Antara aksesori penting di hari raya untuk kediaman adalah balang kuih raya. Bukan sahaja isinya menjadi perhatian, reka bentuknya juga turut diteliti. Sudah pasti, balang kaya sentiasa menjadi pilihan dek rekaannya yang menarik. Terdapat juga balang kuih raya yang diperbuat dari plastik. Namun, krekaanya sangat terhad dan kalau yang cantik pun harganya mahal. Balang kuih raya plastik ini kebiasaanya menajdi pilihan mereka yang mempunyai anak atau cucu ramai. Almaklum lah takut pecah kan.
Tapi, kali ini IMPIANA nak ajar anda cara menghasilkan balang kuih raya cantik dari bekas plastik 90sen sahaja. Bekas ini juga kebiasaanya digunakan penjual kuih raya. Jadi kalau dah ada balang plastik macam ni, tak perlu beli dah. JIMAT!
Bahan-bahan:
Balang plastik
Tisu bercorak
Gam Kraf
Gunting
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bidai Roman Dari Wallpaper, Mudah Dilap Dan Tak Perlu Cuci
Roman shade memang nampak cantik dan kemas. Namun adakalanya, keinginan terbantut dek harganya yang agak mahal. Namun bagi Fazlina Samsuddin kaedah diy adalah jalan terbaik untuk memperolehi bidai ini. Menariknya Fazlina Samsuddin tidak menggunakan fabrik untuk membina bidai roman shade ini. Hanya menggunakan wallpaper kerana lebih jimat dan tahan lebih lama.
Nak tahu macam mana? Jom kita belajar cara membuat roman shade Fazlina Samsuddin ini
Bahan-bahan:
Wallpaper kalis air
Gam serbaguna
Pita pelekat kertas
Double side tape
Tali (macam tali jala tu)
Gunting
Pisau
Stapler tembak
Kayu 1 inci
Skru cangkuk
Velcro tape
Lidi sate (kalau ada kayu halus yang panjang seperti saiz lidi sate lebih sesuai. Potong hujung lidi yang tajam
Cara-cara:
1. Ukur saiz tingkap yang akan diletakkan roman shade. Ukuran diambil tinggi x lebar.
2. Dah dapat ukuran, potong wallpaper mengikut keperluan tingkap. dan lipatkan dua (anggaran 1.2″) di bahagian atas wallpaper dan gam kan. Guna double side tape pun boleh, Bahagian tepi pun lipat juga dan gam kan. Ini bermakna, dari ukuran asal tingkap tadi anda perlu lebihkan 1.2″ di bahagian atas, bawah dan sisi sebagai kemasan
3. Mulakan lipatan seperti kipas dari bawah wallpaper. Untuk lipatan pertama, anda perlukan ukuran 7 inci dan berikutnya 8 inci sehingga atas. Untuk lipatan yang paling atas bagi basinya lebih sedikit lebih kurang 2 inci untuk nampak lebih cantik. ini bermakna, lipatan paling atas keseluruhanya 10 inci tinggi.
4. Buat batang penyokong roman shade dari lidi sate. Untuk cantumkan lidi tadi jadi panjang gunakan pita pelekat kertas
5. Aturkan batang lidi yang telah siap dicantum tadi atas garisan lipatan pada wallpaper dan lekatkan dengan pita pelekat sepanjang lidi. Hanya tinggalkan ruang kanan dan kiri (6 inci) dari sisi tidak terlekat sebagai tempat ikat tali nanti.
6. Ambil kertas lain atau wallpaper yang sama, tampalkan di bahagian belakang wallpaper sebagai kemasan. Jangan lupa tebuk lubang untuk tujuan kita ikat tali untuk tarik pada bahagian yang tidak dilekat dengan pita pelekat kertas
7. Ikat tegang dan kemas tali pada bahagian yang tidak dilekatkan tadi dan biarkan basi banyak di bahagian atas sebagai tempat pemegang untuk ditarik. Perlahan-lahan tarik tali yang melekat pada batang sokongan roman shade. dah hampir siap dah.
8. Bahagian atas, lekatkan velcro tape untuk memudahkan ia digantung pada bingkai
9. Untuk tempat menggantung, gunakan batang kayu 1 inci dengan panjang mengikut kelebaran roman shade tadi. Balutkan kayu tersebut terlebih dahulu dan letakkan skru cangkuk sebagai tempat pemegang tali dan tape velcro di bahagian hadapan sebagai tempat tampal wallpaper tadi. Setelah siap, drill kan kayu tersebut pada bahagian atas tingkap.
p/s: dalam gambar ni saya guna polystren dulu sementara nak cuba letak di dinding
10. Dah drill kayu pada tingkap, masukkan tali pada penyangkuk skru tadi dan pastikan basi kedua-dua tali terletak di sebelah kanan untuk memudahkan ia di tarik. Lekatkan velcro tape pada wallpaper terus di atas bingkai kayu 1 inci tadi. SIAP
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Buat “Feature Wall” Ruang Makan Guna Shiplap RM 2, Beli Online Je
Shiplap kini semakin diminati ramai dan telah mengambil alih populariti wainscoting. Ini disebabkan oleh teknik shiplap lebih mudah di buat sendiri berbanding wainscoting. Terdapat pelbagai rekaan shiplap ini yang menjadi pilihan. Hasilnya memang menarik dan sangat sesuai dengan kediaman yang berkonsepkan cottage atau anda yang sukakan tekstur dinding seakan kayu.
Kali ni, IMPIANA nak kongsikan hasil DIY suami puan Rahimah Aziz yang mengambil masa 2 hari untuk disempurnakan. Barang-barang yang digunakan hanya dibeli secara di atas talian. Jom kita lihat hasil transformasi shiplap feature.
Ukuran shiplap: 94 inc Nak beli Shiplap RM 2 ni, boleh klik link yang disertakan https://invol.co/cl4yjy6
Finishing cap: kayu wainscoating
Gam/pelkat: Gam silikon
Jarak antara papan shiplap hanya gunakan 2 batang aiskrim. Lebih mudah dan tak perlu ukur lagi dah
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tengok “IKEA Hack” Meja Kanak Biasa-Biasa Menjadi Sesuatu Serbaguna dan Mahal
Rimasnya tengok permaianan anak yang kecil-kecil bersepah. Nah, Impiana nak kongsikan idea yang dikongsikan oleh seorang ibu cantik Puan Ira Syafira . Meja Latt IKEA yang dibeli untuk kegunaan si cilik diubah seperti meja Flisat IKEA lengkap dengan ruang penyimpnan di bahagian bawah meja. Kalau nak beli sebiji Meja Flisat ni, harganya mau RM 260++ apa kata kita buat je sindiri. Nampak macam mudah je langkah-langkah yang dilakukan oleh puan Ira. Bila dah siap, simpan permainan-permainan kecil seperti lego di dalam bekas tu. Bila tak nak pakai, boleh tutup dan jadikan meja menulis
Ira nak share macam mana hack meja LATT IKEA menjadi Flisat. Sebenarnya, dah lama aim tapi memandangkan harga pun boleh tahan untuk sebiji meja, sebab tu ambil keputusan hack. Lagi pun set meja ni dah lama.
Bahan-bahan:
Sebiji Meja Latt IKEA
2 biji Trofast storage bos (42x30x10cm)
Dril
Kertas pasir
Gergji
Pensel
pita pengukur
Cara-cara:
- Sediakan 3 batang kayu berukuran seperti berikut:– Kayu paling kiri: 43.5 cm panjang, 1.5 cm tebal dan 2 cm lebar– Kayu tengah: 44.5 cm panjang, 1 inci tebal dan 2 inci lebar (Kalau beli di kedai hardware, orang kata kayu 1:2)
– Kayu paling kanan: 43.5 cm panjang, 1.5 cm tebal dan 2 cm lebar. Sama macam kayu kiri.
Jarak antara kayu tengah dengan kedua2 bahagian adalah 30 cm setiap satu.
- Utk kayu paling kiri, sebelum drill dan lekatkan pada meja, ukurkan kedalaman sebanyak 2 cm mengikut dalam gambar.
- Bagi kayu paling kiri dan kayu kanan. Tebuk dan pasangkn skru mengikut gambar. Kalau nak pakai tukul pun boleh seba kayu meja Latt ni lembut cuma ukurla dulu paku tu takut terlebih Panjang nanti terjojol
- Untuk lekatkan kayu tambahan di bahagian tengah, boleh gunkan kaedah kayu sumbat ni. Buat lubang terlebih dahulu, baru sumbat pada bingkai meja dan kayu tambahan
- Dah siap bahagian simpanan, boleh buat penutup meja. Gunakan sekeping card board, lepas tu potong dua dan jadikan penutup atas bahagian atas kotak simpanan
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI