Tidak dinafikan, masih ada segelintir di kalangan anda yang masih menggunakan lampu jenis kalimantang yang biasa di rumah meski zaman masa kini telah berubah dengan adanya pelbagai teknologi terkini seperti penggunaan lampu Light Emitting Diode atau bagi singkatannya LED.
Seperti umum mengetahui, penggunaan lampu LED ini sememangnya sangat bagus untuk digunakan kerana ia boleh menjimatkan kadar penggunaan kuasa elektrik. Oleh itu, orang ramai sememangnya digalakkan untuk menggunakan lampu LED ini di rumah.
Jadi, bagaimana cara yang boleh anda lakukan agar lampu jenis kalimantang di rumah anda masih boleh digunapakai tanpa menukar kepada lampu baharu? Jangan bimbang, caranya mudah sahaja.
Ads
Apa yang perlu anda lakukan adalah menukar lampu kalimantang anda kepada jenis lampu LED. Ingin tahu bagaimana caranya? Mari IMPIANA kongsikan bersama anda.
Anda boleh mengetahui caranya dengan menonton video segmen Tip Impiana kali ini pada pautan di bawah;
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Kesilapan selalu kita buat ketika membeli sofa boleh memberi impak yang besar kepada keselesaan dan kepuasan seisi rumah. Anda mungkin akan rasa sedikit ralat lebih-lebih lagi jika anda telah menghabiskan banyak wang untuk membeli sofa yang diidamkan.
Lebih ‘sakit’ lagi kesilapan ini akan membuatkan anda berasa sangat kecewa. Terdapat beberapa kesalahan umum yang sering dilakukan oleh ramai orang ketika membeli sofa. Selepas ini jika anda berhajat untuk membeli sofa baharu, pastikan anda jangan terburu-buru membuat keputusan.
Kesilapan yang paling biasa yang sering dilakukan oleh ramai orang ketika memilih sofa ialah berkaitan dengan saiz saofa. Kebanyakan orang lupa mengukur ruang yang ingin diletakkan sofa sebelum membeli sofa.
Kebiasaanya akibat terpesona dengan sofa yang dipamerkan di kedai pearbot, ramai di antara kita tidak lagi mempedulikan soal saiz sofa. Faktor ilusi ruang kedai yang besar menjadikan sofa besar kelihatan kecil. Untuk mendapatkan sofa yang betul, anda harus terlebih dahulu mengukur keluasan ruang di rumah anda sebelum membeli sofa. Juga, jangan lupa untuk mengukur skala sofa lama dengan sofa yang akan anda beli.
Kesilapan yang sering juga dilakukan oleh ramai orang ialah apabila tidak mencuba dahulu sofa yang ingin dibeli. Hanya selepas dibeli, barulah anda dapat rasa yang anda sebenarnya tidak selesa dengan sofa tersebut ketika anda duduk di atasnya.
Sebagai contoh, anda mempunyai saiz badan yang tinggi, tetapi anda memilih sofa yang mempunyai tempat duduk yang cetek. Oleh itu, sebelum membeli sofa, anda harus cuba duduk di atas sofa tersebut. Jangan lupa untuk mencuba sofa seperti apabila anda menggunakannya di rumah. Sebagai contoh, jika anda sering tidur di sofa, cuba tidur di atas sofa yang anda ingin beli.
Konsep dekorasi kediaman anda amat penting diperhatikan ketika memilih jenis sofa yang ingin dibeli. Jangan biarkan dekorasi rumah anda yang berkonsep Scandinavia, tetapi sofa yang anda pilih adalah Gothic. Sudah tentu ia akan menjadi sangat ‘aneh’ melainkan anda seorang yang benar-benar pakar dalam menggabungkan pelbagai jenis perabot agar kelihatan unik.
Pertimbangkan juga bahagian ruang mana di dalam rumah anda yang ingin anda letakkan sofa baharu. Ini kerana, ia sangat mempengaruhi pemilihan warna dan fabrik pada sofa. Sebagai contoh, jika sofa yang anda pilih diperbuat daripada warna licin dan terang, maka ia digunakan untuk kawasan keluarga. Sudah tentu sofa akan cepat rosak kerana kerap digunakan.
Selain itu, pilih warna sofa berdasarkan material dan warna yang anda sangat suka. Jangan pilih sebab warna tersebut sedang ‘trending.’ Ini kerana anda akan menggunakan sofa tersebut selama bertahun-tahun.
Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran harga sofa yang murah walaupun anda dalam mood berjimat-cermat. Anda juga perlu memilih sofa yang berkualiti. Harga yang murah sememangnya akan menjimatkan perbelanjaan. Bagaimanapun tidak semestinya harga yang murah, sofa tersebut akan bertahan sehingga 10 tahun.
Sofa yang berkualiti mungkin akan membuatkan anda menghabiskan banyak wang. Bagaimanapun kerana kualiti yang boleh menjadikan sofa tahan lebih lama, anda tidak perlu menukar sofa dengan kerap dalam tempoh 10 tahun akan datang.
IMPIANA: Semoga dengan panduan yang diberikan dapat membantu anda untuk memilih sofa yang tepat. Jangan lakukan lagi kesalahan yang sama ketika anda berhajat untuk membeli sofa baru.
Rekabentuk rumah lama sangat mementingkan privasi penghuni kediaman. Jika diperhatikan, rekaan rumah lama telah diadakan sudut khas untuk tetamu tanpa perlu mengganggu privasi penghuni kediaman yang lain.
Khairunnisa Hamzah seorang pengasas Reka Bentuk 3D Online telah berkongsi ilmu bagaimana ruang tetamu yang sesuai dibina untuk rumah orang Islam.
Sekiranya anda berkeinginan untuk membina rumah sendiri dan mempunyai modal lebih, apa salahnya jika mengikuti saranan ini. Keselesaan ahli keluarga anda pastinya akan terjamin selain mengikut tuntutan syarak terutama dari segi menjaga aurat. Semoga bermanfaat untuk semua.
Adalah lebih baik jika tetamu tidak dapat melihat langsung aktiviti dan dalaman rumah keluarga. Cukuplah pergerakan tetamu di ruang tetamu sahaja.
“Minta maaf, nak tumpang tandas, boleh?” Biasa tetamu akan buat permintaan mengejut sebegini apabila datang berkunjung.
Sekiranya ada tandas di ruang tetamu, tetamu tidak perlu lagi masuk ke dalam bilik-bilik tuan rumah atau terus terjah ke dapur.
Saya ada menonton kuliah agama seorang ulama Indonesia yang mengatakan:
“Yang terbaik adalah jika kamu boleh mengasingkan ruang tetamu dengan ruang keluarga. Kalau boleh, diasing terus dari rumah kamu sehingga apabila kamu menutup pintu dan menguncinya sekalipun, tetamu masih boleh aman di situ.”
Maksud beliau kita sememangnya wajib melayan tetamu sebaiknya. Oleh itu sediakan ruang untuk tetamu semampu boleh namun paling penting ialah mengambil kira aurat dan aib tuan rumah sekeluarga.
Siapkan ruang duduknya, ruang bersucinya (tandas), ruang solatnya dan juga ruang berehatnya (bilik tidur) di satu kawasan yang sama yang tidak perlu melalui ruang keluarga.
Ini dapat membataskan aurat, pandangan dan pergaulan antara tetamu dan ahli keluarga.
Orang putih ada wujudkan ‘powder room’ di ruang tamu. Ia adalah bilik bersiap yang dilengkapi dengan kemudahan tandas.
Namun berbeza dengan rumah-rumah di negara kita yang kebanyakkannya tandas diletakkan di ruang dapur atau di dalam bilik tidur.
“Nisa, macam mana ya nak buat? Kalau tetamu datang, dari pintu masuk terus boleh nampak akak tengah memasak di dapur. Tak selesalah. Kadang tak sempat pakai tudung atau baju lengan panjang,” luah salah seorang pemilik kediaman masa sesi makeover rumahnya.
Sekarang banyak rumah buat konsep terbuka (open concept). Namun, apabila menerima kehadiran tetamu secara mengejut, ia menyebabkan wanita Islam tidak selesa kerana belum bersedia menutup aurat. Apatah lagi ketika itu sedang sibuk beraksi dengan kuali di dapur.
Jika kita lihat senibina rumah lama dahulu, mereka sudah ambil berat tentang hal ini terlebih dahulu. Di dalam rumah mempunyai ruang publik, semi publik dan ruang privasi.
RUANG PRIVASI
Apabila tetamu yang tidak rapat datang berkunjung, mereka hanya ditapis dan dilayan hanya di serambi (ruang publik).
SEMI PUBLIK
Sekiranya merupakan tetamu rapat seperti kenalan atau saudara, barulah dapat masuk sehingga ke ruang menonton, ruang rehat dan ruang makan.
RUANG PRIVASI
Manakala bilik-bilik tidur, ruang keluarga dan dapur (ruang privasi) hanya untuk tuan rumah sahaja.
Ramai antara kita sudah siap beli rumah daripada pemaju. Jadi bagaimana untuk menjadikan rumah kita terpelihara aurat dan pandangan dari tetamu?
1. Boleh buat penghadang pandangan seperti tambahan tembok atau tabir yang menghalang pandangan terus ke ruang privasi tuan rumah.
2. Boleh tambah tempat wuduk dan ‘powder room’ (tandas) di hadapan rumah.
3. Boleh siapkan bilik tidur/bilik solat tetamu di hadapan rumah.
Saya pernah datang berkunjung ke rumah kenalan di Indonesia. Ia merupakan rumah bertingkat (apartment). Apa yang menariknya, setiap rumah itu dilengkapi dengan ruang yang sangat menarik perhatian saya.
Pemaju menyiapkan ruang untuk pembantu rumah yang boleh dipisahkan terus dari rumah keluarga. Ini bermakna apabila tutupnya pintu dapur dari dalam, maka pembantu rumah boleh menjalankan aktivitinya seperti biasa kerana dilengkapi dengan tempat tinggal, tandas, fasiliti lain dan boleh terus keluar dari kawasan pagar rumah di bahagian tersebut. (Ada 2 akses)
Mungkin apa yang boleh kita buat akan datang ialah merekabentuk rumah di mana ruang tetamu boleh direkabentuk sebegitu. Ruang tamu mempunyai akses yang berlainan dan terpisah terus dari rumah keluarga. Dengan cara ini privasi keluarga di rumah tersebut akan terus terpelihara.
Pemilik kediaman, Khairul Abdullah memilih konsep dekorasi serba ringkas. Hanya cat putih melatari segenap ruang kediaman tanpa fancy colour. Pemilik kediaman menggunakan tona warna monochrome (monokrom). Perabot hitam, putih dan kelabu diserikan dengan warna kayu.
Lampu yang dipilih juga ringkas, industrial design. Lampu dan kipas warna hitam. Pemilik kediaman menggunakan mentol warm white (lampu kuning) sebab pemilik kediaman suka efek warnanya selain tidak suka lampu putih yang cerah dan terang benderang. Ternyata pemilik kediaman juga suka warm dan cosy. Tenang dan romantik.
Perabut kebanyakannya dibeli di Ikea dan ada juga beli di Shopee. Antara sebab mengapa pemilik kediaman memilih perabot dari Ikea ialah rekaannya yang ringkas dan harganya yang berpatutan.
Beli di Shopee pula kerana ada barang di Ikea dan di kedai yang terlalu mahal. Boleh dapat murah di Shopee. Sinki dapur, paip, hob dan hood semua beli di Shopee. Pemilik kediaman mengakui bahawa dia tidak suka dengan hiasan yang sarat.
Hanya ada pokok hiasan dan bingkai gambar. Keseluruhan dinding rumah lebih selesa dikekalkan kosong. Banyak yang jadi hiasan adalah lego anak pemilik kediaman. Jelas pemilik kediaman yang juga merupakan seorang duda, dia memilih tona monokrom hitam, putih dan kelabu kerana sifat peribadinya sendiri.
Dia jenis yang tidak suka outstanding. Lebih suka low profile dan rilek sahaja. Shade ini memberi ketenangan pada dirinya. Lagi satu, lelaki ini juga suka warna industrial. Tona begini juga lebih manly untuk dirinya dan tiga orang anak yang semuanya lelaki.
Kolam ikan di luar rumah juga dibuat sendiri. Pemilik kediaman membeli tangki fibre di Shopee, bersama set pam dan filter. Apabila telah siap dipasang, pemilik kediaman membeli pokok-pokok hiasan di nurseri. Tidak lupa juga singgah di kedai akuarium untuk membeli ikan.
Secara keseluruhan, semuanya dibuat sendiri akui pemilik kediaman selain dibantu oleh adik-adiknya. Tidak melibatkan upah tukang atau orang lain. Semuanya dibuat sendiri. Tebuk dinding, pasang rail langsir dan pasang semua lampu kipas, semuanya dibuat sendiri.
“Kabinet dapur agak mencabar sedikit sebab nak tebuk kayu table top tu nak pasang sink dan hob memang kena buat betul-betul. So adik-adik datang bantu, pegang, ukur, tebuk dan pasang. Puas hati bila dah siap. Hasil tangan sendiri semuanya,” jelas pemilik kediaman.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!