Sedih bukan bila menghadapi situasi begini. Sudahlah duit simpanan habis begitu saja, kontraktor pula lari tak nampak bayang. Sebenarnya perkara ini boleh dihindar jika anda mengambil 9 langkah berjaga-jaga sebelum mengupah atau bersetuju dengan mana-mana kontraktor yang ingin melakukan renovasi kediaman anda.

1. Rekomendasi atau pun promosi dari mulut ke mulut adalah paling berkesan apabila melibatkan kerja-kerja ubahsuai rumah. Walaupun cara ini sedikit tradisional tetapi ia adalah testimoni yang berkesan daripada pengalaman rakan atau saudara anda sendiri setelah mendapatkan khidmat kontraktor tersebut. Andai kata rakan anda mencadangkan mana-mana kontraktor yang berjaya menyiapkan projek renovasi rumahnya, gali lah info dari kawan anda itu sebanyak mungkin dan untuk lebih puas hati pergilah ke rumah rakan anda untuk melihat hasil kerja sebenar kontraktor tersebu

2. Sebaiknya ada perjanjian atau dokumen bertulis di antara pihak anda dan juga pihak kontraktor agak kebajikan kedua-dua pihak terjaga. Dalam perjanjian tersebut nyatakan nilai projek, tempoh siap dan juga masukkan apa saja dokumen berkaitan seperti lakaran 3D, konsep dan sebagainya. Walaupun nampak rumit dan leceh ia akan membantu anda di masa akan datang andai menghadapi masalah yang tak terduga.

Jangan terpedaya dengan tawaran renovasi harga murah tak masuk akal. Tak dinafikan kita semua mahukan harga murah tapi mahu hasil cantik taraf 5 bintang. Sebenarnya ia adalah mustahil kecuali anda bernasib baik berjumpa dengan kontraktor sedemikian. Apa yang anda labur itulah yang anda dapat. Jika mendapat tawaran harga murah, siasat secara terperinci kredibiliti pihak tersebut. Ada banyak maklumat yang boleh kita dapat dalam zaman info di hujung jari sekarang.

4. Ramai di antara kita yang mengupah secara terus mencari pekerja Indonesia atau Bangladesh bagi membuat kerja-kerja renovasi seperti menyimen kawasan dapur atau halaman, memasang mozek dan pelbagai kerja-kerja kecil yang lain. Walaupun murah anda juga perlu berhadapan dengan risiko andai tidak seperti yang anda harapkan.

IKLAN

5. Bayar kontraktor mengikut progress kerja. Sebaiknya jangan terus membayar 50% daripada harga keseluruhan projek tetapi bayar mengikut tahap projek yang sudah disiapkan. Duit pendahuluan 20% sudah memadai. Andai kontraktor tidak mampu memulakan projek dengan wang pendahuluan kurang dari 50% mungkin syarikat tersebut tidak mempunyai aliran tunai yang baik. Bersedialah untuk sebarang risiko.

6. Semak berapa lama syarikat tersebut berada di pasaran. Semakin lama bertapak semakin profesional dan berkredibiliti syarikat tersebut.

7. Jangan hanya percaya pada gambar di media sosial. Trend terkini untuk syarikat yang baru memulakan bisnes, kebanyakannya menggunakan gambar-gambar cantik di internet. Lihat pada hasil kerja projek sebenar kontraktor terbabit. Jika tidak yakin, tinggalkan!

IKLAN

8. Elakkan berjanji mulut. Wajib ada perjanjian hitam putih yang dapat digunakan sebagai bukti apabila diperlukan termasuk perbualan Whatsapp.

9. Kadang-kadang semua langkah berjaga-jaga sudah diambil tetapi nasib sukar dijangka. Tertipu jua. Andainya terjadi sedemikian berbekalkan bukti yang ada seperti perjanjian bertulis, resit, perbualan telefon dan sebagainya anda bolehlah membuat laporan polis dan membawa kes ini ke mahkamah.

IKLAN

 

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI