Jika dahulu, seluruh kejiranan akan heboh mengata apabila ada di antara jiran mereka memiliki set perabot mewah. Berukir indah dengan bunga-bungaan, awan larat dan sebagainya. Tidak kiralah kerawang ala Itali, nusantara dan sebagainya. Asal sarat dan berkilau dianggap mewah dan cantik. Apa lagi dengan bunga-bungaan di atas fabrik tebal seperti baldu, chanile dan sebagainya. Tidak sah kalau semua elemen ini diperindahkan dengan gaya langsir dramatik, dengan swag mewah beralunan indah.
Ads
Namun kini semuanya tampil berbeza. Pereka melihat semua itu tidak perlu dalam menjadikan suasana tampil mewah , eksklusif dan elegan. Idealogi mewah kini berubah dengan begitu ketara. Fokus lebih ditumpukan pada kualiti material yang digunakan. Kayu antara material mewah yang sangat tinggi hanrganya kini diserlahkan estetiaknya . Penggunakan material kayu padu yang sempurna digilap, dirawat dan dibentuk dipadankan pula dengan marmar Itali dengan rona yang jarang dijumpai sudah cukup menyerlahkan betapa mewahnya sebuah tata hias itu biar pun tidak diukir malah dibiarkan dalam bentuk kepingan separa sempurna.
Ads
Ads
Nilai empuk dan selesa sebuah perabot, bagaikan sebuah kereta mewah yang memberi kepuasan tatkala duduk di atasnya. Pembuatan yang berteknologi tinggi memberi kepuasan menggunanya. Itu belum lagi rekaan yang sangat rigkas tetapi material yang cukup kuat dipilih. Kaki sofa anda mugkin hanya sebesar penyepit makanan tetapi kehebatan rekaan dan nikmat yang ditawarkan cukup luar biasa. Inilah pilihan tata hias generasi akan datang? Simple-simple je di IMPIANA.
Spesifikasi: 1 ruang utama (ruang tamu, ruang makan dan dapur), 6 kamar beradu, 6 kamar mandi
Karya pereka sememangnya merupakan satu ilham untuk berkomunikasi dengan kita secara halus. Ada yang cuba menegur kepincangan sesebuah masyarakat, ada yang cuba memberi pandangan serta banyak juga yang menyalurkan motivasi kepada kita.
Karya seni reka bentuk dalaman pereka wanita yang satu ini pula adalah mewarnai kasih sayang di antara ahli keluarga. IMPIANA meninjau idea dan sentuhan moden pereka Steph Low dariYong Studio.
AURA KEKELUARGAAN
Kediaman berkeluasan sekitar 4468 kaki persegi diolah sempurna oleh Steph Low dan pasukan perekanya. Mereka telah mencanai ilham agar ruang kediaman semi D tiga tingkat ini tampil selesa, moden dan eksklusif. Apatah lagi tuan rumah mempunyai anak kecil dan memerlukan ruang yang selamat untuk trafik domestik. Bahkan ruang utama juga perlu memudahkan pemilik untuk melaksanakan aktiviti seharian mereka tanpa adanya gangguan dan rasa resah.
“Saya melihat kediaman ini agak besar dan selalunya kediaman seperti ini membuatkan ahli keluarganya lebih senang bersendiri atau melakukan urusan sendiri. Jadi, saya berhasrat untuk menyatukan aktiviti mereka di dalam satu ruang bagi menerbitkan aura kekeluargaan dan kasih sayang,” ujar Steph yang begitu sensitif dan prihatin dengan gaya hidup pelanggannya.
Bagi ruang utama, pereka membuka apa juga dinding yang menghalang agar ruang ini tampil lebih luas, selesa dan memberikan suasana lebih positif untuk anak-anak bermain juga lain-lain aktiviti kekeluargaan. Tidak hairanlah jika Steph memilih ilham moden ringkas dengan hiasan eksklusif bagi setiap ceruk ruang.
RUANG UTAMA BERSIFAT ABADI
Jika dilihat ruang utama dihias dengan perabot dan aksesori moden kontemporari. Ringkas namun selesa dengan pilihan perabot eksklusif yang direka dengan material mewah. Bagi Steph, setiap daripada material ini mempunyai nilai estetika penuh elegan. Oleh itu ruang ini tidak perlu dipenuhkan dengan hiasan lain, malah pemilihan warna juga dilihat sangat santai dan bersifat abadi. Tidak akan jemu biar dimamah waktu.
Jika dilihat pada ruang tamu dan makan ruang kediaman semi D ini juga umpama sebuah kediaman banglo moden kerana bebas daripada dinding penghalang. Manakala kehadiran dapur kering di situ dengan rekaan urban elegan melengkapkan lagi pelan lantai sebuah kediaman moden.
“Bagi saya ibu bapa hari ini mempunyai waktu yang terhad untuk menguruskan anak-anak mereka. Biar pun begitu, dengan adanya segala kelengkapan di dalam sebuah ruang akan membantu mereka memantau anak-anak di samping menyempurnakan tugasan lain,”ujar Steph lagi.
SELESA SEGAR
Bagi Steph, dia berasa puas apabila diberi amanah mereka ruang kegunaan sekeluarga dengan semaksimum mungkin. Penelitian bukan sekadar pada warna tetapi juga pada pencahayaan dan sistem pengudaraan semula jadi. Ini penting agar ruang kekal selesa dan segar. Projek yang mengambil masa sekitar tiga bulan ini sememangnya banyak memberi ilham kepada Steph bahawa ruang mampu mengikat kemesraan antara ahli keluarga. Malah kediaman ini diolah dengan bijak dan strategik. Steph berjaya menukar ruang yang dahulunya biasa tampil luar biasa dan berguna kepada semua.
Tip Dekorasi Oleh Steph Low
*Fotografi: Yong Studio
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
KONSEP MODEN KLASIK SEMEMANGNYA MENJADI PILIHAN RAMAI KINI.
Keindahan kamar pengantin baru sememangnya menjadi kenang-kenangan sehingga bila-bila. Saat romantis bersama si dia sememangnya memberi rasa istimewa dan elegan. Sebenarnya kita juga boleh mewujudkan kamar romantis biar pun bukanlah bernama pengantin baru. Sebenarnya jika anda mempunyai kamar tetamu, sesuai juga diabadikan idea seumpama kamar pengantin. Maklumlah kamar ini jarang digunakan dan sesuailah jika anda menggunakan kemasan lembut putih sebagai pilihan utama sama seperti kamar hotel. Padankan dengan aksesori rustik bagi menyerlahkan perisa vintage. Atau hiasan berkilau seperti emas atau perak jika mahukan gaya glamor. Atau pun anda boleh memilih gaya rona sedondon all white. Tetapi gaya putih hitam merupakan gaya yang paling digilai kerana mengimbaskan ilham kota romantis Paris dan jenama terkenal dunia. Simple-simple je di IMPIANA
KEDESAAN PERANCIS MUNGKIN JARANG MENJADI PILIHAN KITA TETAPI APA SALAHNYA MENCUBA KAN….
PILIHAN GLAMOR SEMEMANGNYA TIDAK PERNAH SALAH DALAM MEMBANGKIT RASA EKSKLUSIF DAN ROMANTIS. RINGKAS NAMUN ROMANTIS.
BEBAS WARNA DAN SENTUHAN PUTIH HITAM MEMBERI KEPUASAN MEMANDANG. CANTK UMPAMA PELAMIN.
ALA SCANDINAVIAN PUN ADA…TAK SALAH JIKA ORANG KITA HENDAK MENABUR BUNGA MELOR SEBAGAI HARUMAN SEMULA JADI.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Seni lukis sememangnya telah bertahun menjadi koleksi agung peminat seni dan pereka. Palitan warna dan cerita yang sampaikan sememangnya membuat kita berfikir dan tertanya-tanya di sudut hati . Itulah yang indahnya lukisan mampu membuat kita bermain dengan imaginasi. Secara tidak langsung merangsang minda dan jamuan mata di dalam ruang.
Namun kini tidak ramai yang bijak menilai seni lukisan bagi menyerlahkan tata hias kediaman. Malah ada yang memiilih untuk memiliki lukisan cetak rompak sebagai pilihan kedua. Ia sememangnya langkah yang tidak sihat dalam kita memberi sokongan kepada pengkarya tempatan yang mencanai minda mereka bagi sebuah karya. Ayuh kita memberi sokongan padu kepada para pelukis kita.
Dalam seni lukis, keindahan itu datang dari bancuhan warna . Anda boleh memilih subjek yang anda mahu. Realism, abstrak, surealism dan sebagainya mampu menyerlahkan ragam tata hias kediaman anda. Misalnya jika ada kedesaan Inggeris, gambar bunga-bungaan atau landskap dilihat sesuai, moden dengan gaya abstraknya malah gaya seperti loft, minimlism, konsep surealism dilihat lebih sesuai menyerlahkan seri ruang.
Jadi pilihlah lukisan yang bersaiz besar untuk mewujudkan feature wall ruang tamu anda atau rangkaian lukisan kecil bagi menyerikan ruang makan anda. Paling tidak, bingkaikan lukisan hasil karya anak anda di ruang tangga atau di dapur mahun di kamarnya sebagai satu penghargaan. Siapa tahu naive art karya anak anda merupakan satu idea hebat yang dicari-cari. Simple-simple sahaja di IMPIANA
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.