Dapur basah belakang rumah konsep ‘dapur terbuka’ hasil air tangan suami dan anak. Kalau ada tanah lebih di belakang atau di tepi rumah, boleh tambah buat dapur basah. Ruang dapur basah ini sesuai sangat untuk memasak makanan yang berminyak dan yang mengeluarkan bau yang kuat.
Meskipun memiliki ruang dapur kering namun Naimah Md Ludin cukup berpuas hati dengan dapur basah yang dimilikinya. Apatahlagi dapur basah itu adalah hasil kreativiti suami dan anaknya.
“Kemas dapur basahdan kawasan belakang rumah sambil belai-belai pokok bunga dan pokok sayur. Ulam-ulam untuk makan harian. Konsep dapur terbuka (open kitchen). Hampir keseluruhan ruang DIY adalah hasil sentuhan suami dan anak. ”
Jom kita ‘cuci mata’ tengok dapur basah milik Naimah Md Ludin
Panduan beli rumah teres, bakal pembeli jangan pandang remeh. Sebelum mengambil keputusan untuk membeli rumah teres, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian.
Jangan hanya terpengaruh dengan juru jual sahaja sebaliknya dapatkan info lengkap tentang rumah yang ingin dibeli. Paling penting, pastikan anda ‘turun padang’ melihat sendiri keadaan rumah yang ingin dibeli. Boleh juga bawa rakan yang ada pengalaman dalam selok belok sektor pembinaan.
Berikut perkongsian daripada Pelabur Kecil Hartanah, Azizul Azli Ahmad
1. Lihat orentasi matahari, jika dapat elakkan matahari petang mengadap bilik tidur utama kita. Panasnya luar biasa.
2. Cuba datang lihat lokasi rumah waktu pagi sekali, petang sekali. Jika sukar lihat arah petunjuk angin di lokasi tapak yang kita pilih.
3. Jika nak selesa sebaiknya cucur atap biar memanjang kehadapan rumah boleh halang cahaya, silau dan hujan pada rumah. Cucur atap pendek, kurang baik.
4. Jika dapat cari kawasan perumahan yang ada tangki air besar sendiri, air bukan dari saluran utama.
5. Sebaiknya pilih kediaman yang ada ketinggian siling lebih 10 kaki. Bila pasang kipas tidaklah terputus jari.
6. Sebaiknya kediaman yang ada 3 bilik 2 bilik air. Ada satu ruang utiliti lebih baik
7. Jika dapat dari pintu utama tak nampak ruang dapur kita. Ruang dapur ini ruang aurat bagi wanita, sebaiknya dibahagian belakang bukan depan rumah kita.
8. Semak juga kedudukan kiblat bagi kita yang beragama, takkan nak solat nanti menghadap kamar mandi. Kurang manis jadinya.
9. Bumbung yang baik bila hujan turun di belakang dan depan rumah kita bukan air hujan turun ditengah. (bumbung bentuk rama rama)
10. Pastikan atas tingkap ada bumbung atau coping agar hujang tak masuk dan silau kedalam rumah. Lagi panjang, lagi bagus.
11. Jika dapat bahan banggunan guna bata merah bukan bata simen.
12. Elakkan bumbung yang guna metaldec pada bumbung. Bumbung yang baik guna clay tiles dan ada insulation sebagai penebat haba.
13. Bagi rumah yang menghadap matahari atau bumbung pendek screen louvres membantu jika susunan betul dan berfungsi.
14. Jika ada duit lebih belilah corner lot, jika nak jual balik ianya laku keras.
15. Pastikan depan rumah kita lapang dan bukan jalan utama agar tak bahaya anak nak bermain. Jika depan padang lebih baik.
16. Elakkan unit dipersimpangan, sebelah janakuasa TNB atau depan kolam IWK.
17. Pilih kediaman yang warna cat luarannya terang. Bukan dari kelompok warna gelap. Semakin gelap warna rumah kita, semakin banyak haba matahari disimpan didalam dinding rumah kita.
18.Pilih pemaju yang ada pengalaman membina rumah dengan kualiti tinggi, menang award dan tiada masalah kualiti.
Kita tidak beli rumah setiap hari, bila beli dan tersilap nak menangis tak guna lagi.
Design yang baik itu sempurna, kita tak perlu renovasi dapur lagi, tambah owning lagi dan grill keliling rumah takut pencuri. Ia sempurna waktu kita dibeli.
Ruang tamu jenis memanjang, bersambung hingga ke dapur, ini idea yang boleh dipraktikkan. Apabila keluasan kediaman terhad jadi idea hendak menghias kediaman pun jadi sedikit ‘terbantut.’
Bagaimanapun faktor ini bukanlah halangan untuk kita menghias kediaman. Ada beberapa tip yang boleh anda praktikkan agar kediaman dengan ruang memanjang kelihatan menarik.
“Saya kongsikan deko hall rumah kami. Hall memanjang sambung terus ke dapur. Semoga dapat memberi idea kepada yang sedang mencari-cari idea untuk deko hall.”
BERIKAN RUANG BANYAK CAHAYA
Biasanya ruang yang memanjang terutama kawasan yang paling jauh dari tingkap akan kelihatan gelap. Gunakan langsir yang agak nipis untuk mendapatkan cahaya sebanyak mungkin.
GUNAKAN WARNA PUTIH
Ini adalah muslihat yang berfungsi untuk semua ruang yang kecil. Warna putih membantu memberikan efek luas dengan dibantu dengan pencahayaan yang baik. Gunakan warna putih sebagai asas contohnya dinding. Adunkan bersama perabot dan hiasan rona tanah. Semasa menambahkan warna, lebih baik memilih nada pastel ringan yang memberikan mood ceria tanpa mengurangkan cahaya.
GUNAKAN PERSPEKTIF
Jalur adalah kaedah perspektif yang membantu memberikan ilusi ruang yang lebih luas. Boleh juga buka tingkap bagi memastikan ruang ini mendapatkan cahaya natural.
TELEVISYEN ‘LEKAT’ DI DINDING
Televisyen yang ‘dilekatkan’ pada dinding sangat menjimatkan ruang. Rak televisyen hanya digantung pada dinding. Banyak ruang banyak dijimatkan apabila tiada rak televisyen yang diletakkan di atas lantai.
PILIH SOFA YANG SESUAI
Ruang tamu yang memanjang sukar dihiasi dan anda harus memilih elemen yang benar-benar penting sahaja. Sofa juga mesti memanjang dan hampir lebih baik tanpa chaise longue.
RUANG MAKAN
Letakkan set meja makan (meja makan dan kerusi) yang kecil sahaja pada ruang kediaman yang memiliki keluasan memanjang. Banyak ruang boleh dijimatkan apabila set makan makan dipilih daripada set yang serba ringkas dan saiz yang kecil.
CERMIN PADA DINDING
Ini adalah salah satu cara untuk menjadikan ruangan kelihatan lebih luas. Pantulan cahaya cahaya menjadikan ruangan memanjang tampak lebih luas. Cermin sangat membantu kita mewujudkan cahaya dan ‘kelapangan’ pada sesuatu ruang.
Bau kepam tiada lagi dalam rumah, campuran dua bahan ini memang menjadi! Selalunya bau yang kurang enak ini datang daripada pelbagai faktor seperti bau masakan, makanan/minuman yang tertumpah serta karpet yang tidak dikeringkan dengan betul.
Maka terhasillah bau yang menusuk hidung ini. Untuk menghilangkannya, ada di antara kita yang menggunakan pewangi, namun tidak semuanya berkesan. Ada yang jenis berbau harum sekejap sahaja, selepas beberapa minit hilang begitu sahaja.
Berikut dikongsikan cara terbaik supaya rumah tidak berbau kepam. Selalunya bau kepam ini disebabkan karpetyang berhama dan sudah lama tidak dibersihkan.
Cara yang paling berkesan, selamat dan menjimatkan bagi mengatasi masalah ini ialah dengan cara menggunakan dua bahan ini:
1. Baking Soda
2. Essential Oil
“Kalau saya, secara peribadi saya suka lemon atau lavender. Bau rumah jadi fresh sahaja.”
CARA-CARA:
3. Taburkan atas karpet, biarkan dalam 30 minit kemudian vakum. Hasilnya rumah anda akan kekal wangi sentiasa. Selamat mencuba!
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...