Kalau sebelum ini, kita sudah menjelajah dan melihat bangunan-bangunan ikonik yang berada di seluruh Semenanjung tanah air, kini sudah tiba masanya kita mengenali bangunan yang telah menjadi kebanggaan di Sabah dan Sarawak.
SARAWAK
Umum mengetahui, Sarawak merupakan sebuah negeri yang terbesar di Malaysia dan mempunyai kepelbagaian etnik yang berbilang kaum di serata negeri. Sarawak juga digelar sebagai Bumi Kenyalang di serata tanah air.
Untuk pengetahuan anda, bangunan yang telah menjadi ikonik dan kebanggaan seluruh anak negeri Sarawak Bumi Kenyalang ini adalah Borneo Cultures Museum.
Borneo Cultures Museum ini telah mula dibina sekitar tahun 2014 dan siap sepenuhnya sekitar Februari 2022. Jangan ada yang tidak tahu, bangunan muzium lima tingkat itu merupakan muzium yang terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Asia Tenggara. Hebat bukan?
Ads
Maka, dengan pembinaan muzium baharu yang terletak di sekitar bandaraya Kuching ini sudah semestinya menjadi ikonik dan kebanggaan seluruh rakyat negeri Sarawak.
SABAH
Ads
Seterusnya, bagi negeri Sabah pula, meski telah menjadi sebuah negeri yang terkenal dengan Gunung Kinabalu juga tidak kurang hebatnya dengan binaan bangunan ikonik di Negeri Dibawah Bayu ini.
Bangunan yang telah menjadi ikonik dan kebanggaan di Sabah sudah semestinya Menara Tun Mustapha yang terletak di pusat bandar Kota Kinabalu.
Untuk maklumat anda, Menara Tun Mustapha ini merupakan ibu pejabat Kumpulan Yayasan Sabah memiliki ketinggian sebanyak 30 tingkat dan struktur binaan pada badan luar bangunan dibina daripada aluminium dan kaca.
Baru-baru ini, ada seorang pemuda telah berkongsi cerita serta mendedahkan rahsia bagaimana bangsa Cina mencipta kejayaan dan membina kekayaan menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun media sosial Facebook bersama orang ramai.
Pemilik akaun yang bernama Adam Kelvin ini pada masa sama mendedahkan beberapa amalan yang sering dilakukan oleh bangsa Cina bagi membina empayar kekayaan mereka.
Menerusi entri berkenaan, untuk maklumat anda ada lima amalan yang sering dilakukan oleh bangsa Cina ini seperti yang didedahkan oleh individu tersebut. Jadi mari kita lihat perkongsian ini bersama!
1. Bantu Adik-Beradik
Dalam keluarga Cina, kalau anak sulung tu jutawan, dia akan share rahsia bisnes dan bangunkan bisnes bersama-sama adik beradiknya.
Contoh paling dekat sepupu saya. Dia anak sulung dan berjaya buka kedai jual kereta mewah import. Kemudian, dia ajar adik-adiknya lagi 3 orang dibawah buat bisnes berkaitan kereta. Adik kedua buka kedai repair kereta, adik ketiga buka kedai servis aircond kereta dan yang bongsu buka kedai aksesori atau make up kereta.
Dan hasilnya mereka semua kaya dan jutawan underground. Kami tak sampai hati tengok adik-beradik susah sedangkan ada yang senang diantara kami. Jadi sama-sama belajar untuk bina kekayaan. Senang adik-beradik, senang hati kami. Kami pegang prinsip, if you want go fast, go alone. If you want go far, go together.
2. Harta Yang Ada Dikembangkan
Kalau ada cash banyak atau dapat duit ratus-ratus ribu, jarang kami plan nak kahwin banyak. Haha..sebab tambah beban dan harta lagi kecil portion bila dibahagikan.
Apa yang kami buat ialah kami beli rumah atau hartanah RM100k dalam 2-3 biji sebagai long term investment. Bina portfolio hartanah. Hartanah tu akan double up dua kali ganda ke dalam 10 tahun.
Sebab tu jangan pelik ada family Cina walaupun dah dewasa masih tinggal bersama dengan parents. Duit lebihan tu mereka beli rumah dan bagi orang sewa. Atau yang lebih hebat lagi, tetiba dah ada sebuah pasaraya hasil pakat kumpul sesama keluarga.
Kami jaranglah berebut harta. Selalunya kami berpakat untuk kembangkan harta yang ditinggalkan tu. Sama ada jual kemudian flip beli bangunan atau kedai untuk disewakan. Duit tu dibahagi sama rata.
WE LOVE PROPERTIES. HAHA..Tapi saya tak ada banyak rumah pun. Sebiji saja untuk duduk. Senduu.
3. Gembira Atas Kejayaan Orang Lain Terutamanya Ahli Keluarga
Perasan tak kalau kedai cina yang baru bukak, akan ada banyak jambangan bunga wish luck dan berjaya dalam perniagaan kepada bisnes owner tu.
Kami sangat gembira kalau ahli keluarga atau kawan-kawan berjaya dalam bisnes. Tandanya parents pun takkan hidup susah dan tidaklah anak sorang yang berjaya tu saja perlu menanggung parents. Lagi senang untuk berpakat bantu keluarga dengan hasil yang dituai.
Tak perlu nak dengki ke apa sebab kita sendiri menyaksikan betapa susahnya mereka nak bina sesebuah perniagaan.
Even ada je dengki. Tipulah kalau kata tak ada langsung kan. Tapi circle saya mostly tak ada nak dengki. Mereka even support beli produk atau guna servis kita. Trust tu dah ada dan lagi mereka sebarkan kepada kenalan yang ada.
4. ‘Save’ Dulu Baru ‘Spend’
Duit yang dapat kami akan simpan dalam unit trust, FD atau simpan je la dalam bank. Kalau nak beli apa-apa, kami akan tangguhkan keinginan tu sampai hujung bulan, bila ada lebihan, baru spend. Spend benda yang perlu dan benda kehendak tu sekali sekala.
Untung tau orang Melayu boleh simpan dalam ASB. Saya tengok ASB simpanan antara yang menguntungkan berbanding unit trust atau FD. So jangan lepaskan peluang untuk save dalam ASB.
5. Tak Suka Berhutang
Kami memang tak suka berhutang beli barangan kecil seperti fon, peti ais, perabot dan sewaktu dengannya.
Kami akan kumpul duit dan tahan nafsu supaya dapat beli cash. Penat sekali tapi for long term lega minda dari fikir nak bayar bulan-bulan. Tu tak masuk lagi interest. Rugi woo..
Selalunya kami hutang pun benda besar seperti rumah dan kereta. Kereta pun selalunya kami cuba settle cepat-cepat supaya cash flow tak rabak for long term. Kan kalau buat full settlement akan dapat rebate.
Lagi pula kereta susut nilai sangat cepat. Jadi tak berbaloi beli kereta mahal-mahal tapi tak cuba setel hutang secepat mungkin.
Tu sebab orang Cina sangat minat kereta Honda dan Toyota kerana kereta tu mampu milik dan tak perlu maintanance tinggi walaupun mereka mampu je beli kereta mewah.
Ada je orang Cina beli kereta mewah. Tapi ada trick la untuk kurangkan income tax dan selalunya mereka cepat-cepat settle kan hutang kereta tu.
Setelah beberapa tahun cawangan kedai jubin beroperasi di Johor, jenama jubin terkenal Niro Ceramic Creative Lab Sdn Bhd berhasrat untuk mengembangkan lagi pasaran jubin di seluruh Malaysia terutamanya di negeri Sabah dan Sarawak.
Pengarah urusan jenama kumpulan Niro Ceramic, Encik Ian Kok berkata sehingga kini Creative Lab sudah mempunyai sebanyak 40 cawangan kedai di sekitar kawasan Lembah Klang.
Maklumnya lagi, setelah cawangan kedai di Johor beroperasi, jualan pasaran jubin jenama Creative Lab dilihat sangat memberangsangkan dan memberikan impak yang sangat positif kepada jenama jubin berkenaan.
“Kini, Creative Lab sudah mempunyai 40 cawangan jualan di seluruh Semenanjung Malaysia dan kebanyakan berada di sekitar kawasan Lembah Klang. Selain itu, buat masa ini pasaran di negeri Johor juga sangat memberangsangkan.
“Bagi pasaran di negeri Johor sangat menarik dan sangat berdaya saing untuk Creative Lab selepas beberapa tahun operasi perniagaan dijalankan.
“Selain itu, Creative Lab juga turut ada cawangan di negeri Pulau Pinang dan sekarang kami memang ada perancangan untuk membuka cawangan baru di negeri Perak.”
Katanya lagi, pihak Niro Ceramic Sdn Bhd selaku pengedar jubin jenama Creative Lab sememangnya mempunyai perancangan untuk mengembangkan lagi pasaran jubin jenama tersebut di Sabah dan Sarawak.
“Buat masa ini, kami mahu memberi tumpuan kepada cawangan kedai sekitar kawasan Lembah Klang dan Johor.
“Sudah semestinya kami mahu kembangkan lagi jualan pasaran di seluruh Malaysia, tetapi buat masa ini kami mahu memberi fokus kepada pasaran di Semenanjung Malaysia dahulu terutamanya cawangan kedai sekitar kawasan Lembah Klang dan Johor.
Sebuah ruang akan kelihatan kurang seri jika dindingnya dibiarkan kosong. Namun, proses meletakkan hiasan pada dinding juga bukan mudah. Jika salah letak pada ketinggian yang tidak sesuai, ia nampak tidak harmoni dan macam tidak kena pada pandangan.
Bagi anda yang ingin menghias ruang dalaman rumah anda dengan menggantung bingkai gambar pada dinding, ada beberapa perkarayang perlu anda tahu.
Ini kerana, anda tidak disarankan untuk menggantung bingkai gambar pada dinding sembarangan dan seharusnya tahu cara susunan yang betul.
Maka, ini tip panduan kepada anda semua untuk menggantung bingkai gambar pada dinding rumah anda dengan cara susunan dan ukuran ketinggian yang betul.
Tip nya adalah:
1. Ukur ketinggian point tengah pada lukisan mestilah 57-60″ dari lantai (standard eye level/ aras mata).
2. Jika atas sofa pula, jaraknya antara 8-10″ dari hujung sofa.
3. Lebar susunan frame diatas sofa pula hanya 2/3 dari lebar sofa. Jika lebar sofa 60″, lebar frame <40″.
4. Jika frame ada besar dan kecik, yang besar berada di sebelah kiri.
5. Jika lebih dari 1 frame, susun bertindih atas dan bawah (cantumkan sebagai 1 lukisan besar)
6. Jarak diantara susunan frame besar diantara 2-5″, semakin kecil frame semakin sikit jarak antaranya.
Gambar rajah contoh seperti yang tertera di bawah:
Sumber: Facebook Kaki Deko
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.