Bau tandas, terutamanya bau hancing memang tidak menyenangkan. Walaupun terdapat pelbagai produk pembersih di pasaran, sesetengahnya mengandungi bahan kimia yang kuat dan mungkin kurang sesuai untuk kegunaan harian.
Sebagai alternatif, sebelum tetamu datang beraya kita boleh cuba penyelesaian semula jadi buatan sendiri yang bukan sahaja menghilangkan bau, tetapi juga memberikan aroma segar dan menyenangkan di bilik air.
DIY Semburan Penghilang Bau Tandas
Dengan hanya menggunakan bahan semula jadi, kita boleh menghasilkan semburan pembersih yang berkesan dan selamat untuk persekitaran.
Bahan-bahan yang diperlukan
2 biji lemon
5-10 kuntum bunga cengkih
1 sudu cecair vanila
Ads
1 cawan air
Cara membuat
Hiriskan lemon secara nipis. Lemon yang bebas racun perosak lebih berkesan untuk menghilangkan bau tidak menyenangkan.
Didihkan bunga cengkih dalam periuk kecil bersama air selama kira-kira 5 minit untuk mengeluarkan minyak pati yang berbau harum.
Tambahkan hirisan lemon dan cecair vanila ke dalam infusi cengkih. Biarkan campuran ini meresap selama 10 minit supaya semua aroma bercampur dengan sempurna.
Ads
Tapis cecair tersebut dan tuangkan ke dalam botol semburan yang bersih.
Semburkan pada tandas, dinding, atau kawasan yang sering mengeluarkan bau air kencing. Ia juga boleh digunakan untuk membersihkan lantai bilik air supaya lebih segar dan bebas bau.
Tip ekstra agar bilik air sentiasa harum
Selain menggunakan semburan DIY ini, berikut adalah beberapa tip mudah untuk memastikan bilik air sentiasa segar:
-Pastikan Pengudaraan yang Baik: Buka tingkap atau gunakan kipas ekzos selepas setiap penggunaan untuk membuang kelembapan dan mengurangkan bau tidak menyenangkan.
Ads
-Lakukan Pembersihan Berkala: Bersihkan bilik air sekurang-kurangnya sekali seminggu dengan memberi tumpuan kepada bahagian seperti tandas, tempat mandi, dan sinki.
-Gunakan Produk Semula Jadi: Cuka dan baking soda adalah bahan semula jadi yang sangat baik untuk membasmi kuman serta meneutralkan bau busuk.
-Letakkan Penyerap Bau Semula Jadi: Letakkan arang atau soda penaik di satu sudut bilik air bagi menyerap kelembapan dan bau yang kurang menyenangkan.
Penggunaan pintu gelongsoran atau “sliding door” adalah salah satu teknik untuk menjimatkan ruang jika di banding rekaan tradisional. Terdapat pelbagai rekaan pintu gelongsoran antaranya jenis barn door yang di minati ramai.
Terbaru, melalu perkongsian di group Tukang Apa Hari Ini, Fourzy Ozzy berkongsi hasil DIY pintu grlongsoran ringkas untuk memisahkan pandangan dari ruang tamu dan dapur.
Tak nampak langkah pemasangan dari awal sebab Hdah siap pasang. harap boleh beri sedikit gambaran pada mereka yg ingin mencuba. Track nya boleh beli di shopee. tak susah pun saya pasang dengan bantuan wife tolong pegang pintu dengan kos yang minimum tak sampai RM300 rumah flat ruang dapur agak limited.
Tidak semestinya rak kasut itu perlu di lihat hanya sebagai rak kasut sahaja. Sebaiknya, jangan terhadkan reka bentuk rak kasut anda untuk menjadikan ia sebahagian daripada dekorasi kediaman anda. Tapi mesti ramai yang akan cakap nak beli rak yang cantik untuk dijadikan tempat letak kasut, harganya mahal. Tapi kalau anda pandai mengolah, daripada perabot lama pun sesuai dijadikan rak kasut.
Selain itu juga, anda boleh cuba diy sendiri rak kasut cantik anda. Antara material yang selalu menjadi pilihan untuk dibuat rak kasut adalah dari paip PVC. Dalam video yang disediakan, pereka telah menggunakan paip dari jenis copper. Tapi kalau nak guna batang paip copper, harganya agak tinggi. Jadi, apa kata anda cat atau sembur rak paip PVC anda dengan kesan warna seperti copper.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Nak Bersihkan Dapur Berkilat Macam Baru, Guna Bahan Dapur Ni Je. Kebiasaanya, dapur gas yang kita guna secara kerap, mesti ada kesan minyak hitam berkumpul di keliling takungan tungku. Salah satu cara yang kebiasaanya diguanakan umum untuk membersihkan kesan minyak tersebut adalah dengan menyental bahagian tersebut. Sebenarnya, ada cara lain yang lebih mujarab boleh anda praktikkan. Dapur Pak San berkongsi cara beliau membersihkan dapur gas miliknya.
Ramai yang bertanya dan nak tahu cara untuk kilatkan dapur seperti baru.
CARA BERSIHKAN DAPUR
Bahan-bahan:
Baking soda
Garam
Cecair pencuci pinggan
tisu
Cuka
1. Tabur baking soda dan garam pada permukaan dapur gas
2. Letakkan pula cecair pencuci pinggan atas taburan garam dan baking soda tadi
3. Lumur rata-rata ketiga-tiga bahan yang diletak tadi
4. selesai, tutp dengan tisu 2-3 lapis
5. Tuangkan cuka pada eprmukaan tisu tadi dan pastikan tisu serap cuka yang dituang sepenuhnya dan basah
6. Biarkan lekapan tisu tadi selama 1 jam
7. selepas 1 jam, gosok guna berus periuk
P/S: Teknik cucian ni pun sesuai untuk bersihkan bontot kuali
Nak Bersihkan Dapur Berkilat Macam Baru, Guna Bahan Dapur Ni Je
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.