Tak semestinya, setiap kali Sahabat LAMAN hendak bercucuk tanam dengan menggunkan pasu, anda perlu menyediakan atau membeli medium tanaman baru. Apa kata kita guna semula medium pemasuan yang telah digunakan. Tapi, untuk menggunakan semula medium pemasuan terutamanya dari bekas atau pasu yang tanaman nya telah mati akibat penyakit, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil berat dan teliti. Ia bertujuan memberi nutrien yang secukupnya dan mengelak sebarang penyakit kepada tanaman yang bakal ditanam dengan mnggunkan medium tersebut.

Cara guna semula medium pemasuan
Apa kaedah terbaik penggunaan semula medium pemasuan? Senang dan ringkas, anda hanya perlu cabut tanaman yang lama atau tuai tanaman atau sayuran yang terdapat di dalam pasu tersebut dan gunakannya semula. Selain itu juga, medium pemasuna yang telah digunakan boleh dijadikan sebagai:

1. Untuk menambak batas tanaman
2. Mengisi lubang-lubang atau permukaan yang tidak rata di laman atau kebun
3. Sebagai salah satu campuran di dalam bahan kompos

Namun, sebelum anda mengitar semula medium pemasuan WAJIB tahu risiko yang bakal dihadapi supaya ia memudahkan anda mengawal keadaan jika sesuatu berlaku kepada tanaman

IKLAN

Risiko kitar semula medium pemasuan
Terdapat lebih risiko terhadap tanaman jika medium pemasuan tidak dirawat sebelum digunakan semula. Ia lebih terancam jika medium pemasuan yang diambil dari pasu yang pokoknya telah mati. Antara faktor ancaman utama kepada tanaman ialah:

1. Tanah yang telah digunakan kebiasaanya menggandungi patogen seperti virus, fungus, bakteria, nematodes dan pelbagai lagi organisma penyebab penyakit kepada tanaman. Lebih membahayakan, organisma-organisma tersebut boleh menyebabkan tanaman anda mati

IKLAN

2. Kandungan mineral yang terdapat di dalam medium pemasuan yang tealh digunakan berkuranagn. Ini akan menyebabkan tanaman anda terbantut atau tidak membesar dengan optimum

IKLAN

Untuk mengetahui cara untuk merawat medium pemasuan yang hendak di gunkan semula [klik siniCara Recycle Medium Pemasuan Yang Ramai Tak Tahu (Siri 2)] 

sumber:https://dengarden.com/