
Nak simen lantai paling mudah tak sakit pinggang. Rumah teres lot tengah kebiasaanya mesti ada sedikit ruang landskap yang disediakan oleh pemaju. Tapi, anda berhajat nak turap atau simen lantai laman sepenuhnya sebab tak ada masa nak selenggara kalau tumbuh rumput atau rumpaiatau mungkin ada kegunaan lain. Nak panggil atau upah orang, boleh tahan mahal juga untuk ruang yang secoet tu.
Nak turap sendiri, tak reti. Ahmad Saif tunjuk cara untuk turap atau simen lantai paling mudah tak sakit pinggang menggunakan RC Bar. Jom kita lihat cara-caranya.
Saja nak kongsi tip konkrit simen mudah, tak sakit pinggang dan ringan. Saya buat dengan anak buah darjah 6 je. Dia yang gaul simen dan ratakan
Ratio konkrit:
✓1 beg simen
✓2½ wheelbarrow Pasir
✓1 wheelbarrow Batu
Baca juga: Buat Sendiri Cendwan Batu Gunakan Surat Khabar, Botol Terpakai dan Simen
Letak beg simen bukit pasir
Buka dan keluarkan simen atas bukit pasir
Alihkan bukit simen dan pasir tade ke sebelah. Pastikan cedok dari bahagian bawah untuk mudah simen tadi bercampur
Lakukan perkara sama sekali lagi
Bila dah sekata, buat lubang bahagian tengah bukit
Tabur batu di tebing kawah
Isi air sampai hampir limpah kawah dan biarkan 10 min utk resapan.
Anda akan rasa tebing tu sangat lembut..sangat mudah dan ringan..tarik dan ratakan je..sambil tarik akan rata dgn sendiri
Ratakan lah dengan senduk /trowel simen. pastikan air xbertakung.
10 Petua Mudah Buat Langsir Anda Sentiasa Nampak Baru Dan Menarik

Langsir merupakan salah satu menyeri ruang yang dapat yang amat penting. Selagi tiada langsir yang digantung, ruang kelihatan seperti masih belum siap. Selain itu langsir juga memainkan peranan untuk mengubah “mood” sesebuah ruang, bergantung pada kegunaan.
Salah satu fungsi utama langsir juga termasuklah sebagai penghadang bagi memberi lebih privasi kepada pemilik.
Cara-cara untuk anda maintai dan sentiasa pastikan langsir sentiasa nampak baru tanpa perlu membeli langsir yang baru adalah :
- Rendam sheer curtain yang sudah kelabu dan kusam semalaman untuk kembalikan kesegarannya. Kemudian basuh dan bilas seperti biasa. Pun begitu, jika keadaannya masih agak kekuningan kerana kesan reaksi kimia dengan cahaya matahari, tukarkan fungsinya kepada hiasan katil seperti kelambu atau pembahagi ruang. Paling penting, dengan cucian yang sempurna, langsir bukan sahaja akan berbau wangi malah bersih serta masih boleh dikitar semula.
- Kucing anda semburkan ‘haruman’ pada langsir anda? Jangan panik! Anda boleh rendam bahagian yang terkena semburan kencing kucing anda itu sahaja atau memilih untuk merendam seluruh langsir. Sebelum merendam dalam cecair cucian, sapukan bahagian yang terkena semburan kucing anda dengan ubat gigi. Biarkan dalam sejam dua. Kemudian terus direndam dalam cecair pencuci agar bau najis kucing akan hilang dan tidak boleh dihidu oleh kucing anda.
- Bagi langsir yang menggunakan kain tebal, anda boleh menggunakan bulu yam atau fabrik pembasmi habuk. Anda boleh lap debu atau habuk melekat pada langsir. Ini boleh kita lakukan seminggu sekali terutama jika anda menetap di kawasan bandar. Bucu langsir boleh disedut dengan penyedut hampagas. Adakala debu-debu seumpama inilah yang menjadikan fabrik kita nampak kotor dan kelabu terutama bagi yang memilih fabrik renda kasar.
- Bagi yang menggunakan renda juga boleh meremdam seketika dengan air panas bersama serbuk pencuci agar rongga jalinan terbuka dan membebaskan kotoran yang seni di celah-celah jalinan benang.
- Awas jika anda menggunakan fabrik sheer halus yang eksklusif, pastikan menggunakan mesin basuh cucian lembut agar tidak merosakkan kain.
- Pastikan anda mencuci hanya langsir sahaja di dalam satu bekas cucian terutama jika anda membasuh langsir berwarna gelap. Ini bagi mengelakkan warnanya tidak berbelak atau luntur .
- Anak-anak menepek gula-gula getah pada langsir anda? Sakit hati bukan? Tenang ya! Anda boleh terus menggosok gula-gula getah tersebut dengan air batu sehingga keras. Kemudian anda boleh menariknya dengan mudah.
- Jika langsir anda mempunyai tiga panel, anda boleh menukar bahagian panel yang anda mahu dan menggantikannya dengan fabrik baru yang bersesuaian terutama di bahagian bawah yang selalunya lebih kotor daripada bahagian atas.
- Elakkan membasuh swag dengan mesin basuh. Terutama jika anda menggunakan swag satin polos. Ini boleh menjadikan juraian kain langsir anda berkedut dan amat payah untuk menggosoknya nanti.
- Elakkan membasuh tessle atau tali pengikat langsir menggunakan mesin. Andai kotor, memadai dengan merendamkan tassle tersebut semalaman. Gunakan berus gigi terpakai untuk menyental lembut segala kekotoran jika perlu.
Interior Rumah Versi Japandi (Japan & Skandinavian), Menarik Minat Orang Ramai Sekarang

Interior design jenis Japandi atau singkatan ayat tersebut dari perkataan Japan & Skandinavian, kebelakangan ini menjadi satu trending yang sangat dikenali di dunia perumahan sekarang. Jika kita tahu, Japan dan Skandinavian ini adalah berbeza kaum atau budaya, tetapi ini tidak bermakna mereka tidak boleh memilik sama prinsip dalam dunia interior design. Maka dengan itu, saya akan menerang sedikit demi sedikit tentang jenis jenis interior design versi Japandi ini yang boleh kita mengambil tahu ilmu baru supaya suatu hari nanti kita dapat memilih untuk jenis Japandi ini diterapkan dalam interior rumah kita.
Konsep Ruang Tamu yang Open-Space
Konsep ruangan terbuka ini akan memberikan ada rasa yang sangat nyaman dan selesa kerana apabila masuk sahaja rumah, anda boleh melihat rumah anda seperti sejauh mata memandang. Rumah yang mempunyai ruangan terbuka luas ini, perlu digabungkan beberapa fungsi ke dalam satu ruang fungsi besar dan pada ketika jejak kaki ke dalam rumahlah, terus kita dapat melihat ruang tamu, meja makan, dapur, dan lain-lain. Secara tidak langsung, kita akan dapat satu rasa atau aura harmoni dalam rumah itu.
Sumber Cahaya Skylight
Satu sumber cahaya yang bagus adalah sinaran matahari. Cahaya yang memasuki ke dalam rumah walaupun sedikit atau disebabkan tidak mempunyai jendela yang besar, sudah cukup cantik sebenarnya untuk menampakkan rumah kita kelihatan seperti rumah di fantasi. Lagi-lagi kalau elemen cahaya dari skylight ini, ada di dapur kita. Dengan terdapat sinaran matahari di dapur, kita sudah boleh menjimatkan penggunaan lampu. Sesetengah orang, rumah mereka terlalu malap dan gelap. Jadi, di siang hari pun mereka perlu menggunakan lampu. Tetapi dengan adanya konsep cahaya ini, walaupun keadaan dalam rumah malap, kita tidak perlu lagi menggunakan lampu di dalam rumah kerana cahaya matahari sudah mencukupi.
Design Japandi ini amatlah bagus sekali jikalau orang Malaysia mengambil atau menggunakannya di negara kita. Sekiranya ada yang membuat rumah di Malaysia ini dengan cara design Japandi, kemungkinan ramai yang akan berminat untuk mengubah suai interior rumah mereka seperti design Japandi ini.
Sumber: ARSITAG (https://www.arsitag.com/article/renovasi-rumah-model-japandi)
KIARA BAY – UEM SUNRISE MEMPERKENALKAN PEMBANGUNAN PERDANA BARU

UEM Sunrise Berhad (“UEM Sunrise”), salah satu pemaju hartanah utama di Malaysia, hari ini melancarkan pelan induk pembangunan perdana terbarunya, Kiara Bay yang terletak di tengah bandar Kepong. Kiara Bay adalah perbandaran bersepadu yang menawarkan kehidupan bertaraf tinggi di tepi tasik yang berdekatan dengan Kepong Metropolitan Park. Di antara keunikan bandar ini adalah tasik, kecantikan alam semula jadi dan gaya hidup aktif dengan kemudahan dan kesinambungan persekitaran bandar yang meriah untuk mewujudkan kehidupan yang menyeronokkan dan lebih mudah.
UEM Sunrise memperkenalkan konsep ‘liveability’ di Kiara Bay di mana terdapat kepelbagaian dalam penggunaan ruang – dari kedai runcit ke taman di luar – kerana mereka melengkapkan satu sama lain untuk mewujudkan suasana meriah bagi masyarakat di bandar yang mampan. Melalui konsep ini, mereka juga bercita-cita untuk membangunkan masyarakat yang rapat di dalam Kiara Bay dengan menghasilkan keseronokan di bandar melalui acara masyarakat, festival, dan perayaan.
“Fokus kami dengan konsep ‘liveability’ ini akan menjadi pencetus dari segala yang kami lakukan di Kiara Bay untuk mewujudkan ikon kehidupan bandar yang aktif yang mempunyai sesuatu untuk ditawarkan kepada seluruh lapisan komuniti pelbagai generasi,” kata Anwar Syahrin Abdul Ajib, Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise. “Di UEM Sunrise, kami berhasrat untuk membina lebih daripada sekadar struktur dan bangunan, malahan masyarakat dan persekitaran yang inklusi untuk semua. Mont’Kiara adalah bukti kami untuk visi ini, dan juga untuk Kiara Bay.
Projek pembangunan bercampur ini akan dibina bersama rakan usaha sama, Melati Ehsan Group. “Kami teruja berada dalam perjalanan ini dengan UEM Sunrise untuk mewujudkan sesuatu yang baru di Kepong. Digabungkan dengan pelan induk yang terperinci dan watak yang dirangkumi, Kiara Bay akan menjadi penanda aras industri bandar urban,” kata Tan Sri Dato’ Yap Suan Chee, Pengerusi Melati Ehsan Holdings Berhad Group.
Menurut pelan induk yang dilancarkan, Kiara Bay terdiri daripada unit kediaman, pusat membeli-belah, ruang pejabat, hotel, pusat penjagaan kesihatan dan pusat pendidikan yang merangkumi 73 hektar tanah pajakan utama di Kepong, dengan nilai perumahan keseluruhan Nilai Domestik Kasar (GDV) sebanyak RM15 bilion.
Fasa pertama projek ini terdiri daripada 870 unit kediaman dengan kawasan binaan antara 800 hingga 1,250 kaki persegi yang berharga di antara RM600,000 hingga RM900,000. Termasuk dalam fasa ini adalah kemudahan seperti kolam renang, pusat gim, dek langit dan banyak lagi. Anggaran siap tarikh plot pertama disasarkan untuk suku keempat 2023, sementara perbandaran keseluruhannya pada tahun 2039.
Dari segi aksesibiliti, Kiara Bay boleh diakses melalui beberapa lebuh raya dan jalan utama seperti Middle Ring Road 2 (MRR2), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Duta Ulu Klang, Jalan Kuching, dan Jalan Kepong. Terdapat dua persimpangan baru yang akan menyediakan akses terus dari MRR2 ke Kiara Bay.
Dua stesen MRT 2 – Kepong Baru dan Jinjang – dijadualkan beroperasi menjelang 2021 dan menjadi stesen – stesen MRT terdekat ke Kiara Bay. “Projek regenerasi 15 hingga 20 tahun ini akan membolehkan perancangan induk bersepadu dengan pelbagai jenis produk, kemudahan dan perkhidmatan komuniti seperti Polis Auxiliary dan bas ulang-alik ke stesen MRT yang terdekat,” kata Anwar.
“Dengan memanfaatkan pengalaman dan kejayaan kami dalam membangunkan Mont’Kiara dan rekod jejak JV Melati Ehsan Group dalam pengurusan pembinaan, kami ingin mencipta nilai yang sama dengan Kiara Bay supaya para pembeli rumah dan pelabur dapat menikmati pertumbuhan modal dalam aset mereka.” Beliau juga berkata berbanding dengan perkembangan pembangunan yang kecil, pelan induk Kiara Bay yang menyeluruh akan mewujudkan lebih banyak komuniti dan aktiviti komersil yang akan memberi impak positif kepada Kepong dari segi ekonomi dan sosial.