Kita adakala terlepas pandang dek rambangnya mata memilih itu dan ini bagi sebuah ruang kediaman. Maklum sahaja semua yang disajikan di premis hiasan kediaman, cantik-cantik belaka dan adakala kita terbuai dek rekaan atau corak kemasan lembut yang menawan sehingga terlupa situasi sebenarnya di kediaman kita.Kredit foto: PexelsNamun itu bukan satu masalah jika kita sendiri tahu apakah yang patut kita perolehi untuk dinding dan jendela. IMPIANA memilih enam tip ringkas untuk menghias jendela yang sesuai dengan dinding anda.1. Dinding rendahKediaman anda berdinding rendah atau berjendela tinggi? Jika anda mendiami kediaman bersiling rendah, jangan gusar untuk menutup keseluruhan dinding kecil anda dengan langsir agar ruang nampak lebih luas dan tinggi. Ilusi ini juga membantu anda menyerlahkan tata hias yang lebih kemas dan elegan sebagaimana acap kali anda lihat di hotel lima bintang. Jika siling kediaman anda rendah, cari corak jejalur dan susun lah secara vertikal (menegak) mahu pun horizontal (melintang). Garisan ini selalunya memberi ilusi pada mata dan menjadikan ruang tampil luas dari yang sebenar.2. Dinding tinggiAdakala kita terlupa jendela kediaman kita bukan sebagaimana kediaman lain yang jauh lebih rendah. Selalunya jendela yang tinggi menyebabkan kain langsir menjadi senteng. Jangan malu segan untuk menambah fabrik di bawah mahu pun ¾ dari kaki fabrik langsir.Tambahkan 6 inci hingga 9 inci lebar kain tambahan dan jahit lah dengan kemas sambungannya agar membentuk garisan mewah di atas teks kain tersebut.Manakala bagi dinding, jika anda bermain dengan kertas dinding, tidak salah jika memilih corak flora fauna yang samar atau ilusi pokok menjalar tinggi bagi kanak-kanak agar dinding yang agak tinggi ini nampak lebih menarik dan disempurnakan dengan hiasan yang ideal. Gantungan ala vertikal juga digalakkan.
Kredit foto: Pexels3. Dinding adalah jendelaBagaikan akuarium, kediaman urban kini dilitupi dengan cermin jarang baru pada hampir keseluruhan dinding. Ini adalah kerana kebanyakan kediaman kini mempunyai gaya urban dan banyak menggunakan cermin jarang. Anda boleh menutup dengan bidai roman yang juga kemas dan didatangkan dalam pelbagai corak dan boleh juga dipadankan dengan kemasan lembut. Kelebihan bidai Perancis ini adalah corak dan warnanya boleh ditukar-tukar oleh tuannya. Anda juga boleh menggunakan bidai horizontal bagi menyukat cahaya yang tidak diperlukan dengan lebih berkesan.4. Padanan idealPastikan anda melihat dinding kediaman sebelum bertindak memilih langsir yang serasi. Apakah jenis kemasannya dan apakah pula warnanya yang dipilih. Anda perlu peka dengan kesesuaian ruang juga. Misalnya ruang dipalitkan dengan rona tanah dengan konsep harmoni.Pastikan anda tidak memilih rona yang bertentangan dengan skema warna yang mendominasi ruang agar pandangan fokus mata anda tidak bertelagah di dalam satu ruang. Sebaliknya pilihlah rangkaian warna tanah yang ideal buat ruang tersebut agar teradun sempurna.
Begitu juga jika ruang sudah sarat dengan hiasan dan corak dari kertas dinding. Tergamakkah kita mengenakan langsing bercorak sarat berwarna terang? Pilihan rona pastel yang lebih tenang dan melegakan pandangan di ruang tersebut. Awas, pastikan jendela anda mampu memberi limpahan cahaya matahari dengan sempurna. Jika ruang tamu anda terkepung dengan bangunan atau tidak menghala ke arah matahari, pilihlah langsir renda yang bukan sahaja menarik malah tidak menghalang cahaya semula jadi secara total.
Ramai di kalangan kita yang silap memilih rekaan langsir tanpa mengambil kira keserasian rekaan langsir dan konsep kediaman. Kita merasakan rekaan langsir tidak sama dengan konsep kediaman atau saiz kediaman kita. Namun antara yang lazim dilakukan adalah melangsiri pintu.
Contohnya:
Ads
i. Memilih langsir swag di kediaman bersiling rendah dan sempit
ii. Memilih langsir berwarna kontra dengan dinding
iii. Memilih aras langsir yang agak senteng
iv. Memilih langsir ropol ala kedesaan dan dipadankan dengan gaya moden.
Ads
v. Memilih kain bercorak sarat untuk langsir rekaan klasik berswag.
Peribahasa ini sangat sinonim dengan kehidupan kita seharian kan. Ini bermakna ceruk mana pun kita duduk, selagi ada sumber makanan, semut akan datang. Plastik makanan nak-nak gula yang belum buka pun semut boleh masuk.
Kita pun beli lah bekas kedap udara yang mahal-mahal untuk simpan gula. Tiba-tiba terlupa nak tutup pulak kan.. dah ada road tour baru untuk semut. Macam-macam produk dah digunakan untuk mencegah dan menghapuskan semut. tetapi masih tidak berjaya. Kenapa perkara ini berlaku?
1. Semut dapat kesan sisa makanan terutamanya gula walaupun saiz nya hanya sebesar habuk.
2. Semut akan merembeskan bahan kimia untuk satu perjalanan yang baru. Jadi apabila ada makanan yang di kesan, semut akan pulang ke sarang dan inform koloni dia. Nanti ramai-ramai semut ke tempat makanan yang baru dijumpai tadi dengan menggunakan laluan yang telah ditinggalkan kesan kimia.
3. Anda tak musnah atau ambil tindakan terhadap semut yang kelihatan berseekoran. Tahu tak, sebenarnya mereka sedang mencari makanan baru untuk dijamu koloni. lain kali. musnahkan segera.
4. Segera musnahkan koloni semut yang dijumpai. Kalau tidak, jumlah koloni bakal berkembang biak pulak kalau tindakkan segera tak diambil.
Untuk membanteras semut di dalam rumah, anda boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh yatieimra di Facebooknya
Bahan-bahan:
¼ cawan cuka putih
1¼ cawan air paip
1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan
Cara-cara:
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
Cara menggunakan spray:
1. Spray di kawasan laluan semut secara kerap. Memang lepas spray, kimia yang dihasilkan oleh semut akan hilang, tapi semut akan hasilkan laluan lain.
2. Membersihkan sisa makanan tumpah. Cuka boleh hilangkan bau ‘manis’ gula, gabungan cuka & sabun pulak menanggalkan minyak.
3. Jadikan semburan untuk mencuci dapur seleaps amsak.
4. Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot. Spray & lap je (boleh tambah cuka kalau kulat tebal sangat).
5. Spray secara konsisten untuk hapuskan rumput liar di halaman rumah (untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka ½ cawan lagi. Kalau pekat sangat bukan setakat rumput, tanaman pn boleh mati kalau terkena)
6. Boleh juga digunakan untuk mop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah 5 lagi bahagian air. Boleh tambah pencuci lantai kalau nak wangi. Gandakan sukatan untuk kuantiti yang banyak & gunakan air panas untuk lebih efektif.
Sumber: https://www.facebook.com/yatieimr
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Garam epsom membantu menjadikan tanaman lebih subur. Selain digunakan untuk perawatan kecantikan, garam epsom juga mempunyai manfaat untuk aktiviti berkebun.
Magnesium yang terkandung dalam garam epsom membolehkan tumbuhan menyerap nutrien penting dengan lebih baik, seperti nitrogen dan fosforus. Selain itu, magnesium juga sangat membantu dalam keupayaan tumbuhan menghasilkan bunga dan buah.
Bagi anda yang rajin bercucuk tanam, garam epsom ini antara bahan yang wajib ada selain baja. Banyak masalah berkaitan dengan tanam-tanaman boleh di atasi dengan menggunakan garam epsom.
Melalui perkongsian Liyana Mohd Poad wanita ini memberikan tip kegunaan garam epsom (epsom salt) untuk kesuburan pokok dan cara-cara menggunakannya.
Magnesium membantu percambahan benih dan membantu menguatkan dinding sel benih:
Cara penggunaan:
1 cawan garam epsom untuk 100 kaki persegi tanah atau campuran 1 hingga 2 sudu gaul dengan tanah semaian.
Banyak baja komersial menambah magnesium untuk membantu akar tumbuhan mengambil nutrien penting (nitrogen, fosforus, sulfur.) Bagi yang menggunakan bahan-bahan organik untuk menyuburkan pokok, menambah garam epsom pada tanah akan meningkatkan penyerapan secara semula jadi.
Cara penggunaan:
1 sudu untuk satu pokok. Tabur pada tanah di sekeliling pokok.
Kadang-kadang selepas mengalih anak semaian atau pokok-pokok dari bekas kecil ke bekas besar dari pasu ke tanah, pokok akan layu (terkejut). Keadaan ini berlaku kerana akar pokok mungkin tercedera ketika proses pengalihan tersebut. Bagi mengelakkan keadaan ini berlaku boleh guna garam epsom.
Cara penggunaan:
Tabur garam epsom di sekeliling pokok selepas proses mengalih pokok. Tutup semula dengan lapisan tanah.
Tumbuh-tumbuhan yang tidak mendapat magnesium yang cukup boleh dikenal pasti apabila daun-daun mula menjadi kuning. Ini kerana magnesium merupakan komponen penting dalam pengeluaran klorofil. Cuba taburkan garam di sekitar tanaman anda agar daun-daun tanaman menjadi sihat dan segar.
Cara penggunaan:
Tabur/siram lebih kurang 1 sudu besar garam epsom pada setiap pokok sebulan sekali. Amalan ini akan memberi manfaat kepada tumbuh-tumbuhan di taman sayur-sayuran anda. Hasilnya pokok-pokok tidak kiralah apa juga jenis pokok termasuklah pokok renek, bunga dan rumput akan hijau semula.
Kadar: 1 sudu + 4 liter air Disiram dua minggu sekali
Mencegah daun daripada menjadi keriting (leaf curling) dengan garam epsom. Daun yang menjadi keriting disebabkan oleh kekurangan magnesium dalam tumbuh-tumbuhan. Tambah garam epsom di sekeliling pangkal pokok yang sakit. Sebagai alternatif, untuk penyerapan yang lebih cepat anda boleh mencampurkan 2 sudu besar garam epsom ke dalam satu gelen air dan siram terus pada daun.
Cara penggunaan:
2 sudu + 4 liter air Siram pada daun sebulan sekali
Garam Epsom juga berfungsi mengelakkan tumbuhan diserang siput, ulat bulu dan jentik-jentik. Perlu diingat bahawa garam epsom larut dengan mudah larut dalam air termasuk air hujan.
Cara penggunaan:
Tabur garam epsom di tempat yang bermasalah.
Tabur garam pada pokok buah-buahan, pokok kacang, sayuran, dan anggur. Garan epsom membantu meningkatkan tahap klorofil dalam sel tumbuhan, membolehkan pokok menghasilkan hasil buah yang manis.
Cara penggunaan:
Kadar: 1 sudu + 4 liter air Siram 2 minggu sekali Tabur 1 sudu setiap pokok 1 bulan sekali
Menjadikan buah lebih manis.
Cara penggunaan:
2 sudu untuk setiap 4 liter air Siram setiap 2 minggu
Pokok cili perlu diberi magnesium setiap dua minggu untuk mencapai hasil yang lebih tinggi. Buah cili juga jadi lebih besar saiznya.
Cara penggunaan:
Taburkan 1 sudu garam epsom untuk setiap kaki persegi setiap dua minggu sekali.
Guna garam epsom agar pokok bunga ros lebih cantik, bunga lebih besar dan lebat dan daun jadi lebih gelap warnanya. Pastikan garam epsom digunakan ketika diawal-awal penanaman, ketika nampak pertumbuhan baru dan ketika bunga berkembang.
Boleh dikatakan ramai di kalangan kita yang menggunakan peralatan elektrik seperti seterika untuk mengosok pakaian bagi menghilangkan kesan kedutan supaya tampak lebih kemas.
Penggunaan peralatan elektrik ini sememangnya sudah menjadi kebiasaan dan pilihan ramai di kalangan pengguna di rumah. Ini kerana umum mengetahui penggunaan seterika ini amat berkesan untuk menghilangkan kesan kedutan.
Meski begitu, tahap keselamatan penggunaan seterika ini adakalanya membimbangkan oleh kerana kebanyakan peralatan elektrik ini menggunakan teknologi pemanasan yang berbahaya.
Tetapi jangan ada pula di kalangan anda yang tidak tahu, kini sudah ada cara yang lebih mudah dan peralatan selamat boleh anda gunakan bagi menghilangkan segala kesan kedutan pada pakaian anda.
Caranya, anda disarankan untuk menggunakan penyembur khas keluaran jenama Downy Wrinkle Releaser.
Untuk pengetahuan anda, penyembur khas ini dipercayai terbukti berkesan untuk menghilangkan kesemua kesan kedutan dengan sangat mudah tanpa menggunakan seterika. Menarik bukan?
Bukan sahaja mudah dan selamat untuk digunakan, tetapi hasilnya juga sangat menakjubkan dan kedutan pada pakaian tidak lagi kelihatan selepas beberapa semburan.
Bagi anda yang ingin mengetahui harga penyembur khas Downy Wrinkles Release ini dijual harga bermula serendah RM89.90 sahaja!
Jika anda mahu memiliki penyembur istimewa ini, anda boleh sahaja boleh mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.