Nak ada kabinet dapur ramai yang mengeluh sebab harganya yang agak mencekik terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan. Jadi, ada yang mengambil keputusan untuk DIY sendiri. Seperti yang ditunjukkan oleh wanita ini di dalam blog nya sisikami.blogspot.my Pemilik banyak menggunakan produk dari Ikea untuk melengkapkan sebuah set kabinet dapur yang nampak ringkas, kemas dan menarik. Jom tengok apa keperluan barang, peralatan dan cara membuat yang telah di sediakan.

(GAMBAR) Wanita Ini Tunjuk Cara Untuk Bina Kabinet Dapur Dengan Modal Hanya RM 1,358.90

  1. Pertama sekali kena draf design kedudukan kabinet tu mahu bentuk macam mana. Bentuk L, memanjang, U atau island
  2. Pastikan tahu ukuran rumah. Even lukis pakai tangan pun kena guna scale yang betul untuk pastikan design tersebut muat/sesuai dengan saiz dapur.
  3. Ukuran kabinet, model, brand, pattern, jenis, warna, tombol, kaki, sinki, paip, etc boleh rujuk website IKEA bahagian KITCHEN. So dah boleh bajet saiz besar mana nanti bila dah pasang.
  4. Kemudian pergi je IKEA bahagian kitchen cabinet dan minta bantuan pekerja IKEA di situ. Nanti mereka akan tolong dapatkan barang-barang yang kita perlukan. Masa ini boleh lah minta khidmat nasihat free dari mereka. Macam kami, kami dah study dulu so sampai IKEA terus je minta quatation dan barang. Pilih barang yang nak guna saja. Jadi dah boleh bajet duit.
  5. Sudah selesai collect barang, bayar dan boleh bawa balik rumah untuk pasang. Macam kes kami, table top paling panjang 249cm so ngam-ngam muat dalam kereta Preve. Tapi kena turunkan seat penumpang baru muat. Top saja yang panjang, yang lain kotak-kotak biasa saja.
  6. Proses pasang macam biasa, ikut je manual dalam packaging setiap barang yang kita beli tu. Tak susah pun. Kalau kami yang perempuan ni boleh pasang of coz la abang-abang sado kat luar sana lagi terror pasang kan. Hehehe….
  7. Proses pasang untuk 3 kabinet 6 pintu ini tak sampai 1 jam pun. Cuma yang leceh nak tebuk dan pasang sinki dan hob (dapur). Yang ini terpaksa minta bantuan orang sebab bab tebuk tak pandai. Macam kami, hob (dapur) tu adik lelaki kami yang tebukkan, sinki dan paip pula terpaksa upah tukang paip sebab kena ubah kedudukan sinki dan paip asal ke lokasi baru. Kalau perasan di tepi kabinet ada nampak lubang-lubang paip sinki lama. Cacat sikit di situ, Insyaallah nanti baru nak tampal.
  8. Then siap sempurna semuanya. Rak di dalam kabinet pun boleh diy. Kalau ada duit lagi pergi saja IKEA cari shelf dan aksesori tambahan. Buat masa sekarang kami tak rajin lagi jadi guna dulu apa yang ada. Janji seketul kabinet dapur dah ada cukup lah. Puas hati sebab pasang sendiri boleh adjust ikut yang kita mahu.
  9. Ini kabinet jenis METOD bukan FYNDIG. METOD ada waranti 25 tahun, kalau FYNDIG tidak ada waranti.
 Jom tengok apa kami beli untuk complete kan set kabinet ni:
(GAMBAR) Wanita Ini Tunjuk Cara Untuk Bina Kabinet Dapur Dengan Modal Hanya RM 1,358.90
RM 305 x 3 ketul – RM75  = RM 840
(Sebab tak  nak plinth so tolak plinth RM75)
Plint tu kayu putih yang cover kat bawah kaki kabinet tu.  Kami tak pasang plinth sebab senang nanti nak sapu sampah/habuk bawah kabinet.
(GAMBAR) Wanita Ini Tunjuk Cara Untuk Bina Kabinet Dapur Dengan Modal Hanya RM 1,358.90
Table top x 1 keping = RM 290
(GAMBAR) Wanita Ini Tunjuk Cara Untuk Bina Kabinet Dapur Dengan Modal Hanya RM 1,358.90
Paip x 1 = RM 99
(GAMBAR) Wanita Ini Tunjuk Cara Untuk Bina Kabinet Dapur Dengan Modal Hanya RM 1,358.90
Sinki x 1 = RM 79
(GAMBAR) Wanita Ini Tunjuk Cara Untuk Bina Kabinet Dapur Dengan Modal Hanya RM 1,358.90
Leg x 3 = RM 45
(GAMBAR) Wanita Ini Tunjuk Cara Untuk Bina Kabinet Dapur Dengan Modal Hanya RM 1,358.90
Handle x 1 = RM 5.90
TOTAL HANGUS UNTUK KITCHEN CABINET + PINTU + SINKI + PAIP + KAKI +HANDLE
= RM 1,358.90 (utk brg IKEA shj)
Lain-lain kos :
  1. Dapur hob + hood brand Elba + serombong asap = RM 1400
  2. Upah ubah kedudukan paip + tebuk sinki + pasang sinki + pasang paip = RM 250
  3. Upah pasang hood + serombong asap = RM 200
  4. Silikon + pistol = RM 15.00
  5. Upah tebuk lubang hob (dapur) free sebab adik yang tebukkan
  6. Upah pasang kabinet 6 pintu free sebab buat sendiri
Jom layan gambar yang sempat kami snap masa proses pemasangan kabinet ni :
(GAMBAR) Wanita Ini Tunjuk Cara Untuk Bina Kabinet Dapur Dengan Modal Hanya RM 1,358.90
(GAMBAR) Wanita Ini Tunjuk Cara Untuk Bina Kabinet Dapur Dengan Modal Hanya RM 1,358.90
Design dulu. Mesti ikut scale yang betul.

 

(GAMBAR) Wanita Ini Tunjuk Cara Untuk Bina Kabinet Dapur Dengan Modal Hanya RM 1,358.90
Terpaksa turunkan seat penumpang depan dan belakang untuk muatkan top sepanjang 250cm ni. Kajang to Kedah…

 

(GAMBAR) Wanita Ini Tunjuk Cara Untuk Bina Kabinet Dapur Dengan Modal Hanya RM 1,358.90
Penuh bonet barang-barang untuk kitchen cabinet

 

(GAMBAR) Wanita Ini Tunjuk Cara Untuk Bina Kabinet Dapur Dengan Modal Hanya RM 1,358.90
Barang selamat mendarat kat Kedah

 

(GAMBAR) Wanita Ini Tunjuk Cara Untuk Bina Kabinet Dapur Dengan Modal Hanya RM 1,358.90
Mula-mula kena pasang base. Just cantum-cantum je tiga keping papan ni. Guna cordless drill cepat dan jimat masa

 

(GAMBAR) Wanita Ini Tunjuk Cara Untuk Bina Kabinet Dapur Dengan Modal Hanya RM 1,358.90
Selesai pasang base pertama. So ada 2. Yang 2 lagi pun just cantum jadi macam ni jugak

 

(GAMBAR) Wanita Ini Tunjuk Cara Untuk Bina Kabinet Dapur Dengan Modal Hanya RM 1,358.90
Pasang besi atas untuk cantum dengan top nanti

 

(GAMBAR) Wanita Ini Tunjuk Cara Untuk Bina Kabinet Dapur Dengan Modal Hanya RM 1,358.90
3 biji base siap dipasang. Lepas tu letak je top kat atas. Adjust kedudukan biar centre. Masa ni try dulu susun-susun. Sebelum pasang top bolehla adjust-adjust ikut yang mana berkenan dihati. Masa ni bolehla ubah-ubah lagi. Nanti dah pasang top dah takleh ubah sebab dah skru kan.

 

(GAMBAR) Wanita Ini Tunjuk Cara Untuk Bina Kabinet Dapur Dengan Modal Hanya RM 1,358.90
Pasang kaki kabinet. Pun guna cordless drill je cepat.

 

(GAMBAR) Wanita Ini Tunjuk Cara Untuk Bina Kabinet Dapur Dengan Modal Hanya RM 1,358.90
Siap pasang kaki kabinet

(GAMBAR) Wanita Ini Tunjuk Cara Untuk Bina Kabinet Dapur Dengan Modal Hanya RM 1,358.90

Proses pasang pintu kabinet

(GAMBAR) Wanita Ini Tunjuk Cara Untuk Bina Kabinet Dapur Dengan Modal Hanya RM 1,358.90
Pasang pintu kabinet ni paling senang tekan tekan je dan lock siap

 

(GAMBAR) Wanita Ini Tunjuk Cara Untuk Bina Kabinet Dapur Dengan Modal Hanya RM 1,358.90
Satu pintu dah berjaya dipasang

 

(GAMBAR) Wanita Ini Tunjuk Cara Untuk Bina Kabinet Dapur Dengan Modal Hanya RM 1,358.90
Sementara menunggu orang buat paip tolong tebukkan lubang sinki kami pasang pintu dulu.

 

(GAMBAR) Wanita Ini Tunjuk Cara Untuk Bina Kabinet Dapur Dengan Modal Hanya RM 1,358.90
Lubang sinki dah tebuk, top dah pasang masa ni. Kami jugak pasang/letak counter bar kat sebelah kabinet tu. Counter bar tu beli 2ndhand kat mudah.my je jimat..

 

(GAMBAR) Wanita Ini Tunjuk Cara Untuk Bina Kabinet Dapur Dengan Modal Hanya RM 1,358.90
roses pasang hood. Yang ni terpaksa upah sebab takde kepakaran nak tebuk dinding pasang serombong tu. Upah pasang RM200. Lubang untuk hod pula adik kami tolong tebukkan.

Selesai. Make sure sekeliling sinki tu letak silikon untuk halang air meresap ke bawah sinki. 


(GAMBAR) Wanita Ini Tunjuk Cara Untuk Bina Kabinet Dapur Dengan Modal Hanya RM 1,358.90

Sumber: https://sisikami.blogspot.my

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI