DIY Hias Laman Kecil Guna DECK TILES, Puas Hati Buat Sendiri! Jika ada ruang dan kawasan depan rumah daripada terbiar kosong dan dipenuhi rumput boleh hias sendiri dan jadikan laman yang cantik.
Bukan apa bila buat laman sendiri, walaupun simple terasa kepuasannya, berbanding upah orang. Malah lebih jimat berganda. Boleh jadikan inspirasi guna deck tiles ini.
Boleh hias laman kecil sendiri guna deck tiles kayu seperti yang dikongsikan oleh Syukri Shahabuddin ini.Memang cantik dan nampak estetik dengan kemasan ini.
Haritu saya ada tanya pasal deck tiles. Terima kasih yang memberi panduan. Walaupun hasil tak sempurna, tapi memadai lah untuk saya yang langsung tak ada pengalaman. Mungkin kalau ambil pro jadi lagi baik tapi sekadar nak rasa kepuasan buat sendiri. Kalau tahan lama alhamdulillah, tak tahan lama nak buat macam mane.
5. Kemudian susun deck tiles secara berselang seli/ bertentangan.
6. Kemudian susun batu disekeliling.
Ads
7. Lap debu/habuk pada deck tiles.
8. Susun dan letak pokok-pokok bersesuaian.
Siap! Selamat Mencuba.
Ads
Info Ekstra!
Harga deck tiles ini RM5.90 tak termasuk kos penghantaran.
Atas kayu, bawah frame plastic boleh sambung-sambung dengan tiles yang lain.
Datang dari seller dah ada sedikit shellac. Tapi biasalah barang murah kualiti shellac tak seberapa. So saya baru tambah satu lapisan shellac lagi dan petang ni akan tambah lapisan kedua. Tetapi semalam hujan dah nampak permukaan dah kalis air. Kalau risau lopak dan takungan daripada hujan yang merosakkan kayu. Tidak, sebab air hujan semua serap masuk dalam tanah bawah deck tiles.
Baca Lagi Di Sini:Santai Dan Sedap Mata Memandang. Ini Cara Setup Taman Mini Di Balkoni Rumah Tinggi
Artikel Menarik:Himpunan Idea Jadikan Balkoni Kecil Lebih Menarik!
Mesti Baca:Langkah Mudah Pasang Rumput Tiruan Di Balkoni
IMPIANA: Jika di rumah ada laman kecil atau balkoni, boleh DIY hias sendiri guna deck tiles ni. Memang cantik dan boleh dijadikan inspirasi. Malah satu kepuasan bila buat sendiri dan jimat banyak kos.
Air merupakan keperluan asas bagi setiap kehidupan dan sehingga 90% daripada berat tumbuh-tumbuhan adalah air. Oleh itu, air yang mencukupi adalah amat penting bagi tanaman. Kekurangan air boleh cepat memberi kesan yang negatif terhadap tanaman dan tanaman boleh mati hanya selepas beberapa hari tanpa air.
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda cara memasang sistem pengairan automatik untuk tanaman anda di rumah. Terdapat juga pelbagai alternatif yang lain yang boleh memudahkan pengairan tanaman, pencarian di dalam Google boleh memberikan anda pelbagai idea berkaitan dengan perkara ini. Contoh keyword yang anda boleh gunakan adalah ‘water plant while away’, ‘self watering plant’, ‘siram pokok masa cuti’, dan lain-lain.
Tapi kali ini IMPIANA ingin menjemput anda menyertai WORKSHOP IMPIANA secara maya dengan mempelajari dengan lebih mudah untuk memiliki sistem ini dan boleh buat sendiri dengan hanya beli atas talian di SHOPPE ; Smart Watering Plant Project by Aiszzy
Dah beli jom sertai Workshop IMPIANA sebab banyak lagi benda yang anda boleh buat dengan Smart Watering Plant Project ni.
Pokok perlukan penjagaan yang sempurna, kadang kala terlupa siram kadang-kadang terlebih siram. Dengan sistem siraman pintar ini ia dapat dilakukan tepat pada masa yang sesuai dengan hanya dihujung jari anda.
Sertai WORKSHOP IMPIANA untuk mempelajari tentang bagaimana untuk membuat sistem siraman automatik sendiri dengan MUDAH! Jom cepat-cepat daftar diri anda di
Untuk menyokong tumbesaranan optimum tanaman lebih-lebih lagi dari jenis yang mengelurakan hasil seperti buah, sudah pasti baja dan booster tanaman adalah makanan utama. Terlalu banyak baja yang terdapat di pasaran. Dari jenis yang murah hingga lah mahal. Namun, tak semua mengeluarkan hasil yang terbaik.
Melalui perkongsian sahabat di Facebook, Impiana bertemu dengan satu jenama baja yang dihasilkan oleh seorang cikgu pencen yang berpusat di Kampung Banting Sabak Bernam. Jenama yang diberi nama Hanani Agro Farm ini merupakan hasil kajian 100% oleh cikgu tersebut yang juga pernah menjadi seorang peGAwai pertanian sebelum bergelar guru.
Menerusi perkongsian rakan-rakan, formula baja yang dihasilkan oleh Cikgu ini boleh menajdikan pokok pisang berbuah lebih 20 sisir dalam satu tandan dan pokok yang sudah lama ditanam tidak berbuah, mula mengeluarkan hasil. Nak tahu apa kehebatan lain baja formula Cikgu, boleh tonton video yang disediakan
Bagi yang berminat untuk mendapat baja dari Hanani Agro Farm, boleh beli terus secara atas talian di ink yang disediakan.
Apabila pokok sudah tiba usaia matang dan sedia untuk menghasilkan buah, boleh tambah baja buah cikgu ni pula. Atau kalau ada pokok yang dah matang bertahun-tahun tapi tak buah, ini adalah penyelesaian terbaik. Klik link ni kalau nak beli baja buah cikgu https://invol.co/cl3njy5
Buah lemon ni banyak khasiat dan kegunaannya, baik untuk kesihatan, kecantikan diri mahupun digunakan dalam masakan. Lagi berbaloi jika tanam pokok lemon, setangkai boleh dapat 10 biji buah.
Boleh ikut petua baja tanaman yang dikongsikan oleh Encik Faisal Hj Mustaffa ini sebagai panduan.
Alhamdulillah…rezeki luar biasa Allah bagi, setangkai lemon ada 10 biji kesemuanya.
Petua baja tanam kulit-kulit udang, tanam organ-organ ikan dan sekali sekala letak baja novatec premiumatau baja kopi(boleh beli dekat shopee). Kalau ada darah ikan pun saya siram, kalau ada air beras basuhan pertama pun saya siram (biarkan semalaman). Jangan putus asa dengan pokok, arwah mak ajar (Al-Fatihah).
Info Ekstra!
Pokok Lemon kena siram banyak air semasa sedang berbuah, bagi mengelakkan buah lemon pahit dan jus/airnya kurang.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!