Cikgu Hartanah Ini Pesan JANGAN Beli Rumah Kalau Tak Tahu FORMULA 30 & 200. Setiap orang mengimpikan untuk memiliki kediaman sendiri sebagai tempat berteduh dan juga sebagai aset pelaburan dalam jangka panjang. Namun demikian sebelum berhasrat untuk membeli rumah perlu ada ilmu dalam bidang hartanah terlebih dahulu, supaya tidak menyesal dan rugi nanti.
Memandangkan membeli rumah merupakan pelaburan terbesar dan komitmen jangka panjang, perlu tahu harga rumah yang sesuai dengan pendapatan yang dimiliki. Perlu ambil kira formula 30 dan 200 dahulu kerana ia dapat ‘menyelamatkan’ pembeli daripada membuat keputusan yang salah seperti rumah dilelong akibat tidak mampu membayar ansuran rumah yang tinggi.
Perkongsian daripada Cikgu Hartanah, Ahyat Ishak ini boleh dijadikan panduan dan formula mudah buat yang ingin membeli rumah.
FORMULA 30
Formula 30 merujuk kepada bayaran untuk membeli rumah itu mestilah dalam lingkungan 30 peratus daripada gaji bersih.
Sebagai contoh mempunyai gaji bersih RM3,000. Maka, 30 peratus daripada gaji bersih bermaksud kita mampu untuk membayar ansuran rumah RM900 sebulan.
FORMULA 200
Jadi dengan bajet kita RM900 sebulan, kita kena ambil tahu formula 200 pula. Gandakan dengan nilai 200.
RM900 x 200 = RM180,000.
Jadi harga RM180,000 itulah, anggaran harga rumah yang kita mampu dan selamat untuk beli.
Ads
Namun demikian, jika kita nak beli rumah yang lebih mahal tapi tak mampu untuk beli.
Jangan sesekali ‘naikkan’ formula di atas. Sebagai contoh kadar 30 peratus kita naikkan kepada 40 peratus atau 50 peratus. Ia ‘berat dan berbahaya’ kepada kewangan bulanan kita.
Sebaliknya perkara yang patut untuk dinaikkan adalah tingkatkan pendapatan kita. Sebagai contoh bila pendapatan meningkat kepada RM8,000 sebulan. Jadi 30 peratus daripada RM8,000 adalah RM2400.
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan sebelum berhasrat untuk membeli rumah. Pastikan ikut formula 30 dan 200 ini, barulah kewangan bulanan kita ‘selamat’, bersesuaian dengan harga rumah dan pendapatan yang dimiliki.
Pernah tak anda basuh kain menggunakan mesin basuh automatik tapi kain baju bau hapak walau sudah letak sabun dan pelembut serta pewangi pakaian.
Lagi sakit mata ada banyak kerak hitam yang melekat pada baju. Kalau dah ada dua tanda ini, itu maknanya mesih basuh tersebut perlu dibersihkan kerana sudah ada banyak kotoran.
Macam mana nak bersihkan? Kalau pada mesin basuh akan ada fungsi soak atau tub cleaning, Ia bukan untuk hiasan ya tapi untuk bersihkan tub mesin basuh.
Waktu ini anda akan dapati air dalam mesin kotor menandakan segala kotoran sudah keluar.
Cuka dan soda bikarbonat tadi berfungsi membersihkan mesin basuh dan menghapuskan bau kepam atau hapak.
Amalkan bersihkan tub ini dua bulan sekali untuk elak kotoran tersimpan lama hingga menyebabkan kotoran ini melekat pada baju.
Rancang Betul-Betul, Elak 10 Kesilapan SEBELUM Bina Kabinet Dapur Supaya Tak Menyesal. Dapur ibarat ‘jantung’ bagi sesebuah kediaman. Ia boleh dikatakan merupakan ruang penting yang seringkali digunakan oleh pemilik kediaman setiap hari. Oleh yang demikian, selain reka bentuk yang menarik dapur juga perlu berfungsi dengan cekap dan baik untuk kegunaan jangka panjang.
Sebelum merancang untuk membina kabinet dapur, sebaiknya fikirkan dengan teliti dan ambil kira beberapa perkara ini terlebih dapur, supaya dapat mengelakkan kesilapan berlaku, sekaligus menyesal di kemudian hari.
Setiap pelan lantai dapur yang baik mestilah mempunyai sinki, peti ais dan dapur dalam formasi segi tiga dan memudahkan penggunanya bergerak dari satu bahagian ke bahagian yang lain semasa memasak. Elakkan meletak peti ais di hujung dapur dan sinki di hujung yang satu lagi. Tidak merancang susunan dapur dengan baik boleh menyebabkan aliran kerja yang tidak efisien.
Jika hanya bergantung pada satu sumber pencahayaan utama tanpa tambahan pencahayaan di bawah kabinet atau di kawasan kerja boleh menyebabkan kawasan dapur menjadi gelap dan kurang efisien. Ada segelintir yang inginkan lampu gantung di bahagian dapur, namun harus diingatkan untuk memilih yang sesuai kerana ada segelintir lampu menjadi magnet habuk.
Warna yang sesuai untuk kabinet dapur adalah warna neutral seperti hitam, putih, atau warna kayu terang, sesuai untuk dikombinasikan dengan pelbagai warna dinding. Harus di ingatkan juga, untuk ruangan dapur yang agak kecil, pilihan warna putih atau terang harus diutamakan berbanding warna gelap supaya ruang nampak lebih luas. Namun jika dapur anda luas, penggunaan warna gelap tidak menjadi masalah.
Begitu juga dengan pemilihan material bagi pintu kabinet, backsplash, kaunter top dan sebagainya, pastikan pilih kemasan jenis tahan lasak, tak mudah rosak, kembang, tak mudah bercalar mahupun meninggalkan kotoran. Biarpun sedikit mahal dari segi harga namun puas hati untuk ketahanan jangka panjang. Material seperti aluminium, granite, Sintered Stone antara yang boleh dipertimbangkan.
Elakkan memilih jubin bersaiz kecil pada bahagian ‘backsplash’ dapur. Terlalu banyak ‘grout lines’ menyebabkan mudah memerangkap habuk, minyak dan kotoran selepas memasak. Malah kerja membersihkan juga menjadi lebih sukar. Sebaiknya guna permukaan rata ‘one full piece’ atau jubin bersaiz besar sebagai backsplash. Lebih mudah untuk lap kotoran dan membersihkannya, malah tidak meninggalkan kesan.
Alatan elektrik seperti periuk nasi, penapis air, oven dan juga hood untuk memasak adalah antara beberapa alatan wajib ada di dalam dapur kita. Amatlah penting untuk memastikan kesemua ini dimasukkan ke dalam perancangan awal semasa proses membuat kabinet.
Penyambungan plug elektrik ini biasanya akan dibuat terlebih awal supaya wayar dapat di buat dengan kemas di dalam dinding. Bahkan jumlah plug dan soket elektrik juga mecukupi di dapur, berbanding menggunakan penyambung wayar (extension) di kemudian hari.
Ruang penyimpanan adalah penting, terutamanya bagi dapur yang kecil. Oleh itu, anda perlu memaksimumkan setiap inci yang ada. Kalau boleh, pastikan almari yang anda bina tinggi hingga ke siling. Perkakas yang jarang digunakan boleh disimpan di tempat tinggi, manakala yang kerap digunakan disimpan di tempat yang mudah dicapai. Selain dapat mengelakkan habuk bersarang di atas kabinet.
Ini paling penting apabila mereka bentuk kabinet dapur. Berbanding ukuran standard, ‘Base’ unit atau kedudukan kaunter top sebaiknya perlulah berciri ergonomik, mengikut keselesaan berdasarkan ketinggian pemilik kediaman. Pasti tidak selesa untuk membuat kerja di kaunter top apabila ia terlalu tinggi atau terlalu rendah. Jadi pastikan ketinggian kaunter top ini ia diukur sebaiknya.
Jika sering menggunakan ketuhar gelombang mikro dalam penggunaan harian, pastikan perletakan kedudukannya tidak berada terlalu rendah. Ia sangat tidak praktikal apatah lagi kerap digunakan setiap hari. Pastikan kedudukan perkakasan ini pada paras pinggang dan digunakan ketika anda berdiri.
Bayangkan betapa sakitnya belakang anda di usia tua nanti apabila anda terpaksa membongkok setiap kali memasukkan ayam ke dalam ketuhar. Fikir betul-betul dan sediakan ruang yang tinggi sedikit untuk memasang ketuhar dan ketuhar gelombang mikro anda. Anda pasti bersyukur apabila tua kelak.
Pastikan rekabentuk kaunter bar atau kaunter pulau mempunyai ruang yang cukup di bawahnya supaya bangku (stool) boleh ditolak masuk. Bayangkan bagaimana rasanya duduk di ruang ini tanpa ruang kosong di bawahnya. Pastinya sangat tidak selesa.
Rekaan rak terbuka pada kabinet dapur memang nampak cantik dipandang namun ia tidak praktikal kerana mudah mengumpul habuk, minyak dan debu pada rak serta barangan juga mudah nampak bersepah dan tak tersusun. Sebaiknya pilih kebinet dapur jenis rak tertutup, ia dapat kurangkan habuk malah lebih banyak barang dapat disimpan, serta dapat menyembunyikan barangan yang tak tersusun atau bersepah dengan baik.
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan buat anda yang sedang merancang untuk membina kabinet dapur. Pastikan ia buka sahaja cantik, namun praktikal dan mudah dijaga untuk jangka panjang.Sebelum nak buat kabinet dapur, pertimbangkan dulu perkara ini, supaya tak menyesal.
Seperti yang kita ketahui, pasangan selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Keluarga ini juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.
Baru-baru ini menerusi sebuah video di TikTok, Shaheizy Sam atau lebih mesra disapa sebagai Sam berkata, isterinya seorang yang sangat rajin dan akan memastikan rumah dalam keadaan yang bersih.
Syatilla sekarang dekat luar. Dia tengah membersihkan dapur. Dia ni rajin mengemas. Contoh macam dah masak ni, sekejap lagi dia akan cuci la dapur. Itu bagus dan saya suka sangat.
Meskipun memberi pujian terhadap isteri tercinta, pelakon filem ‘Polis Evo’ ini turut meluahkan rasa kurang selesa apabila isterinya suka vacuum rumah tengah malam.
Satu dua pagi bhai orang tidur. Kadang-kadang pukul satu atau dua dia suruh saya angkatkan kerusi kejap untuk dia nak vacuum. Masa itu kau pilih nak vacuum rumah. Agak-agaklah (sambil tersenyum). Pemilihan waktu dia tu aduh.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat pendedahan yang dilakukan oleh Sam. Namun begitu, kebanyakan netizen menyokong Syatilla dan berpendapat bahawa kemas rumah pada waktu malam agak sedikit tenang berbanding waktu pagi mahupun petang.
Ujar netizen, mereka berasa tenang apabila melihat rumah dalam keadaan bersih selepas bangun daripada tidur.
VIDEO
Untuk rekod, Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.