Cara Mudah Tanam Halia Dalam Pasu Menjadi, Isi Besar & Banyak. Pokok halia antara tanaman cukup berbaloi untuk ditanam kerana mudah dijaga dan sering digunakan di dapur. Memang mudah, tak perlukan ruang yang luas, tanam halia dalam pasu boleh menjadi.
Untuk tanam pokok halia menjadi, sebaiknya tanam halia yang bertunas. Jika ada lebihan halia yang telah bertunas dalam peti sejuk, boleh cuba semai dan tanam pokok halia sendiri di rumah.
Namun jika halia masih belum bertunas, boleh buat cara begini.
CARA MUDAH HALIA BERTUNAS
1. Bungkuskan halia dalam tisu basah.
2. Kemudian masukkan dalam bekas bertutup dan masukkan hirisan bawang besar sekali bagi mempercepatkan pertumbuhan tunas.
3. Sentiasa pastikan tisu dalam keadaan lembab.
4. Apabila rizom sudah ada tunas, boleh ditanam di atas tanah / pasu.
Selain itu, boleh juga guna cara tanam halia begini supaya isinya besar dan banyak.
CARA TANAM POKOK HALIA DALAM PASU
1. Sediakan pasu besar (yang boleh muat 5 – 6 beg tanah) & isikan 4 beg tanah 3 in 1 beli di nurseri atau campur separuh tanah hitam.
2. Beli halia tua dan mempunyai banyak mata tunasnya untuk semaian terus dalam pasu/polibag. Cari halia jenis besar baru dapat hasil besar. Kalau tanam halia kecil biasa lama nak tunggu dapat hasil besar.
3. Kerat halia jadi lebih kurang 3 inci panjang & tanam sedalam 1/2 jengkal dari tinggi tanah. Letak 2 ketul rizom halia untuk 1 pasu besar & dijarakkan 1 jengkal antara keduanya.
Ads
4. Tanamkan secara ‘terbaring’ / ‘terlentang’ supaya lebih banyak keluar tunas.
5. Siram 2 kali sehari (pastikan tanah tak bertakung air) sampai naik daunnya lebih kurang 2 kaki. Kemudian baru tambah 1 beg tanah lagi, penuhkan dalam pasu.
6. Bila dah umur 3 bulan boleh kurangkan siraman kepada 1 kali sehari, asalkan daunnya tidak kering.
7. Boleh siram guna baja sisa dapur 2 kali seminggu. Seperti air basuhan ikan, air basuhan beras, kulit bawang, kulit telur kering, nasi dingin atau tanamkan perut ikan.
Ads
TANDA HALIA SEDIA DITUAI:
1. Daun Mula Berubah, Menguning, atau Mati:
Jika lihat daun halia bertukar kuning atau layu, jangan panik. Ini biasanya tanda halia hampir matang.
2. Bunga Mula Muncul:
Jika bunga halia muncul, itu tanda halia sudah matang.Ini biasanya berlaku apabila pokok halia tumbuh dalam keadaan yang sangat baik.
3. Saiz Rizom:
Periksa saiz rizom dengan menggali sedikit tanah di sekeliling pokok. Jika rizom sudah besar dan tebal, ia sedia untuk dituai.
WAKTU PENUAIAN IKUT JENIS HALIA & KEGUNAAN
HALIA MUDA
Waktu Penuaian: Sekitar 4-6 bulan selepas penanaman.
Ciri-ciri: Rizom lebih kecil, kulit lebih lembut dan kurang berserat.
Kegunaan: Sesuai untuk digunakan segar dalam masakan kerana teksturnya lembut dan rasanya lebih ringan.
HALIA TUA/MATANG
Waktu Penuaian: 8-10 bulan selepas penanaman.
Ciri-ciri: Rizom lebih besar, kulit lebih tebal dan berserat. Daun mula menguning dan layu.
Kegunaan: Sesuai untuk pengeringan, penjerukan, atau sebagai rempah dalam masakan yang memerlukan rasa halia yang lebih kuat.
Ads
Semoga Bermanfaat, Selamat Mencuba!
IMPIANA: Bagi yang nak cuba tanam halia di rumah boleh ikut panduan lengkap yang dikongsikan ini. Memang menjadi dan hasilnya, isinya besar dan banyak walaupun hanya tanam dalam pasu.
Selain penggunana tanaman renek sebagai hisan di atas meja, tanaman indoor yang bersaiz besar sesuai di letakkan di sudut-susut kediaman.
Ada antaranya yang boleh mencapai ketinggian lebih 3 kaki dan kewujudnya menjadi elemen hiasan menarik di dalam kediaman. Berikut, tanaman indoor bersaiz besar:
1. POKOK PINE (NORFOLK ISLAND PINE)
Norfolk Island pine walaupun namanya pine, ia bukanlah pokok pine yang diambil untuk buat balak. Jika di habitat asalnya, tanaman ini boleh mencapai ketinggian lebih 100 kaki. Namun, jika dijadikan sebagai indoor plant, ruang tanaman di dalam pasu menyebabkan pertumbuhan pokok terbatas. Pastikan medium tanaman pokok ini sentiasa lembap dan [posisikan ia di tepi tingkap yang menerima pancaran matahari pagi
2. YUCCA
Yucca ialah tanaman tahan lasak yang sesuai hidup di dalam dan diluar kediaman. Walaupun terdedah kepada iklim panas berpanjangan, tanaman ini tetap boleh hidup dalam tempoh masa yang lama. Yucca cepat membesar jika menerima pencahayaan yang mencukupi. Yang paling penting, tanaman ini sesuai bagi anda yang tak ada masa untuk menyelenggara tanaman.
3. KENTIA PALM
Antara jenis palma yang sentiasa menjadi pilihan sebagai indoor plant. Warnanya yang menyegarkan disamping tekstur daunya yang unik menyebabkan ia sentiasa menjadi pilihan.
4. PHILODENDRON
Philodendron antara tanaman indoor yang mempunyai karekter tersendiri. Antara yang menjadi pilihan dari spesisi ini adlah Philodendron selloum. Namun, untuk memmastikan tanaman ini membesar secara optimum, pastikan ia menerima pengamatan cahaya yang cukup terutamanya diwaktu pagi
5. CROTON
Kroton menjadi pilihan tanaman indoor disebabkan warna foliarnya yang pelbagai. Ia boleh membesar sehingga 10 kaki tinggi. Croton atau nama tempatannya pokok puding memerlukan cahaya matahari terus untuk tumbuh sihat. Jika tidak, pokoknya kana memanjang mencari cahaya
6. FICUS MICROCARPA
Boleh mencapai ketinggian lebih dari 3 meter, tanaman yang dikenali dnegan nama pokok ara atau rubber plant ini sentiasa menjadi pilihan sebagai indoor plant disebabkan nikan arkitektural nya. Kanopinya yang mudah dibentuk dan sentiasa kelihatan kemas menyebabkan ia antara pilihan utama di lobi-lobi hotel dan pejabat korporat
7. SCHEFFLERA
Schefflera adalah sejenis tanaman renek namun berupaya mencapai ketinggian lebih dari 2 meter Tidak memerlukan penyelenggaraan yang tinggi, namun memerlukan pasu bersaiz besar untuk pertumbuhan optimum. Jika akarnya tercekik (pasu kecil), Ia akan menyebabkan fizikal tanaman ini kurus dan meninggi sahaja
8. DRACAENA
Antara spesis Dracaena yang sentiapa menjadi pilihan adalah seperti Dracaena fragrans, Draceane reflexa, Draceena sanderiana dan Draceane surculosa. Dracaena fragrans boleh mencapai ketinggian lebih 2 meter jika ditanam terus di atas tanah. Tanaman ini amat terkenal terutamanya apabila tiba perayaan cina
9. FICUS LYRATA
Antara tanaman indoor yang menjadi kegilaan ramai terutamany bagi mereka yang menerapkan dekorasi scandinavian dan nordic. Di habitat asalnya, tanaman ini boleh mencapai ketinggian 5 meter dan mempunyai buah. Tanaman ini memerlukan pencahayaan terus untuk pertumbuhan optimum.
10. MONSTERA DELICIOSA
Monstera datang dari keluarga yang sama dengan Philodendron. Namun, Monstera lebih aktif memanjat pada dinding atau struktur berhampiran. Penggunaan monstera sebagai tanaman indoor menjadikan dekorasi sesebuah kediaman kelihatan lebih versetil. Sebab itu, monstera antara inkon sibolik bagi sesetengah konsep dekorasi
Selain cuka, ajinomoto, baking soda, belacan dan beberapa barang dapur yang lain sebagai pembantu di kebun, ada lagi satu bahan dapur yang mungkin lepas ni bakal menjadi elemen wajib ada dalam bekas peralatan berkebun anda iaitu kunyit.
Cherie Sis Noriza berkongsi cara penggunaan dan kebaikkan serbuk kunyit untuk kebun anda di Group Berkebun untuk Beginner. Jom kita baca perkongsiannya.
Tanaman kita kadang-kadang ada semut suka hurung kan? kadang-kadang, ada yang siap buat rumah. Cara mudah dan cepat yang ramai praktikkan adalah dengan menggunakan semburan pencegah serangga yang mempunyai bahan kimia. Namun, ia undang masalah lain pula. Apa kata, guna serbuk kunyit je~Cherie Sis Noriza
Cegah semut dengan serbuk kunyit
Taburkan pada keliling pangkal dan batas tanaman. Semut tak suka bau kunyit
Rawatan gigitan serangga dengan serbuk kunyit
Bancuh sedikit serbuk kunyit dengan sedikit air sehingga menjadi pes. Sapu pada bahagian yang di gigit. Kesan kegatalan dapat dikurangkan
Rawat bahagian pokok yang baru dicantas
Bahagian pokok yang baru dicantas antara risiko utama pokok terdedah keapda sebarang penyakit.
Campurkan kunyit bersama sedikit air hingga menjadi pes, sapu apda bahagian yang dicantas untuk elak ia dijangkiti penyakit dan rosak
Iklim sekarang yang agak meruncing panas nya memang sesuai untuk kita tanam bawang. Al Maklumlah, bawang macam kambing tak suka air. Sebenarnya, untuk tanam bawang, kita perlu tentukan apa tujuan tanaman. jika untuk diambil daunnya, kaedah tanaman lain. Begitu juga untuk penghasilan bawang.
Berikut adalah perkongsian Azlina Mat Lazim cara untuk tanam bagi tujuan penghasilan daun bawang dan isi bawang.
1. Sediakan medium 2:1 (pasir dan tanah) untuk tanaman bawang
2.Potong sedikit bahagian kepala bawang untuk tujuan penghasilan daun bawang dengan cepat
3. Untuk hasilkan ulas bawang yang banyak dari sebiji bawang dewasa, Potong sedikit bahagian kepala dan akar.
4. Untuk bawang yang telah dibuang akar, Daunnya tidak boleh diambil kerana akan menyebabkan masalah sumber nutrien. lama kelamaan, bawang akan mati
5.Siraman hanya dilakukan apabila perlu. Bawang tak suka medium yang sentiasa basah kerana ia akan merosakkan bahagian isinya.
6. Tak perlu racun serangga untuk kawal perosak bawang. Ini disebabkan aroma bawang yang busuk memang tidak digemari oleh serangga perosak.
7. Penggunaan baja hanya dilakukan di awal-awal proses tanaman sahaja. Boleh gunakan apa sahaja jenis baja
8.Buang bunga bawang untuk elak isinya kurus dan tidak berkembang
9. Bawang boleh dituai apabila mencapai usia matangnya 2 bulan ke atas
10. Jenis bawang besar akan menghasilkan labu bawang nya yang banyak. manakala yang kecil sebaliknya.
Tip: Sisa potonggan bawang tadi jangan di buang. Rendam semalaman dan jadikan sebagai air siraman pada pokok
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.