Dapur basah belakang rumah konsep ‘dapur terbuka’ hasil air tangan suami dan anak. Kalau ada tanah lebih di belakang atau di tepi rumah, boleh tambah buat dapur basah. Ruang dapur basah ini sesuai sangat untuk memasak makanan yang berminyak dan yang mengeluarkan bau yang kuat.
Meskipun memiliki ruang dapur kering namun Naimah Md Ludin cukup berpuas hati dengan dapur basah yang dimilikinya. Apatahlagi dapur basah itu adalah hasil kreativiti suami dan anaknya.
“Kemas dapur basahdan kawasan belakang rumah sambil belai-belai pokok bunga dan pokok sayur. Ulam-ulam untuk makan harian. Konsep dapur terbuka (open kitchen). Hampir keseluruhan ruang DIY adalah hasil sentuhan suami dan anak. ”
Jom kita ‘cuci mata’ tengok dapur basah milik Naimah Md Ludin
Langsir warna ungu naikkan ‘seri’ kediaman tema warna kelabu, nampak classy, moden dan luas. Gabungan dua warna pada satu langsir adalah salah satu kaedah yang berkesan untuk menaikkan seri sesebuah kediaman. Cara ini juga dapat meneutralkan warna utama yang menjadi pilihan untuk segenap ruang kediaman.
Langsir menjadi titik tumpuan sesebuah kediaman. Maka sebab itulah amat penting untuk pemilik kediaman memilih warna langsir yang tepat agar dapat disesuaikan dengan warna cat dinding dan warna perabot.
Pemilihan warna langsir dipengaruhi oleh tona dinding serta keluasan kediaman. Elakkan penggunaan warna gelap seperti coklat dan hitam sekiranya menghuni rumah yang sederhana atau kecil. Hal ini akan menjadikan ruangan kediaman anda tampak lebih sempit dan serabut. Sebaliknya, warna langsir yang gelap sangat sesuai untuk rumah yang besar dan luas.
Kali ini IMPIANA mengetengahkan dekorasi sebuah rumah teres dua tingkat lot tepi yang mengadunkan langsir warna ungu. Warna ungu merupakan warna kegemaran pemilik kediaman.
Dekorasi kediaman tampak lebih ‘berseri’ apabila warna ungu pada langsir ‘disebatikan’ dengan warna kelabu cerah (light grey) yang melatari segenap ruang kediaman. Hasilnya ruang kediaman nampak lebih classy, moden dan luas.
Pemilihan design, susun atur ruang dan warna amat memainkan peranan bagi menaikkan seri ruang sesebuah kediaman.
Jom kita ‘cuci mata’ hasil dekorasi rumah teres dua tingkat ini. Moga dapat memberi inspirasi buat anda yang ingin dan sedang mendekorasikan kediaman!
Throw cushion ubah rupa ruang tamu, tak perlu pun tukar sofa baru. Ruang tamu merangkap ruang keluarga boleh dianggap sebagai pusat aktiviti di sesebuah kediaman. Di ruangan ini, penghuni rumah berkumpul bersama keluarga atau hanya duduk berehat dan bersantai selain ruang untuk menerima tetamu.
Kewujudan ruang tamu yang selesa pada umumnya dicirikan dengan kehadiran sofa sebagai salah satu perabot utama. Susunan sofa tidak kurang pentingnya daripada susunan perabot di ruangan lain di rumah. Susun atur sofadi ruang tamu serta elemen hiasan adalah kunci utama keindahan dekorasi hiasan ruang tamu.
Anda tidak perlu bersusah payah menukar sofa untuk mendapatkan penampilan ruang tamu yang lebih menarik. Salah satu cara yang paling mudah ialah melalui susunan dan pilihan kusyen atau dikenali juga sebagai throw cushion.
Throw cushion adalah aksesori penting yang mampu menaikkan seri ruang. Kini terdapat pelbagai bentuk dan corak kusyen ‘tabur’ ini malah rambang mata apabila memilihnya di gedung-gedung dekorasi. Anda boleh mencampurkan dan memadankan warna, bentuk, motif dan elemen kusyen pada ruang tamu.
KOMBINASI WARNA
Menggabungkan warna sofa dan kusyen kerusi adalah helah paling mudah untuk paparan sofa yang lebih menarik. Jika anda mempunyai sofa gelap, anda boleh memadankannya dengan kusyen bercorak berwarna terang. Sebaliknya, jika sofa berwarna terang, anda boleh mengimbanginya dengan kusyen berwarna lebih gelap.
GABUNGAN BENTUK
Bentuk kusyen tidak terhad kepada bentuk empat segi seperti bantal pada umumnya. Oleh itu, anda boleh menggabungkan beberapa bentuk kusyen pada sofa untuk penampilan yang menarik. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan kusyen bulat untuk memaniskan susunan kusyen segi empat di sekelilingnya. Bukan sahaja bentuk, anda juga boleh menggabungkan pelbagai saiz kusyen dan menyusunnya mengikut susunan magnitud di atas sofa.
AKSEN TIPOGRAFI (TYPOGRAPHY)
Sebagai pemanis untuk sofa, kusyen dengan aksen motif tipografi boleh dijadikan pilihan. Sofa polos akan kelihatan lebih menarik dan tidak kaku dengan tambahan kusyen bercorak seperti ini. Selain daripada tipografi, anda juga boleh memberikan aksen dalam bentuk motif geometri yang agak mudah dipadankan dengan mana-mana jenis sofa.
KOMBINASI THROW CUSHION BERCORAK GARIS/JALUR
Throw cushion dengan motif garis atau jalur Baling atau kain hiasan untuk sofa adalah sama penting untuk dicampur dan dipadankaboleh dijadikan elemen hiasan untuk sofa polos. Padankan dengan warna sofa. Dengan cara itu anda boleh lebih bebas memilih motif dan warna kusyen.
SENADA DENGAN TABLE RUNNER
Table runner atau alas meja juga boleh menjadi padanan untuk susunan kusyen yang menarik. Warna padanan antara kusyen dan table runner menjadikan ruang tamu kelihatan lebih bersatu. Beberapa kedai perabot dan hiasan rumah turut menjual sarung kusyen dan set table runner dalam cetakan dan warna yang sepadan.
SERASIKAN DENGAN HIASAN DINDING
Selain daripada table runner, hiasan dinding seperti lukisan juga boleh menjadi padanan yang baik untuk pilihan kusyen. Melalui padanan warna atau motif yang serupa antara kusyen dan hiasan dinding, penampilan sofa akan lebih menarik dan sedap mata memandang.
Berikut dikongsikan juga tip bagaimana memanjangkan hayat throw cushion ini agar sentiasa kelihatan baru.
1.Elakkan merendam terlalu lama sarung kusyen kecil anda terutama yang bermanik dan berlabuci. Cucian kering lebih sesuai jika terdapat kotoran degil.
2.Pastikan kawasan laluan zip kusyen anda tidak berserabut dengan juraian benang atau fabrik. Ini bagi mengelakkan ia tersumbat dalam struktur kepala zip dan menyebabkan zip pecah.
3. Jangan lupa cungkil kekotoran di bahagian bucu jahitan. Adakala serat-serat halus berkumpul di kawasan situ.
4. Jika anda menggunakan fabrik baldu mahu pun manik penuh, lebih sesuai jika dihantar ke cucian kering bagi memastikan keadaannya kekal cantik.
5. Jika sarung kusyen anda menggunakan busa sebagai pelapik dalam dan perlu mencuci nya dengan cermat dan elakkan dalam muatan yang sangat banyak. Jika terdapat kekotoran, anda boleh menggunakan berus gigi lama untuk menyental.
Kabinet dapur biarlah binaannya praktikal. Ramai suri rumah yang sudahpun mempunyai gambaran bagaimana reka bentuk dapur idaman mereka sebelum seorang tukang kabinet datang menunjukkan design pada mereka.
Bagaimana pula dengan layout kabinet dapur? Ramai ke yang tahu layout yang bagaimanakah yang mereka mahukan untuk dapur mereka? Perlu difahami bahawa design untuk kabinet dapur yang dipilih mestilah sesuai dengan keluasan dan ruang pada sudut dapur.
Dikongsikan tip layout untuk membina kabinet dapur. Tip ini bagi membantu mereka yang sedang merancang untuk membuat kabinet dapursupaya tidak tersalah membuat kabinet dapur. Semoga bermanfaat.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.