
Ting tong di ruang tamu memecah hening larut malam. Ada siapa di ruang tamu itu? Bersusuk tinggi gelap tegap berdiri di sisi ruang tamu? Acap kali bunyinya membuat kita meremang bulu roma. Malah jasadnya sahaja cukup membuat kita gerun. Namun masih ada yang menggemari reka bentuk klasik seumpama ini. Ibarat lembaga aneh di dalam samarnya malam di ruang tamu.Letaklah di sis ruang makan, pinggir tangga, foyer, ruang tamu atau ruang keluarga, kehadirannya pasti memberi aura berbeza pada suasana.
Namun grandfather clock atau jam klasik yang bersaiz besar ini sememangnya mencerminkan satu tata hias berprestij dan cukup elegan. Ada yang dikunci dan kini pelbagai rekaan yang memukau. Dari moden ke rustik dan vintaj. Bagi yang memilih moden klasik, vintaj atau klasik asli, jam seumpama ini jangan sesekali dilepaskan. Ia cukup penting sebagai salah satu ikon dalam tata hias.
Bagi anda yang mahukan suasana atau tata hias ala kediaman aristokrat dalam gaya lebih kreatif dan moden juga masih boleh memilih jam seperti ini tetapi rekaan yang lebih sezaman atau tidak terlalu serius sebagaimana rekaan asalnya. Ting tong ting tong…bunyi itu bergema di lewat malam….simple-simple je di IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kaca-Kaca Ini Akan Membuatkan Anda Tidak Sendu Lagi

Anda boleh bayangkan tidak sekarang jikalau rumah anda tidak ada kaca? Macam mana kita nak bagi udara masuk ke dalam rumah kita sebab tingkap pun buat dari kaca bukan? Bahkan bukan itu sahaja, kaca ini memain peranan di rumah kita kerana ia bagi menampakkan rumah kita menjadi lebih elegan dan canggih. Tetapi, anda tahu ke tidak yang kaca ini ada banyak jenis? Jadi hari ini saya akan menceritakan tentang apa jenis-jenis kaca yang ada.
KACA BENING
Kaca bening atau boleh disebutkan dengan floss glass, tidak mempunyai warna dan tidak memiliki permukaan yang bersih dan licin. Bukan itu sahaja, kaca bening ini mampu membiaskan objek sebanyak 90% dan disebabkan itu, cahaya matahari dapat masuk dengan banyaknya ke dalam rumah kita.
KACA ES
Kaca es, sering dikenali sebagai kaca beku, adalah satu bentuk kaca dengan tekstur pada satu sisi. Tekstur ini bertindak sebagai ciri hiasan sambil merendahkan keamatan cahaya matahari dan keterlihatan orang asing ke dalam angkasa. Anda harus tahu bahawa tekstur ini mempunyai keupayaan untuk menawarkan kesan estetiknya sendiri pada rumah. Pada siang hari, rumah yang menggunakan kaca ini akan menerima cahaya matahari yang mencukupi. Gelas ini biasanya digunakan di bahagian pancuran mandian bilik mandi.
KACA CERMIN
Kaca cermin, juga dikenali sebagai kaca pemantul, adalah sejenis kaca yang mempunyai lapisan oksida logam yang digunakan padanya menggunakan proses dua kali ganda. Pada asasnya, satu sisi kaca ini boleh melalui yang lain, manakala sisi yang lain, seperti cermin, memantulkan gambar. Inilah sebabnya mengapa kaca cermin kadangkala dikenali sebagai kaca sehala. Kaca ini sesuai untuk anda yang ingin memastikan rumah anda tertutup tanpa menggunakan langsir. Kaca jenis ini juga biasa digunakan untuk membuat skylight bumbung.
KACA BERWARNA
Kaca berwarna, selalunya dikenali sebagai tinted glass, ialah kaca terapung yang telah dicelup dengan sedikit pewarna logam. Dengan warna pada kaca, lutsinar kaca berkurangan dan penghuni lebih privasi. Kaca jenis ini boleh menahan sehingga 55 peratus cahaya matahari, menjadikan ruang kelihatan lebih sejuk. Warna yang berbeza boleh membantu menjadikan rumah kelihatan lebih menarik.
Jadi dengan itu, anda sudah tahu apa jenis-jenis cermin bukan? Maka sekarang ini anda semua sudah boleh mengubah cermin anda yang lama dan buruk itu, gantikan dengan cermin mengikut pilihan di atas dan kesesuaian diri anda.
Sumber: Bramble Furniture (https://www.bramblefurniture.com/journal/mengenal-jenis-kaca-rumah/)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pesona ‘Entrance & Backyard’ Konsep Minimalist Clean, Serikan Kediaman Teres 1,680Kps

Pesona ‘Entrance & Backyard’ Konsep Minimalist Clean, Serikan Kediaman Teres 1,680Kps. IMPIANA tertarik dengan dekorasi pada bahagian dapur, laman belakang (backyard) dan bahagian hadapan (entrance) kediaman jenis teres setingkat berkeluasan 1,680Kps ini. Cukup ringkas, namun menyerlahkan lagi pesona pada kediaman yang baru setahun didiami ini.
Pemilik, Nor Afiza memilih konsep ‘Minimalist Clean’ sebagai dekorasi pada rumahnya.
Proses renovasi dan menghias kediaman ini memakan masa selama hampir 14 bulan iaitu dari September hingga November 2023, dengan anggaran kos RM56K.



Definisi Rumah
Rumah seharusnya mempunyai definisi yang tersendiri dalam membentuk ‘acuan’ ruang dekorasi dengan cara yang tersendiri. Mengikut apa yang digemari, tanpa perlu terlalu mengikut pilihan dan citarasa orang lain.
“Rumah seharusnya mempunyai dekorasi cara yang kita suka sendiri sebab itulah ruang yang kita miliki tiap hari,” jelas Nor Afiza.
Bagi pemilik, dekorasi rumah hanyalah mengikut citarasa sendiri, tanpa melantik pereka dalaman. Instagram Duda Senna Arquitetura dari Brazil pula sering menjadi rujukan dan inspirasi idea dalam menghias rumah.
‘Favorite Spot’ Di Rumah
Bagi pemilik, ruang yang menjadi keutamaan sewaktu dekorasi ruang rumah adalah pada bahagian dapur, laman belakang (backyard) dan bahagian hadapan (entrance) kediaman, dengan menekankan pengudaraan dan pencahayaan semulajadi. Sekaligus ia menjadi ruang kegemaran buat pemilik.
“Favorite spot di ruang kediaman ialah pada bahagian ‘backyard dan entrance’. Sewaktu merancang renovasi rumah ini, saya teringin ada semi outdoor kitchen since saya suka dengan ruang yang cerah dan terang apabila memasak serta pengudaraan yang baik juga sangat penting,” jelas Nor Afiza.
Berkongsi perancangan masa hadapan, pemilik berhasrat untuk menukar lantai kemasan jubin yang digunakan sekarang kepada kemasan jenis SPC.
Semoga perkongsian dekorasi ini menjadi inspirasi buat pencinta dekorasi yang lain.
INFO KEDIAMAN:
Nama Pemilik: Nor Afiza
Usia Kediaman: 1 tahun (2023)
Konsep Hiasan Dalaman: Minimalist Clean
Lokasi: Kuantan, Pahang
Keluasan Kediaman: 21’x80’ (1,680Kps)
Anggaran Kos Renovasi: RM 56k
Jenis Kediaman: Teres
Spesifikasi Ruang:
3 bilik 2 bilik air, 1 stor, backyard, Wet kitchen, Ruang Makan, Ruang tamu
Mesti Baca: Kecil Namun Selesa, Inspirasi Rumah Persinggahan Hujung Minggu Keluasan 600kps Kos RM80K
Baca Lagi Di Sini: Casa NH Kediaman Baru Neelofa & Haris, Syukur Lalui Proses Bina Rumah Bersama
Artikel Menarik: Cantik Villa Konsep Farmhouse Pinggir Kampung, Target Dijadikan Rumah Pencen
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(Gambar) Wanita Ini Pilih Wainscoating Dengan Kos Mampu Milik Berjaya Ubah Penampilan Rumahnya Tampil Lebih Menawan

Wainscoting atau wall moulding merupakan suatu perkara yang biasa di luar negara tetapi masih belum digunakan secara meluas di Malaysia. Teknik ini amat digemari oleh peminat dekorasi gaya Inggeris, tetapi dengan daya kreatif, ia juga sesuai digunakan dalam rumah dengan tema moden.
Pn Fazilah Ali menatarias kediamannya menggunakan teknik kemasan dinding wainscoting yang dilakukan bersama rakannya yang mengusahakan perniagaan pemasangan wainscoting dan ditambah dengan hiasan cermin besar untuk mengelakkan ruang tamunya nampak sempit. Memiliki ruang tamu yang memanjang tidak menjadi masalah buat pasangan ini kerana mereka membahagikan ruang ini dengan cermat iaitu separuh untuk aktiviti santai dan dimuatkan dengan two seater sofa dan dua buah sofa single seater bersama meja kopi kecil di tengahnya, manakala satu bahagian lagi dijadikan ruangan menonton televisyen untuk seisi keluarga.
Dia mendiami rumah teres setingkat yang terletak di Shah Alam bersama suami dan tiga orang anak. Kediaman indah ini tampil dengan idea dekorasi simple tetapi elegan dengan salutan rona kelabu cair menghiasi setiap inci rumahnya malahan, kediaman ini berkeluasan 1600 kaki persegi, berkapasiti 4 bilik tidur dan 2 bilik air ini disiapkan secara berperingkat dalam masa setahun dengan menelan belanja sebanyak RM10K.
“Nilai sebanyak itu adalah hasil titik peluh saya dan suami iaitu menyimpan sebanyak RM300 sebulan dari gaji kami berdua, dan hasil simpanan tersebut, dibelanjakan secara cermat dalam mencari barang deko dengan harga yang berpatutan serta selalu mencari jualan murah perabot dan barangan deko” ujar bekas penjawat awam ini.
Beliau amat bersyukur kerana mendapat sokongan padu daripada suami dari sudut pemasangan frame serta cermin dan kerja pertukangan malahan anaknya juga dididik untuk menjaga kebersihan selepas bermain dan sentiasa memastikan permainan mereka tidak dibiarkan bersepah.
“Agak mencabar untuk memastikan dekorasi ini kekal lama sepertimana diperingkat awal kerana anak saya masih lagi dalam peringkat membesar, tetapi menjadi tanggungjawab saya dan suami untuk sentiasa mengemas dan menyapu kediaman ini agar bebas habuk dan kotoran” katanya.
Melangkah ke bahagian dapur, tetamu akan disambut dengan meja makan berkapasiti 6 orang serta two seater minibar dan pada masa yang sama ruang makan tidak dibiarkan kosong kerana ditambah dengan display kabinet serta cermin horizontal yang ditambah ayat suci Al-Quran. Moga perkongsian ini memberi inspirasi buat rakan-rakan lain di luar sana dalam menambah baik keselesaan kediaman masing-masing.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI