
Almari pakaian adalah salah satu keperluan utama dalam sesebuah kediaman. Memilikinya mudah, tetapi untuk menjaganya amat susah terutamanya golongan bekerjaya.
Rimas juga jika setiap hari perlu melihat almari pakaian yang berselerak dan menyusahkan anda untuk memilih pakaian yang dimahukan. Atas sebab itu, anda harus ikuti cara menguruskan almari pakaian agar sentiasa kemas dan tersusun seperti berikut:
1. Gunakan penyangkut pakaian yang sama
Jadikan sebagai tanggungjawab anda untuk memastikan penyangkut yang digunakan adalah sama daripada segi warna, jenis, bentuk dan susunan kepalanya agar ia kelihatan seragam dan sedap mata memandang.
2. Pastikan semua pakaian digantung menghadap arah yang sama
Demi memastikan almari kelihatan lebih tersusun, pastikan tag, saiz, butang mahupun leher kolar pakaian anda menghadap arah yang sama. Ia juga akan memudahkan anda untuk memilih dan mencapai pakaian yang ingin dipakai setiap hari.
3. Asingkan pakaian mengikut kod warna
Cipta satu kaedah yang boleh memudahkan anda untuk melihat pilihan warna pakaian yang anda miliki. Cara ini juga dapat mempercepatkan proses suai dan padan dalam memilih konsep pakaian harian.
4. Sediakan ruang untuk aksessori
Aksessori seperti tali pinggang, tas tangan, tali leher dan sebagainya hendaklah diasingkan di satu ruang mengikut kategori dan mudah untuk dijumpai. Gantung tali pinggang pada cangkuk dan susun tas tangan pada rak asing.
6. Susun baju anda
Pelbagai tip melipat baju dengan kemas boleh didapati di internet. Oleh itu, lipat dan susun baju menghadap bahagian yang terlipat untuk memudahkan anda mengeluarkannya daripada laci pakaian kelak. Pastikan juga semuanya tersusun mengikut kod warna. Ini dapat menjimatkan ruang dan juga masa anda dalam proses memilih pakaian.
7. Cipta satu sudut untuk capai dan gerak
Sudut capai dan gerak adalah untuk barang keperluan asas yang anda akan gunakan setiap hari. Contoh termudah untuk wanita ialah peralatan solekan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tip Bajet Buat Renovasi Ruang Dapur, Barulah Hasilnya Macam Diidam-idamkan

Isi Kandungan
ToggleTip bajet buat renovasi ruang dapur, barulah hasilnya macam diidam-idamkan. Bila bercakap soal persiapan menjelang bulan mulia, dapur antara lokasi di dalam kediaman yang sangat penting. Malah banyak masa kita juga akan tertumpu di dapur.
Inilah ruang untuk menyediakan juadah sahur, berbuka puasa malah hari raya. Namun bagi yang berhajat untuk membina semula dapur baru atau memiliki sebuah dapur baru, terdapat beberapa perkara yang perlu di ambil kira. Jangan sesekali lepas tangan dalam memilih komponen dapur, kelak menyesal menggigit jari.
Berikut 10 perkara asas untuk anda beri tumpuan semasa membina dapur.
1. Pelan lantai
Pastikan pelan lantai anda cukup untuk ruang kabinet yang dirancang. Adakala kita terlalu bercita-cita tinggi sehingga, angan-angan melebihi realiti. Senaraikan apa yang anda perlu dari sebuah dapur. Bukan yang anda mahu. Ini termasuklah ruang untuk dapur basah dan dapur kering.
Di sesetengah pelan lantai, ruang mencuci juga sebahagian daripada dapur basah. Jadi saliran air masuk dan keluar perlu anda tahu. Begitu juga jika membuat pengubah suaian. Jangan alpa mengenai aliran udara masuk dan keluar kerana ia merupakan faktor keselamatan yang sangat penting. Malah anda yang kidal juga perlu memberi tahu pereka agar lokasi memasak anda tidak menjadikan anda kekok di dapur.
2. Jenis Material Yang Anda Mampu
Benar bila bercakap soal dapur, siapa yang tidak mahu sebuah dapur yang mewah dan cantik. Di bina dengan material paling unggul. Namun kita perlu berpijak di bumi nyata. Tidak salah kita memilih material yang kurang mahal tetapi nampak cantik dan serasi pula dengan konsep kediaman. Cuma, jangan malas bertanya kepada kontraktor anda kelebihan dan kelemahan material yang anda pilih.
Jadi dengan ini memudahkan anda untuk menjaga material tersebut sebaik mungkin. Malah jika bijak menjaga ia bukan sahaja tahan lama malah kekal cantik. Biar pun anda memiliki kemasan atau material dapur yang bagus, namun itu tidak bermakna anda bebas mengabaikan dapur anda. Jika permukaan dapur anda sudah kusam, tidak mengapa jika anda menghabiskan masa sekitar dua hari hanya untuk mencanai permukaannya agar kembali bersinar.
3. Bahagian Penstoran Yang Sesuai Dengan Peralatan Anda
Bila mereka bentuk sebuah kabinet , kita boleh merancang rekaan kabinet yang kita mahu. Apakah perkakas dapur yang banyak dalam koleksi. Adakah periuk besar atau koleksi set teh mahu pun spatula yang banyak. Jadi anda boleh menempatkan segala perkakas ini dengan kemas dan tersusun rapi.
Ada kabinet dapur yang direka sehingga aras 7’ tinggi sahaja , tetapi ada juga tuan rumah yang mahu kabinetnya tinggi sampai mencecah aras siling. Jadi ia lebih kemas menutupi keseluruhan dinding. Malah kini pereka juga berkongsi idea dengan rekaan dapur terselindung terutama di kediaman ruang terhad. Dapur dilengkapkan dengan pintu berpangsi dan boleh ditutup jika tidak digunakan. Jadi ruang yang sempit ini nampak cantik, kemas dan tidak mengganggu aktiviti lain.
4. Fungsi dan Fantasi
Kita acap kali mengimpikan sebuah dapur yang sempurna, sama seperti di dalam iklan. Namun realitinya kita terpaksa berhadapan dengan ruang yang ada di kediaman sendiri dan fitrah diri kita sendiri. Ragam kita apabila di sebuah dapur. Gerak kerja kita dan bagaimana boleh kita memanipulasi sebuah dapur.
Ada di antara kita lebih senang memasak sahaja di dapur dan mempunyai kamar membasuh sendiri atau pun ruang membasuh. Ada juga yang suka menggabung semua aktiviti yang memasak, menggosok baju dan membasuh baju di ruang dapur. Jadi anda perlu tahu bagaimana susunan semua peralatan ini agar memudahkan kerja anda di dapur dengan fitrah diri anda terutama jika anda seorang kidal atau kurang upaya.
5. Pilihan Kemasan Yang Sesuai
Sesebuah rekaan dapur. Ini merupakan antara langkah yang penting. Anda perlu tahu kemasan yang paling sesuai dengan dapur anda. Baik dari segi harga mahu pun gaya hidup anda. Adakah anda suka memasak atau tidak. Begitu juga adakah anda jenis yang agak comot bekerja atau seorang yang cermat.
Kemasan memainkan peranan yang sangat penting dalam memberi nilai estetika kepada sesebuah konsep dapur. Sama ada legap, high gloss, matte, berkaca kabut dan lain-lain, kemasan ini membentuk karakter yang tersendiri. Ada di antara kemasan ini mudah dibersihkan atau juga yang akan meninggalkan kesan jika tidak dicuci berkali-kali. Anda malas atau rajin, tepuk dada tanya selera.
6. Pemilihan Penyendal
Ia bagaikan aksesori kepada rekaan dapur. Malah ia juga membentuk sesebuah karakter dapur. Daripada klasik ke moden, ia memberi nilai estetika yang berbeza dan harganya juga berbeza. Jadi fahamkan dengan betul apakah konsep dapur anda dan keserasiannya dengan tombol pintu kabinet anda. Ada juga pintu yang tidak memerlukan tombol dan direka begitu sofistikated dengan menggunakan tekanan jari.
Jadi jangan terlalu taksub hanya dengan melihat rekaan tombol yang pelbagai. Fikirkan juga rekaan pintu kabinet anda juga adakah ia dapat dijodohkan dengan baik dan cantik. Ia hanya sekadar pelengkap rekaan pintu kabinet dapur anda bukannya material utama yang perlu dilihat setiap masa.
7. Pencahayaan
Fahami pelan lantai dapur anda. Adakah ia gelap atau terang? Adakah anda memerlukan langsir nipis atau langsir senteng atau lebih sesuai bidai? Adakah anda memerlukan pencahayaan di bawah kabinet atas ? Adakah anda memerlukan pencahayaan lebih kerana warna kabinetnya gelap? Adakah kabinet anda juga memerlukan pencahayaan struktur yang ditempatkan di dalam kerana menggunakan kaca kabut?
Jika anda mahu melaram dapur kering anda, mungkin boleh ditambah down light atau halogen . Jadi rekaan istimewa dapur kering anda lebih menarik dan menyerlahkan ruang utama kediaman. Namun jika sekadar untuk membuat kerja-kerja dapur, pencahayaan asas sudah memadai.
8. Permukaan kaunter
Permukaan yang dimaksudkan adalah permukaan kaunter dapur anda. Adakah ia diperbuat daripada bahan padu, tahan lasak atau sekadar kayu mampat yang lebih murah. Kini terdapat beberapa permukaan yang lebih tahan lasak, mudah dibersihkan dan menyenangkan apabila disentuh. Ia merupakan satu permainan psikologi pada deria sentuhan kita.
Malah anda sendiri perlu bijak memilih warna material permukaan kaunter dapur anda agar lebih hidup dan menyenangkan. Jangan pula hanya kerana dapur anda hitam , habis sampai permukaan kaunter anda dihias dengan rona hitam. Tidakkah ia bahaya semasa memasak? Padanan seumpama ini juga perlu anda belek berkali-kali dengan kabinet dan kelengkapan lain agar tidak nampak asing dan canggung apabila siap kelak.
9. Aksesori
Tiada lain yang cukup indah pada sebuah dapur selain aksesori yang menarik. Bekas gila, garam, segala rempah ratus. Begitu juga pengisar makanan , ketuhar dan lain-lain lagi. Bukan sekadar pelengkap gaya tetapi menyerikan dapur anda. Pengeluar perkakas dapur juga banyak yang menyediakan rekaan ranggi untuk menghidupkan dapur para pengguna. Malah kebanyakan kelengkapan elektronik dan manual disempurnakan dengan rekaan kreatif pelbagai warna agar serasi dengan pilihan warna dapur idaman anda.
Jadi ada konsep yang memerlukan aksesori yang banyak dan pelbagai ragam. Ada juga yang memerlukan aksesori yang ringkas seragam seperti hitam, jernih mahu pun putih. Malah ada yang memerlukan aksesori yang minimal. Awas, jangan tersalah beli aksesori. Hiasan klasik di tempatkan pada dapur moden?
10. Kemasan
Bercakap soal kemasan, sekali lagi anda perlu bijak memilih corak dan warna. Kini pereka suka menemukan dua budaya atau dua zaman di dalam sebuah ruang. Bayangkan kabinet moden ringkas bebas corak aksesori kecil, diserlahkan dengan jubin Belanda yang popular di kediaman kolonial.
Belek juga permukaannya. Adakah sesuai dengan diri anda. Berkilau mungkin cantik namun jika anda gemar memasak menggunakan minyak yang banyak, ia mungkin memberi pengaruh kepada kesan lantai dapur anda. Mungkin jubin seperti slate atau granit matte mahu pun terracota sesuai untuk mereka yang cemerkap dan berusia. Apa pun biarlah ia sepadan dengan tema rekaan anda dan mudah dibersihkan.
Kredit foto (top image): Pexels
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Guna Bahan Dapur Ni Untuk Tanggalkan Kerak Dalam Pinggan Mangkuk Dengan Mudah

Pinggan mangkuk yang dah lama dan kerap di pakai mesti mempunyai kesan kerak terutamanya di bahagian dalam. Cawan yang digunakan untuk hidang air kopi dan teh pun tidak terkecuali akan berkerak walaupun cawan tu mahal. Kebiasaanya, untuk hilangkan kerak dalam cawan dan pinggan mangkuk tu cara paling mudah adalah dengan menggunakan peluntur. Tapi bahan tersebut sangat bahaya kepada kesihatan jika tidak dibasuh dengan baik.
Ada lagi satu cara yang mudah boleh anda lakukan untuk menghilangkan kerak tersebut.
Bahan-bahan:
1 sudu baking soda
1 sudu cecair pencuci pinggan mangkuk
2 sudu cuka
1/2 cawan air panas
Cara-cara:
1. Bancuhkan semua bahan dan kacau rata
2. Basuh cawan dan pinggan mangkuk mengunkan bancuhan tadi dan bilas seperti biasa
Tip: Untuk kerak yang degil, rendam cawan atau pinggan mangkuk tersebut semalaman di dalam air yang telah dibancuh dengan pati cucian tadi
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kediaman ‘Ajaib’ Ini Terselamat Dari Kebakaran Malibu, Bahan Binaan Puncanya

Isi Kandungan
ToggleKebakaran hutan yang melumpuhkan Los Angeles sejak 6 Januari lalu dianggap antara bencana paling buruk dalam sejarah. Lebih 12,000 hektar kawasan musnah, memaksa ribuan penduduk berpindah bagi mengelak ancaman api yang marak dan sukar dikawal.
Namun, ajaibnya sebuah rumah agam di Malibu bernilai hampir AS$9 juta (RM40.5 juta) terselamat daripada kemusnahan api ini, lapor New York Post.
Menurut pemilik rumah agam tersebut, David Steiner, 64, dia terkejut melihat rumahnya masih utuh walaupun selepas api memusnahkan seluruh kediaman di kejiranannya.
“Ia satu keajaiban yang tidak pernah hilang,” kata bekas eksekutif syarikat pengurusan sisa.
Bapa kepada tiga orang anak itu berkata, dia menyangka kediaman tiga tingkat yang kosong ketika kebakaran itu berlaku, musnah apabila seorang kontraktor tempatan menghantar kepadanya rakaman video menunjukkan api dan asap tebal menyelubungi banglo dan rumah jirannya, minggu lalu.
Bahan binaan kalis api punca tak terbakar
David percaya pembinaan yang sangat kukuh menyelamatkan rumahnya daripada kemusnahan akibat kebakaran hutan itu.
“Ia diperbuat menggunakan stucco (plaster berkualiti tinggi) dan batu dengan bumbungnya kalis api,” katanya.
Menurutnya, rumah itu juga mempunyai cerucuk sedalam 50 kaki ke dalam batuan dasar untuk memastikan kestabilan apabila ombak kuat menghempas tambak laut.
“Sejujurnya, saya tidak pernah menyangka dalam sejuta tahun, kebakaran hutan akan merebak sehingga ke Lebuh Raya Pantai Pasifik.
“Saya fikir, jika ada gempa bumi, ini adalah perkara terakhir yang akan musnah. Saya tidak menyangka jika berlaku kebakaran, ini akan menjadi perkara terakhir yang akan musnah,” katanya mengenai rumah seluas 4,200 kaki persegi itu dengan empat bilik tidur yang dibelinya daripada seorang penerbit.
“Reka bentuknya agak cantik. Tapi stucco dan bumbung kalis api itu sangat bagus,” kata Steiner.
Info Bahan Binaan Stucco
Stucco, atau plaster berkualiti tinggi, merupakan bahan binaan popular untuk luaran rumah yang banyak digunakan kerana beberapa kelebihannya:
- Ketahanan: Stucco sangat tahan lama dan mampu bertahan dalam pelbagai keadaan cuaca, dari panas terik hingga hujan lebat. Ini menjadikannya pilihan yang sesuai untuk iklim yang pelbagai.
- Estetika: Stucco menyediakan penampilan yang rata dan seragam, boleh dicat dalam pelbagai warna dan boleh dibentuk ke dalam berbagai tekstur, dari yang halus hingga kasar, memberi keunikan pada bangunan.
- Insulasi Termal: Stucco bertindak sebagai penebat yang baik, membantu mengekalkan suhu dalam rumah agar lebih sejuk di musim panas dan lebih hangat di musim sejuk, yang dapat mengurangkan kos penggunaan tenaga.
- Penyerapan Bunyi: Stucco juga memiliki sifat penyerapan bunyi yang cemerlang, menjadikan rumah lebih senyap dan tenang, terutamanya di kawasan yang bising.
- Pemasangan yang Mudah: Walaupun memerlukan kemahiran tertentu dalam pemasangannya, prosesnya secara amnya adalah cepat dan stucco mengering dengan cepat, membolehkan proses pembinaan berjalan lancar.
- Kos Efektif: Dibandingkan dengan bahan luaran lain seperti batu atau bata, stucco dianggap lebih berkos efektif, terutama kerana jangka hayat yang panjang dan keperluan penyelenggaraan yang minimal.
- Rintangan Api: Stucco mempunyai rating rintangan api yang tinggi, yang menjadikannya pilihan yang aman dalam hal keselamatan.
IMPIANA : Mungkin selepas ini pemilik kediaman boleh mempertimbangkan bahan binaan kalis api ini sebelum membina rumah.
Mesti Baca: Tanam Halia Dalam Pasu, Ini Cara Semai Nak Hasil Besar & Gemuk!
Baca Lagi Di Sini: Cara Cepat Biakkan Kunyit Dan Halia
Artikel Menarik:Potong Tanaman Kunyit & Halia Tanpa Korek Isi Keluar. Jimat Dengan Cara Ini!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI