca Cerah
Pemilihan waktu pengecatan juga penting. Mengecat rumah di saat cuaca cerah pastinya dapat membantu proses pengeringan cat. Bila mengecat di saat musim hujan maka lapisannya akan mudah rosak kerana terbawa air.
Perhatikan juga kondisi dinding rumah sebelum mulai dicat. Dinding yang memiliki permukaan lembab atau basah boleh membuat cat tidak terserap dengan sempurna.
6. Gunakan Teknik Pegecatan yang Tepat
Teknik pengecatan pun harus diperhatikan kerana bila salah akan membuat permukaan tembok tidak halus. Oleh itu, sebaiknya mula sapu dahulu bahagian yang sukar seperti sudut dinding dan bahagian yang dekat dengan atap.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tempat tidur sememangnya tempat yang paling selesa untuk beristirehat. Akan tetapi, apabila meletakkan barang-barang di atas tempat tidur pasti membuatnya kelihatan tidak kemas. Malah apabila barang-barang yang tidak diperlukan berada di tempat tidur pasti membuatkan tempat tidur menjadi sempit.
Mengemas tempat tidur seharusnya dilakukan setiap hari. Seeloknya setelah bangun dari tidur kita harus membersihkan dan merapikan tempat tidur agar selalu nyaman apabila menggunanya. Bagi anda yang malas untuk mengemas tempat tidur, anda boleh mengikuti cara cepat dan mudah yang ingin dikongsikan ini.
Cara Harian Mengemas Tempat Tidur
Untuk memiliki tempat tidur yang selesa dan sentiasa bersih anda perlu mengikuti cara mudah ini.
1. Tepuk tempat tidur menggunakan penebah agar debu-debu adan kotoran yang berada di atas tempat tidur hilang.
2. Rapikan cadar yang membungkus tilam anda. Jika anda mempunyia cadar jenis getah pada setiap penjurunya, maka anda perlu tarik keempat penjuru supaya ia tegang dan kelihatan kemas. Jika cadar anda tidak mempunyai getah, anda perlu menghampar cadar anda kemudian tarik tegang dan lipat ia ke bawah tilam anda dengan kemas.
3. Ambil bantal dan guling, lalu tepuk dengan penebah untuk membersihkan debu.
4. Letakkan bantal anda mengikut susunan dan kedudukan yang betul pada katil anda.
5. Bentangkan selimut atau bed cover, lalu kibaskan agar debunya hilang. Selanjutnya lipat selimut secara rapi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.