DIY sliding door untuk kabinet dapur. Bahan utama rail langsir dan board kalis air. Caranya mudah sahaja dan barang-barang yang diperlukan pun tidak banyak. Tidak perlu pun keluar modal yang tinggi. Asalkan rajin, anda boleh dapat kabinet dapur yang kemas.
Resipi semburan pelbagai fungsi supaya kediaman bebas habuk menjadikan kediaman berada dalam keadaan bersih. Jika lama sikit tidak kemas rumah, pasti penuh habuk lebih-lebih lagi pada kawasan tersorok dan celah-celah seperti bawah katil, bingkai tingkap, kipas dan perkakas yang lain.
Memang jenuh jika setiap masa nak kena buang habuk kan? Jadi, apa kata anda cuba spray magik ini! Habuk akan susah melekat pada barangan, justeru tak perlu lagi bersihkan setiap hari.
Di laman Facebook nya, Puan Yatie Eimra ada berkongsi resipi dust spray. Bermacam resipi telah dicuba, tetapi baginya resipi inilah yang terbaik dan paling berkesan. Selamat mencuba!
Saya ni memang suka tip & trik yang memudahkan urusan harian. Bila jumpa macam² tip, mesti saya simpan & cuba bila berkesempatan. Banyak resipi buat dust spray ni sebenarnya, cara paling senang guna air & softener. Tapi lepas cuba beberapa resipi, setakat ni inilah resipi dust spray yang paling saya berpuas hati sebab ia serbaguna.
Pernah baca komen netizen — cakap orang yang gunakan spray untuk elak habuk melekat ni orang yang malas. Pada saya, adanya tip macam ni bukannya bermakna boleh culas & bermalasan tapi sekadar memudahkan serta mempercepatkan kerja² rumah & urusan harian. Nak² ramai isteri yang bekerja & faktor kekangan masa. Tu belum lagi yang ada anak kecik/anak yang tengah melasak ataupun wanita mengandung. So tip² macam ni lah dapat membantu jimatkan masa/tenaga.
Multipurpose Dust Spray
¼ cawan cuka
1¼ cawan air
3 sudu kecil minyak zaitun
1 sudu makan pencuci pinggan* (optional)
Sedikit essential oil* (optional)
Campur semua bahan dalam botol spray. Goncang sebelum guna.
Nota:
*guna botol spray transparent supaya mudah nampak atau buat peringatan pada botol supaya tak lupa
*saya buat 2 botol spray sebab guna 2 wangian berbeza ?
*saya gunakan 1 bahagian cuka & 5 bahagian air supaya larutan cuka tak terlalu pekat/terlalu cair
*cuka memudahkan menanggalkan kotoran, juga sebagai agen pembasmi kuman
*minyak zaitun berfungsi untuk mengilatkan & melindungi permukaan kayu.
*pencuci pinggan mampu menanggalkan kotoran secara lembut
*essential oil berfungsi memberi kesegaran & mengurangkan bau cuka
Pastikan ❗❗❗
*Sebaik²nya gunakan minyak zaitun. Saya tak jamin penggunaan minyak masak biasa (sawit) boleh berikan hasil yang sama untuk perabot kayu (bila bertindakbalas dengan cuka)
*Jangan gunakan pencuci pinggan yang bundle sebab bahan kimianya agak tinggi & boleh rosakkan sesetengah permukaan perabot.
*Jika risau perabot yang agak sensitif, cuba spray sikit dahulu dibahagian yang tersorok/paling bawah untuk uji keserasian.
*Paling penting — GONCANG setiap kali sebelum guna supaya larutan minyak & air bercampur
Kegunaan:
• Kurangkan habuk melekat pada perabot & kipas
Mengurangkan habuk tak bermakna habuk langsung tak lekat ye.. Cuma lebih mudah nak bersihkan habuk & menjimatkan masa
• Mengilatkan perabot kayu
Bukan setakat kabinet, pemegang dulang dari kayu pun saya gunakan spray ni sebab kilatannya memang cantik.
• Menaikkan warna & melindungi sofa dari kulit sintetik
Boleh bersihkan kotoran & menaikkan warna sofa yang dah kusam
• Mengurangkan habuk terkumpul pada gril pintu & lapisan minyaknya mengelakkan dari berkarat
Rumah dekat dengan jalan besar ni, manjang je habuk & debu bertepek dekat gril. Walaupun saya spray sesekali sahaja, memang nampak perbezaan dgn sebelum ini
• Membersihkan & melicinkan trek pintu/tingkap jenis sliding serta melancarkan trek yang tersangkut
Kekadang hujan lebat sangat, kena jugak sikit² tempias air dekat pintu/tingkap sliding. Lama² mesti trek tersangkut². Saya spraykan aje untuk lancarkan balik
• Sebagai lapisan perlindungan dari kotoran untuk jubin dinding & sinki.
Saya selalunya basuh toilet hujung minggu. Hari biasa ni sental memane yg sempat je. Tak boleh lama² dalam bilik air sebab anak tengah melasak.. Guna spray ni memang mudah nak bersihkan jubin & di celah². Toilet yang jarang guna (untuk tetamu) pun saya spraykan pada jubin & sinki.
Pastikan BERSIHKAN dahulu jubin & sinki seperti biasa, kemudian barulah gunakan spray ni. Spray secara menyeluruh terutama dicelah² jubin. Sebaik²nya gunakan span atau kain microfiber untuk ratakan air (supaya semua permukaan kena). Penggunaan spray membantu kurangkan kotoran yang melekat. Next time kerja² bersihkan jubin dinding & sinki akan lebih mudah & cepat. Toilet pun jadi wangi je lepas spray (kalau letak essential oil la..) Spray sekurang²nya seminggu sekali/lepas basuh/bila perlu.
Semoga bermanfaat ~
(Harap tip ni dapat bantu mudahkan kerja² rumah & urusan harian anda juga)
Makeover tangga rumahtema monochrome bermodalkan tak sampai RM200. Tak perlu upah orang untuk melakukannya. Anda boleh buat sendiri. Hanya beli barang-barang dan peralatan yang diperlukan sahaja.
Ringkas sahaja cat jubin lantai, terus 100% berubah wajah! Nampak macam tangga ‘have-have.’ Cat yang digunakan ialah jenis epoxy matte finishing.
Anggaran kuantiti cat untuk tangga dengan 16 anak anak kecil dan dua steps besar ialah:
* Warna hitam 1 tin untuk 2 kali layer (cukup-cukup)
* Warna Putih 2 tin (sebab banyak layer untuk dapat finishing yang smooth dan cantik)
* Undercoat 1 tin
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1. Sebelum memulakan aktiviti mengecat, bersihkan tangga terlebih dahulu. Biarkan sehingga kering.
2. Selepas itu ‘undercoat’ dahulu semua 2 layer.
3. Kemudian barulah cat colour. Mulakan dengan warna putih dan hitam.
4. Disebabkan perlu mix dengan hardener untuk elak bazirkan cat, bahagi-bahagikan jumlah cat itu untuk mix dengan hardener.
5. Tidak perlu bancuh terus 1 tin cat sebab apabila kita sudah mix dengan hardener, perlu terus guna. Kalau tak, cat akan keras selepas tu. Jadi untuk berjimat dan tidak membazirkan duit dan cat, So nak jimat dan tak nak bazirkan duit & cat, saya bahagi-bahagikan mengikut nisbah yang sesuai.
Ramai yang suka tanam petunia. Tanaman ini antara yang wajib terutamanya bagi anda yang buat taman berkonsepkan English. Bunganya yang pelbagai warna menjadikan laman anda bertambah ceria.
Bagaimanapun ramai yang beranggapan tanaman ini hanya boleh hidup satu kali pusingan saja atau annual plant. Apabila bunganya sudah habis. ia harus diganti dengan yang baru.
Sebenarnya ada rahsia atau tip untuk pastikan petunia hidup dan tahan lebih lama. Tip nya tidak lah susah menurut perkongsian seorang wanita di facebook nya yang diberi nama Sal Din. Nak tahu macam mana, jom baca artikel yang telah dikongsikan oleh Sal Din.
Di Malaysia juga sebenarnya boleh dibuat landskap berbunga seperti yang terdapat di luar negara kalau kena caranya. Buktinya dibawah ini bagaimana bunga petunia boleh tahan dalam cuaca panas.
1. Petunia kalau nak letak di luar, elok diletak dalam pasu tembikar. Pasu itu sejuk sebab ada mineral.
2. Jika petunia layu, itu selalunya ada masalah dengan campuran tanah atau tanah sudah sikit disebabkan akar lebih.
3. Tips beli petunia ialah elakkan beli yang daunnya lebar, bunga lebar dan batang yang agak besar. Especially yang jenis berlapis memang tidak sesuai sangat letak di tengah panas dan mudah lecur apabila kena hujan. Cari yang bunganya sederhana saja, contoh macam saya punya itu, memang tahan lama. perasan tak daunnya macam tak nampak sangat, kecik saja.
4. Tanah pula, sebaiknya lepas beli patunia terus tukar pasu. Utamakan pasu tembikar agar pokok lebih segar. Instead of gantung, letak atas tempat tinggi, ia akan berjurai.
5. Lepas tukar pasu terus letak tempat tidak berbumbung biar tahan panas dan hujan.
6. Tanah pula guna campuran 2 tanah baja + 1 tanah merah bakar atau bukan tanah bakar pun boleh.
7. Letak baja organik siap-siap dalam pasu itu. Kemudian siram dan biarkan baja organik dan tanah itu bergabung. Tanah akan sentiasa subur.
8. Petunia perlukan penyiraman 2 kali sehari, awal pagi dan lewat petang.
9. Beli siap-siap baja foliar pink dan hijau, spray setiap minggu
10. Untuk bunga, lebihkan spray foliar pink, untuk daun foliar hijau.
11. Siapa yang ada bajet lebih sikit beli juga baja slow release Osmocote ini. Baja ini tahan 6 bulan dalam pasu. Saya campurkan sekali masa mula-mula tukar tanah. Ia baik untuk petunia dan pokok berbunga yang lain. Biasanya nursery yang jual petunia ada jual baja ini.
12. Kalau nak bunga petunia ini tahan lama, buang bahagian batang dan daun yang kelihatan lecur atau terlebih basah. JIka bahagian tersebut dibiarkan, ia akan melarat pada bahagian lain.13. Kudup-kudup yang dah kuncup, basah dan layu itu kena buang juga. Jika tidak ia akan berkulat dan memberi ancaman kepada tanaman seperti jangkitan kulat terutamanya pada kudup baru dan batang.
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.