Jika anda hampir setiap hari meluangkan masa di dapur untuk memasak pelbagai menu hidangan makanan, sudah pastinya anda akan kerap menggunakan bahan masakan seperti minyak masak dan sebagainya.
Bercakap mengenai soal penggunaan minyak masak ini, seperti umum mengetahui minyak masak yang telah digunakan tidak boleh lagi dipakai secara berulang-ulang untuk kegunaan memasak.
Ini kerana, ia boleh memudaratkan kesihatan seperti mengundang pelbagai penyakit yang berbahaya. Jadi oleh itu bagaimana cara yang betul dan mudah untuk menghapuskan minyak masak yang terpakai ini?
Tidak dinafikan, ada segelintir di kalangan anda yang pernah membuang minyak terpakai ini melalui saluran paip singki di dapur rumah anda sebelum ini.
Tahukah anda sebenarnya tindakan ini adalah salah dan tidak sepatutnya dilakukan kerana ia boleh menyebabkan saluran paip singki dapur anda tersumbat dan sebagainya.
Ads
Tetapi kini sudah ada cara dan kaedah yang lebih mudah boleh anda lakukan untuk membuang minyak masak terpakai di rumah dengan menggunakan hanya satu bahan sahaja iaitu ‘Cooking Oil Hardener’.
Ramai yang tidak tahu sebenarnya bahan ‘Cooking Oil Hardener’ ini mempunyai fungsi untuk membekukan minyak masak supaya proses membuang bahan terpakai ini lebih mudah dan selamat.
Ads
Untuk maklumat anda, bahan ini boleh didapati di mana-mana cawangan kedai peralatan kelengkapan rumah, Daiso dengan harga serendah cuma RM5.90 sahaja untuk setiap kotak yang mengandungi 5 pek ‘Cooking Oil Harderner’.
Sekiranya anda mahu mendapatkan bahan ini secara dalam talian, boleh sahaja membuat pembelian di aplikasi Shopee.
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Resipi semburan pelbagai fungsi supaya kediaman bebas habuk menjadikan kediaman berada dalam keadaan bersih. Jika lama sikit tidak kemas rumah, pasti penuh habuk lebih-lebih lagi pada kawasan tersorok dan celah-celah seperti bawah katil, bingkai tingkap, kipas dan perkakas yang lain.
Memang jenuh jika setiap masa nak kena buang habuk kan? Jadi, apa kata anda cuba spray magik ini! Habuk akan susah melekat pada barangan, justeru tak perlu lagi bersihkan setiap hari.
Di laman Facebook nya, Puan Yatie Eimra ada berkongsi resipi dust spray. Bermacam resipi telah dicuba, tetapi baginya resipi inilah yang terbaik dan paling berkesan. Selamat mencuba!
Saya ni memang suka tip & trik yang memudahkan urusan harian. Bila jumpa macam² tip, mesti saya simpan & cuba bila berkesempatan. Banyak resipi buat dust spray ni sebenarnya, cara paling senang guna air & softener. Tapi lepas cuba beberapa resipi, setakat ni inilah resipi dust spray yang paling saya berpuas hati sebab ia serbaguna.
Pernah baca komen netizen — cakap orang yang gunakan spray untuk elak habuk melekat ni orang yang malas. Pada saya, adanya tip macam ni bukannya bermakna boleh culas & bermalasan tapi sekadar memudahkan serta mempercepatkan kerja² rumah & urusan harian. Nak² ramai isteri yang bekerja & faktor kekangan masa. Tu belum lagi yang ada anak kecik/anak yang tengah melasak ataupun wanita mengandung. So tip² macam ni lah dapat membantu jimatkan masa/tenaga.
Multipurpose Dust Spray
¼ cawan cuka
1¼ cawan air
3 sudu kecil minyak zaitun
1 sudu makan pencuci pinggan* (optional)
Sedikit essential oil* (optional)
Campur semua bahan dalam botol spray. Goncang sebelum guna.
Nota:
*guna botol spray transparent supaya mudah nampak atau buat peringatan pada botol supaya tak lupa
*saya buat 2 botol spray sebab guna 2 wangian berbeza ?
*saya gunakan 1 bahagian cuka & 5 bahagian air supaya larutan cuka tak terlalu pekat/terlalu cair
*cuka memudahkan menanggalkan kotoran, juga sebagai agen pembasmi kuman
*minyak zaitun berfungsi untuk mengilatkan & melindungi permukaan kayu.
*pencuci pinggan mampu menanggalkan kotoran secara lembut
*essential oil berfungsi memberi kesegaran & mengurangkan bau cuka
Pastikan ❗❗❗
*Sebaik²nya gunakan minyak zaitun. Saya tak jamin penggunaan minyak masak biasa (sawit) boleh berikan hasil yang sama untuk perabot kayu (bila bertindakbalas dengan cuka)
*Jangan gunakan pencuci pinggan yang bundle sebab bahan kimianya agak tinggi & boleh rosakkan sesetengah permukaan perabot.
*Jika risau perabot yang agak sensitif, cuba spray sikit dahulu dibahagian yang tersorok/paling bawah untuk uji keserasian.
*Paling penting — GONCANG setiap kali sebelum guna supaya larutan minyak & air bercampur
Kegunaan:
• Kurangkan habuk melekat pada perabot & kipas
Mengurangkan habuk tak bermakna habuk langsung tak lekat ye.. Cuma lebih mudah nak bersihkan habuk & menjimatkan masa
• Mengilatkan perabot kayu
Bukan setakat kabinet, pemegang dulang dari kayu pun saya gunakan spray ni sebab kilatannya memang cantik.
• Menaikkan warna & melindungi sofa dari kulit sintetik
Boleh bersihkan kotoran & menaikkan warna sofa yang dah kusam
• Mengurangkan habuk terkumpul pada gril pintu & lapisan minyaknya mengelakkan dari berkarat
Rumah dekat dengan jalan besar ni, manjang je habuk & debu bertepek dekat gril. Walaupun saya spray sesekali sahaja, memang nampak perbezaan dgn sebelum ini
• Membersihkan & melicinkan trek pintu/tingkap jenis sliding serta melancarkan trek yang tersangkut
Kekadang hujan lebat sangat, kena jugak sikit² tempias air dekat pintu/tingkap sliding. Lama² mesti trek tersangkut². Saya spraykan aje untuk lancarkan balik
• Sebagai lapisan perlindungan dari kotoran untuk jubin dinding & sinki.
Saya selalunya basuh toilet hujung minggu. Hari biasa ni sental memane yg sempat je. Tak boleh lama² dalam bilik air sebab anak tengah melasak.. Guna spray ni memang mudah nak bersihkan jubin & di celah². Toilet yang jarang guna (untuk tetamu) pun saya spraykan pada jubin & sinki.
Pastikan BERSIHKAN dahulu jubin & sinki seperti biasa, kemudian barulah gunakan spray ni. Spray secara menyeluruh terutama dicelah² jubin. Sebaik²nya gunakan span atau kain microfiber untuk ratakan air (supaya semua permukaan kena). Penggunaan spray membantu kurangkan kotoran yang melekat. Next time kerja² bersihkan jubin dinding & sinki akan lebih mudah & cepat. Toilet pun jadi wangi je lepas spray (kalau letak essential oil la..) Spray sekurang²nya seminggu sekali/lepas basuh/bila perlu.
Semoga bermanfaat ~
(Harap tip ni dapat bantu mudahkan kerja² rumah & urusan harian anda juga)
Mewah betul dekorasi rumah Awal Ashaari dan Scha Alyahya, Macam Hotel Lima Bintang. Segenap ruang dihias indah. Awal dan Acha ternyata cukup bijak memilih jenis perabot, susun atur dan warna kediaman mereka mengikut tema yang dipilih.
Awal Ashaari yang merupakan seorang pelakon dan hos pernah berkongsi koleksi foto ber’OOTD’ mereka sekeluarga. Awal juga ada berkongsi video memaparkan dekorasi rumahnya yang dihias cantik dengan warna putih melatari segenap ruang rumah.
Kelihatan juga perabot-perabot berjenama mewah, chandelier, pasu dan gubahan bunga-bungaan. Pencahayaan di segenap ruang rumah menjadikan suasana kediaman seperti di hotel bertaraf lima bintang.
Dekorasi kediaman pasangan ini adalah hasil ilham mereka bersama. Jom kita jamu mata tengok dekorasi rumah pasangan yang terkenal dengan jolokan ‘ikon fesyen’ ini.
Masuk-masuk rumah, terus jumpa dapur. Rumah flat dengan keluasan 712 kaki persegi. Ruang tamu jenis memanjang. Bagi anda yang tinggal di rumah flat, anda perlu bijak menyusun atur perabot serta memilih konsep dekorasi yang sesuai agar rumah tidak kelihatan sempit.
Untuk rumah flat dengan keluasan yang cukup terhad maka dekorasinya perlulah seminimum yang mungkin. Tidak perlu diletakkan terlalu banyak perabot. Elemen hiasan juga biarlah ringkas dan tidak terlalu sarat.
Berikut dikongsikan dekorasi rumah flat dengan keluasan 712 kaki persegi.
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...