Diberi kebebasan penuh oleh pemilik merupakan impian bagi kebanyakkan pereka. Kerana selain perlu menggambarkan dan melukis pelan rekabentuk, pereka juga bertanggungjawab menganggarkan kos, mendapatkan produk serta bahan-bahan dan juga memastikan segala spesifikasi rekaan dapat dipenuhi dalam jangka masa yang telah dipersetujui. Jika pemilik berpuas hati, sudah tentunya pereka juga akan tumpang gembira.
BAIK PULIH STRUKTUR ASAL
Agak sukar mahu memulakan kerja mendekorasi sekiranya keadaan sedia ada tidak menepati piawaian yang sepatutnya. Jadi perkara pertama yang Encik Khairul lakukan selaku pereka hiasan dalaman kediaman ini adalah memperbaiki keadaan asal menjadi lebih sempurna bagi memudahkan proses dekorasi. Setiap sudut perlu tampil sempurna sebelum memulakan kerja-kerja mendeko kerana walau satu kesilapan kecil, ia mungkin boleh memberi kesan kepada perkara yang lebih besar.
Kerosakan seperti paip bocor, dinding yang tidak rata, jubin yang retak dan sebagainya perlu dilaporkan kepada pihak pemaju sebelum anda pindah masuk ke rumah. Keadaan seperti ini jika tidak dibendung akan meyusahkan dan melambatkan proses mendekorasi kediaman.
CABARAN “BLANK CANVAS”
Kediaman persinggahan yang terletak di EkoCheras ini mempunyai tingkat mezanin bagi membahagikan antara ruang privasi dan ruang sosial di bawah. Rekabentuk seperti ini telah membenarkan pemilik untuk mendiami rumah ini dengan lebih selesa dan nyaman.
Tanpa menetapkan sebarang konsep mahupun tema untuk kediaman, pemilik memutuskan untuk memberi tumpuan pada fungsi dan praktikaliti kediaman duplex SOHO ini. Pereka telah diberikan sebuah “blank canvas” untuk berkarya dengan meletakkan keperluaan dan keinginan pemilik sebagai keutamaan.
Sifat tuan rumah amat fleksibel dan terbuka kepada cadangan menjadikan proses pengubahsuaian ini berjalan dengan lancar. Ini juga memberikan pereka kelonggaran dalam merealisasikan dekorasi pilihannya. Seperti pemilihan feature wall di ruang tamu yang dihiasi kertas dinding bercorak, sesuai dengan konsep moden inggeris yang ingin diketengahkan. Ia dihiasi dengan panel kayu bersalut rona emas, menjadikannya lebih anggun dan eksklusif.
Ads
Ads
SIMETRI PELENGKAP DEKORASI
Menurut Encik Khairul, ruang makan kediaman ini merupakan titik permulaan bagi proses dekorasi. Kerana walaupun lebar kediaman tidak terlalu luas, di ruang ini ada terletaknya siling “double volume” setinggi 18 kaki yang menjadi salah satu ciri menarik dalam kediaman ini.
Candelier kristal telah dijadikan sebagai titik fokal bagi menentukan simetri ruang. Segalanya perlu selari dan mengikut panduan candelier tersebut kerana ia akan menentukan susun atur seluruh kediaman.
“Untuk kediaman dengan double volume, kita kena pastikan pemilihan lampu dan aksesori lain proportionate (bersekadar) dengan saiz ruang. Barulah kita akan berjaya dapatkan wow factor yang diimpikan”, kata Encik Khairul sebagai tip untuk para pembaca.
Ads
BIJAK MANFAAT RUANG TERHAD
Disebabkan saiz rumah yang agak kecil, tiada sudut atau ruang yang dibiar tanpa fungsi. Setiap kawasan akan diguna sebaik mungkin dan dijadikan sebagai ruang penyimpanan agar kediaman kelihatan lebih kemas dan teratur.
Ruang bawah tangga contohnya, telah diberi satu fungsi yang mengubah dinamik kediaman secara keseluruhan. Jauh berbeza dengan rekabentuk asal, Encik Khairul telah berjaya melakukan transformasi yang ketara dengan membinakan sebuah stor menyimpan barang.
Begitu juga untuk ruang bilik tidur diatas. Pemilik dan pasangan mempunyai 3 orang anak jadi Encik Khairul telah memuatkan katil bersaiz super king yang dilengkapi bersama dua pull out bed bersaiz single, cukup selesa buat mereka sekeluarga.
+ INFO KEDIAMAN
Nama Pemilik: Dato’ Norazlanshah Bin Hazali dan Dato’ Mashita Binti Masri
Jenis Kediaman: Duplex SOHO
Konsep: Moden Inggeris
Keluasan: 762 kaki persegi
Spesifikasi: Satu Bilik, Ruang Makan dan Ruang Tamu Konsep Terbuka, 2 Bilik Air
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Perabot rotan kini kian mendapat perhatian. Kini dengan rekaan yang pelbagai, Kebiasaanya rekaan perabot rotan di suaipandankan untuk konsep Boho, namun dengan pelbagai rekaan kontemporari ia sesuai untuk padanan gaya moden, mewah dan sebagainya. Salah satu perabot yang menjadi idaman ramai adalah katil rotan. Namun, harganya agak lumayan untuk dimilik. Jadi, seperti biasa anda perlu bijak mengolah. Apa kata, padankan katil divan dengan kepala katil rotan. Ini idea IMPIANA:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pintu bukan sahaja merupakan pembahagi ruang serta objek privasi, malah ia juga boleh menjadi elemen dekorasi bagi sesetengah ruang. Jika tidak dijaga atau dirawat, pintu yang telah lama dan hambar dapat mempengaruhi “mood” kediaman.
Selepas beberapa tahun, pintu di kediaman mungkin ada yang sudah kotor atau rosak. Buat anda dengan bajet terhad, pasti fikir banyak kali sama ada nak tukar pada pintu yang baru atau tidak. Sebenarnya, jika pintu masih elok dan berfungsi, anda tak perlu beli baru pun. Cukup hanya cat baru dan baiki mana yang perlu.
Dan pula, mengikut perkongsian dari Shaifuddin Shaffie melalui laman Kelab Kaki DIY, beliau hanya memperuntukkan sekitar RM100 sahaja untuk makeover 3 buah pintu!
Pintu nak cantik tapi bajet ciput. Jadi la takat ni ja. Maaf banyak2 sebab post x bagi details. Kayu & gam kayu beli kat shopee RM60++ Ukuran frame atas 2×2 kaki, tengah 2×1 kaki, bawah 2×2 kaki. Kos sekali cat RM100 untuk 3 pintu
BAHAN-BAHAN
KEADAAN SEBELUM
KEADAAN SELEPAS
Shaifuddin mendapat inspirasi apabila melihat wainscoting pada dinding yang sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia sekarang. Idea tersebut diterapkan untuk transformasi pintu di rumahnya dan hasilnya amat memuaskan.
Menurutnya lagi, masa yang diambil bagi menyiapkan sebuah pintu hanya lah 2 jam termasuk proses memotong dan menampal.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bilik tidur sempit tapi nak juga hias, ada tip mudah kena buat, auto nampak cantik dan luas. Semua orang inginkan bilik tidur yang luas dan selesa namun tidak semua kita berpeluang memiliki kediaman dengan bilik tidur dengan keluasan yang diinginkan.
Bagaimanapun faktor keluasan bilik yang terhad tidak menjadi halangan untuk anda menghias bilik tidur. Perkara paling penting yang perlu diingat ialah tip yang perlu anda aplikasikan agar dekorasi bilik tidur yang anda inginkan menjadi kenyataan.
Berikut tip yang dikongsikan oleh seorang pereka dalaman (interior designer)
TIP HIAS BILIK TIDUR YANG BERSAIZ KECIL/SEMPIT:
Gunakan satu warna sahaja pada dinding. Pilih warna pastel supaya ruang yang kecil kelihatan luas.
2. Pilih jenis katil rekaan ringkas dan menegak bermaksud tiada kepak kiri kanan yang membuatkan ‘makan ruangan.’
3. Tentukan tema warna dan pilih satu ‘pop up’ warna untuk menonjolkan suasana yang ceria.
4. Elakkn terlalu banyak penggunaan bingkai gambar pada dinding kerana ia akan menampakkan bilik tersebut padat.
5. Ruangan yang sempit boleh tukar dari penggunaan langsir kepada bidai (blind) tapi ambl ketinggian yang lebih dari bingkai tingkap supaya dapat kesan tinggi dan luas pada pandangan.
6. Tentukan apa keperluan dalam bilik dan mula beli barang mengikut saiz ruang yang ada. Kalau tidak pasti, beli satu-satu barang dan letak. Cara ini lebih selamat supaya anda tidak tersalah beli barang. Amalkan konsep ‘biar lambat asal selamat.’
7. Wujudkan sekurang-kurangnya satu pengcahayaan ‘warm white’ untuk ‘effect cozy.’
8. Perkara penting yang perlu diingat untuk ruang yang kecil, gunakan warna-warna ‘pastel’ jika anda inginkan ‘suasana’ yang nyaman.
9. Pemilihan barang-barang juga amat memainkan peranan yang penting. Ingat ini sahaja, ‘less is always more.’ Senang kemas, senang ‘maintain.’
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.