Biasan biru beri inspirasi dekorasi sensasi. Bagaimana warna yang selama ini dirangkum dalam warna dingin, boleh diubah menjadi rona hangat dan begitu ideal dipadankan dengan rona kusam yang membentuk sebuah tata hias indah. Luar Biasa!
Biru yang selama ini dilihat begitu lembut membelai dan dilihat antara warna yang mampu memberi ketenangan kini kembali meledak dalam gaya serta rentak baru. Ragam rekaan ala denim diangkat oleh pereka sebagai satu bentuk warna baru dalam konsep sezaman. Padanan antara material lasak seperti kulit sememangnya menampakkan material ini sangat fleksible. Begitu juga jika dijahit lusuh juga akan menampakkan satu style ranggi seperti kedesaan Amerika.
Ads
Ads
Antara produk yang menjadi kegilaan kini seperti bin bag, sofa, kusyen kecil malah cadar. Siapa sangka produk yang asalnya untuk kerja-kerja lasak seperti di lombong seumpama ini mampu memberi pilihan lain kepada kita dalam menata hias kediaman. Malah di dalam carta warna dinding pengeluar cat juga sudah mengeluarkan pilihan biasan dan padanan ideal demi menghidupkan gaya ever green ini.
Ads
Pilihan warna biru yang berinspirasi daripada biasan seluar denim selama ini telah banyak melahirkan inspirasi dan rasa ranggi. Bagaimana sesuatu yang begitu lembut menjadi ranggi, lasak dan urban. Daripada bersifat feminin menjadi maskulin yang luar biasa indahnya. Itulah yang dikatakan idea dan inspirasi itu ada di mana-mana. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
+INFO KEDIAMAN
Nama Pereka: AL Decodesign
Jenis Kediaman: Apartment
Keluasan : 1000 kaki persegi
Konsep: Moden Kontemporari
Makeover Kediaman Apartment Menakjubkan!
Siapa sangka inilah hasil sentuhan idea kreativiti pereka dari AL Decodesign . Mereka mengubah keseluruhan kediaman ini menjadi lebih berkarakter, cantik, selesa untuk client mereka.
+ Ruang Tamu
+Bilik Tidur
+Dapur
+Bilik Air
Pasti ramai yang tertanya berapa anggaran kos keseluruhan untuk renovasi serta dekorasi ini? Di sini AL Decodesign kongsikan kepada anda kos bagi projek apartment ini.
Loose Furniture & Deco item: +-rm18k ( sofa, meja kopi, katil, bingkai gambar dan sebagainya)
Built in furniture : +-rm18k (kitchen cabinet & wardrobe setiap bilik)
Renovation : +-rm30k (termasuk toilet, plaster ceiling, flooring, lighting)
*harga dan workmanship renovation bergantung kepada kontraktor masing-masing.
Walaubagaimanapun, harga yang dinyatakan ini bergantung kepada saiz sesebuah rumah dan bajet pelanggan.
Sumber: Muhammad Arif Arif
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap wanita pasti inginkan rumah mereka kemas, cantik, tersusun dan sedap mata memandang, ada mereka juga yang menjadikan alasan ”banyak duit boleh lah nak deco cantik-cantik”sedangkan sebenarnya dengan modal tidak tinggi pun boleh mewahkan rumah asal kena dekonya. Dekorasi yang ditampilkan ini begitu mengujakan kerana ia telah mengubah landskap asal rumah tersebut kepada sesuatu yang menarik dan mewah
Gambar sebelum rumah diubahsuai :
Gambar selepas diubahsuai :
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Konsep Minimalis Jadi Pilihan Pasangan Ini Untuk Keselesaan Bersama. Seperti yang sudah kita sedia maklum, saiz bukanlah penentu kecantikan dan keselesaan sesebuah kediaman. Jika kena gaya, rumah yang kecil pun terasa cukup selesa dan menarik. Seperti yang dilakukan pemilik akaun fb Ron Rivaldy, rumahnya yang berukuran 850 kaki persegi berjaya diubah menjadi sangat menarik. Dengan berpandukan konsep practical minimalist, ruang tamu tuan rumah tampak begitu moden dan sesuai dengan keluarga kecilnya yang baru sahaja mendapat cahaya mata berusia 5 bulan. Katanya,
Saya dan isteri beli perabot yang perlu sahaja sebab rumah tak besar dan sekarang ada anak yang baru berusia 5 bulan. (Barulah) ada ruang untuk dia bermain di samping nak anak kami belajar untuk berada dalam keadaan rumah yang teratur.
Katanyanya lagi, pengalaman bekerja di hotel telah banyak memberi idea pada beliau selain kenangan isterinya semasa belajar di Brisbane juga dapat diterapkan dengan sempurna ketika mendeko rumah ini. Lebih selesa membiarkan lantai kediaman raw, menggunakan simen render kerana jika titutup dengan tikar getah potensi untuk berbau dan tidak tahan lama adalah sangat tinggi. Pasangan ini juga menggantikan langsir dengan wooden blind untuk pengudaraan yang lancar dan pada waktu malam dapat merasa dingin angin kerana rumah mengadap kawasan bukit tempat laluan angin. Warna Sky Blue dan Ivory White dipilih sebagai warna utama kediaman sesuai dengan minat pasangan ini terhadap alam semulajadi kemudian diolah dengan bijak dalam bentuk yang lebih moden supaya nampak kemas.
Apartment Sri Harmonis di Jalan Gombak milik Encik Ron ini mengambil masa lebih kurang setahun untuk disempurnakan sejak berpindah masuk pada Januari 2017. Pemilihan bahan dan aksesori yang teliti oleh pemilik juga telah menyumbang kepada keindahan rumah ini. Ada antara hiasan yang digunakan telah dikumpul lama sejak dari 2013 dan ada antaranya yang dibeli baru. Inilah yang dinamakan bijak berbelanja dan kreatif kerana tidak semestinya perlu membeli baru segala perhiasan, jika terdapat barang sedia ada yang sesuai juga boleh diletakkan sekali dalam ruang yang serba baru.
Barangan elektronik seperti peti sejuk ini walaupun sudah lama digunakan dalam satu jangka tempoh masa yang lama, ia masih boleh berfungsi dengan baik jika...