Sebagai buruh atau kontraktor, apabila mengambil tanggungjawab untuk melakukan kerja renovasi rumah mengikut perjanjian yang telah dipersetujui, jangan sesekali ambil mudah. Apatah lagi gagal dalam menyiapkan pembinaan rumah tersebut seperti yang dijanjikan kerana boleh dipenjarakan atas kesalahan ini.
Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Rembau di sini, hari ini, selepas gagal menyiapkan pembinaan rumah milik seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM10,421.
Gambar Hiasan
Rumah Gagal Siap
Mengikut pertuduhan, Nik Nur Aizuddin Suhaimi, 34, dari Rembau secara tidak jujur mendorong wanita berkenaan menyerahkan wang tunai berjumlah RM35,000 bagi tujuan pembinaan rumah.
Namun rumah itu gagal disiapkan sehingga menyebabkan wanita berkenaan mengalami kerugian RM10,421.
Kesalahan itu dilakukan tertuduh pada tarikh antara 22 Mei sehingga 16 Jun lalu bertempat di Kampung Baru Batu Hampar, Rembau.
Ads
Justeru tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan.
Tertuduh yang membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Kartini Kasran turut didenda RM5,000 dan penjara 15 bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
Kos Pembinaan Rumah RM50,000
Berdasarkan fakta kes, wanita berkenaan berjumpa dengan tertuduh bagi membina rumahnya dengan kos pembinaan RM50,000 sebelum menyerahkan RM35,000.
Ads
Daripada jumlah wang yang diserahkan, tertuduh membelanjakan RM12,579 bagi pembelian bahan binaan manakala RM12,000 bagi upah pekerja.
Berdasarkan perkembangan kerja pembinaan, wanita itu mengalami kerugian RM10,421 yang sepatutnya digunakan untuk membeli bahan binaan dan membayar upah pekerja seterusnya.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh diwakili peguam, Siti Syuhada Mohd Isa dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
IMPIANA: Semoga kes ini menjadi pengajaran buat kontraktor atau buruh yang terlibat dalam pembinaan rumah supaya lebih bertanggunggjawab dengan perjanjian awal yang telah dipersetujui. Bagi pemilik rumah pula, jangan putus asa, hak kita dilindungi dan jika rasa tertindas buat laporan dan bawa ke muka pengadilan.
Bagi anda yang masih tidak tahu mengenai apakah itu kepercayaan ‘Feng Shui’ yang majoritinya diamalkan oleh masyarakat kaum berbangsa Cina ini, ia adalah sistem undang-undang semula jadi Cina Kuno yang seharusnya mengatur susunan perabot dan hiasan dalaman rumah mengikut aliran tenaga (Chi).
Untuk maklumat anda, definisi untuk perkataan ‘Feng’ ia membawa maksud angin manakala ’Shui’ pula bermaksud air dalam bahasa Cina. Mengikut kepercayaan ‘Feng Shui’ oleh masyakat kaum Cina, ruang kamar tidur adalah antara ruang yang paling penting dan harus diberikan keutamaan berbanding dengan ruang lain yang ada di dalam rumah.
Ini kerana, masyarakat kaum Cina melihat dari sudut rutin kehidupan seharian manusia akan banyak meluangkan dan menghabiskan masa yang lebih di ruang kamar tidur.
Dalam episod Tip Impiana kali ini telah berkongsi beberapa pantang larang di ruang kamar tidur mengikut kepercayaan ‘Feng Shui’. Sebenarnya, ada beberapa pantang larang atau perkara yang tidak boleh anda lakukan di ruang kamar tidur.
Antaranya, kedudukan katil seharusnya berada kedudukan di posisi yang dominan di ruang kamar tidur anda. Selain itu, bagi pemilihan perabot katil pula anda seharusnya menggunakan kepala katil yang direka dengan struktur bentuk yang padat dan tidak berlubang.
Seterusnya pula, keadaan di bawah katil pula haruslah berada dalam keadaan yang sentiasa bersih dan bebas daripada segala habuk atau kekotoran. Bukan itu sahaja, barangan seperti kasut dan beg bagasi antara benda yang tidak sesuai untuk diletakkan di bawah katil.
Ini kerana, mengikut kepercayaan ‘Feng Shui’, jika anda meletakkan barangan seperti ini di bawah katil, ia dipercayai boleh membuatkan anda berasa seperti sentiasa bergerak dan tidak berada di rumah ketika sedang tidur.
Anda juga boleh menonton perkongsian selanjutnya mengenai pantang larang ini dengan menonton pautan video di bawah:
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Bagi anda yang bercadang untuk membeli sebuah kediaman rumah, sudah pasti antara rumah jenis sub-sales dan baru yang akan menjadi persoalan mana satu pilihan yang terbaik untuk anda memiliknya.
Malah, persoalan ini sudah pasti akan sentiasa bermain di pemikiran anda selain faktor kewangan dan kawasan kediaman yang ingin dimiliki juga antara perkara penting yang perlu diambil kira dalam pemilihan sesebuah kediaman.
Tetapi sebelum itu, adakah anda sudah benar-benar tahu perbezaan antara kedua-duanya? Mari ketahui jawapan dan maklumat lebih lanjut bersama IMPIANA.
Dalam episod Tip Impiana kali ini, IMPIANA telah berkesempatan mengundang tetamu jemputan, Cik Amaliena Mazlan yang merupakan salah seorang Perunding Hartanah dari MATRIX Concepts Holdings Berhad bagi berkongsi tip serta mengupas lebih lanjut mengenai perkara tersebut bersama para penonton.
Ketika sesi temu bual bersama Cik Amaliena, jelasnya kedua-dua jenis kediaman ini mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri yang mana setiap para pembeli harus ambil tahu mengenainya.
Katanya lagi, selain itu para pembeli seharusnya bijak serta mengetahui tujuan utama untuk membeli sesebuah rumah di kawasan perumahan yang telah menjadi pilihan.
Jadi, antara kedua-duanya mana satu pilihan yang terbaik? Sudah pasti anda ingin mengetahui lebih lanjut dan jawapan persoalan tersebut.
Mari ketahui jawapan dan maklumat lebih lanjut dengan menonton pautan video penuh sesi temu bual bersama Cik Amaliena di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Bagi anda yang tinggal di kawasan perumahan dan perkampungan, mesti pernah berdepan dengan situasi secara tiba-tiba muncul sebuah lori yang singgah ke rumah anda bagi mahu menawarkan khidmat turapan untuk di laman rumah anda sebelum ini. Betul tak?
Untuk pengetahuan anda, meski harga turapan telah ditawarkan dengan harga yang murah anda dinasihatkan untuk tidak sesekali menerima tawaran tersebut.
Foto sumber: Cigaretto Enterprise
Menerusi satu perkongsian pemilik akaun Malaysian Modders di laman media sosial Facebook telah memberitahu serta mendedahkan perkara sebenar berhubung hal tersebut.
Jelasnya, ada beberapa perkara mustahak yang perlu anda tahu sebelum membuat keputusan untuk menerima khidmat tersebut.
“Bila depan rumah korang tiada turap.Akan datang sebuah lori, offer harga untuk turap tanah berpasir depan rumah korang.
“Seeloknya tolak, jangan terima.Turapan yg dia bawa tu adalah bitumen lebihan dari projek turapan jalan besar.Senang cerita “job duit tepi”.
“Turapan yang mereka offer itu adalah hot mix.Perlu berada dalam suhu yang tinggi untuk campuran dia mengeras. Kalau suhu dah turun lebih paras minimum, satu lori kena patah balik pergi premix plant mereka.
“Nama pun lebihan, confirm2 turapan yg dia offer tu suhu yang rendah. Korang pun percaya dengan turapan itu bagus. Try tongkat motor dekat turapan tu, confirm berlubang sbb campuran dalam turapan dengan suhu itu ibarat gam, impact sahaja tak cukup. Sebab tu dah impact pun, turapan tak kuat…
“Jadi ini adalah scam yg macam tak scam.Cuma geng ini bergerak dlm kumpulan, biasanya muka berbeza-beza tp ternyata mereka berkumpulan.
“Sorang datang korang reject, minggu depan datang lg dgn muka lain. Harga pun berbeza-beza. Diorang macam dah tahu depan rumah korang takde turap.
“Nk turap, panggil org dtg turap. Bkn mereka yg direct selling dpn rumah..,” tulisnnya.
Sumber: Facebook Malaysian Modders
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.