
BUAT rak pasu bunga guna paip PVC? Bunyinya macam menarik, kan? Itulah yang dikongsikan oleh Abdul Hadi menerusi grup Kelab Kaki D.I.Y.
Bagi memenuhi keinginan isteri yang mahukan rak pasu untuk tanaman hiasannya, Encik Hadi telah bina sendiri rak dari paip PVC. Sangat kreatif dan jimat! Mari ikuti perkongsiannya.
Salam semua KKDIY.
Kali ni nak share rak pasu diy dari paip pvc permintaan isteri tersayang.

Sambung2 paip pvc, alaskan kayu spin terpakai dan skru. Jadi lah rak pasu bunga ni. Sesuai untuk pasu yang agak kecil dan ringan.
Pemasangan fitting ni agak ketat. Memng tak guna gam langsung. Cuma kayu tu kita skru kan ke paip untuk lebih kukuh. Ada kayu yang disusun melintang, ada yang menegak untuk pastikan bahagian kiri, kanan, depan & belakang secure.

Cuma bab nak angkat kene pastikan hati-hati. Boleh tercabut kalau berat sebab tak gam
Next time nak adjust tinggi atau extend mana-mana bahagian, boleh cabut semula.

Dan boleh juga kalau pasangkan roda untuk mudah alih. Supaya lebih selamat, ikatkan pada dinding belakang supaya tak mudah tumbang ke depan.
Fittting tu semua online kat shoppe saiz 3/4 inchi.
Semoga bermanfaat.
p/s ; Anda juga boleh cuba spray rak pvc ini bagi mendapatkan efek lebik menarik dan kemas.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
DIY Pewangi Rumah Semulajadi Guna Oren & Cengkih, Tahan Sampai Sebulan!

Menariknya apabila kita boleh buat sendiri pewangi rumah menggunakan bahan-bahan semulajadi yang ada di dapur rumah sahaja. Paling penting bebas bahan kimia dan lebih selamat.
Bukan apa, rumah dan cantik dan kemas, namun bau pula kurang menyenangkan memang boleh membuatkan kita tak selesa walaupun berada di rumah sendiri.
Menerusi perkongsian oleh Cikgu Nida ada kongsikan cara buat pewangi rumah guna oren dan cengkih sahaja, malah menariknya baunya kekal harum boleh tahan sehingga sebulan.
Berikut seperti yang dikongsikan.
Dapur, tandas atau rumah berbau? Atau inginkan aroma semulajadi mengharumi rumah? Sesekali terbau macam dok dalam rumah kayu tepi hutan gitu.
Again,sekali jatuh cinta dengan baunya,mokcik terus setia. Mokcik dengan cinta kan tak boleh dipisahkan. Potpourri dari bahan alami semulajadi.
Bahan-Bahan Diperlukan:
Limau oren
Bunga cengkih
Bunga telur atau bunga hiasan terpakai
Lidi sate
Untuk buah oren tu,korang jangan pi beli Sunkist lima nam hengget sebiji tu. Tu untuk makan, boleh makan dengan kulit sekali sebab mahai. Hat tu manis yakmat macam mokcik.
Tapi mokcik beli yang sebungkus dalam lima nam hengget jer. Proses mokcik tunjukkan dalam gambarlah. Kang mokcik beleber kat sini korang tak faham.
Kepada yang alah atau tak sukakan bau bunga cengkih, lupakan saja. Asal jangan kau lupakan nama mokcik, sudah.
Cara Membuat:
Gunakan lidi sate untuk membuat corak diingini.
Cucukkan sedikit untuk membuat lubang bagi memasukkan tangkai bunga cengkih.
Mokcik dah level expert.
Mokcik terus je cucuk bunga cengkih tu.
Tapi kalau korang nak buat macam mokcik,pastikan jari korang demuks macam jari mokcik.

Cucukkan bunga cengkih ke dalam lubang tadi.
Alamak mokcik lupa ambik gambar limau yang mokcik dah siap hias cucuk bunga cengkih ni.

Satu dari corak yang ada.
Kat atas sekali tu korang pacak batang bunga telur tu.
Patahkanlah sikit batang tu. Kang tembus ke bawah tercucuk tangan kau pulak.


Kelebihannya :
Potpourri ini tahan sehingga 3 minggu – 1 bulan tanpa memburuk. Proses merempah semulajadi dari bunga cengkih dan gabungan spesies sitrus menjadikan proses awetan yang nyah kuman dan bau.
Ni mokcik gantung kat bilik air anak bujang.
Kalau depa pi telan limau tu, saja nak kena cuci mangkuk tandas doblas bulan!

Info Ekstra!
- Boleh pacakkan batang kulit kayu manis juga sebagai tangkai. Baunya lagi perghh..lebih sedap dari bau ketiak ketika berpeluh menyental periuk kuali kat dapur.
- Bau kesan masakan di dapur boleh dihilangkan.
- Bau bilik tidur rasa tenang dengan nyalaan lampu malap-malap gitu, bukak pulak ekon. Huh.
- Bau tandas paling best sebab tempat sejuk dan agak terkurung, so baunya berlegar di dalamnya sahaja.
- Baunya bakal mempuakakan hidung korang! Mohon jangan boh celah ketiak.
- Di larang keras pam dalam lubang tandas, hokey!
Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba.
Mesti Baca: Cipta Sudut ‘Favourite’ Di Rumah Dengan Elemen Marmar DIY. Memang Jimat Bajet!
Baca Lagi Di Sini: Atasi Singki Tersumbat Dengan 4 Cara Mudah & Murah, Jimat Poket !
Artikel Menarik:Tukar Almari Lama Dengan ‘Open Wardrobe’ DIY Sendiri. Praktikal & Jimat Ruang!
IMPIANA: Menarik juga buat pewangi rumah dari bahan semulajadi ni. Hanya guna oren dan cengkih, malah bau kekal harum boleh bertahan sehingga sebulan. Boleh cuba nanti buat sendiri di rumah.
Sumber: Cikgu Nida
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Buat Sendiri Pagar Keselamatan Bayi Dengan Modal RM30

Risau anak terjatuh tangga atau masuk tempat larangan seperti dapur, pagar adalah penyelesaian yang terbaik. Nak beli pagar baby tu atau Baby Security Gate bukan lah murah, ratusan juga harganya. Selain itu, yang sering menjadi isu adalah saiznya.
Apa kata kita buat sendiri je Baby Security Gate seperti yang telah dilakukan oleh En. Shuhaimi Zulkefli. Dengan modal hanya RM 30, dan yang penting tak memerlukan peralatan rumit.
Bahan-Bahan:

Pelaras Kaki Meja terpakai (sebagai security locked).

Besi L Shape (MR.DIY jual harga RM1.80)

Vidga IKEA (Curtain Hook) dapat sekali getah

Kayu Pallet

Roda Kecil (Kedai RM2.00)
Skru ikut kesesuaian tebal kayu & Driller

Baby Security Gate yang telah siap. Kayu pallet tadi di cat kuning untuk nampak lebih cantik dan kemas. Terpulang kepada anda nak cat atau tidak

Ini rupanya apabila di buka, tapi dengan penggunaan pelaras kaki meja terpakai sebagai kunci, pagar ini memang sukar untuk di buka walaupun oleh orang dewasa

Ini dia pelaras meja yang dijadikan sebagai kunci pagar, pastikan lubang yang di tebuk selari dan bersesuaian dengan kedudukan pagar.

Roda kecil tadi di jadikan sebagai sokongan pada kaki pagar dan bagi jarak sikit dari dinding di samping memudahkan pergerakan

Kedudukan roda pada dinding

Perlu 2 biji roda untuk menyokong kaki pagar

curtain hook (IKEA) tadi digunakan sebagai pemegang frame. Untuk lebih kukuh, tebuk lubang untuk melekatkan curtain hook tadi. Guna double side yang hitam itu pula untuk letakkan roda untuk memudahkan pergerakan pagar

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Jubin Tahan Lama, Tak Rosak Elak Pencuci Lantai Guna Bahan ‘Hydrochloric Acid’

Jubin Tahan Lama, Tak Rosak Elak Pencuci Lantai Guna Bahan ‘Hydrochloric Acid’. Jubin lantai perlu dicuci dengan menggunakan kandungan bahan yang sesuai bagi menjaga ketahanannya supaya permukaannya kekal berkilat dan tak rosak. Terutamanya pada lantai bilik air yang perlu kerap dicuci untuk menjamin kebersihannya.
Ada caranya untuk mencuci jubin lantai dengan cara dan bahan yang betul. Boleh rujuk perkongsian daripada Danial Zian ini sebagai panduan.
Satu dua menjak ni ramai yang aku tengok, bantai pakai stain remover jenis asid untuk cuci lantai. Lepas tu tiles tu rosak sebab dah kena ‘makan’ (bahasa betulnya: etch) oleh asid tu.
Kalau camtu, macam mana nak cuci lantai toilet betul tak? Paling kurang seminggu sekali kena la cuci. Kenapa nak kena cuci? Ada beberapa sebab. Contohnya, rambut gugur penuh atas lantai. Kadang bilik air yang takde proper ventilation, lantai jadi berlendir dan licin, bau hapak.
Yang parah lagi, kalau tiles jenis poros, start naik kulat yang hitam-hitam tu… nampak geli la. So harini aku breakdown sikit, cara nak cuci dan chemical/produk apa yang sesuai. Bukan main taram je kalau nak jaga tiles jangka masa panjang.

Cara Cuci Lantai & Bahan Sesuai Digunakan
Pertama: Guna Sabun Cuci Pinggan (Seminggu Sekali)
Paling basic pakai berus dan sental pakai sabun cuci pinggan. Sunlight la, Rimau ka, Glo ka, ikut suka. Yang ni, lantai berlendir dan berbau insyaAllah setel. Tambahan pula, sabun cuci pinggan ni sejenis degreaser. Kalau ada sisa shampoo dan conditioner, dia boleh cuci bersih dari lantai. Beza memang ketara. Aku buat gini dalam seminggu sekali.
Kedua: Bathroom Cleaner (Elak Hydrochloric Acid)
Bathroom cleaner ni penting kena tengok bahan. Kalau ada hydrochloric acid, tinggalkan. Jahanam tiles rumah. Contohnya Mr Muscle botol oren tu, haa walaupun dia bathroom cleaner, dia ada hydrochloric acid. Elakkanlah. Kebanyakkan stain remover memang pakai hydrochloric acid – biasanya botol warna coklat tu. Aku rasa sabun badang pun sama.

Kalau macam Harpics, dia pakai citric acid dan formic acid. Acid jugak tapi dia tak sekuat hydrochloric acid. Fungsi asid ni untuk apa? Untuk buang kerak-kerak daripada sabun mandi/sabun badan.

Kalau rajin cuci pakai sabun cuci pinggan tu, maka tak teruk la. Dua minggu sekali atau sebulan sekali boleh la pakai bathroom cleaner. Lagi satu, dia boleh disinfect/nyahkuman bilik air kita. Dan kulat-kulat degil pun mati. Tapi still kena sental la pakai berus.
Akhir sekali: Guna Clorox
Boleh ke pakai clorox je? Jawapan mudahnya boleh. Clorox ni alkali, old school la, bau dia busuk. Cuma, clorox ni dia tak bunuh kulat sebab dia tak meresap. Dia boleh cuci sekadar permukaan. Dan jangan sesekali gatal campur clorox dengan acid – menempah maut namanya. Serious, bahaya.
Kesimpulannya, clorox ni boleh pakai tapi ikut dose yang betul. Aku tak pakai la sebab bau dia, pastu dia tak berapa effective.
Aku tulis pepanjang ni apa yang korang dapat? Korang perlukan dua product je sebenarnya. Satu, sabun cuci pinggan. Dua, sejenis bathroom cleaner yang BUKAN hydrochloric acid. Mr Muscle botol putih tu boleh pakai, selamat untuk tiles.

Tak perlulah bazir duit beli produk ngarut-ngarut yang merosakkan tile.
Satu-satunya masa boleh pakai acid: untuk buang kesan karat. Sekali tu je. Bukan pakai hari-hari.
Okay gitulah. Semoga bermanfaat.
Mesti Baca:KESAN KUNING Pada Jubin Bilik Air Hilang, Cuma Sembur & Biar 15 Minit Tanpa Perlu Sental!
Baca Lagi Di Sini:DIY Tukar Tandas Cangkung Ke Tandas Duduk, Jimat Kos Tak Perlu Pecah Jubin!
Artikel Menarik:Tip Hilangkan Simen Melekat Pada Lantai/Jubin, Tukang Rumah Kongsi Caranya
IMPIANA:Jadi nak cuci jubin lantai bilik air, pastikan guna bahan yang betul barulah ia kekal bersih, tahan lama dan tak mudah rosak.
Sumber: Danial Zian
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

