Cara Mudah Tanam POKOK BENDI Sesuai Untuk ‘Beginner’ Senang Jaga! Mudah je rupanya nak tanam pokok bendi sendiri di rumah. Bagi yang baru nak belajar bercucuk tanam elok tanam pokok bendi ni. Mudah dapat hasilnya nanti, pokoknya tak cerewet ditanam. Boleh jimat belanja dapur.
Boleh jadikan perkongsian daripada Puan Dyra Raisah ini sebagai panduan;
Tips nak tanam bendi daripada pengalaman saya :
1. Pokok bendi tak cerewet sangat sebenarnya. Yang penting kena pastikan siram selalu sabab jika panas, daun pokok ni mudah layu juga. Tapi kalau layu no problem, siram je air pastu mesti segar balik daun dia.
Saya pernah juga tak siram sehari…hujan pun tak. Hari kedua/ketiga baru siram (lupa sebab busy kerja dalam rumah), tak pernahlah lagi mati setakat ni.
2. Perlu juga baja sekali-sekala supaya berbuah. Kadang-kadang saya baja 2 minggu sekali, kadang-kadang kalau dah tak berbuah baru teringat nak baja.
3. Racun serangga saya tak pernah sembur lagi sebab pokok bendi saya ni setakat ni Alhamdulillah macam tiada serangan haiwan perosak.
Ads
4. Jika pokok dah meninggi sampai dah tak boleh petik buah, potong pucuk paling atas pastu tanam dalam pasu/tanah. Dapat 1 lagi pokok baru. Tapi pokok baru ni renek, buah dia pun comel sikit .
5. Daun bahagian bawah yang dah buruk tu kena buang, nanti tumbuh cabang (batang baru) lagi meriah buah.
6. Pokok-pokok saya ni pun dah berusia hampir setahun dan dah tak terhitung berapa biji dia berbuah. Hampir setiap hari ada buah sebab saya ada 7 pokok.
Ads
7. Pokok ni sesuai untuk beginner dan orang yang busy sebab senang jaga, senang juga berbuah. Tengok-tengok je dah berbuah kan best! Yang tak nak tanam pokok buah tu bolehlah tanam pokok bendi ni.
Semoga bermanfaat. Happy pulak dapat jadi cikgu kebun..
IMPIANA:Mudah nak tanam bendi rupanya. Sesuai untuk ‘beginner’ yang nak bercucuk tanam kali pertama.Senang jaga, banyak pula berbuah mengeluarkan hasil.
Cara Petani Thailand Buat Hormon Penggalak Pokok Supaya Cepat & Lebat Berbuah. Bercucuk tanam pokok buah-buahan memang mengharapkan hasilnya. Namun ada sesetengah pokok yang ditanam, cukup ‘payah’ untuk mengeluarkan buah walaupun dah guna pelbagai cara.
Ramai sedia maklum, teknologi negara jiran Thailand begitu maju ke depan berbanding dengan pertanian di negara kita, boleh dilihat dengan mesin-mesin yang digunakan di sana untuk pertanian, ada yang belum pun sampai ke negara kita tetapi sudah ada di sana.
Ada yang mengatakan petani di sana menggunakan banyak baja dan racun kimia, tetapi sebenarnya di sana ramai pertani telah bertukar kepada baja organik yang dihasilkan dengan bahan semula jadi yang hasilnya lebih baik berbanding baja kimia.
Rahsianya para pekebun Thailand mengamalkan ramuan hormon penggalak pokok daripada air kelapa dengan telur sebagai vitamin pokok supaya cepat berbunga dan berbuah lebat.
Bahan-Bahan:
2 kg Kulit telur dibasuh bersih dan dikeringkan
2 kg Gula Perang
1 biji Ragi tapai
1 botol Yakult
2 kotak Susu segar
2 biji Air kelapa muda
Cara Membuat :
1. Kisar halus kulit telur dengan mengunakan pengisar kering.
2. Adun kesemua bahan bersama di dalam satu bekas.
3. Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
4. Selepas 14 hari, saringkan bahan untuk mengambil pati air perapan.
5. Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur.
5. Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur.
6. Gunakan 10 ml pati bersama 20 Liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali.
Info Ekstra!
Hormon Penggalak Pokok ini berperanan sebagai vitamin dan baja semula jadi sekaligus menggantikan penggunaan racun kimia.
Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba
IMPIANA: Jika pokok di rumah payah nak berbuah boleh cuba vitamin dan hormon penggalak pokok ini. Hasilnya memang puas hati, pokok cepat berbuah dan berbuah lebat. Paling penting lebih semula jadi dan bebas racun kimia.
Hobi bercucuk tanam ini akan jadi seronok apabila kita memilih tanaman yang digunakan dalam masakan harian.
Misalnya pokok kari ini, tapi yang jadi masalah bila tanam pokok kari ini ialah kadang-kala ia membantut, tidak membesar, dan daun pun tak banyak hingga tak sampai hati kita nak petik.
Selalunya masalah ini dihadapi kalau pokok kari ditanam dalam bekas atau pun pasu. Sekiranya pokok kari dah lama ditanam tapi tak juga membesar boleh praktikkan cara ini.
1. Jika pokok kari ditanam dalam bekas yang kecil sebaiknya keluarkan dan alih ke dalam pasu yang lebih besar dan tinggi. Lebih elok tanam terus ke tanam kerana akarnya panjang.
2. Sekiranya mahu dialih ke dalam pasu yang lebih besar boleh gunakan campuran media o 2+1+1 (tanah hitam/gambut + pasir + kompos/tahi kambing).
3. Sekiranya pokok kari tak rimbun, petik pucuknya supaya ia mengeluarkan tunas dan cabang baru. Jangan sayang untuk petik daunnya.
4. Boleh juga letak air baja MSG untuk lebatkan daun pokok kari. Campurannya 1 sudu besar Ajinomoto + 1 liter air, kemydian sembur sekali seminggu pada pokok dan daunnya. Selepas tiga bulan akan nampak hasilnya, daun besar dan banyak.
5. Boleh juga praktikkan siram dengan air beras dan sisa dapur sebagai baja organik.
TIP
Letak pokok kari tempat redup tapi kena cahaya matahari.
Tip lebatkan daun pokok kari
Bole juga letak air baja MSG untuk lebatkan daun pokok kari. Campurannya 1 sudu besar Ajinomoto + 1 liter air, kemdian sembur sekali seminggu pada pokok dan daunnya. Selepas tiga bulan akan nampak hasilnya, daun besar dan banyak.
Boleh juga praktikkan siram dengan air beras dan sisa dapur sebagai baja organik.
Cara mudah tanam daun selom, tak perlu pun modal besar. Daun selom bukan sahaja enak dijadikan ulam, malah turut dikenali sebagai rahsia awet muda. Rasanya yang segar dan beraroma menjadikannya antara pilihan popular untuk dimakan bersama sambal belacan atau dimasukkan dalam masakan berkuah.
Cara Mudah Tanam Daun Selom, Tak Perlu Pun Modal Besar
Selain sedap, daun selom juga kaya dengan pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan. Jika anda penggemar ulam ini, apa kata cuba tanam sendiri di rumah? Tidak perlu benih khas pun, cukup dengan menggunakan batang selom yang dibeli di pasar.
Cara menanamnya juga sangat mudah dan sesuai untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja, termasuk yang baru mula berjinak-jinak dalam dunia tanaman.
Berikut ialah panduan mudah tanam selom yang dikongsikan oleh Nur Aida Md Zainudin
LIMA Cara Mudah Tanam Pokok Selom Di Rumah
1.Potong batang selom mengikut ruasnya, kemudian rendam dalam air. Akar akan tumbuh dari bahagian ruas itu.
2. Dalam tempoh 5 hingga 7 hari, akar akan mula kelihatan (air rendaman perlu diganti setiap hari supaya tidak kotor).
3. Setelah akar tumbuh, tanam batang tersebut secara melintang ke dalam tanah.
4. Timbunkan tanah menutupi batang dan pastikan ia disiram dengan kerap supaya tanah sentiasa lembap.
5. Pokok selom ini cepat membesar dan tidak memerlukan penjagaan rumit. Dalam masa 2 hingga 3 minggu sahaja sudah boleh mula dituai.
Menanam selom bukan sahaja menjimatkan kos, malah memberi kepuasan tersendiri apabila dapat memetik sendiri ulam segar dari laman rumah. Jika dijaga dengan baik, tanaman ini boleh dituai berkali-kali dan menjadi stok ulam harian yang menyihatkan.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!