Mempunyai rumah yang kemas dan teratur sentiasa menjadi dambaan setiap insan. Baik yang mendiami rumah sendiri atau sewa kerana di akhirnya, kita hanya mahukan ketenangan sebaik sahaja melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah. Rumah merupakan tempat kita berteduh dari hujan panas dan ruang privasi untuk kita lupakan sejenak masalah yang datang menghurung pemikiran kita.
Begitu juga pemilik rumah teres yang berkeluasan 3000 sqft ini iaitu Pn Deanna Dayen, dia berjaya mendeko kediamannya tanpa tema khusus kerana beliau hanya mementingkan kekemasan serta susun atur barang yang sempurna malahan jika diteliti dari sudut pemilihan warna untuk kemasan di dinding, dia hanya menggunakan warna kelabu dan turut dihiasi dengan kemasan kaligrafi arab untuk menambahkan lagi auranya.
“Untuk dekorasi rumah saya ini, saya tidak merujuk kepada mana-mana laman web dekorasi kediaman, segalanya hanya mengikut citarasa saya sendiri serta perbincangan bersama suami” jelasnya.
Tambahnya lagi, dia dan suami sentiasa beranggapan bahawa mereka adalah tetamu dalam rumah sendiri, kerana setiap kali tetamu bertandang, rumah akan sentiasa siap dan kemas, jadi setiap kali kami ingin keluar rumah, kami akan kemas dahulu sebaik mungkin dan apabila pulang, kami akan rasa seperti tetamu yang datang ke rumah orang lain dengan rasa tenang.
Penulis amat menyukai design dapur modennya yang mempunyai island yang berkapasiti tiga tempat duduk. Island table ini mengisi ruang luas dapurnya dan turut diserikan dengan juntaian lampu gantung. Selain itu, kemasan elegan kitchen cabinet yang nampak seperti ukiran kayu, sebenarnya material asalnya adalah aluminium yang ditatah dengan elemen kayu. InshAllah tahan lama tanpa perlu risau dengan serangan anai-anai.
IKLAN
Untuk penjelasan lanjut serta tatapan secara detail, ikuti susunan gambar design kediaman Pn Deanna di bawah ini. Selamat Menghias!!
IKLAN
IKLAN
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tak semestinya, untuk hasilkan sebuah dekorasi kediaman yang cantik anda perlu lantik pereka dalaman yang mempunyai latar belakang dan Pendidikan dalam bidang tersebut. Seperti yang dilakukan oleh Haziq Ammar. Sentuhan dekorasi yang di kongsikan di dalam group-group dekor media sosial mendapat perhatian dan secara tidak sengaja ada pula yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatannya.
Asalnya hanya minat mendalam tentang hiasan rumah dan hanya mendeko kediaman quarters sendiri yang terletak di dalam (Universiti Malaya). Saya hanya memaparkan dekorasi yang telah dilakukan di group dekorasi seperti FB dan beberapa ahli group yang menanyakan untuk mengupah saya deko rumah mereka. Pada mulanya saya tidak yakin tetapi dengan dorongan dan nasihat rakan-rakan lain untuk saya mencuba bidang ini. Saya terima cabaran ini untuk mendeko rumah pertama pelanggan seperti gambar.
Pemilik : Nurul Anis Omar Pereka : Haziq Ammar Lokasi : Dorchester Apartment Sri Hartamas Size : 450sqft Studio Unit
Pemilik ingin studio unit ini kelihatan lebih menarik, simple dan elegance kerana ruangnya yang sangat terhad. Oleh itu, memilih perabot dan deko item yang lebih sesuai perlu di letakkan agar ia tidak keliahatan padat. Tambahan, pemilik berhasrat untuk menjadikan kediaman ini sebagai homestay
Setelah berbincang idea dengan pemilik, pereka telah memilih konsep modern minimalist supaya ruang kelihatan lebih simple dan modern. Deko ini siap sepenuhnya dalam masa 3 minggu termasuk kerja-kerja renovasi tandas dan bahagian dapur. Kos keseluruhan hanya RM39k.
Kelainan dan Tarikan utama deko kediaman ini adalah pada bahagian Ruang katilnya. Ia ditata hias lebih menonjol untuk menerapkan konsep ala Hotel.
Ruang beradu menerapkan warna yang lebih tenang iaitu biru gelap pada dinding utama dan dihiasi bingkai gambar bermotif flora menghidupkan lagi suasana kelihatan tenang dan menarik. Tidak lupa juga, sedikit kelainan sentuhan pada kemasan tandas yang mengetengahkan konsep rekabentuk jubin morocco.
Walaupun pada mulanya pemilik tidak berani degan cadangan yang diberikan oleh saya, setelah siap semuanya pemilik sangat gembira dengan hasil dekorasi tersebut.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Gabungan corak serta warna-warna yang berani dan menonjol merupakan salah satu elemen utama dalam konsep Moroccan. Selain itu, perabot ukiran kayu juga menjadi faktor penting dalam membentuk konsep moroccan yang sempurna.
Tetapi kadangkala anda mungkin akan merasa corak serta warna yang terang dalam konsep ini mungkin agak keterlaluan untuk kediaman anda. Jangan risau, anda masih lagi boleh terapkan nilai estetika Moroccan dengan menggunakan item dan aksesori deko seperti pouf, lampu geometrik, karpet dan banyak lagi tanpa kelihatan “over”.
IMPIANA himpunkan beberapa contoh rekabentuk kediaman dengan konsep Moroccan untuk anda jadikan inspirasi. Selamat mendeko!
This is a view of a one-bedroom villa bedroom at Cabo Azul Resort.
Kredit : Carian gambar Google dan Pinterest
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bidai tingkap atau ‘Window Blinds‘ berfungsi menutup tingkap, malah boleh jadi penganti langsir untuk bangkitkan seri ruang!
Selain praktikal dan senang digunakan, bidai tingkap membantu pemilik rumah mengawal cahaya yang masuk, memberikan privasi, serta mempercantikkan ruang.
Memikirkan bentuk, saiz, serta fungsi ruang akan memudahkan anda memilih jenis bidai tingkap yang hendak digunakan. Jika anda masih bingung ingin menggunakan bidai tingkap jenis apa, berikut adalah beberapa jenis bidai tingkap untuk rumah yang boleh anda pilih.
Vertical blinds
Memiliki langsir bentuk menegak, tipe ini terbuat dari kain dan biasanya digunakan di pejabat. Berfungsi untuk menghalang cahaya matahari, kecondongan vertical blinds boleh diatur dengan diputar dan disusun dari kedua sisinya. Anda boleh memasangnya di rumah dengan warna yang sepadan dengan warna dinding.
Venetian blinds
Selain melindungi dan mengindahkan, ini 9 jenis bidai tingkap untuk rumah. Jenis bidai tingkap seterusnya adalah venetian blinds. Langsir ini terbuat dari aluminium yang disusun secara mendatar. Cara menggunakannya serupa dengan vertical blinds, perbezaannya terletak pada bahan dasar dan bentuknya sahaja. Penggunaan venetian blinds di rumah akan menampilkan kesan yang natural dan hangat.”
Bidai Kayu
Ingin mencipta suasana semula jadi yang hangat di dalam rumah? Bidai kayu adalah pilihan yang tepat. Dibuat daripada kayu pada bahagian selatnya, bidai kayu kini semakin popular. Kebiasaannya, bidai kayu ini ringan dan nipis tetapi tahan lama. Selain itu, bidai kayu sesuai dengan pelbagai jenis reka bentuk dalaman rumah.
Bidai Roller
Bidai roller merupakan jenis yang paling umum dan sering digunakan. Beberapa bidai roller bahkan boleh dioperasikan menggunakan kawalan jauh. Berbentuk seperti gulungan, bidai roller mempunyai rekaan yang sederhana tetapi memberikan kesan elegan. Penggunaan bidai roller dapat mengurangkan risiko pemudaran warna perabot akibat pendedahan kepada cahaya matahari.
Bidai Roman
Bidai roman menonjolkan kesan klasik sekaligus moden apabila digunakan. Bidai roman akan membantu anda menghalang cahaya matahari yang masuk ke dalam rumah. Penggunaannya juga dapat menciptakan suasana yang hangat dan selesa.
Bidai Mini
Serupa dengan venetian blinds, bidai mini adalah lebih pendek dan diperbuat daripada logam. Setiap langsirnya mempunyai ketebalan kurang daripada 2 cm, membuatnya tampak lebih kecil. Penggunaan bidai mini akan memberi kesan ruang yang lebih moden.
Selain mudah digunakan, bidai mini terdapat dalam dua tipe, yang pertama menggunakan kabel untuk pengoperasiannya, sementara yang kedua menampilkan rupa yang lancar tanpa kabel tergantung.
Bidai Panel
Bidai panel biasanya diperbuat daripada kain dan digantung secara menegak. Selain itu, bidai panel juga boleh digunakan sebagai pembahagi ruang. Kelemahannya, apabila digunakan, bidai panel tidak boleh dijalarkan, jadi akan sukar untuk mengawal cahaya yang masuk. Namun, jenis ini sangat sesuai digunakan untuk tingkap bersaiz besar, serta menambahkan sentuhan oriental kontemporari di rumah.
Motorised blinds
Jenis ini mempunyai harga yang agak mahal, tetapi sepadan dengan kelebihan fungsinya. Salah satunya, bidai bermotor boleh disambungkan dengan asisten rumah pintar seperti Alexa Amazon atau Siri Apple. Selain itu, bidai bermotor boleh dikawal melalui remote, suara, dan aplikasi di telefon bimbit.
Outdoor blinds
Bidai tingkap tidak hanya boleh digunakan di dalam rumah, bahagian luar tingkap pun boleh dilindungi. Bidai luaran akan mempunyai bilah yang lebih rapat dan kuat untuk bertahan dari sinar matahari dan air hujan. Biasanya, bidai luaran diperbuat daripada kayu atau bambu, sehingga bahagian luar rumah akan tetap kelihatan cantik.
Itulah beberapa jenis bidai tingkap yang boleh anda pilih. Pengunaan blind terutamanya di bahagian dapur memang cantik dan praktikal.Pasti lebih kemas. cantik dan berseri dapur anda!
Terpesona melihat dekorasi dan reka bentuk rumah yang berusia lebih daripada 100 tahun yang dikongsikan oleh pemilik kediaman ini. Jauh merantau di negara kanggaru, jiwa melayu rumah kampung tetap di dalam sanubari.