Dekorasi konsep farmhouse moden tema warna ‘earth tone,’ senang nak suaikan dengan perabot. Pemilihan tema warna ‘Earth Tone’ untuk dinding menjadikan ruang rumah nampak lebih luas dan lebih mudah untuk suaikan dengan warna perabot.
Warna ‘earth tone’ menjadi tren yang diminati oleh ramai orang kerana sifatnya yang natural dan hangat. Kehadirannya menjadi inspirasi dalam menata tempat tinggal masa kini supaya mendatangkan kesan hangat, nyaman, dan ‘welcome’.
Cantik, tenang dan bersih sahaja rumah pemilik kediaman. Perkongsian dekorasi rumah bertukar wajah selepas tragedi banjir Disember 2021. Pemilik kediaman menggunakan warna terang dan ceria. Selepas banjir, pemilik kediaman terus tukar konsep kepada modern farmhouse dengan earth tone.
Banyak kita baca di dada akhbar tentang keluh kesah yang dialami oleh ramai pembeli rumah subsale.Bahagian pinjaman serta urusan pembayaran sudah diuruskan, tetapi timbul pula permasalahan tentang kesulitan penukaran nama pemilik daripada pemilik lama kepada yang baharu.
Isu ini telah dikupas oleh Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), En Salkukhairi Abd Shukor. Ikuti perkongsiannya agar pemilik kediaman di luar sana dapat pencerahan secara lengkap bagaimana untuk menguruskan pindahmilik nama hartanah.
1. Biasa berlaku, sesuatu hartanah yang dibeli kadang-kadang tidak dapat dipindah milik kepada nama pembeli.
Perkara ini mungkin disebabkan oleh:
i. Terdapat syarat tersirat daripada pihak berkuasa negeri yang menghalang ianya dipindahmilik dalam tempoh-tempoh tertentu misalnya 5 tahun atau 10 tahun (contoh : tanah yang baru diberi milik oleh kerajaan negeri, tanah kurnia, perumahan PR1MA dan lain-lain),
ii. Tidak mendapat kelulusan kebenaran pindah milik (consent) daripada kerajaan negeri atas sebab-sebab tertentu (contoh : belum cukup tempoh tertentu, jual daripada Melayu kepada bukan Melayu dan lain-lain),
iii. Terdapat sekatan undang-undang yang menghalang pindah milik ke atas bahagian yang tidak boleh dipecah bahagi (contoh: beli sebahagian tanah geran kongsi),
iv. Terdapat sekatan undang-undang yang menghalang pindah milik sesuatu tanah dilakukan (contoh : beli tanah yang tertakluk kepada Akta GSA seperti tanah FELDA dan sebagainya)
2. Sekiranya anda menghadapi masalah di atas, apakah solusi alternatif yang boleh dilakukan untuk melindungi hak dan kepentingan anda sebagai pembeli?
Antara solusi alternatif yang boleh dilakukan adalah:
i. Lantik peguam hartanah yang berpengalaman,
ii. Peguam hartanah akan sediakan Surat Wakil Kuasa Penuh (Full PA), di mana melalui Full PA tersebut tuan tanah memberikan kuasa penuh kepada pembeli untuk menguruskan dan melakukan segala apa yang perlu berkaitan tanah tersebut seolah-olah pembeli adalah pemilik kepada hartanah tersebut, dengan syarat pembeli hendaklah menjelaskan keseluruhan harga jual beli kepada tuan tanah melalui peguam selaku stakeholder.
iii. Peguam akan daftar PA di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah.
iv. Jika perlu dan bersesuaian, peguam juga akan sediakan dokumen-dokumen tambahan seperti Perjanjian Tambahan, Surat Ikatan Amanah dan lain-lain,
v. Melalui peguam yang dilantik, pembeli akan masukkan kaveat persendirian ke atas hartanah tersebut untuk melindungi hak dan kepentingannya.
Walau bagaimanapun, solusi alternatif yang saya nyatakan di atas hanyalah secara umum sahaja. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan proper legal advice daripada Peguam hartanah anda kerana setiap kes mungkin berbeza antara satu sama lain.
Cuma PERLU DIINGATKAN, solusi alternatif di atas hanyalah BERSIFAT SEMENTARA SAHAJA sehingga urusan pindahmilik dilakukan.
Perlu juga diingatkan, selagi belum dipindahmilik kepada nama anda, anda masih TETAP BERHADAPAN DENGAN RISIKO. Ini kerana Kanun Tanah Negara hanya mengiktiraf pendaftaran pindah milik sebagai bukti yang tidak boleh disangkal terhadap hak pemilikan sesuatu hartanah. Jadi nak tak nak, perlu juga diusahakan agar ianya di pindah milik kepada nama anda.
Sekian, terima kasih.
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)
ARTIKEL BERKAITAN
Nak Beli Rumah Sub-Sale, Ini Langkah-Langkah Yang Anda Perlu Tahu
Secara dengan tidak sengaja apabila melihat rekaan sofa dengan ribuan sulaman benang warna-warni ini, pada awalnya berasa terkejut kerana rekaan sofa ini tampak begitu berbeza sekali.
Mana tidaknya, rekaan sofa ini tidak kelihatan seperti yang lain atau kebiasaan di pasaran luar. Tampak unik dan berbeza, sudah semestinya rekaan yang dimiliki pada sofa ini sememangnya telah menarik perhatian.
Jika kita lihat pada gambar yang memaparkan rekaan sofa ini permukaan luar telah direka dengan ribuan sulaman benang warna-warni.
Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan pelbagai reka bentuk yang menarik seperti burung kakak tua dan banyak lagi. Namun begitu, adakah rekaan sofa seperti ini sesuai untuk dekorasi hiasan dalaman kediaman?
Pada pendapat anda pula bagaimana? Adakah anda merasakan rekaan sofa ini unik atau pelik di mata anda? Sila kongsikan bersama IMPIANA.
Foto: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Jika anda hampir setiap hari meluangkan masa di dapur untuk memasak pelbagai menu hidangan makanan, sudah pastinya anda akan kerap menggunakan bahan masakan seperti minyak masak dan sebagainya.
Bercakap mengenai soal penggunaan minyak masak ini, seperti umum mengetahui minyak masak yang telah digunakan tidak boleh lagi dipakai secara berulang-ulang untuk kegunaan memasak.
Ini kerana, ia boleh memudaratkan kesihatan seperti mengundang pelbagai penyakit yang berbahaya. Jadi oleh itu bagaimana cara yang betul dan mudah untuk menghapuskan minyak masak yang terpakai ini?
Tidak dinafikan, ada segelintir di kalangan anda yang pernah membuang minyak terpakai ini melalui saluran paip singki di dapur rumah anda sebelum ini.
Tahukah anda sebenarnya tindakan ini adalah salah dan tidak sepatutnya dilakukan kerana ia boleh menyebabkan saluran paip singki dapur anda tersumbat dan sebagainya.
Tetapi kini sudah ada cara dan kaedah yang lebih mudah boleh anda lakukan untuk membuang minyak masak terpakai di rumah dengan menggunakan hanya satu bahan sahaja iaitu ‘Cooking Oil Hardener’.
Ramai yang tidak tahu sebenarnya bahan ‘Cooking Oil Hardener’ ini mempunyai fungsi untuk membekukan minyak masak supaya proses membuang bahan terpakai ini lebih mudah dan selamat.
Untuk maklumat anda, bahan ini boleh didapati di mana-mana cawangan kedai peralatan kelengkapan rumah, Daiso dengan harga serendah cuma RM5.90 sahaja untuk setiap kotak yang mengandungi 5 pek ‘Cooking Oil Harderner’.
Sekiranya anda mahu mendapatkan bahan ini secara dalam talian, boleh sahaja membuat pembelian di aplikasi Shopee.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.