Pemisah bilik atau ‘divider’ adalah salah satu cara paling efektif bagi rumah-rumah di Malaysia terutamanya yang mempunyai ruang terhad. Malah, divider bukan sahaja berperanan sebagai penyelesaian ruang, tetapi juga sebagai elemen hiasan yang menambahkan karakter dan privasi.

Selalunya kos ubah suai memakan belanja yang besar. Tapi bagi yang ada bajet namun tak banyak atau nak jimat boleh usahakan buat idea divider ruang seperti yang dikongsi oleh Safuan Zulkifli.

Buat divider dari pair saja atau lebih tepat paip untuk kegunaan hidroponik (UPVC)!  Bila dah balut dengan wall sticker, hasilnya memang menarik. Paling penting dapat lindung ruang yang dikehendaki.

Divider ruang dari paip!

DIY Pemisah Ruang Cara ‘Marhaen’. Hasilnya Memang Menarik!

Column divider untuk golongan marhaen macam saya!  Cara pemasangan, gambar detail pemasangan dan supplier barang seperti di bawah.

DIY bajet

Guna 2×4 UPVC pipe. Kegunaan asal paip ni adalah untuk hydroponic (beli yang belum ditebuk lubang). Nak bagi cantik lagi divider ini, kita wrap dengan wall sticker. Kos barang untuk siapkan 20 batang column divider ni dalam RM966.

DIY Pemisah Ruang Cara ‘Marhaen’. Hasilnya Memang Menarik!

RM 640
– 60 meter UPVC Pipe, jointer dan end cap (saya beli cash n carry dari MYC Hydroponic Farm di Bandar Rimbayu. Dalam shopee ada juga dijual. Search ‘hydroponic tube’ dan beli tube yang belum dilubangkan).

DIY Pemisah Ruang Cara ‘Marhaen’. Hasilnya Memang Menarik!

Ini jointer extention/socket

DIY Pemisah Ruang Cara ‘Marhaen’. Hasilnya Memang Menarik!

RM 208
– 30 meter wallpaper/wall sticker (saya beli dari shopee). Wall sticker ada lebih dalam 10 meter lagi sebab plan asal nak wrap column end to end. Tapi cantik pulak bila atas warna lain dan bawah warna lain.

IKLAN

DIY Pemisah Ruang Cara ‘Marhaen’. Hasilnya Memang Menarik!

Selebihnya kos untuk tools; drill bit, glue, xbond, etc.

Cara pemasangan

Secara ringkasnya, cara pemasangan bagi projek diy ini dalah seperti berikut:

1. Ini end cap. 1/3 end cap tu perlu dipotong.

DIY Pemisah Ruang Cara ‘Marhaen’. Hasilnya Memang Menarik! 2. Tebuk lubang pada floor tile guna tile/glass bit dan juga lubang pada bahagian atas guna masonry bit.

3. Masukkan wallplug.

4. Lekatkan end cap pada permukaan lantai dan beam/siling guna xtraseal xbond.

IKLAN

DIY Pemisah Ruang Cara ‘Marhaen’. Hasilnya Memang Menarik!Bahagian atas

DIY Pemisah Ruang Cara ‘Marhaen’. Hasilnya Memang Menarik!5. Skrukan end cap tersebut.

6. Letak pvc glue pada both end cap.

7. Then slot in column divider tu dalam end cap.

DIY Pemisah Ruang Cara ‘Marhaen’. Hasilnya Memang Menarik!

8. Pasangkan semula 1/3 end cap yang telah dipotong tadi pada tempatnya menggunakan pvc glue.

DIY Pemisah Ruang Cara ‘Marhaen’. Hasilnya Memang Menarik!

IKLAN

9. Tambahan paku rivet boleh digunakan bagi mengukuhkan lagi sambungan atas dan bawah column divider.

10. Kemasan akhir, letak silicone pada gap yang ada antara end cap dan lantai/beam.

Jadilah dapat siapkan column divider macam ni daripada tukang amatur yang tak bertauliah.

DIY Pemisah Ruang Cara ‘Marhaen’. Hasilnya Memang Menarik!

Gambar sebelum pasang

DIY Pemisah Ruang Cara ‘Marhaen’. Hasilnya Memang Menarik!

Sila ambil maklum bahawa material jenis ini tidaklah sekukuh solid wood tapi ianya tetap serve its purpose as space divider. Berpada dengan kos barang dan statusnya sebagai ‘divider bajet’.

DIY Pemisah Ruang Cara ‘Marhaen’. Hasilnya Memang Menarik!

Selamat mencuba!

Sumber: Safuan Zulkifli

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI