Cat Dinding Baru Mengelupas Lepas Beberapa Bulan? Ini Punca & Cara Atasi Sebelum Lebih Teruk

Bayangkan anda baru saja renovate rumah, dinding pun nampak cantik dengan lapisan cat baru. Tapi baru beberapa bulan, cat dah mula mengelupas, berkulat dan dinding jadi macam tak siap. Itulah yang berlaku kepada seorang pengguna facebook yang berkongsi masalah sebenar dialaminya selepas ubah suai rumah. Masalah ini bukan kes terpencil, ramai sebenarnya alami situasi serupa tanpa tahu puncanya.

Isu Yang Berlaku

Pemilik rumah ini melakukan ubah suai ke atas dinding asal, mungkin membina dinding baru atau menambah lapisan simen baru ke atas yang lama. Namun, selepas beberapa bulan, dinding tersebut mula menunjukkan tanda kerosakan.

Cat Dinding Baru Mengelupas Lepas Beberapa Bulan? Ini Punca & Cara Atasi Sebelum Lebih Teruk

– Cat mengelupas

– Dinding berkulat dan basah

– Permukaan dinding berbintik kasar dan kembung

Sementara dinding asal (yang tidak disentuh) kekal elok, bahagian baru yang dibina jadi masalah.

Ads

Punca Utama Masalah Dinding Baru

  1. Dinding Tidak Betul-Betul Kering Sebelum Dicat

Gunakan primer berkualiti tinggi khas untuk kawasan lembap.Salah satu kesilapan paling biasa. Dinding simen perlu betul-betul kering, biasanya dua hingga empat minggu bergantung pada ketebalan sebelum sapuan cat dibuat. Jika tidak, kelembapan akan terperangkap di dalam dan menyebabkan cat mengelupas.

  1. Tiada Lapisan Primer/Sealer Digunakan

Primer penting untuk tutup liang pori simen baru. Kalau terus cat tanpa primer, cat akan mudah tertanggal atau tak melekat elok.

  1. Kelembapan Dari Dinding Jiran / Luar

Disebabkan dinding ini bersebelahan rumah jiran, mungkin ada sumber kelembapan dari situ seperti paip bocor, penggunaan dapur atau kabinet basah yang menyerap masuk ke dinding anda.

  1. Jenis Cat Tak Sesuai

Menggunakan cat biasa pada dinding yang terdedah pada lembapan akan menyebabkan cat tak tahan lama.

Cara Atasi & Baiki Masalah Dinding 

  1. Periksa Punca Lembapan

Periksa sama ada paip bocor, air dari luar tembok atau wap dari dalam rumah jiran meresap masuk. 

Ads
  1. Tanggalkan Lapisan Cat Rosak

Guna scraper untuk buang semua cat yang mengelupas hingga nampak permukaan simen.

  1. Keringkan Dinding Sepenuhnya

Biarkan dinding betul-betul kering (guna kipas industri jika perlu).

  1. Sapukan Sealer / Primer Khas Anti-Lembapan

Cat Dinding Baru Mengelupas Lepas Beberapa Bulan? Ini Punca & Cara Atasi Sebelum Lebih Teruk

  1. Gunakan Cat Anti-Kulat & Anti-Lembapan

Contohnya cat jenis “masonry” atau khas untuk bilik air/dapur.

Ads
  1. Lapik Dinding Dengan Board Kalis Air (jika perlu)

Jika masalah terus berulang, boleh pertimbangkan wainscoting PVC atau cement board di dinding bermasalah.

Kesimpulan 

Masalah ini boleh dielakkan jika kerja renovasi dibuat dengan betul dari awal, beri masa cukup untuk kering, gunakan bahan berkualiti dan pastikan punca kelembapan ditangani. Jangan pandang ringan proses cat dinding, sebab kalau silap langkah, hasilnya bukan saja tak cantik, tapi boleh menyebabkan kos baiki lebih mahal nanti.

Mesti Baca: NABIL AHMAD Imbau Kenangan Tinggal Rumah Kampung, Pasang Niat Bina Madrasah
Baca Lagi Di Sini: Nabil Ahmad Labur RM500k Tukar Rumah Pusaka Jadi Madrasah, Realisasikan Impian Ibu
Artikel Menarik: Bapa Bina Semula Rumah Kayu Lama Bernilai RM500k Untuk Majlis Sanding Anak

Follow kami diWEBSITETELEGRAMINSTAGRAMTIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads