Bayangkan rumah anda setiap sudut cantik macam dalam Pinterest- tenang, teratur dan penuh gaya, walaupun tanpa bajet besar. Tak perlu tunggu pindah rumah baru atau upah pereka dalaman pun, sebenarnya anda boleh capai ‘look’ idaman tu hanya dengan beberapa langkah mudah.
Dikongsikan enam tip deko power yang boleh transform rumah biasa jadi ‘Pinterest-worthy’, sesuai untuk yang suka gaya moden, minimalis dan cozy. Nak tahu rahsianya? Jom mula!
Pilih Warna Neutral untuk Dinding
Gunakan warna-warna neutral seperti putih, kelabu lembut atau beige untuk dinding rumah. Warna-warna ini bukan sahaja mencipta suasana yang tenang dan lapang, tetapi juga mudah dipadankan dengan perabot dan aksesori lain.
Gunakan Cermin untuk Ilusi Ruang Luas
Letakkan cermin besar di dinding untuk memantulkan cahaya dan memberikan ilusi ruang yang lebih luas. Pilih bingkai cermin dengan sentuhan emas atau perak untuk menambah elemen mewah.
Ads
Pilih Perabot Multifungsi
Gunakan perabot yang mempunyai pelbagai fungsi, seperti kerusi ottoman dengan ruang penyimpanan atau meja lipat. Ini membantu menjimatkan ruang dan menjadikan rumah kelihatan lebih teratur dan moden.
Gunakan Lampu yang Menarik
Tukar lampu siling biasa dengan lampu gantung atau chandelier bajet yang menarik. Tambahkan lampu meja atau lampu lantai dengan rekaan unik untuk mencipta suasana yang cozy dan classy.
Ads
Hiasan Dinding yang Bergaya
Jangan biarkan dinding kosong. Gunakan lukisan abstrak, bingkai gambar hitam putih, atau wallpaper dengan corak minimalis untuk memberikan sentuhan elegan pada ruang.
Tambahkan Tumbuhan Hiasan
Letakkan tumbuhan berdaun besar seperti Fiddle Leaf Fig atau Monstera di sudut ruang untuk impak visual yang tinggi. Untuk ruang yang lebih kecil, pilih tumbuhan gantung seperti Pothos atau English Ivy. Tumbuhan kecil seperti succulents juga boleh diletakkan di atas meja kopi atau rak buku untuk sentuhan semula jadi yang minimalis.
Dengan mengikuti tip-tip ini, anda boleh mengubah rumah biasa menjadi ruang yang estetik dan menarik seperti yang sering dilihat di Pinterest, tanpa perlu berbelanja besar.
IMPIANA: Tahniah Ubai dan Shila, rezeki dapat cantikkan rumah. Semoga dipermudahkan segala urusan serta proses renovasi berjalan lancar dan siap mengikut tempohnya.
Bila baju yang dibasuh tak berapa nak bersih, pulak tu ada kesan sabun masih melekat pada pakaian mesti ibu-ibu tak puas hati. Ia bukan sekadar nampak tak bersih, malah akan menggandakan kerja si ibu. Terkesan dengan keadaan tersebut, seorang wanita Ana Mariana Mariana mengambil langkah proaktif dengan mencuci dan servis sendiri mesin basuh miliknya selepas melihat perkongsian dari sahabat lain di media sosial. Berikut adalah cara yang dilakukan oleh Puan Ana untuk mencuci keseluruhan mesin basuhnya.
1. Buka skru di empat penjuru pada bahagian penutup atas badan mesin basuh
2. Buka klip tepi drum
3. Tanggalkan topi yang ada pada bahagian dalam drum.
4. Buka skru di dalam tempat yang kita buka tudung tadi
5. Cabut plastik lantai dalam drum tadi
6. Buka skru di bahagian bawah drum pula, tapi harus hati-hati takut terpatah sebab skru di dalam tempat ni biasa dah berkarat dan ketat. Nak mudah gunakan pelincir atau semburan anti karat
7. Kondisi drum apabila dikeluarkan penuh kotoran
8. Sental keseluruhan body drum dengan berus lembut
9. Dah bersih, boleh lah pasang semula
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Terima kasih dunia digital! Hari ini bukan hanya baju dan makanan, tetapi kelengkapan rumah pun boleh beli online. Kalau tak cuba rugi, sebab beli kelengkapan rumah secara online boleh jadi tindakan paling bijak abad ini. Ini antara 8 sebabnya.
1. Beli pukul 3 pagi, why not!
Anda boleh membeli pada bila-bila masa terluang sama ada siang atau malam, atau pukul tiga empat pagi sekali pun selagi ada kelapangan. Pembelian tidak terhad pada waktu operasi gedung kelengkapan rumah.
2. Happy shopping
Bagi kebanyakkan orang, shoppinglah saat yang membahagiakan. Bayangkan beli kelengkapan rumah tanpa stress. Sambil buat kerja rumah atau duduk-duduk di waktu santai. Maklumat pun semua ada online. Misalnya di IKEA Online Store, perabot lengkap dengan ukuran, contoh saiz, malah ada idea dekorasi. Boleh buat kita berangan-angan dulu tanpa stres dan kemudian beli!
3. Boleh visualize lebih baik
Nak gambarkan di mana kedudukan kelengkapan rumah pun tak payah pening-pening kepala, apatah lagi bila nak membayangkan keluasan ruang yang sebenar. Menerusi sistem online, hanya gerakan smartphone anda ke bahagian ruang kosong rumah. Walah, anda akan nampak macam mana keadaan ruang rumah dengan perabot yang diinginkan. Become your own ID.
4. Satu klik, settle semua
Ya memang benar membeli belah keseorangan sangat membosankan. Tetapi dengan hanya satu klik ini anda tidak lagi rasa keseorangan ketika membeli belah! Malah segalanya dapat di uruskan dengan cara yang cukup mudah dan sekejap sahaja! Fuhhhh!
5. Jangan panik, barangan dijaga rapi
Kalau selama ni anda kerap memikirkan tentang kondisi barangan ketika membawanya pulang, tetapi banyak servis sekarang ni, macam IKEA Online Store, buat anda tidak perlu risau kerana barangan akan diuruskan dengan baik oleh mereka yang pakar.
6. Biar anak tentukan apa dia nak
Membeli kelengkapan rumah dengan anak menyeronokkan, apatah lagi bila mereka yang boleh pilih perabot sendiri. Tunjukkan pilihan yang ada, dan rasai momen beli dan dekor bilik bersama.
7. Lokasi bukan penghalang
Kadang-kadang kita teringin sangat sesuatu kelengkapan rumah tu, tapi jauh pula nak dapatkan. IKEA Online Store membolehkan kita beli perabot meski dimana pun kita berada dan boleh set untuk anda dapat ikut masa yang ditetapkan.
8. No cash, no hal lah!
Boleh elak momen awkward kalau tiba-tiba duit tunai tak cukup. IKEA Online Store mempunyai pilihan untuk kita bayar menggunakan akaun debit atau kad kredit. Jadi bolehlah kita rancang perbelanjaan dan shopping ikut keperluan dan kemampuan tanpa orang tahu.
Kita cuba kelainan, jom beli kelengkapan rumah online. IKEA Online Store kini dibuka. Mengapa perlu bersusah payah jika ada cara yang paling mudah bukan? Untuk maklumat lebih lanjut layari IKEA.my
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Masih ada yang membuang masa di ruang dapur atas faktor apa ya? Ini yang perlu anda tahu, perkakas dapur wajib ada kalau nak senang kerja di dapur. Artikel ini akan menerangkan beberapa perkakas dapur serta kegunaannya untuk membantu dalam aktiviti memasak anda.
Dapur merupakan bahagian rumah yang paling penting. Di situlah tempat memasak, menyediakan jamuan dan juga menjadi tempat merapatkan hubungan kekeluargaan dengan meluangkan masa bersama-sama semasa berada di dapur. Macam selalu orang kata, dapur adalah nadi sebuah rumah.
Sama ada kita tukang masak yang handal, atau pun tukang masak amatur yang menggunakan YouTube dan Google sebagai guru masakan kita, alatan-alatan ini wajib berada di dapur kita semua, bukan sahaja untuk memasak, tetapi juga memanggang, membakar dan juga mempraktiskan resepi baru yang kita pelajari.
Perkakas dapur tersebut adalah:
1. Pisau
Ada tiga jenis pisau yang wajib berada di dapur – pisau bergerigi, pisau koki sepanjang 8 hingga 10 inci dan pisau parang adalah asas yang baik patut kita semua simpan di ruang dapur kita.
2. Papan pemotong
Ada dua papan pemotong yang sesuai – satu untuk bahan mentah dan satu untuk makanan dan masakan yang telah dimasak – ini untuk mengelakkan pencemaran semasa memasak.
Untuk bahan mentah, kami lebih suka menggunakan papan pemotong plastik dengan cengkaman dan tidak licin. Untuk masakan yang sudah dimasak, papan pemotong kayu atau plastik boleh digunakan.
3. Periuk nasi
Periuk nasi automatik kini menjadi alatan biasa yang perlu ada di mana-mana dapur, dengan kemudahan teknologi yang mempunyai tiga dalam satu kelebihan. Ianya lebih mudah digunakan berbanding memasak nasi di dalam periuk biasa di atas dapur, dengan menggunakan hanya satu butang.
4. Perkakas penyediaan makanan
Mempunyai variasi peralatan adalah sangat berguna untuk mencuba pelbagai resepi dan masakan. Sekiranya anda suka memasak, perkakas mudah seperti pengupas sayur, sudu kayu, palu daging, sudu berlubang, penyepit, sendok dan non-stick spatula adalah sangat sesuai.
5. Penapis
Agak menjengkelkan apabila pasta yang sudah siap lembut direbus, sukar untuk dibawa keluar daripada periuknya dengan lebihan air yang menitik daripada pasta tersebut. Penapis memudahkan kita untuk membasuh sayur, mengangkat mee selepas siap direndam dan ada juga yang menggunakan penapis untuk menapis sisa makanan selepas makan.
6. Dapur (Stove)
Dapur juga adalah salah satu alat yang wajib ada di dapur. Jika tiada alat ini, tidak berasap lah rumah kita gamaknya. Dapur kini boleh didapati dengan dua jenis – satu dapur elektrik di mana ia tidak memerlukan api untuk memasak, cukup dengan haba dan yang kedua ialah dapur tradisional di mana kita menggunakan tong gas untuk memasak dan juga api.
7. Pengadun (mixer)
Untuk penggemar bakeri dan pastry – dan suka untuk membuatnya di rumah sendiri, pengadun elektrik ialah peralatan yang wajib ada di dapur anda. Selain sifatnya yang sangat mudah untuk mengadun bahan-bahan, ia juga menjimatkan masa berbanding menggunakan pengadun tangan. Bukan setakat itu sahaja, pengadun elektrik juga menjimatkan masa kita untuk mencampurkan semua bahan-bahan adunan sehingga sebati.
8. Pengisar
Pengisar tangan atau elektrik, kedua-duanya adalah peralatan yang mesti ada di dapur kita. Sama ada mengisar daging, atau bawang, atau apa-apa sahaja, pengisar semestinya menjadikan keperluan bahan makanan kita menjadi lebih lumat dan mudah untuk dimasak. Pengisar juga digunakan untuk membuat jus, juga terdapat set pengisar yang disediakan bersama pengisar kacang.
9. Set pinggan mangkuk
Set pinggan mangkuk dengan pelbagai jenis dan bentuk ini bukan sahaja menjadi kegemaran para wanita yang suka menjadikannya sebagai koleksi, tetapi ianya juga menjadi satu kemestian untuk dapur yang lengkap. Jika masakan semua sudah siap dimasak, di mana kita mahu letakkan semua juadah tersebut, bukan?
10. Set kuali dan periuk dan air fryer
Ya, di mana kita mahu memasak semua bahan-bahan yang kita sudah sediakan jika bukan di kuali atau periuk, bukan? Kuali biasanya digunakan untuk menggoreng manakala periuk digunakan untuk merebus atau memasak sup.
Selain itu, kini terdapat teknologi menggoreng yang lebih sihat dan efisien tanpa menggunakan minyak dan ia disebut sebagai air fryer. Teknologi terbaru ini pastinya perlu di dapur kita supaya masakan kita lebih pelbagai dan yang lebih utama adalah lebih sihat untuk diri kita dan juga keluarga.
11. Peti sejuk
Apalah gunanya dapur tanpa peti sejuk? Lagi besar dapur seseorang, lagi besar peti sejuk yang diperlukan. Bukan sahaja ia digunakan untuk menyimpan bahan-bahan mentah dan tidak tahan lama, tetapi ia juga digunakan untuk makanan sejukbeku seperti nugget dan juga frozen food lain yang kini menjadi trend penjual kuih-muih.
12. Ketuhar
Ketuhar digunakan untuk membakar dan juga memanggang. Di musim perayaan, keperluan ketuhar dilihat sebagai satu kemestian untuk membakar biskut dan juga juadah istimewa lain untuk meraikan hari yang bahagia.
13. Ketuhar gelombang mikro (microwave)
Penggunaan microwave pada masa kini seakan-akan menjadi satu kemestian lebih-lebih lagi dengan adanya pelbagai makanan sejukbeku pada masa kini seperti nasi goreng sejukbeku, sosej dan ada juga spageti carbonara sejukbeku. Teknologi pemanasan yang disediakan pada microwave ini menjadikan ia sebagai salah satu perkakas yang perlu ada untuk kemudahan memasak.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!