Tak sangka, guesthouse yang di beri nama Jiran 58 ini merupakan teres yang telah berusia lebih kurang 30 tahun. Menariknya, pemilik tidak melantik pereka dalaman untuk proses ubah suai demi menjimatkan kos.
Secara fizikal, kelihatan tidak banyak perubahan dan pertambahan struktur asal. Dengan mengetengahkan gaya minimalis, dekorasi guesthouse yang terletak di Taiping, Perak ini kelihatan lebih segar dan unik
Tempoh PKP, sudah pasti banyak masa terluang di rumah. Pelbagai aktiviti diusahakan untuk mengisi masa yang terluang. Seperti yang dilakukan oleh Zul Azizul
Kreativiti menghasilkan mural fasad rumah yang kelihatan kosong menjadi sebuah panorama kedesaan yang indah. Selepas mendapat persetujuan dengan ahli kelaurga yang lain, tempoh 3 hari diperuntukkan untuk menyiap keseluruhan mural.
saya membuat servis melukis mural sekitar perak, akan tetapi jika ada tawaran luar dari negeri perak pun saya akan ambil.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Terbaca satu posting di group to Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY milik Hns Frnh. Informasi yang dikongsikan seakan kita berada di luar negara saat melihat setiap gambar dekorasi kediaman yang dikongsikan.
Rupanya, kediaman ini terletak di Putrajaya dan merupakan sebuah kuartes kerajaan. Kediaman yang menjadi syurga buat pemilik seisi keluarga telah berusia lebih kurang 3 tahun ini mengetengahkan konsep moden scandinavian. namun menariknya, kebanyakan perabot dan perhiasan yang dibeli adalah barang-barang dari kedai murah dan ada juga secara online.
Saya suka perabot berasaskan oak sebab warna dan texture timeless, design yang boleh tahan lama.
Rumah kuarters saja tapi walaupun bukan rumah sendiri, kena sentiasa sayang kediaman kita, tempat Tuhan turunkan rahmat juga perlindungan.
Kebanyakan perabot dan perhiasan dari Shopee, Lazada, Romantika, Mr Diy, Eco, Kaison & Ikea. Mix and match tak semestinya kena berhabis duit baru dapat rumah yang sedap mata memandang
Tips pemilihan barang tak semestinya untuk nampak cantik perlu keluarkan kos yang besar. Kebanyakan aplikasi online menyediakan banyak pilihan seller dengan pelbagai jenis design perabot pada harga yang mampu milik. Dari segi aksesori saya mix and match mana yang termampu saja dari Mr Diy, Kaison, Ikea, Eco Shop, Romantika. Banyak pilihan dan mampu dimiliki oleh semua golongan.
Orang lelaki, kalau dah pandai menghias memang kalah orang perempuan punya idea. Seperti perkongsian twitter melalui akaun Fiq Said. Bilik yang bersaiz kompak di ubah menggunakan barang-barang Ikea dengan modal RM 5,000.
Pemilihan paling bijak ialah penggunaan loft bed untuk memberi ruang tambahan kepada bilik yang sempit. Antara item yang digunakan untuk menghias bilik si bujang ini adalah seperti berikut:
-Stora Loft bed rm1299
-Malvik mattress rm699
-Aneboda wardrobe 2 door x 2 (tak igt price sbb da 5thn beli n ikea dah tak jual)
-songesand wardrobe 3 door rm999 x1,
-linmon alex table rm399
-skalberg sporren chair rm129
-trofast storage rm146 x 2
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...