Memang panik juga bila tombol pintu rosak dan terkunci dalam bilik. Lebih-lebih lagi jika hanya seorang diri yang berada di rumah.Waktu kecemasan begini, yang terlintas di fikiran pastinya nak pecahkan/ umpil pintu, tak kisahlah pintu rosak pun, janji diri selamat.
Sebenarnya ada cara mudah dan paling jimat untuk ‘adjust’ tombol ni, pintu tetap boleh dibuka tanpa perlu pecahkannya. Jadi hanya yang perlu diganti baru nanti adalah tombol berbanding tukar keseluruhan pintu.
Ikut tip dan cara yang dikongsikan oleh Mohd Iqbalini sebagai panduan
Hari ni saya nak share sikit ilmu. In case terjadi tombol pintu rosak dan terkunci dalam bilik air sorang diri dengan phone tak bawak. Dan ni cara paling jimat selain dari pecahkan pintu.
Harap ilmu ni berguna untuk semua. Pakat-pakat share kot-kot terjadi malang tak berbau.
Bahan Diperlukan:
Pisau/Gunting
Pemutar Skru
Cara Membuat:
1. Perhatikan pada bahagian ‘gegelang’ tombol, ada lubang kecil.
2. Cucuk lubang tersebut, dan cabut ‘kepala’ tombol.
Ads
3. Kemudian, cabut bahagian belakangnya.
4. Cabut dan buka skru yang ada.
Ads
5. Tolak keluar bahagian tombol tersebut.
6. Cungkil bahagian ‘lock’ dan pintu boleh dibuka seperti biasa.
Dalam era moden ini, keperluan untuk memanfaatkan setiap inci ruang adalah penting.
Salah satu cara yang praktikal dan ekonomi adalah dengan mengubah suai bilik stor menjadi ruang pejabat. Dengan mengamalkan konsep minimalis dan menggunakan semula bahan, transformasi ini bukan sahaja menjimatkan kos tetapi juga menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.
Demikian juga perkongsian Emi Erdayu Jasmi bersama SinarPlus, bagaimana beliau dan suami, Mohd Faizal Abd Rahman yang merupakan ketua penyelaras Pasukan Teknikal ICT Sekolah Zon Kati, Kuala Kangsar, Perak sama-sama mendekorasi stor menjadi ruang pejabat dengan cara yang mudah namun sedap mata memandang.
Operasi menukar ‘wajah’ stor bermula sepanjang cuti persekolahan iaitu bulan Disember tahun lepas dan mengambil masa lebih kurang dua minggu.
Mengakui proses pengubahsuaian atau make over itu dilakukan sekadar untuk memberikan keselesaan. Pada masa sama, membolehkan beliau dan rakan-rakan berada dalam keadaan yang selesa dan gembira.
Cantik, teratur dan menjimatkan ruang. Itu pujian yang boleh diberikan kepada wanita ini bersama suami dan rakan-rakannya apabila berjaya mentransformasikan stor yang sempit kepada ruang yang kemas tersusun dan selesa untuk digunakan.
“Asalnya saya bersama beberapa rakan lain dipindahkan bertugas secara kumpulan. Namun, penempatan yang disediakan (dipinjamkan) tidak selesa buat kami berenam ketika itu.
“Kebetulan ada stor di sebelah pejabat yang tidak digunakan, jadi saya dan suami, berbincang untuk menggunakan ruang tersebut sebagai pejabat operasi kumpulan kami,” ujar juruteknik komputer itu lagi.
Beliau sebelum itu bertugas bersama Pasukan Teknikal ICT Sekolah Zon Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar Perak sebelum bertukar ke Pasukan Teknikal ICT Sekolah Zon Talang, Kuala Kangsar Perak.
Konsep minimalis
Menurut wanita itu lagi, beliau dan suami sememangnya meminati seni dekorasi dan suka membuat dekorasi baik di pejabat mahupun kediaman sendiri.
Menyentuh mengenai modal untuk proses dekorasi tersebut, Emi mengakui tidak banyak perbelanjaan yang dikeluarkan.
Ini kerana, mereka menampilkan konsep minimalis dan mengguna pakai atau reuse barangan yang sedia ada sahaja.
“Kami menggunakan dana sendiri hasil kutipan sebanyak RM300 dan anggaran kasar untuk proses pengubahsuaian lebih kurang RM500. Namun, dengan mengguna pakai barangan yang ada dapat menjimatkan kos.
“Kalau diikutkan, elektrik tiada namun suami betulkan semula sistem pendawaian selain menukar semua lampu dan kipas yang sudah rosak. Demikian juga dengan bahagian tandas yang ditukar kepala paip. Tiada pembelian perabot baharu, sebaliknya kami menggunapakai yang sedia ada.
“Cuma kami beli kertas dinding baharu, permaidani, bidai, cat dan sebagainya. Mana-mana perabot yang perlu ditukar warna, kami hanya gunakan cat warna hitam sahaja. Alhamdulillah, hasil yang diperoleh memuaskan dan memudahkan urusan kami,” ujarnya lagi.
Kongsi beliau lagi, stor dengan keluasan lebih kurang 1,000 kaki persegi tersebut asalnya adalah sebuah kuaters guru lama yang telah ditinggalkan dan tidak digunakan lagi.
IMPIANA : Dengan perancangan yang baik dan kreatif, anda boleh memiliki ruang kerja yang nyaman dan bergaya tanpa perlu menghabiskan banyak modal. Selamat mencuba dan semoga berhasil dalam mencipta ruang kerja impian anda!
TADAH AIR Semaksimum Mungkin Lepaskan Serentak, Tip ‘Maintenance’ Sinki Elak Tersumbat!. Sinki memang selalu digunakan di dapur. Segala kotoran, lemak-lemak, minyak mudah melekat pada sinki menyebabkan ia mudah tersumbat. Namun sebelum sinki tersumbat, ada baiknya kita selenggara dulu sinki dengan betul, sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Jika sebelum ini, ramai yang menggunakan air panas, acid, soda bikabonat dan sebagai untuk memastikan sinki bebas kotoran dan alirannya lancar. Namun ia boleh meninggalkan kesan pada sinki.
Sebenarnya, sebagai langkah penjagaan agar aliran singki tetap lancar boleh cuba gunakan cara yang dikongsikan oleh Encik Kamal Hamid ini.
Menurut lelaki ini, tip ini diperolehi daripada Tukang Paip sendiri untuk elak sinki tersumbat.
Ade seorang plumber ni pernah bagi tips maintenance sinki untuk elak tersumbat. Tutup lubang sinki dan tadah air dalam sinki semakimum mungkin, dah penuh, lepaskan serentak. Buat at least sebulan sekali.
Memang jadi! InsyaAllah memang sinki susah nak tersumbat! Daya tolakan air yang kuat ni flush semua kotoran dalam saluran dan takde kesan kat sinki berbanding pakai acid or bikarbonat.
*Sedikit update, ni untuk maintenance supaya tak tersumbat, kalau dah tersumbat kene setelkan dulu kalau tak banjir woo.
IMPIANA : Semoga perkongsian tip ini bermanfaat. Jadi mak-mak bolehlah cuba cara yang dikongsikan ini. Memang mudah, barulah aliran sinki lancar dan boleh elak sinki tersumbat dari sebarang kotoran.
Menarik juga idea DIY penyidai baju menggunakan hook (penyangkut) ini. Pasak pada grill tingkap elok baju kemas tersusun tak jatuh. Lebih-Lebih lagi jika mempunyai keluasan rumah yang terhad atau rumah tinggi yang mempunyai angin kuat. Sesuai ikut idea ini.
DIY penyidai baju. Hook beli kat ACE hardware (RM2.50 : 6 hook). Dok rumah flat macam nie la cara.. pasak dekat grill tingkap.
Penyidai tersebut sangkut dekat grill tingkap. Pakai “L” biasa saja dan lekat cara “revet”.
Boleh guna yang macam nie, beli dekat Mr Diy.
Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba!
IMPIANA: Menarik juga ida DIY penyidai baju. Baju-baju yang disidai nampak lebih kemas tersusun dan tak perlu risau jatuh ke lantai.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!