Tak semestinya, setiap kali Sahabat LAMAN hendak bercucuk tanam dengan menggunkan pasu, Anda perlu menyediakan atau membeli medium tanaman baru. Apa kata kita guna semula medium pemasuan yang telah digunakan. Tapi, untuk menggunakan semula medium pemasuan terutamanya dari bekas atau pasu yang tanaman nya telah mati akibat penyakit, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil berat dan teliti. Ia bertujuan memberi nutrisi secukupnya dan mengelak sebarang penyakit kepada tanaman yang bakal ditanam dengan menggunkan medium tersebut.

Untuk mengetahui kegunaan dan penyakit yang menjadi risiko medium pemasuan yang dikitar semula [klik sini :Cara Recycle Medium Pemasuan Yang Ramai Tak Tahu (Siri 1)] 

Cara untuk elak dan kurangkan risiko menggunakan semula medium pemasuan

Untuk elak tanaman anda menjadi mangsa atau terdedah kepada ancaman daripada medium pemasuan yang digunakan semula, ini yang perlu anda lakukan:

1. Jangan guna medium pemasuan dari tanaman yang diserang penyakit
Memang tanaman di dalam pasu tersebut telah mati dan dibuang. Namun, pathogen yang menyerang atau menyebabkan kematian tanaman tersebut mungkin berada di dalam medium pemasuan. Jika anda gunakan untuk tanaman yang lain, ia bakal menyebabkan tumbuhan tersebut menerima nasib yang sama Cara Recycle Medium Pemasuan Yang Ramai Tak Tahu (Siri 2)

IKLAN

2. Stril medium sebelum diguna semula
Tanah yang terdapat di dalam pasu sama ada mempunyai tanaman ataupun tidak terdedah kepada kehadiran bendasing seperti biji benih rumpai yang dibawa angin. Selain itu juga, permukaannya yang terdedah mengundang kehadiran phatogen dan serangga tanpa kita sidar.

Untuk membasmi atau memusnahkan elemen perosak tersebut, bakar medium pemasuan anda. Caranya adalah dengan mendedahkan ia kepada terik mentari. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mengisakan medium pemasuan yang hendak digunakan semula kedalam satu plastik berwarna hitam. Renjiskan sedikit air untuk membentuk kelambapan supaya ketika terdedah keapda mata hari, wap yang panas dapat menstrilkan medium. Letakkan medium tersebut di kawasan yang terdedah kepada terik matahari sekurang-kurangnya seminggu. Ia berupaya memusnahkan biji benih rumpai dan serangga yang terdapat di dalam medium tanamanCara Recycle Medium Pemasuan Yang Ramai Tak Tahu (Siri 2)

Cara Recycle Medium Pemasuan Yang Ramai Tak Tahu (Siri 2)

IKLAN

Tip: Untuk pastikan medium pemasuan yang diguna semula betul-betul bebas dari elemen perosak dan pemusnah, bakar dengan menggunakan kepanasan cahaya matahari sahaja tidak mencukupi. Apa kata anda bakar di dalam oven atau microwave. Menurut Laura Pottorff dari Colorado State University Cooperative Extension Horticulturist and Plant Pathologist menyarankan penggunaan peringkat suhu untuk menstril medium pemasuan adalah pada 180 hingga 200 darjah F untuk tempoh paling tidak setengah jam.


3. Pembajaan
Medium pemasuan yang telah digunakan akan kekurangan nutrisi disebabkan telah digunakan oleh tanaman terdahulu. Untuk membaik pulih medium pemasuan yang telah kekurangan nutrisi, anda perlu merawat dengan beberapa jenis baja iaitu dari jenis cecair dan biji (slow-release) Cara Recycle Medium Pemasuan Yang Ramai Tak Tahu (Siri 2)

Baja cecair membekalkan dan membaik pulih medium tanaman yang telah disetril dengan menyediakan keperluan nutrisi yang diperlukan tanaman secara segera. manakala baja biji atau slow-release membebaskan keperluan nutrisi kepada tanaman secara berperingkat untuk satu tempoh yang lama. Namun, baja cecir perlu dibekalkan kepada tanaman setiap 2 minggu sekali

IKLAN

4. Campurkan dengan medium baru
Medium pemasuan yang telah digunakan kebiasaanya akan menjadi keras atau padat. Untuk mengembalikan keupayaan saliran, pengudaraan dan kesuburan medium pemasuan yang lama, campurkan 1 bahagian medium lama yang telah dirawat dan 1 bahagian tanah baru. Gaulkan sehingga rata sebelum digunakan.

5. Siram dengan air hujan
Perasan tak, pada permukaan medium pemasuan yang telah digunakan terdapat satu lapisan putih yang mengeras? Ia merupakan lapisan garam yang mengganggu tumbesaran tanaman. Ia akan menyebabkan tanaman terbantut dan tidak menerima nutrisi yang diperlukan secukupnya.

Untuk membersihkan kandungan garam yang terdapat pada medium pemasuan anda, siramkan ia dengan air hujan berkali-kalai sehingga kandungan garam tersebut hilang. Air hujan mengandungi garam yang sangat minima jika dibandingkan dengan air paip. Selain itu juga, anda boleh buah lapisan garam yang dikesan dan campurkan medium pemasuan tersebut denagn 50% tanah baru

Sumber:https://dengarden.com/

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI