Penyepit baju kayu bukan lagi sekadar berfungsi untuk menyepit helaian baju yang disidai di ampaian. Olahan idea kreatif dengan rona warna menarik mampu mengubah penyepit kayu menjadi alas periuk mahupun sebagai dekorasi hiasan dinding yang polos. Malahan, ruang dapur juga pasti tambah berseri dengan kehadiran alas periuk pelbagai warna ini, yang bukan sahaja murah malah mudah dilakukan. Jom kita cuba!Anda Perlukan:
2 pek penyepit kayu (1 pek 36 batang)
Penyembur cat (mengikut warna pilihan)
Botol kaca (diameter 4cm)
Gam tembak
Alat Pengering
Tanggalkan dawai pada penyepit kayu dengan berhati-hati supaya penyepit tidak rosak.
2. Gamkan bahagian sisi penyepit kayu secara bertentangan. (seperti dalam gambar).
IKLAN
3. Selepas itu, gamkan bahagian hujung penyepit-penyepit kayu yang telah bercantum.
4. Susun penyepit kayu tersebut mengelilingi botol kaca bulat. Ia bagi menganggar ukuran agar membentuk bulatan yang sempurna.
IKLAN
IKLAN
5. Semburkan dengan cat warna pilihan.
6. Kemudian, keringkan ia dengan alat pengering rambut dan biarkan seketika. Siap!
Untuk menghasilkan alas periuk berukuran diameter 18.5cm memerlukan 26 batang penyepit kayu.
Jika tidak mempunyai alat pengering, boleh juga jemurkan ia seketika di bawah sinaran matahari.
Pilih warna-warna yang bertentangan (color blocking) untuk menyerlahkan lagi alas periuk berbanding rona senada.
Selain berfungsi sebagai alas periuk, ia juga boleh dijadikan dekorasi tambahan untuk menyerikan hiasan dinding.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ornamen di laman walaupun kecil, kehadirannya menghidupkan suasana reka bentuk landskap kediaman anda. Namun harga ornamen di pasaran boleh tahan juga. Satu biji cendawan bersaiz medium pun boleh capai harga lebih RM 50. Apa kata kita buat sendiri je ornamen cendawan dari bahan terbuang dan simen seperti yang dilakukan oleh puan Suhaila Ahmad ni
Bahan-bahan:
Campuran simen (1:3) simen+Pasir
Botol kaca terpakai
Pinggan sebagai acuan cendawan
Surat khabar lama
Dawai jaring
Cat mengikut kesesuaian
Gam art putih
Plastik
Cara-cara:
1. Alas pinggan dengan plastik dan tuangkan simen sedikit di dalam pinggan dan letakkan lapisan dawai jaring mengikut bentuk pinggan. Jangan lupa posisikan botol kaca di bahagian tengah simen yang masih basah sebagai batang cendawan. Biarkan simen kering 48 jam.
2. Untuk bentukkan bonjolan di bahagian atas cendawan. renyukkan surat khabar lama. Bentukkan surat khabar tersebut menjadi bulat dan gamkan di atas simen cendawan yang telah di tanggalkan dari acuan pinggan tadi.
3. Potong dawai jaring ,e,bentuk kondan letakkan di atas surat khabar tadi. Tutup dawai jaring berbntuk kon tadi dengan surat khabar dan gam kan dengan menggunkan gam art
4. Gulung surat khabar dan tampalkan pada bahagian botol untuk membentuk tekstur pada batang cendawan.
5. Dah kering sepenihnya surat khabar yang dilekatkan pada cendawan tadi. Tutup keseluruhan permukaan surat khabar tadi dengan simen mengikut kesesuaian ketebalan dan bairkan ekring
6. Apabila telah ekring sepenuhnya, Cat atau warnakan cendawan simen anda secara kreatif
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Letak Kulit Bawang Dalam Masakan Untuk Antioksidan Dan Antikanser. Semalam, baru IMPIANA kongsikan cara tanam tomato untuk dapatkan hasil yang banyak dan cantik. Salah satunya adalah dengan menggunaakn kulit bawang sebagai baja. Sebenarnya, banyak kegunaan kulit bawang ni selain sebagai baja.
Tok nenek kita dulu pun menggunakan kulit bawang sebagai salah satu ramuan untuk masakan seperti telur pindang. Yatie Eimra berkongsi kegunaan lain kulit bawang dalam masakan yang boleh anda praktik.
Korang tau tak selain dijadikan baja & penggalak akar pokok, kulit bawang boleh dimasukkan dalam masakan gak.
Biasanya bila buat bone broth, saya memang masukkan kulit bawang ni. Selain tu boleh juga ditambah dalam masakan jenis berkuah/sup. Saya mula gunakan kulit bawang dalam broth masa Fydh kecik dulu, selepas terbaca tentang kebaikan kulit bawang dalam sebuah artikel. Tahun lepas pun Dr Suri Roowi ade share tentang kebaikan kulit bawang ni.
Bawang sememangnya banyak khasiat. Tapi bahagian paling luar kulit bawang mengandungi paling banyak bahan berkhasiat quercetin. Quercetin ni berfungsi sebagai antioksidan, bersifat antikanser & membantu tubuh melawan radikal bebas. Terdapat kajian yang mengatakan quercetin mampu mengurangkan bahaya radikal bebas dalam tubuh akibat nikotin rokok. Selain tu ia gak membantu mengurangi gejala alergi dengan bertindak sebagai antihistamin.
Sebelum masukkan kulit bawang dalam masakan, pastikan kulit bawang dicuci bersih terlebih dahulu ye. Lepas kupas bawang, sebaik²nya rendam kulit bawang dalam air & sedikit cuka selama 5 minit. Tujuannya nak bersihkan jika ada kulat² hitam pada kulit bawang. Sesetengah bawang ada kulat hitam pada lapisan kulit – sejenis fungus dari dalam tanah. Lepas bersihkan, tos kering & simpan dalam peti sejuk (bahagian freezer jika jarang guna). Ambil bila nak guna.
Kadang² bila kat luar, anak terdedah pada asap rokok secara tak sengaja (ketika melalui kaki lima kedai dsbnya), balik tu saya masukkan jugak kulit bawang dalam masakan. Atau bila resdung/alergi teruk, boleh gak rendam sikit kulit bawang dalam air panas. Boleh tambah halia/cengkih/bunga lawang & madu asli jika suka. Minum ketika suam.
Malam tadi pun saya bersin non stop akibat salah makan (alergi), lepas minum air rendaman kulit bawang ni, selesema & mata gatal pun beransur kurang.. Alhamdulillah.. Memang nampak perbezaan tambah kulit bawang ni, kesannya nampak lebih cepat dari biasa (tanpa gunakan kulit bawang).
P /S: Kalau selama ni korang buang je kulit bawang tu, lepas ni bolehlah cuba guna dalam masakan untuk kesihatan lak
Air rendaman kulit bawang untuk alergi/resdung tu boleh pilih salah 1 atau masukkan je apa yang ada.
👉🏻Halia– juga bertindak sebagai antihistamin,
👉🏻Cengkih– kurangkan resdung,
👉🏻Bunga lawang– kurangkan selesema/bersin.
Letak Kulit Bawang Dalam Masakan Untuk Antioksidan Dan Antikanser
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ruang yang kecil, ada teknik tertentu untuk kita mencari hala tuju tata hiasnya. Langkah pertama, pemilihan warna yang paling tepat dan mesra ruang.
Ruang anda terhad. Jangan disekat dengan rona gelap atau terlalu terang sehingga meresahkan diri kita apabila berada di dalamnya.
Bayangkan dinding kita ibarat kanvas untuk kita meletakkan pelbagai warna dan kemasan. Warna pastel pada katalog sememangnya tidak menyerlah tetapi ia sangat berkesan dalam menjadikan ruang tampak eksklusif, luas dan selesa dipandang.
Jika anda masih mahukan warna terang, pilih sebuah dinding sebagai feature wall. Manakala yang lain warna yang sama tetapi biasan yang lebih lembut. Anda juga boleh memilih warna yang sama tetapi mungkin untuk feature wall anda memilih.
Bercakap soal warna, bagi ruang kecil, langsir juga perlulah harmoni dengan rona dinding. Tidak salah jika kita memilih rona sedondon dengan dinding agar ruang tidak terlalu berkecamuk dengan warna dan corak. Soalnya kini ramai yang mahu sesuatu yang keterlaluan bagi sebuah ruang. Tata hias berkerja secara berkumpulan dan berpadanan. Jadi tidak payah anda memilih semua yang begitu kuat warna nya atau dramatik coraknya. Ia hanya menjadikan anda tidak keruan kerana semua elemen ini mendesak perhatian anda dan di mana titik fokus ruang ini? Hilang entah ke mana.
Pilih kelompok warna yang anda mahu. Jika boleh biarlah tidak keterlaluan sehingga kita resah bila berada di dalamnya. Ia juga biarlah tidak terlalu banyak pilihan warna dalam sebuah ruang dan hiaslah dengan berpada-pada. Adakala yang minimum itu merupakan yang terbaik. Less is more!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.