Rumah yang dididami bukan sahaja perlu bersih, namun harus wangi untuk memberi keselesaan buat setiap penghuninya. Ada caranya untuk pastikan rumah kekal berbau harum dan wangi secara semulajadi sepanjang hari.
Jom cuba beberapa idea DIY mudah ni, selamat dan berkesan untuk wujudkan suasana segar dalam rumah:
1. Potpourri Homemade
Campurkan bunga kering (ros, lavender), kulit kayu manis, bunga cengkih dan hirisan lemon kering. Simpan dalam mangkuk cantik atau balang kaca, bukan sahaja wangi, tapi juga cantik untuk dekor!
2.Semburan Lemon & Lavender
Campur air suling, beberapa titis essential oil lavender, dan jus lemon segar dalam botol spray. Guna untuk sembur langsir, sofa atau bilik air. Segar dan menenangkan.
3. Baking Soda + Minyak Pati (Essential Oil)
Campur baking soda dalam bekas kecil, titiskan 10-15 *essential oil pilihan & letak dalam balang kecil dengan penutup berlubang.
1. Peppermint, eucalyptus, vanila atau orange. Sesuai diletak dalam bilik tidur atau kabinet pakaian.
2. Lavender, eucalyptus, lemon sesuai diletak di rak kasut, bilik air atau almari.
Ads
4. Aromaterapi Dengan Lilin DIY
Cairkan lilin parafin, campurkan dengan essential oil pilihan dan tuang ke dalam bekas comel. Bila dinyalakan, bukan hanya cantik bau pun sangat menyenangkan.
5. Buah-Buahan Tropika Segar
Letak hirisan limau, lemon atau nenas dalam mangkuk terbuka. Selain bau wangi semulajadi, ia juga bantu serap bau tak menyenangkan, sesuai sangat untuk ruang dapur.
Ads
6. Diffuser Aroma ‘Dessert’ Feel
Campur minyak vanilla + cinnamon + sedikit orange oil
Letak dekat ruang santai/baca buku.
7. DIY Fabric Spray Homemade
Campur Air + sedikit cuka putih + 10 titik essential oil vanilla/coconut
Spray atas bantal, langsir, atau sofa.
8. Hirisan Lemon & Daun Pudina
Letak hirisan lemon & daun pudina dalam mangkuk air. Kemudian, letak di ruang tamu atau dapur. Bau segar & bersih.
Ads
9. Kulit Kayu Manis + Cengkih + Hirisan Oren
Rebus air dengan kulit kayu manis + cengkih + hirisan oren. Biarkan wapnya semerbak dalam rumah (boleh buat 2–3 kali seminggu).
IMPIANA: Jadi nak pastikan rumah sentiasa harum wangi, cuba tip mudah cara yang dikongsikan ini. Selamat Mencuba!
Ruang makan patut jadi tempat yang ceria sebab dekat sinilah kita makan dengan keluarga dan orang tersayang. Jadi, penting untuk hias ruang makan supaya cantik dan praktikal ikut gaya hidup kita.
Pilih meja dan kerusi yang sesuai dengan saiz ruang. Pilih bahan yang mudah dijaga, terutamanya kalau selalu ada tetamu. Lampu pun penting—pilih yang sesuai supaya ruang makan sentiasa nampak menarik, siang atau malam. Dekorasi ikut citarasa sendiri supaya ruang makan rasa lebih peribadi.
Ruang makan kecil pun boleh nampak menarik kalau pandai hias dan pilih perabot yang sesuai.
Tip bijak simpan barang empat anak perempuan, wanita ini kongsi caranya. Membesarkan lima anak perempuan tentunya menuntut kreativiti yang tinggi dalam pengurusan ruang, terutama apabila melibatkan penyimpanan barang sekolah, pakaian, dan keperluan harian mereka.
Seorang ibu berkongsi caranya yang praktikal dan menjimatkan ruang, bagaimana dia mengatur kediamannya supaya semua anak-anaknya selesa dan barangan mereka teratur. Pendekatannya bukan sahaja menjimatkan bilik, malah memupuk sifat tanggungjawab dalam kalangan anak-anaknya.
Dalam perkongsian tersebut, ibu ini memutuskan untuk menjadikan bilik utama (master bedroom) sebagai ruang bersama untuk empat orang anak perempuannya. Manakala anak sulung diberikan bilik asing untuk privasi.
Semua barang milik keempat-empat anak tersebut disusun dan disimpan dalam bilik utama sahaja. Ini termasuk pakaian, buku sekolah, beg, dan aksesori peribadi. Walaupun berkongsi bilik, mereka tetap mempunyai ruang dan sistem tersendiri agar tidak berlaku kekeliruan atau pertindihan barang.
Antara strategi penting yang digunakan termasuklah meletakkan setiap barang di lokasi tetap mengikut anak, supaya lebih mudah dicapai dan dikenalpasti. Ini juga memudahkan rutin harian mereka, khususnya semasa bersiap ke sekolah.
Susun atur dalam bilik utama dibuat dengan teliti, mungkin menggunakan rak berasingan, laci atau label khas untuk setiap anak, agar barangan tidak bercampur. Ini mengajar mereka tentang pentingnya menyimpan barang sendiri dengan teratur dan bertanggungjawab ke atas barang masing-masing.
Manakala bilik anak sulung dijadikan ruang peribadi, mungkin kerana keperluan umurnya yang lebih matang atau kerana sudah memasuki peringkat persekolahan atau pengajian yang berbeza. Ini menunjukkan ibu tersebut peka terhadap keperluan individu setiap anak meskipun dalam ruang rumah yang terhad.
Ruang yang terhad bukanlah halangan untuk mencipta persekitaran rumah yang teratur dan kondusif buat anak-anak. Dengan pendekatan yang bijak, penuh kesabaran dan kreativiti, ibu ini berjaya memastikan semua anaknya mempunyai ruang simpanan sendiri walaupun berkongsi bilik.
Ia bukan sahaja menjadikan rumah lebih kemas, malah membantu anak-anak belajar mengurus barang peribadi dan hidup secara teratur sejak kecil. Ini adalah inspirasi buat ibu bapa lain yang menghadapi cabaran sama dalam mengurus keluarga besar dalam ruang yang sederhana.
Tingkap kaca rumah di Jerman besar-besar, reka bentuk unik, praktikal dan bijak. Jerman sememangnya terkenal dengan seni bina yang kemas, praktikal dan bertumpu kepada kecekapan tenaga. Dalam kalangan pengunjung luar, salah satu ciri menarik yang sering mencuri perhatian ialah saiz tingkap rumah-rumah di sana.
Tidak seperti rumah tipikal di kebanyakan negara lain, rumah di Jerman cenderung untuk memiliki tingkap kaca yang amat besar, malah kadang kala hampir memenuhi keseluruhan dinding.
Sesuatu yang unik di Jerman, rumah-rumah di sini mempunyai tingkap kaca yang sangat besar ukurannya. Ianya bagi memastikan cahaya matahari menembusi ruang dalaman rumah dan panas yang mencukupi ketika ketibaan musim sejuk.
Contoh nyata ruang tamu di dalam rumah aku sahaja mempunyai 80% permukaan kaca tingkap. Kaca tingkap pula 5-6 cm ketebalannya.
Selain itu, ramai orang yang pertama kali tiba Jerman menganggap tingkap Jerman lain dari yang lain kerana rekabentuknya yang unik.
Apa yang uniknya? Uniknya adalah tingkapnya boleh dibuka luas dari sisi tepi (swing) atau dari atas (tilt). Ianya sebenarnya rekabentuk yang sangat praktikal dan bijak. Reka bentuk ini dipanggil ‘tilt and turn window’.
Lihat foto di bawah. Ianya adalah tingkap kaca ruang tamu dan uniknya ianya boleh dibuka dari semua arah! (Dari condong atas atau dari sisi tepi).
Buka ke dalam dari sisi tepi (turn mode): Untuk pengudaraan maksimum atau cucian.
Condong dari atas (tilt mode): Untuk pengudaraan ringan tanpa bahaya keselamatan (contohnya di bangunan tinggi atau jika ada anak kecil).
Jika condong dari atas (tilt mode), tingkap masih tertutup dari luar dan susah untuk penceroboh masuk. Sesuai untuk rumah yang mahu udara segar tapi kekal selamat.
Bila dibuka sepenuhnya dari sisi tepi (turn mode), ia menghadap ke dalam jadi senang nak cuci bahagian luar dari dalam rumah. Tak perlu panjat atau buka jeriji.
‘Tilt mode’ benarkan udara masuk dari atas tanpa hembusan terus bagus waktu musim sejuk, supaya tak terlalu sejuk dalam rumah tapi masih dapat udara segar.
Bingkai tingkap jenis ini biasanya sangat rapat dan kukuh, jadi ia menahan bunyi dan menjaga suhu dalam rumah sesuai dengan standard tenaga yang tinggi di Jerman.
Aku teringat lama dahulu semasa mula-mula membuka tingkap ruang tamu ini untuk membenarkan angin luar masuk dalam rumah, aku menyangka aku telah mematahkan struktur ensel atau rekabentuk tingkap yang unik ini! Rupa-rupanya memang rekaannya sebegitu!
Dinding rumah-rumah di sini pula sangat tebal binaannya dan dilapisi pula dengan penebat haba bagi mengelakkan haba dalam rumah dari menyusupi keluar.
Tambahan pula, negeri-negeri di Eropah sangat kurang menerima cahaya matahari di musim sejuk.
Satu lagi majoriti rumah-rumah di Jerman memang tidak ada yang memasang jeriji besi (grill) di semua bahagian rumah disebabkan kadar jenayah yang amat rendah sekali walaupun rumah mereka terletak di tingkat bawah sekali.
Keselamatan penduduk-penduduk yang menetap di Jerman amat terjamin. Betul-betul ‘peace of mind’ tanpa khuatir sebarang kegiatan jenayah.
Ketika musim panas, dengan waktu siang yang panjang menyebabkan matahari terbit sekitar jam 4 pagi dan terbenam sekitar jam 10 malam. Jadi malam yang sangat singkat kurang membantu mengurangkan suhu persekitaran.
Akan tetapi jika cuaca terlalu panas atau ‘heatwave’ melanda, sekolah dan pejabat mesti ditutup demi keselamatan orang ramai.
Pejabat atau sekolah ditutup di Jerman hanya kerana cuaca panas yang luar biasa (heatwave) di panggil ‘hitzfrei’.
Konsep lama yang digunapakai hingga kini setiap kali kali cuaca mencecah suhu yang luar biasa ini wujud semenjak tahun 1892!
Sebenarnya tiada peraturan bertulis khusus bila pejabat atau sekolah harus ditutup apabila suhu cuaca mencecah tinggi. Terpulang kepada kehendak atau bergantungnya keperluan di tempat kerja.
Yang pasti, syarikat mesti memastikan keselesaan ruang kerja atau sekolah dengan memastikan suhu bilik tidak melebihi daripada 26 darjah Celsius.
Jika suhu cuaca melebihi 30 darjah, majikan harus mengambil tindakan segera bagi melindungi para pekerja mereka. Ini tidak hanya berlaku untuk pejabat dan sekolah akan tetapi juga kedai, gudang, bengkel, atau tempat kerja lain.
Para pekerja juga boleh memilih tempat kerja yang lebih selesa. Jika mereka bekerja di luar dan terdedah kepada cahaya matahari, majikan harus memastikan ada tempat untuk pekerja berteduh dan air minuman yang mencukupi.
Ada juga sebilangan para pekerja dibenarkan mengubah waktu kerja mereka bagi mengelakkan cuaca yang panas lagi melampau. Sementara itu, untuk pelajar sekolah, mereka masih bersekolah tetapi dibenarkan pulang awal apabila suhu dalam kelas mencecah 30 darjah walaupun jam menunjukkan 10 pagi.
Secara keseluruhannya, tingkap besar dalam rumah-rumah Jerman mencerminkan keutamaan masyarakatnya terhadap keselesaan, kelestarian dan rekaan pintar yang sesuai dengan perubahan musim. Ia menjadi bukti bahawa elemen seni bina boleh berfungsi lebih daripada sekadar hiasan. Ia juga menyumbang kepada kesejahteraan hidup harian.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!