Jagung kaya dengan serat dan mempunyai khasiat yang tersendiri. Jika suka makan jagung dan bercucuk tanam, boleh cuba tanam pokok jagung sendiri di rumah. Namun nak tanam jagung elok pun ada ilmunya. Barulah jagung yang ditanam elok membesar, cantik dan isi pun penuh tak rongak. Paling penting kena buat pendebungaan sendiri dan letak baja.
Nak faham lebih lanjut, boleh ikut cara mudah tip tanam Jagung seperti yang dikongsikan oleh Puan Farah Aisyah Ahmad ini.
Cara Mudah Saya Tanam Jagung Elok, Isi Penuh
Bina sedikit batas, semampunya sahaja. Buat lubang sedalam lebih kurang 2 cm dengan jarak 1 kaki. Setiap lubang letakkan 2 biji benih. Kambus biji benih dengan tanah hitam.
Siram pagi dan petang lebih kurang 250ml untuk setiap lubang.
2. Baja
Mulakan pembajaan pada hari kesepeluh. Konsisten membaja seminggu sekali. Tukar kepada baja buah apabila bunga jantan keluar.
Ads
3. Pendebungaan Manual
Disebabkan saya tak menanam banyak. Jadi pendebungaan manual sangat membantu untuk mendapatkan jagung yang penuh isinya.
Secara ringkasnya ketika bunga jantan mengeluarkan debu, petik setangkai bunga jantan dan golekkan pada bunga betina.
Waktu paling sesuai untuk pendebungaan ketika cuaca panas dan pukul 11.00 pagi -2.00 petang.
*Ini kali kelima saya tanam jagung. Alhamdulillah banyak benda yang saya belajar sepanjang menanam.
Ads
Info Ekstra!
Pada yang tertanya macam saya.. rujuk rajah ni. Bunga jantan (male) atas sekali dan bunga betina (female) celah daun yang bakal jadi buah jagung.
Kena tunggu bunga jantan matang dia akan kembang dan ada debu bila kita langgar pokok. Masa tu ambil satu ranting dan pusing-pusingkan atas bulu bunga betina.
IMPIANA: Baru tahu, begini rupanya cara dan tip tanam jagung sendiri di rumah. Barulah jagungnya elok besar, cantik dan isi pun penuh. Selamat mencuba! Semoga bermanfaat tip yang dikongsikan.
Pokok cili antara pokok yang memerlukan penjagaan rapi. Selain daunnya mudah diserang serangga perosak, ia juga tak mudah berbunga dan berbuah lebat. Ada caranya untuk memastikan tanaman cili ini subur dan menghasilkan bunga serta buah yang banyak. Boleh cuba letak air rendaman kulit pisang pada tanaman cili.
Perkongsian daripada Tengku Fidah ini boleh dijadikan panduan;
Pokok cili hijau baru belajar berbuah banyak. Sebelum ni 10 15 biji je. Satu pokok sekarang 40+ biji lebih.Sekarang lagi meriah berbuah lebat si hijau ni.
Hasil tanam dari benih sahaja.
Mula aktif berbuah tak henti start suami letak baja dari air rendaman kulit Pisang.Segar.
Cilinya gemuk-gemuk dan pedas sungguh.
Hasil bulan lepas 20/9/2024 kali kedua kutip. Kutip buat makan, ehh lagi lebat berbunga.
Alhamdulillah nikmat Allah bagi merasa makan hasil suami tanam 💚
Cara Buat Air Rendaman Kulit Pisang
Pisang yang kita dah makan, apa-apa pisang pun tak apa.
Ambil kulit pisang, rendam dalam air.
Rendam kulit pisang tak kisah berapa lama, boleh cuba peram 1 minggu dan guna untuk siram kat pokok. In Shaa Allah pokok sihat, berbuah lebat.
Idea Makeover Pagar Besi Corak Chevron Guna Aluminium Composite Panel (ACP). Memang unik dan kreatif idea makeover pagar besi standard yang pemaju sediakan, dan dah berkarat ini, menjadi seperti ‘pagar baru’ dan mewah apabila menggunakan Aluminium Composite Panel (ACP) dengan corak chevron.
Semuanya pemilik kediaman lakukan sendiri, tak perlu membazir beli pagar yang baru pun. Lebih jimat malah cantik hasilnya. Malah kediaman juga mempunyai privasi tersendiri.
Potong ACP lebih mudah dan kemas guna grinder mata besi. Gunakan self tapping screw.
ACP boleh tahan berat jika panjang sekeping macam polycarbonate. ACP ni dia tak ringan sangat sehingga pagar senang terbuai angin biasa tetapi cukup ringan supaya bracket besi tak turun melendut disebabkan keberatan.
Sebelum
Selepas
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Jadi buat yang inginkan privasi pada kediaman, boleh makeover begini pada pagar besi standard di rumah, tak perlu tukar pagar yang baru pun. Guna Aluminium Composite Panel dengan corak chevron, lebih jimat dan cantik hasilnya nanti.
Adakah anda mempunyai pokok di rumah yang sihat dan subur, tetapi masih sukar untuk berbunga atau berbuah? Situasi ini sering berlaku, terutamanya bagi tanaman seperti mangga, jambu, atau pokok bunga hiasan.
Jangan risau, teknik ‘sunat’ pokok boleh menjadi penyelesaian yang efektif untuk masalah ini.
Apa Itu Teknik ‘Sunat’ Pokok?
Teknik ‘sunat’ pokok adalah kaedah memangkas atau mencantas sebahagian dahan, ranting, atau akar pokok untuk merangsang pertumbuhan bunga dan buah. Istilah ‘sunat’ digunakan kerana proses ini seakan-akan “membuang” bahagian tertentu pada pokok untuk kebaikannya. Ia adalah salah satu cara yang digunakan oleh pekebun dan petani untuk memastikan pokok lebih produktif.
Kelebihan Teknik ‘Sunat’ Pokok
Merangsang Pembungaan: Apabila dahan atau akar tertentu dipotong, tenaga pokok akan lebih tertumpu kepada pengeluaran bunga dan buah.
Mengawal Saiz Pokok: Teknik ini membantu memastikan pokok tidak tumbuh terlalu tinggi atau lebat sehingga sukar dijaga.
Menghapuskan Bahagian Mati atau Berpenyakit: Membuang dahan yang tidak sihat membantu pokok untuk berkembang dengan lebih baik.
Meningkatkan Pengaliran Udara: Dengan mencantas dahan yang lebat, cahaya matahari dan udara boleh menembusi pokok dengan lebih baik, menjadikan persekitaran lebih kondusif untuk pembungaan dan pembuahan.
Sedikit petua untuk dikongsikan.
Bagi pokok yang susah nak berbunga atau berbunga tetapi susah nak lekat menjadi buah.
Guna teknik sunat pokok. Ia bantak dilakukan oleh pekebun di Indonesia.
Cara-caranya:
1. 2 minggu sebelumnya kita kena buat pemangkasan pada ranting-ranting dan buang ranting-ranting kecil yang tak berpotensi.
2. Kemudian selepas 2 minggu, potong sekeliling kulit pokok dalam 5mm pada ranting yang mana kita suka.
3. Kemudian buang kulit tersebut.
PENTING: Baja buah jangan lupa letak selepas buat pemangkasan. Ia bertujuan untuk menggalakkan pokok berbunga selepas tumbuh tunas baru
Pokok yang saya buat ni POKOK TAIWAN PINK GUAVA SEEDLESS.
IMPIANA : Nak kena tengok pokok yang tak berbunga atau berbuah. Bolehlah buat teknik ‘sunat’ ini.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.