Peneraju global dalam reka bentuk dan pembuatan produk peralatan bilik mandi dan dapur mewah, KOHLER, membuka ruang pameran baharu di Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor. Dengan keluasan 420 kaki persegi, pelancaran bilik pameran ini juga seiring dengan ulang tahun ke-150 KOHLER sebagai penyedia pengalaman hidup yang elegan melalui inovasi yang mengubah industri.
Pelancaran bilik pameran eksklusif yang baru ini mewakili tonggak pencapaian penting bagi KOHLER untuk terus mengembangkan jenama mereka dan menawarkan pengalaman membeli-belah yang tiada tandingan. Bilik pameran ini direka untuk mempamerkan produk jenama tersebut dengan cara yang paling menarik dengan memaparkan seleksi produk dengan fungsi penuh, sekaligus memberikan pelanggan peluang mencuba pelbagai pilihan mandian yang sedia ada.
“Sebagai sebuah jenama, komitmen kami terhadap kualiti, inovasi dan reka bentuk tidak dapat dibandingkan lagi – pembukaan bilik pameran ini menandakan kejayaan lain dalam usaha kami membawakan pengalaman hidup bergaya KOHLER kepada pengguna di Malaysia dan mengukuhkan lagi komitmen kami dalam mengembangkan lagi jenama kami di pasaran,” kata Leo Leong, Pengurus Besar Utara & Asia Tenggara Kohler Kitchen & Bath North & Southeast Asia, KOHLER Co., sebelum menambah, “Kreativiti dan reka bentuk bertaraf dunia adalah jiwa dan asas kepada jenama KOHLER dan dengan misi unutk membawa hidup bergaya kepada pelanggan, kami berharap dapat memberikan pengalaman baru dan unik kepada pereka, arkitek, pemaju dan pengguna kami dalam mencari produk yang sesuai untuk melengkapkan ruang rumah mereka.”
Sebagai pelopor utama dalam industri, KOHLER terkenal dengan reka bentuk inovatif dan kualiti yang terbaik, dengan pengalaman beroperasi lebih 150 tahun. Menawarkan pelbagai produk bilik mandi dan dapur mewah, barisan produk jenama ini meliputi tandas, pancuran mandian, pili air, paip dan tab mandi yang memenuhi citarasa pemilik rumah kotemporari yang bijak. Produk yang dipamerkan termasuklah seleksi produk terbaru jenama ini iaitu koleksi Anthem™ Valves and Controls dan koleksi Statement™ Showering, dan juga produk eksklusif lain seperti Tandas Pintar, Koleksi Edisi Artis dan produk dengan penyebaran wap fizikal (PVD).
Sebagai peneraju dalam membawa pancuran mandian digital ke pasaran, KOHLER telah menggabungkan kejuruteraan pakar dan kuasa air untuk memperkenalkan evolusi kepada pengalaman mandian – menawarkan pengalaman mandian yang mengasyikkan dan kebebasan untuk mengadaptasinya mengikut citarasa setiap individu. Seleksi produk termasuklah;
Gambar di atas: Koleksi Anthem™ Valves and Controls (Kiri) dan Koleksi the Statement™ Showering (Kanan)
- Koleksi Anthem™ Valves and Controls: Sebuah kemajuan dalam teknologi pancuran mandi, Koleksi Anthem™ memberikan prestasi pancuran mandian yang tiada tandingannya. Produk ini menggabungkan kejuruteraan terkini dan inovasi teknikal – bertindak sebagai pusat kawalan untuk sehingga 6 saluran dalam pancuran dengan penyesuaian yang tepat dalam suhu, isipadu dan semburan serta akses bebas kepada setiap semburan dan zon dwi suhu. Dengan kawalan yang tepat, pengalaman mandian telah berubah menjadi pengalaman yang lebih peribadi yang meningkatkan kesejahteraan individu.
Koleksi Anthem™ benar-benar menandakan satu pencapaian unik dalam teknologi pancuran mandian dan meningkatkan pengalaman mandian secara keseluruhan.
- Koleksi Statement™ Showering: Pendekatan reka bentuk moden yang mencabar jangkaan konvensional digunakan oleh KOHLER dalam membentuk koleksi ini. Kolaborasi antara rakan sekerja dari seluruh dunia memperkenalkan reka bentuk inovatif dan berimaginasi ke dalam koleksi, memberikan penekanan kepada pelbagai pertukaran pengetahuan, kepakaran dan perspektif budaya.
Koleksi Statement™ bertujuan untuk mentakrifkan semula minimalisme moden sejak 10 tahun lalu. Mengambil inspirasi dari objek di luar bilik mandi seperti perabot dan elemen pencahayaan, hasilnya adalah minimalism yang mudah dan mesra dimana menekankan campuran antara bentuk dan fungsi dalam sebuah reka bentuk yang cantik.
Pengunjung berpeluang melihat koleksi ini dalam pelbagai reka bentuk dalaman bilik mandi yang berbeza. Ini termasuklah contoh reka bentuk bilik mandi yang klasik, kontemporari, moden dan mesra keluarga serta kawasan demonstrasi langsung di mana mereka dapat melihat bagaimana kedua-dua koleksi memberikan pengalaman pancuran mandian yang tiada tandingannya.
Pameran eksklusif KOHLER kini dibuka kepada orang awam dan menawarkan pelbagai perkhidmatan, dari demonstrasi produk hinggalah kepada perundingan peribadi daripada pasukan pakar reka bentuk KOHLER. Pameran ini terletak di 32, Jln Dato Abu Bakar 16/1, Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor dan akan dibuka dari 9 pagi hingga 6 petang pada hari Isnin hingga Jumaat dan dari 10 pagi hingga 3 petang pada hari Sabtu
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Ruang Dapur Kini Tampak Lebih Mewah Dengan Kemasan Rona Putih & Emas
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI