Dekorasi apartment luas 527 kaki persegi, pemilik kediaman kongsi idea hias rumah ‘sempit.’ Saiz rumah yang semakin hari semakin kecil menyebabkan ruang di dalam rumah perlu digunakan semaksimum mungkin.
Bagaimanapun keluasan yang terhad bukanlah halangan untuk mereka yang memiliki kediaman seperti flat dan apartmentuntuk menghias kediaman. Perlu ada perancangan untuk menghias kediaman terutama dari segi pemilihan perabot, cat, hiasan dan sebagainya.
Kediaman yang dimiliki oleh Sharul Ejump ini hanya berkeluasan 527 kaki persegi (sqft). Ada satu bilik dan satu bilik air berasingan. Apabila ruang kediaman terhad makan pemilik kediaman perlu kreatif bermain dengan pencahayaan dan susun atur perabot yang ada.
Bagi menampakkan ruang lebih tinggi, langsir dipasang tinggi terus ke siling. Pencahayaan lampu tidur yang ‘warm’ membuatkan ruangan nampak santai dan cozy. Sesuai untuk bersantai-santai sambil menonton televisyen.
Bahagian dinding pula dikekalkan dengan warna putih. Warna putih memberikan efek yang lebih luas. Perletakan cermin pada bahagian dinding juga memberikan biasan ruang yang lebih luas. Ruangan yard yang sepatutnya digunakan sebagai ruangan laundry diubah sebagai ruangan dapur basah (wet kitchen).
Ads
Ads
Untuk bilik pula, cadar warna putih digunakan. Tujuannya sama, mahu memberikan ilusi ruang yang lebih luas. Pemilik kediaman hanya bermain dengan warna langsir dan karpet sebagai medium dekorasi untuk bilik tidur.
Walaupun rumah ini hanya dijadikan homestay namun soal dekorasi kediaman ini tidak diabaikan. Tujuannya supaya mereka yang menginap di homestay miliknya itu berasa selesa.
Kabinet dapur biarlah binaannya praktikal. Ramai suri rumah yang sudahpun mempunyai gambaran bagaimana reka bentuk dapur idaman mereka sebelum seorang tukang kabinet datang menunjukkan design pada mereka.
Bagaimana pula dengan layout kabinet dapur? Ramai ke yang tahu layout yang bagaimanakah yang mereka mahukan untuk dapur mereka? Perlu difahami bahawa design untuk kabinet dapur yang dipilih mestilah sesuai dengan keluasan dan ruang pada sudut dapur.
Dikongsikan tip layout untuk membina kabinet dapur. Tip ini bagi membantu mereka yang sedang merancang untuk membuat kabinet dapursupaya tidak tersalah membuat kabinet dapur. Semoga bermanfaat.
Dinding dan masalah kerosakan yang selalu dialami, jangan abai bila tanda mula muncul. Seperti yang kita ketahui, dinding merupakan elemen yang sangat penting untuk sesebuah kediaman. Seharusnya kita mengenal pasti keadaan pada dinding rumah.
Terdapat beberapa permasalahan seperti dinding beralun, retak, rekah, senget, berlumut dan sebagainya. Bayangkan sekiranya anda perlu melihat semua defect ini setiap hari, ia pasti menyakitkan mata memandang dan menimbul kerisauan.
Berikut dikongsikan sedikit tip tentang jenis-jenis kerosakan yang biasa berlaku pada dinding kediaman:
LEMBAP DAN BERLUMUT
Sifat bata ialah ianya menyerap air. Jadi ia boleh menyerap air daripada bawah tanah. Biasanya ianya berlaku pada bahagian bawah dinding dan anda boleh rasa dengan menggunakan tangan.
Sebelum kerja mengikat bata dijalankan, DPC (damp proof course) hendaklah dipasang pada lapisan yang pertama. Tujuan DPC ialah untuk menghalang air daripada tanah untuk naik ke dinding bata. Kewujudan air dalam dinding boleh menggalakkan pertumbuhan lumut pada dinding.
Selain itu, dinding yang lembap boleh perpunca daripada berlakunya kebocoran pada paip di dalam dinding. Perkara ini boleh dipastikan dengan melihat sama ada dinding tersebut bersebelahan dengan tandas, dapur dan sebagainya.
REKAHAN (CRACK)
Apa beza rekahan dengan retakan rerambut? Rekahan adalah istilah yang digunakan untuk keretakan yang serius. Sekiranya anda boleh melihat cahaya daripada sebelah luar dinding anda maknanya terdapat rekahan pada dinding anda.
Kesan jenis ini adalah lebih berbahaya kerana ianya menghadapi kegagalan pada struktur. Jadi anda boleh mengambil tindakan yang sewajarnya.
Namun begitu ianya boleh juga berpunca daripada kualiti kerja yang kurang memuaskan ataupun nisbah campuran mortar yang salah menyebabkan ikatan antara bata tidak kukuh.
RETAKAN RERAMBUT (HAIRLINE CRACK)
Kerosakan jenis ini agak susah untuk dikesan. Anda perlu perhatikan betul-betul baru anda boleh mengesan kesan jenis ini. Seperti namanya ukurannya hanyalah selebar sehelai rambut sahaja.
Banyak faktor yang boleh menyebabkan kerosakkan jenis ini. Antaranya ialah:
– Dinding bata tidak dibasahkan sebelum kerja-kerja plaster menyebabkan air di dalam mortar diserap oleh bata dan menyebabkan berlakunya hairline crack pada plaster.- Rumah melalui proses untuk settle dan menyebabkan berlaku perbezaan pergerakan antara struktur utama rumah dengan dinding bata. Anda boleh lihat sekiranya hairline crack berlaku pada sambungan antara tiang / beam dan dinding bata.
– Kerja-kerja memasang grill juga akan menyebabkan berlaku hairline crack.
DINDING BERALUN
Cuba letakkan tangan anda pada dindingdan gerakkan pada sepanjang dinding. Adakah anda dapat rasakan seumpama tedapat alunan pada dinding rumah anda? Jika ya, bermakna dinding rumah anda ada masalah ini.
Masalah ini biasanya berpunca daripada tukang plaster/lepa yang tidak mahir. Sekiranya wave pada dinding rumah anda sangat ketara, masalah ini boleh berpunca daripada kerja ikatan bata.
Untuk lebih pasti, boleh gunakan lampu suluh dan halakan cahaya daripada tepi dinding. Sekiranya dinding rumah beralun, anda boleh lihat bayang bagi kawasan yang beralun.
BLISTERED , BERTAMPAL-TAMPAL
Dua kesan yang berbeza di sini. Blistered adalah pop-up yang berlaku pada dinding. Biasanya disebabkan oleh nisbah campuran plaster yang salah dan ditambahkan dengan proses panas-sejuk pada dinding.
Bertampal-tampal atau patchiness pula disebabkan kualiti kerja yang tidak memuaskan. Anda boleh rasa dengan tangan, malah mungkin anda boleh lihat dengan mata keadaan berbelak-belak pada dinding anda.
Kalau anda perhatikan, kebanyakan kerosakan pada dinding berlaku pada lapisan plaster. Kenapa? Kerana kita tidak dapat melihat defect yang berada di sebalik plaster. Mungkin kalau kita pecahkan lapisan plaster, banyak lagi kerosakan yang boleh kita nampak.
Tip hias bilik tidur, sama ada keluar sikit modal atau guna je barang sedia ada. Mungkin ada ketikanya kita sudah bosan dengan susun atur bilik yang sedia ada. Itu petanda sudah tiba masanya untuk kita ‘mengubah’ susun atur bilik tidur.
Seharian sibuk dengan urusan kerja pastinya anda mahu berehat di kamar tidur yang selesa dan menenangkan. Bila sudah terlalu biasa dengan keadaan ‘suasana’ dalam bilik tidur, teringin juga hendak berubah angin.
Berikut dikongsikan tip untuk menghias bilik tidur. Moga dapat membantu anda yang sedang merancang untuk mengubah aura bilik tidur yang mungkin sudah lama tidak diubah.
1. MENGUBAH KEDUDUKAN KATIL
Ini antara cara yang tak perlu keluarkan kos anda pun. Hanya gunakan sedikit tenaga. Ya, perkara pertama untuk anda lakukan perubahan adalah dengan mengubah atau menukar kedudukan katil anda. Kalau sebelum ini anda sandarkan katil pada dinding, cuba anda letakkan kedudukannya di tengah antara dinding pula.
2. TUKAR FRAME ATAU SUSUNAN GAMBAR
Jika di bilik anda ada gantungan frame-frame gambar, anda boleh jadi seorang yang kreatif mungkin dengan menukar frame gambar tersebut kepada yang lebih up to date. Untuk lebih jimat anda boleh DIY sahaja frame tersebut. Anda juga boleh menukar susunan gambar yang ada supaya anda boleh nampak kelainan dalam bilik tidur anda.
3. GANTI KARPET
Penggantian karpet baru dalam bilik tidur anda juga boleh menceriakan bilik tidur lebih-lebih lagi bila bilik anda kosong dan suram. Jadi, pemilihan jenis karpet yang ingin diletakkan di dalam bilik juga perlulah bersesuaian dengan konsep yang anda inginkan.
4. TAMBAHKAN ‘WARNA’
Kalau sebelum ini warna yang ada di dalam bilik anda hanya satu warna sahaja, tapi untuk menceriakan suasana bilik anda dalam dekorasi ini bolehlah anda buat penambahan warna lain.
5. GUNA CADAR DAN SARUNG BANTAL YANG CERIA
Untuk menampakkan suasana yang ceria dan menarik di dalam bilik tidur, elakkan guna cadar atau sarung bantal warna kosong atau plain sahaja kerana ia boleh membuatkan ia nampak bosan. Jadi, untuk menampakkan perubahan bilik, bolehlah anda gunakan cadar yang berwarna ceria atau corak yang menarik.
6. LETAK POKOK HIASAN
Pemilihan pokok yang bersesuaian sebagai hiasan dalam bilik tidur juga boleh menampakkan bilik anda kelihatan menarik.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.